ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, May 31, 2010

Masalah Penyusuan- Plugged ducts & Mastitis


Plugged duct ( saluran tersumbat) dan mastitis (jangkitan payudara) adalah dua masalah yang sering berkait rapat dan merupakan antara masalah penyusuan yang sering dihadapi oleh ibu-ibu.

A plugged (or blocked) duct is an area of the breast where milk flow is obstructed. The nipple pore may be blocked (see Milk Blister), or the obstruction may be further back in the ductal system. A plugged duct usually comes on gradually and affects only one breast.

Antara simptom-simptom plugged ducts adalah:
1. ada ketulan lembut pada payudara (sesetengahnya tiada)
2. berlaku kemerahan pada payudara
3. ibu tidak mengalami demam
4. kurang sakit atau tidak sakit pada payudara dan biasanya kesakitan dapat dikesan tempatnya
5. biasanya berlaku di sebelah payudara sahaja

Plugged ducts biasanya berlaku sekiranya ibu-ibu tidak mengeluarkan susu (melalui penyusuan ataupun pemerahan) dalam tempoh tertentu terutama semasa payudara membengkak. Ini menyebabkan saluran susu akan tersumbat.

Mastitis atau jangkitan payudara adalah rentetan dari plugged ducts. Apabila susu terkumpul di dalam payudara dan tidak dapat dikeluarkan, jangkitan akan berlaku.

Simptom mastitis pula:
1. Biasanya ibu akan mengalami demam dan suhu badan meningkat
2. Berasa sangat sakit pada bahagian payudara, payudara membengkak, merah

Rawatan
1. REHAT
2. kerapkan penyusuan pada payudara yang terjejas, perah jika terlalu sakit.
3. tuam payudara untuk mengurangkan kebengkakan dan kesakitan
4. urut sekiranya tidak menyakitkan
5. ubah posisi penyusuan
6. Jumpa doktor sekiranya
- ibu menglaami demam
- tiada perubahan selepas 24jam
- kedua-dua payudara membengkak dan merah, keluar nanah ada darah dari payudara
mastitis perlu dirawat dengan pemberian antibiotik

Langkah-langkah pencegahan
1. pastikan posisi dan lekapan adalah betul
2. rawatan puting yang merekah
3. kerapkan penyusuan /pemerahan
4. pakai bra yang bersesuaian, jangan terlalu ketat
5. dapatkan rehat yang cukup
6. minum air secukupnya





No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails