ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, June 4, 2010

Masalah Penyusuan - Sleepy baby

Kenapa sleepy baby termasuk dalam masalah penyusuan? Ya! ini kerana bayi yang asyik tidur akan menyebabkan payudara ibu akan penuh dan mungkin berlaku breast engorgement. Apabila tidak diperah, maka akan berlaku plugged ducts dan later breast infection..


Bayi baru lahir perlu disusukan 8-12 kali dalam sehari untuk meningkatkan berat badan, stimulasi susu ibu dan menghindarkan masalah lain seperti jaundis. Bayi baru lahir selalunya menyusu selang 2-3 jam. Bayi baru lahir biasanya akan tidur lebih lama, tetapi sekiranya bayi menyusu kurang dari 8kali sehari, bayi perlu dikejutkan untuk penyusuan.

Ada beberapa teknik boleh dilakukan untuk mengelakkan bayi tidur lama. Kejutkan bayi dengan beberapa teknik berikut.

WAKING TECHNIQUES

1. Cuba kejutkan bayi apabila bayi dalam fasa 'tidur ringan'. perhatikan pada pergerakan 'rapid movement' pada kelopak matanya, bayi juga pada fasa ini akan menggerakkan anggota badan, mulut seakan-akan sedang menghisap dan perubahan pada ekspresi muka.

2. Pasang lampu yang malap (dim light). Lampu yang terang menyebabkan bayi kaan menutup matanya
(
Oooo.. patutlah baby tidur lama time siang, dan berjaga time malam)

3. Cuba berbual dengan bayi, dapatkan 'eye contact' dengan bayi.

4. Sekiranya bilik anda panas, buka bedung bayi, biarkan bayi terdedah, pakaikan baju yang longgar. (aktiviti hisapan menurun dalam suhu melebihi 80F dan 27C)

5. Pegang bayi dalam posisi duduk atau berdiri.

6. Letak badan bayi atas peha ibu, angkat perlahan kepala, bahu dan belakang bayi - jangan sesekali mengangkat kaki bayi pada posisi begini, ianya boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

7. Longgarkan atau alihkan selimut dari badan bayi.

TINGKATKAN STIMULASI

1. Gosok atau tepuk perlahan belakang bayi dengan jari. .
2. Tukar lampin
3. Pegang tangan dan kaki bayi dan buat kayuhan.
4. Cuba main "pat-a-cake" ngan bayi (kalau kita Melayu ni main 'tepuk amai-amai")
5. Tingkatkan skin to skin contact ngan bayi
6. Gosok perlahan-lahan tangan dan kaki bayi
7. Lap dahi dan pipi bayi dengan tuala lembab.
8 Gunakan jari dan urut perlahan keliling bibir bayi


MENGGALAKKAN BAYI TERJAGA

1. Pastikan tangan anda menyokong payudara semasa menyusu.
2. Perah susu masuk ke dalam mulut bayi
3. Tukar payudara apabila mendapati bayi mula kurang menghisap
4. Tukar lampin dan sendawakan bayi
5. Pelbagaikan posisi penyusuan.
6 Urut kepala bayi dalam bentuk bulatan semasa menyusu

Bayi baru lahir perlu menyusu dengan lebih kerap. Pastikan bilangan lampin yang basah . lampin kain= 6-8 keping (pampers= 5-6 keping) dan bayi membuang air besar sebanyak 2-5 kali dalam tempoh 24jam bermula pada hari ketiga kelahiran.



4 comments:

  1. baby ayu, danial masa dlm pantang suka sgt tidur siang..dah kejut2 pun tak nak bangun..so, sbb tu ayu perah awal...tp, masuk je sebulan, dah kuat menyusu....syukur ...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ayu,'
    Hana pernah buat silap kat Farish dulu, biarkan dia tidur terlalu lama.. last2 kejut tak jaga2. Dah lembik, bawa hospital terus kena admit, dah dehydrate time tu.. Fobia sungguh.

    Dapat Firas, memang dia tak bangun 2 jam, terus kacau dia suruh bangun

    ReplyDelete
  3. ooo...ye ke..kalo tak baby dehydrate ek..hahaha..sungguh tktau pun..thanks for the info

    ReplyDelete
  4. Amirah, kalau takde input memang dehydrate. Farish dulu sampai 10 jam tak jaga, kejut buka mata, hisap kejap jer pastu tido balik. Bangun mandi petang pun, dia boleh tido time mandi.. cuak sungguh ingat peristiwa tu.. time tu pulak takde ilmu pasal BF dan baby ni..

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails