ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, May 27, 2011

Perlu ke pandai masak sebelum kahwin??



Soalan kat atas tu diutarakan oleh seorang forumer di Ratuhati.com.. Sebagai persediaan dia menjadi seorang isteri kot..

Sebenarnya perlu atau tidak?

Pendapat ibu (ini pendapat ibu, orang lain, lain pendapatnya)
Sebelum kahwin sekurang-kurangnya kena tahu masak.. Kena faham yer, TAHU bukannya pandai.. Tahu masak maknanya kenal periuk belanga, kenal bahan-bahan masak yang basic, boleh masak makanan basic macam masak nasi, goreng ikan, goreng telur, goreng sayur.. Bonus kalau kita pandai masak, so tak perlu bersusah payah sangat nak belajar masak itu ini..

Ibu sebelum kahwin boleh dikategorikan anak gadis yang BOLEH masak.. (boleh pulak).. boleh tu maksudnya, kalau orang minta masak certain2 menu tu, bolehlah maak, tapi kesedapan tu, tak pastilah kan. Ikut selra masing-masing.

Tapi berdasarkan pengalaman ibu, bila dah kahwin, kadang tu masakan yang kita pandai masak dah takleh apply sebab selera suami mungkin tak sama.. Terus ternag ibu katakan, dulu zaman anak dara, ibu rajin masak rendang ayam, spagetti, tomyam, sayur campur.. tapi pas kahwin.. semua masakan tu bukan feveret abi, even abi memang tak makan makanan2 kat atas tu pun.. Makanya, pas kahwin memangi bu dah tak masak masakan2 tu.

Sebelum kahwin ibu masak kari ikut cara arwah mak. tumis bawang, pastu masukkan sepeket rempah serbuk tu yang dicampur dengan air asam jawa.. pastu masaklah smapai habis..
Tapi abi punya cara, tumis halba campur dulu, pastu bawang, pastu rempah (abi punya stail =rempah giling+ rempah serbuk), masak sampai naik minyak, pastu baru masuk air asam jawa.. So kedua2 kari tu memang lain sangat2.. kalau mak punya kari, colour kuning2 sikit.. abi punya kari.. colour merah sikit.

Part siang ikan pun sama.. arwah mak ajar siang ikan buang abis kepala, cuma tinggal part mata jer, pastu perut pun potong sikit, buang perut habis.
Abi punya stail, dia nak ikan tu kekal bentuk dia, hanya buang perut sahaja, jangan dibuang segala kepala bagai..

  Ini ikan cara arwah mak ajar

  
      .                                         Ini pulak cara abi siang, kena maintain rupa ikan tu

gambar ihsan google image

So pas kahwin ibu macam belajar semula masak.. tapi setiap kali ibu masak,mesti abi puji.. sebab masakan ibu mesti lagi sedap dari dia masak.. Sebabnya ibu ada skill masak.. ke memang keturunan kot.. Sebabnya arwah mak kandung ibu memang pandai masak, dan pernah jadi guru masakan.. So menurun kot kat anak dia yang ni.

So buat bakal2 isteri... anda kena belajar memasak.. lagi satu kalau pandai masak sekalipun, jangan mengaku depan bakal suami dan bakal mak mertua.. biar kita merendah diri.. SO, expectation diroang tak tinggilah untuk masakan kita..

2 comments:

  1. setuju..jgn sesekali jugak berlagak rajin,teret buat kerja umah ke,rajin masak bagai bukan apa nnt bila dah kawen dan beranak pinak bila tetiba kita xserajin masa anak dara mesti org akan mengata jugak kan hihihi..so buat biasa2 je jd diri sendiri biar derang terkejut oohh pandai masak rupanya..ohhh gitu gini..

    ReplyDelete
  2. siang ikan tu samalah kita.. ayah ajar buang muncung dia sikit tapi bila en. suami buat buang perut je.. dan saya cuma tahu masak tak sepandai en. suami..

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails