Kadang-kadang leceh tu disebabkan kita yang buatkan mereka rasa leceh.
Waktu mula-mula dulu, ketika pengetahuan ibu tentang pengurusan EBM sangat lemah, ibu hantar frozen EBM dalam bekas dadih kat rumah BS. Bila Farish nak minum, BS kena cairkan frozen EBM dalam bekas dadih tu, pastu transfer masuk dalam botol. Ibu pun tak pasti BS tu suamkan EBM dalam bekas dadih tu atas dalam botol.. Kalau boleh diundurkan masa, mahu saja ibu ketuk kepala ibu ni sebab susahkan BS Farish. Nasib baik Kak Ani tak banyak kisah. Dia ikut jer. ibu puntak tahulah dulu betul ke tak dia uruskan EBM, since ibu sendiri pun tak tau penjagaan EBM ni.
Alhamdulillah, bila dah sebulan hantar kat Kak Ani, barulah ibu terbaca cara-cara pengurusan EBM.. Oooo..ibu dah silap rupanya.
Sebenarnya mana-mana ibu yang baru pun akan mengalami masalah sebegini. Sebab tu orang kata practice make perfect.
Boleh rujuk entry ni pasal pengurusan EBM ibu.
Seelok-eloknya dan mesti dipraktikkan oleh ibu-ibu, sukat EBM secukupnya untuk sekali minum. Letak siap2 dalam botol dan nomborkan mengikut urutan.
BS akan rasa mudahnya menyediakan susu buat baby kita. BS cuma buka fridge (kalau dia tumpangkan fridge dia), amik botol, letak puting dan suamkan (rendam dalam air suam atau guna warmer).. siap..
Ibu sebenarnya bekalkan tiap2 hari fresh EBM. Ibu jarang sangat guna frozen EBM kecuali after weekend sebab tak buat stok time weekend.
Kat opis, ibu perah dan simpan per botol cukup2 amaun per feeding. Kalau dulu, ibu pam masuk botol, esoknya, ibu transfer ke dalam botol mengikut amaun penyusuan.
Sekarang ni ibu akan pam dan simpan ikut amaun penyusuan terus. Maknanya per botol ibu hanya akan pam sampai 3.5oz jer.
Kenapa?
Kerana, bila susu dalam keadaan sejuk, akan terbentuk paisan lemak kat atas dia. Kadang tu bila kita transfer, lemak tu melekat jer kat botol, rugi pulak sebab tak boleh nak korek lemak tu.
So kalau dah simpan cukup2, lemak pun tak terbuang dan baby akan dapat lemak tu bila dia minum EBM
Tengok kat bahagian atas tu kan melekat lemak2 dia. Kalau transfer masuk botol lain, lemak tu tak ditransfer. Rugi kan..
Apa sebenarnya maksud entry ni yer? Sebananrnya ibu nak sampaikan jangan kita susahkan BS kita. Buatkan semua benda mudah buat BS.
salam..su mmg buat mcm akak cakap tu.tapi still slalu was2, betul ke cara BS aulia' handle EBM.Dulu dah pesan ngan dia, rendam dlm air suam je.tp dia guna air panas jugak.ada sekali tu dia mrungut sbb air dlm flask dia x cukup panas, so tiap kali nk panaskan susu aulia', dia kena masak air!terkejut su!!pastu su remind dia, jgn guna air panas,nnt hbs mati sume khasiat susu tu..su nak belikan warmer, dia tak nak pulak.hmm..harap2 skrg ni dia dah tak buatla mcm tu lagi..
ReplyDeleteBetul tu.
ReplyDeleteBS nak handle EBM pun da syukur sangat2.
Seboleh mungkin nak senangkan BS.
ada juga ibu yang tak nak susahkan BS diorang dengan cara tidak memberi EBM pada anak mereka. Leceh katanya.... hmmmm... terpk juga, klu x diberi EBM pun, BS tetap kena buat susu utk anak kita kan?
ReplyDeleteNak bagi EBM ni kena brief betul-betul kat BS. Sebenarnya tak susah.
ReplyDeleteBS saya dia cakap lagi senang urus EBM berbanding FM.
Kalau FM, kena sukat air, pastu sukat susu, pastu rasa suhu air, kalau terpanas, kena alirkan bawah air paip pulak..pas tu kena basuh botol.
