ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, May 30, 2010

Masalah Penyusuan: Sore nipple


Sore nipple atau puting merekah adalah salah satu masalah BF yang sering ibu-ibu hadapi. Antara punca utama sore nipple adalah
1. pelekapan tidak sempurna
- bayi tidak melekap sempurna pada aroelar, ini menyebabkan bayi akan mengisap nipple dan bukannya payudara.

2. posisi penyusuan yang tidak betul
- kepala bayi tidak disokong semasa menyusu menyebabkan kepala bayi sedikit terkebawah.
- ibu perlu mengampu payudara semasa proses penyusuan

3. bayi menghadapai masalah dalam penghisapan
- bayi perlu dirujuk kepada doktor, lactation consultant

4. thrush (candida albicans) atau yeast infection
- jangkitan yng menyebabkan puting berasa sakit semasa dan selepas penyusuan.
- bayi mempunyai tanda-tanda putih di dalam mulutnya dan menyebbkan bayi akan kerap menarik-narik puting semasa menghisap atau tidak mahu menyusu kerana kesakitan dalam mulutnya.
- boleh berlaku selepas pengambilan antibiotik
- puting merekah tidak reda walaupun selepas membetulkan posisi penyusuan dan lekapan

apabila puting merekah, ibu-ibu akan mengalami sakit yang berdenyut-denyut pada bahagian nipple. Dan kadang-kadang darah akan terbit dan akan menyebabkan masalah menjadi lebih teruk.

Rawatan
1. Ubah suai posisi penyusuan dan betulkan lekapan
2. lembabkan kawasan rekahan
3. sapu susu ibu pada puting selepas penyusuan
4. lekapkan ais pada puting sebelum dan selepas penyusuan
5. rehat secukupnya, perah pada bahagian payudara yang mengalami masalah puting merekah, susukan pada sebelah payudara yang sihat.

sumber: MBfPC notes

1 comment:

  1. great info hana...
    sangat2 setuju..
    alhamdulillah, ayu dah ok..
    skrg dah guna S3 balik kat ofis..
    kalau kat rumah, suka guna tangan juga..senang kan????

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails