Sekarang ni Firas dah tak reti dok diam. Ada jer aktiviti nak dibuat.
Firas dah boleh merangkak, duduk sendiri, memanjat, berdiri sambil memaut, dan dalam cubaan nak menyorong kerusi. Dan Firas dah tak suka orang pegang-pegang, semua nak buat sendiri.
Firas juga dah develop separation anxiety.. tak boleh berenggang dengan ibu depan mata. Kadang tu dengan abi pun Firas takmau, buat abi merajuk dengan Firas.
Firas pun dah develop stranger anxiety, mula mengenal orang-orang dikenali dan perasaan was-was ngan orang luar.. Good development..
Sekarang ni Firas dah makan 2x sehari. Firas sama cam abang, banyak makan. Semangkuk moi tu habis kejap jer. Dan dah kurang minum EBM kat rumah mak Ani. Selalu 5x 3oz, sekarang ni 3x3oz jer.. Tapi malam tu memang bergayut sakan la.
Inilah wajah dan perkembangan Firas terkini.
Firas dah amat lasak merangkak. ibu letak kat ruang tamu, kejap jer Firas dah sampai dapur.
Dah belajar berdiri, dan dah boleh memanjat.
Firas boleh tido dalam apa style pun.. tengok Firas tido sambil duduk
Jaga-jaga.. Firas nak mai ni
Debab tak Firas???
comel nya.. mcm2 gaya... 8 bulan dah memanjat.. advance ni...
ReplyDelete