Kalau EBM. bukak fridge, amik satu botol EBM, rendam dalam air suam, pasang teat, siap. Botol pun takyah nak basuh sampai bersih sebab guna botol lain-lain
Saya dah cuba macam-macam cara nak senangkan BS. Tapi..BS anak saya ni lebih suka susahkan diri sendiri sebab sayangkan EBM. Pernah saya terserempak dia simpan semula EBM baki yang anak dah minum, sayang katanya. Aduhai..sampaikan saya terpaksa ulang byk kali bagitau yang stok EBM saya baaaaanyak dalam fridge barulah dia buang lebihan EBM yang dah dipanaskan. Tupun muka dia macam tak rela je.hehehe.Anak saya ni minum tak sama sukatan, kadang byk kadang sikit tu yg macam tu.
ReplyDeletesalam hana..bagus entry ni ..info berguna buat saya, saya akan mula keja next month, tu dok tgh pikir cmana nak bg BS kita senang kan?betui jugak kalo buat susu formula lagi leceh, EBM ni rendam jer..skrg pon saya dah train bb saya guna botol, alhamdulillah dia ok, minum jer..
ReplyDeleteisk2 sy tgh sedih ni..macamane nak ckp dgn BS jgn rebus EBM sy..habis sume botol2 EBM sy rosak..(jd kecut ok..dh 5 botol).even botol susu MAM sy satu dah rosak..kecut habis.die lupe nak amik dlm periuk...sy bg warmer die taknak..alasan ckp lmbt panas..sy dh ckp kat acik tu just rendam je..adoi..sy susah hati la..dh la die byk demand dgn sy..takleh lewat amikla..byr takleh potg la if cuti..anak sy mengengek atau meragam pun die complain..huhu tolong sy..mcmane ni..sia2 je sy bg ebm..last2 khasiat susu ibu tu tak smpai sbb care sedia salah..isk2 tension sy..nak cr org jaga susah...sorry byk comment..taktau nak ngadu dgn sape..kenape susah sgt org nak hargai kite yg bg susu ibu kat anak kite ye..isk2 susah sgt ke..isk2
ReplyDeleteMin Aina, BS tu jenis cermat tu.. tak mau boros.. hehe!
ReplyDeleteMummy Aleesya,
hopefully membantu..
Zurina,
Laa.. BS tu rebus EBM dalam botol tu.. EBM tu beku ker cair?
Itulah, kadang tu kita dah buat macam2 nak senagkan BS, tapi kalau dia masih dengan pendapat dia memang susah.. Kena slow talk dengan dia..
Kalau boleh dapat pengasuh lain lagi betterla Zurina.
Zurina nak story panjang, email jer akak hanaseman@yahoo.com
salam kak..sy dah dpt BS lain..br hr ni tukar..maksik tu x larat nak jg anak sy..mungkin die rs susah kot..takpela..ade hikmahnye la tu..
ReplyDeletealhamdullilah nampak BS br ni mcm sokong penyusuan susu ibu..tak byk komen pun..mintak2 serasila..sy bg warmer die nak guna..tp tgkla mcmane..igt nak beli termos mcm akak suggest tu..nak senangkan lg BS..
thanks kak..atas tips yg berguna..
moga Allah permudahkan perjalan ibu2 mnyusu semua..kuatkan semangat..caiiyokkk..
ape2 sy email akak nt ae..insyaAllah..
Zurina,
ReplyDeleteAlhamdulillah..
kalau ada permasalahan boleh jer email akak.
takleh rendam dalam air panas ke?kalau air suam lambat la nak suam susu kan..
ReplyDeleteNailofar,
ReplyDeletekalau rendam direct dalam air panas, molekul2 dalam EBM akan cepat tercerai dan mengakibatkan penurunan kualiti dalam EBM. Lagipun peningkatan suhu mendadak adalah tidak bagus untuk proses ini.
Susu ibu (dari badan) suhu dia around 40degree jer. Sebab tu dinasihatkan untuk rendam EBM sekitar suhu 40degree jugak. Kalau guna warmer kan ,memang setting dia 40degree. Kalau air panas suhu dia 100degree, boleh merosakkan molekul dalam EBM.