ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, June 8, 2010

Barangan Bayi yang amat jarang ibu guna

Biasalah bila dapat 1st baby, segala mak nenek ibu nak beli. Excited la katakan. Masuk anak kedua dah tak pikir nak shoping dah barang-barang sebab boleh guna turun temurun. Kali ni ibu nak cerita barang-barang yang ibu beli time Farish, sampai kat Firas dah jarang dan ada tu tak guna langsung dah.

Barang Pertama
Baby cot
Baby cot ni masuk dalam senarai wajib beli. Farish memang tido dalam baby cot sampai usia 7 bulan. Baby cot ibu rapatkan ke katil, so bila Farish terjaga nak menyusu, ibu angkat Farish dan susukan pastu letak balik dalam baby cot (kadang tu ibu tertido dan Farish pun tido sebelah ibu jer). Masuk 7 bulan, Farish jatuh katil dan abi decide nak cabut katil tinggal tilam jer. Start dari situ, Farish dah tak tido atas baby cot, sebab ibu dah tak larat nak bangun angkat Farish.

Firas, guna baby cot sampai 3 bulan lebih jer. Itupun time siang jer kalau Firas kat ruang tamu. Malam atau tido time siang, Firas tido atas tilam dalam bilik jer. So, baby cot tu tersadai jer, dan jadi tempat letak barang3 especially baju2 yang dah kering tapi belum berlipat. hahaha!

Barang kedua
Bouncer
(gambar atas tu ehsan googles. ibu search gambar Farish dlaam bouncer dah hilang pulak)
Bouncer ni beli sebab tengok ramai guna bouncer untuk ganti buaian. Ibu pun gatai beli. Time Farish ada gak guna untuk tidokan Farish sampai 4-5 bulan. Pas Farish dah pandai bergolek, tak guna dah. Guna juga bila nak bagi Farish makan time 6-7 bulan dulu.

Firas, langsung tak guna. Ada dalam bilik stor.. Tak guna sebab Firas mudah tido, takyah bouncer-bouncer ni.

Barang ketiga
Stroller
Ni pun masuk senarai wajib beli. Time Farish memang guna bila gi jalan-jalan. mudahla kononnya sebab takyah nak berdukung. Tapi sampai satu masa, Farish takmau dok lama dalam stroller. Bila dia pandai duduk, tak bawak stroller dah sebab time shopping, letak dia dalam troli jer. Selebihnya berdukung.

Firas... guna time hari jumaat pagi, time ibu sedang bersenamrobik. Sebabnya time tu abi akan bawa Farish dan Firas 'berjoging' pusing taman rimba tu. Selebihnya, Firas akan ber'baby wearing'.. kenapa ibu tak jumpa babywearing ni time Farish dulu yer.

Brang keempat
Walker
Walker ni ibu memang takmau beli sebab tak nampak keperluan dia. Tapi abi nak beli jugak sebab tengok cute jer baby letak dalam walker. So ibu pilih walker yang boleh convert tayar dia ke atas. Farish guna walker time ibu tengah masak dan juga sebagai entertainment untuk Farish. Tapi Farish ni, walaupun tayar dia dah berpusing ke atas, laju gak dia menyeret walker tu.

Firas, dok dalam walker adalah 5x jer kot. Itupun time ibu nak bagi makan sebab Firas belum boleh duduk time 6 bulan tu. Tapi masuk 7 bulan, Firas dah boleh duduk, walker tu pun tersadai kat bilik stor jugak. lagipun ibu takut nak guna sebab nanti Farish excited nak tolak Firas dalam walker.

Itulah antara barang yang ibu beli tapi amat jarang diguna.. tak beli pun takper rasanya.

Tapi barangan baby yang sangat2 ibu guna adalah car seat. Ini memang wajib ada ya bila baby dalam kereta.

3 comments:

  1. ayu plak setakat ni
    - playpen ada masa beli utk hariz tapi jarang2 guna...tp, rasanya skrg ni mcm nak guna juga..hariz skrg ni agak kasar sedikit bila main dgn danial ni..at least bila letak dalam playpen hariz tak sampai la nak kacau adik dia..^_^

    - bouncer / rocker pun ada juga..beli masa kegunaan hariz dulu...skrg ni still pakai bila nak suap danial makan...

    - stroller pun beli masa kegunaan hariz.. skrg ni pun, kalau g mana2 bawa juga..kes kalau tak larat nak dukung danial, boleh letak dlm stroller, tak pun, kalau ayu guna RS, hariz plak duduk dlm stroller..hehe..dah besar2 ni, dia pun dah mula tak berapa suka sgt nak berjln...


    -walker plak masa hariz je ada, tu pun SIL yg beli...maybe sbb walker tu jenis yg biasa2 je, so tak tahan lasak plus cepat plak rosak...rasanya hariz pakai dulu pun tak lama.. utk danial,mmg tak de plan nak bg dia pakai walker...


    -CAR SEAT mmg wajib ada..kebetulan masa hariz baby lg, mmg beli carrier seat...so, bila hariz dah 1 thn lebih baru beli car seat yg besar sikit..so, danial juz guna dulu carrier seat ni..sementara nak tunggu dia besar sikit, (maybe masa besday danial nnt ke baru plan beli yg besar @ sama jenis ngan car seat hariz)..

    sekian, review dari ayu..

    ReplyDelete
  2. dina x plan nak beli pun baby cot..sbb rasanye kasik baby tdo ngan kite atas katil jer laa nanti.sbb macam lagi senang jek nak bf malam2.x yah bangun n angkat dari cot..huhu...

    bouncer dah dapat..auntie yang bagi..tengok ler berguna ke x..hehe

    ReplyDelete
  3. kak hana,
    fiza beli baby cot bila dah anak masuk 4 org. tu pun guna kejap je. lepas umo Hijaz 5 bulan terus lipat baby cot masuk dalam bilik atas...

    bouncher, mmg tak de. mmg tak beli pun dari anak pertama...

    stroller, sejak anak pertama....digunakan turun temurun sampai la anak ke4 ni. dah lusuh beno gamaknya stroller yg ada. sekarang stroller tu guna utk bawa sofie jln2. sebab sofie pun belum pandai jalan....Hijaz tak mo masuk stroller....ngamuk sakan dia. terpaksa dukung....

    walker, mmg ada gak. tapi dah hancus....Hijaz pun terpaksa saya gunakan walker yg org bg sebab Hijaz jenis nak melekat jer...nak tgk umi depan mata. Manja yg amat. terpaksa masuk dlm walker.....tu pun org sedekahkan...hehe.

    car seat....wajib ada. tu pun beli time sofie dah lahir. sebelum tu tak beli pun. bukan apa, sebab tgk regenyer amatla mahal. nak cari yg ada safety utk baby...tu yg mahal. setelah bertahun, dan ada anak ke3, si sofie, baru rasa mampu nak beli. dan sgt2 perlu....

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails