ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, December 25, 2010

Berjalan-jalan Di kuala Lumpur

Lamanya tak update blog, ada banyak sebab ibu tak sempat nak jengah blog ibu ni. Minggu lepas ibu attend 2 hari meeting kat HKL. Pas balik tu banyak kerja yang perlu disiapkan, balik rumah jer asyik letih dan tak sempat nak jengah blog. Lagi satu 2,3 hari ni internet ni macam slow sangat, lambat no nak upload gambar.. Tu yang blog ibu bersawang hampir 2 minggu jugak.

Ok, time ibu gi KL, abi pun ambik cuti ikut ibu sekali. Ibu tumpang rumah kakak ibu kat jalan Hulu Langat. Sekurang-kurangnya abi takdelah boring sangat. Sekurang-kurangnya Farish dan Firas ada gak kawan bermain dengan sepupu-sepupu mereka.

Sebenarnya dah lama ibu dan abi rancang nak bawa Farish naik keretapi, sebab Farish sangat suka dengan keretapi ni. So balik meeting hari kedua tu, ibu ajak abi bawa Farish dan Firas naik LRT. Tak pergi mana pun, singgah Sogo jer. Sempatlah juga shopping baju buat anak-anak ibu. Farish mula tu macam takut nak naik LRT, tapi bila dah masuk dalam, excited pulak. seronok kot boleh nampak pemandangan kat luar LRT, pastu jalan atas bangunan kan. Kat Alor Setar mana ada benda macam ni.

Farish leka tengok pemandangan dari dalam LRT. Tertunai jugaklah impian FArish nak naik keretapi walaupun sebenarnya time dia baby dah berapa kali naik LRT ni.

Dinner kat McD Sogo, sebenarnya ibu yang teringin nak makan Prosperity Burger.. Farish makan chicken burger, Firas makan Fries jer

Hari Sabtu tu pulak, abi teringin nak bawa Farish dan Firas pergi Zoo. On the way balik Kedah tu, singgah Zoo dulu. Dekat 3 jam la jugak kat dalam tu.
Paling ibu dan abi tak percaya, Farish berjalan kaki tanpa merengek untuk didukung. Tough anak ibu ni, sedngkan ibu sendiri dah lenguh-lenguh kaki ronda Zoo tu. Firas gilir-gilir ibu dan abi dukung, kadang tu biar jalan sendiri.. Tapi kalau biar Firas jalan sendiri, menonong jerk aki tu nak pi sana-sini. Abi dah tak bagi ibu BW Firas lama-lama sangat sebab Firas dah hampir 10kg, dan kalau ikutkan ibu tak boleh angkat barang berat more than 9kg untuk jangka masa lama. Takut sakit belakang ibu berulang. Mungin itu juga sebab kot, Farish tak merengek didukung since nampak abi dok dukung Firas.
Awal2 tu ibu BW Firas dulu. Ibu guna RS sebab dukung Firas kejap jer, lagipun senang nak lipat. Kalau guna SSC, tak boleh nak lipat masuk beg.

Feveret animal Farish, mula tu tengok jauh jer. Tapi dekat 1/2 jam gak lepak kat gajah.

Firas mendera abi untuk dukung dia.
Inilah Firas kalau biar berjalan sendiri, ada jer tempat nak dia singgah.. Suka sangat dok cabut pokok kat sana


Lepas lunch kami pun merenruskan journey ke Cameron Highland pulak. Ini pun impian abi gak nak bawa anak-anak pergi kutip strawberry. Tapi kan, kami tak tempah hotel pun, konon nak main redah jer. Terlupalah pulak time cuti sekolah ni Cameron penuh sesak. Kami sampai kat Kg. Raja dan masuk Maghrib. Singgah solat dulu kat masjid, mandikan Firas siap2, tukar baju sebab cuaca sejuk dah mula terasa. Faish masih tidur sejak keluar dari Zoo.

Uh! Rupanya trafik kat Cameron time cuti sekolah amatlah terrible. Selepas Equatorial Hotel, bermulalah jem. Panjang sangat dan trafik sangatlah perlahan. Macam-macam kami buat andaian, accident kot, tak pun ada JPJ ker Polis ker buat road block.. Rupanya jem tu disebabkan oleh pasar malam kat Brinchang.. Kami stuck dalam jem, adalah dekat sejam lebih jugak. Smapai kat Brinchang tu memang sangat penuh sesak. Dlaam hati dah agak dah mesti takde bilik kosong ni. Abi gi survey semua hotel termasuk hotel cokia, semua full house. ada tokey kedai tu pun tolonmg telefon hotel kat Tanah Rata pun semua full house. Hubby decide, kita turun jugaklah macam tu. Abi sorang saja pi shopping kat pasar malam sebab hari dah start nak hujan dan Farish pulak tak jaga-jaga dari tidur. Kami turun balik Cameron hampir pukul 11malam. Dan sampai rumah dah pukul 4pagi. Esoknya tidur bangun kul 12tgh hari. Letih punya pasal.

Itulah serba sedikit aktiviti ibu di hujung minggu lalu. Minggu ni lepak rumah saja..
Inilah latest picture buah hati ibu. Muka keletihan selepas 3 jam berjalan kat Zoo.

2 comments:

  1. best kan bawa anak2 pergi bercuti...
    mmm, baru2 ni masa kat kg, cuba guna balik RS ngan posisi yg hana pakai pegi zoo tu..tapi, mcm tak berapa betul sgt..last2 guna T to T juga..mei tai tak bawa balik time tu.. tapi, betul la kata hana, bila berat dah 10kg, mmg tak larat nak dukung lama2 wpn guna bw..

    btw, cameron mmg jem...lagi2 hari cuti..

    ReplyDelete
  2. salam.
    bila baca entry ni, nak pulak jalan2 ke Cameron, teringat baru-baru ni pergi sana jugak. Memang awalnya ingat ada accident ke, polis buat roadblock ke tapi rupa-rupanya memang kalau ada pasar malam jalan akan jadi sesak sangat2 (itupun sbb kitorang tanya org kat sana masa tu ler). Tak dapat membeli-belah sangat sebab sekarang musim hujan dan kesian kat anak2 takut demam kena hujan.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails