ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, June 3, 2010

Sebelum memerah/mengepam..................

Ibu buat entry ni sebab baru-baru ni time SGM ibu ada bertanya kepada ibu-ibu yang hadir time tu.. "Korang kalau pam, terus pam ke atau urut-urut breast dulu?"

Dan majoriti menjawab " terus pam"

Oooo........

Sebenarnya sebelum memerah/mengepam, payudara perlu diberi stimulasi terlebih dahulu. Ini supaya saraf-saraf pada payudara dirangsang untuk menghasilkan let down. Ini akan mempercepatkan pengeluaran susu.

Walaupun ada sesetengah breast pump mempunyai 2-phase expression, 2 cycle, mimic baby sucking.. tapi sebenarnya tak ada satupun BP yang mampu menandingi hisapan baby. Semasa baby menghisap, hormon akan dirembeskan dan menyebabkan alveoli aktif untuk pengeluaran susu. Sebab tu nak direct BF tak perlu urutan, but untuk memerah dan mengepam perlu dilakukan stimulasi terlebih dahulu

Antara yang ibu-ibu boleh lakukan untuk stimulasi payudara
1. tuam payudara dengan towel suam
2. gentle stroke pada payudara (urut perlahan-lahan payudara)
3. sikat payudara
4. urut pangkal payudara (dekat bawah ketiak)
5. gentel puting

Di atas adalah stimulasi yang ibu selalu buat.. Kalau rajin ibu buat semua, kalau tak cukup masa, ibu buat 1,2 jer..

Semasa ibu-ibu melakukan stimulasi ini, ibu-ibu akan merasa let down reflex dimana ibu-ibu akan merasa payudara sedikit menegang dan rasa tickling pada bahagian payudara.

Stimulate payudara sehingga ibu-ibu rasa ada titisan susu keluar dari puting dan baru mula memerah/mengepam.

Stimulasi ini penting untuk menghindarkan rasa sakit pada payudara semasa mengepam, dan mempercepatkan pengeluaran susu.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hana.. akak ambil link ini - stimulasi untuk mendptkn LDR n tempek pd n3 Let-Down Reflex smlm

    ReplyDelete
  3. hana, thanks for sharing...betul tu..ayu setuju..salah satu kesilapan ayu ketika mengepam adalah tidak membuat rangsangan terlebih dahulu...tu yg terus guna suction kuat tu...

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails