ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, May 5, 2011

FILEM WAJIB TONTON 2011

Filem apa ya yang wajib tonton untuk tahun 2011?
Sebenarnya ibu bukan kaki wayang, pas kahwin rasanya baru 3-4x jer masuk panggung. last masuk panggung adalah seminggu sebelum Firas lahir, time tu cerita Papadom...
So, kalau nak nonton, ibu akan tunggu pas sebulan filem tu tayang, pastu gi cari DVD jer. Sorry yer, ibu mengaku ibu memang tengok DVD cetak rompak.. lagi2 DVD sekarang ni,terang-terang copy dari Astro First. Ibu malas nak langgan Astro first sebab bagi ibu tak berbaloi. RM15 untuk 48jam sahaja. Beli DVD baru Rm4 sekeping.. Boleh tengok ulang-ulang berbulan-bulan..

Berbalik kepada movie, antara movie yang ibu nak tengok sangat-sangat adalah Merong Mahawangsa.. Dan dah tengok bulan lepas (DVD jer).. Sebab ibu nak tengok sebab ia adalah tentang sejarah negeri ibu (Kedah), sejarah keturunan abi (Ya! Susur galur keturunan abi adalah dari kesultanan Melayu Kedah yang merupakan keturunan Merong Mahawangsa) dan paling penting sebab KRU production.. Ibu memang peminat KRU sejak sekolah, algipun Yusri kalau buat filem dia agak detail. Tengok dokumentari Merong Mahawangsa pun ibu tau dia buat research sebelum buat filem. Tak macam kebanyakan filem yang ntah hapa-hapa.

Dan lagi satu movie yang ibu tunggu adalah

Macam best jer tengok trailer filem ni, dan ibu ada  baca review wartawan yang filem ni sarat dengan air mata.. Tapi ibu paling suka sinematografi Khabir Bhatia.. Cantik sangat! Sekarang ni kat TV3 dok tayang balik Nur Kasih the Series tiap2 petang kul 5pm.. Ibu yang tengah MC ni tak lepaskan peluang tengok balik. tak jemu-jemu.

Antara tagline yang ibu suka pasal filem ni adalah
Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….

Rasanya kalau ajak abi tengok wayang dia mau tak? Abi sebenarnya suka jer tengok wayang tapi tulah memikirkan 2 hero ibu tu. Farish rasanya takde masalah, tapi Firas ni. Jenis tak reti dok diam-diam.. Kang adalak yang dok berkejar dalam panggung tu. Nampak gayanya kena tunggu keluar Astro first, pastu terus gi cari DVD.

Jom layan soundtrack Nur Kasih yang dinyanyikan oleh Yassin dan Tiz Zaqyah (sekali dengar macam suara Waheeda pulak)

4 comments:

  1. dah keluar ye dvd merong mahawangsa?? mm, harus dicari ni..hehe..

    tahun ni banyak beno filem best2 la..
    hari ni plak baru ditayangkan fast n furious 5, lepas tu 19hb nur kasih the movie..
    bulan 7 plak transformers 3...huhu..

    ReplyDelete
  2. Ayu, dah lama dah.. kalau filem Melayu, keluar astro 1st, maknanya dah keluarlah cdnya.
    Kalau oversea, biasanya pas sebulan tayang, baru dapat yang clear version.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails