Macam yang aku pernah cerita, BF ni bukan sahaja terletak pada niat, tpai kena usaha juga. Kat sini aku nak share beberapa pergh tua (macam Abby Fana selalu cakap kat Sembang Sinar tu) macam mana kita boleh maintain pengeluaran susu kita. Ada yang aku dapat melalui petua orang tua, ada juga melalui pembacaan dan pengalaman orang lain.
Yang paling penting
1. Kerap direct feeding (Alhamdulillah, anak aku memang suka direct, takde prob nipple confusion)
2. Kerap pam/perah terutama bila ketiadaan anak di sisi. Time kerja la ni. Aku sedaya upaya akan make sure pam 3x time kerja. Tak kisahlah dapat banyak mana janji pam.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kekerapan mengepam akan memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu kerana kehendak makin meningkat.
Selain daripada tu aku juga amalkan (yang aku boleh amalkanlah) makanan2yang dipercayai menyumbang kepada penghasilan susu yang lebih banyak.
1. Air Longan : Feveret aku dan hubby especially time puasa. Nasib baik senang dapat dried longan kat Alor Setar ni. Longan ni direbus dalam air yang banyak, rebus sampai kembang. Aku suka letak gulabatu atau gula merah. Lebih lazat.
2. Kurma: Dulu aku makan time bulan posa jer. Sekarang ni tiap2 hari especially time pantang. Kurma ni boleh juga dibuat jus, takpun buat ice blended. Yummie2.
3. Susu : Ni kira list wajib ni. Aku bukan penggemar susu. Dulu aku minum susu berperisa sahaja. Sekarang Alhamdulilah, aku boleh terima semua jenis susu, fresh milk, susu tepung ker semua aku dah boleh bantai. Yang aku suka minum Anmum Lacta, Fresh milk (apa jer jenama) dan juga susu berperisa.
4. Lobak Putih - Aku sebenarnya tak pernah makan, tapi sebab org kata sumber menambahkan susu, aku pun cuba. Aku cuma pernah masak sayur air jer, jus aku tak pernah try. Tp best beli yang kecik dan kurus, rasanya lebih sedap berpbanding yang gemuk besar tu.
5. sawi : Ni sayur feveret seisi keluarga. Memandangkan hubby sangat suka makan sawi masak air, lagi senang la aku nak masak.
6. Pegaga: Dulu aku tak reti nak makan pegaga. Tapi hubby suka jus pegaga. Maka aku selalu tumpang minum jus pegaga hubby. Kalau kat kampung, pergi kutip jer bekang rumah, sekarang ni kena beli la.
7. Jantung pisang : celur,cicah sambal belacan.. Sodap tu. Takpun buat kerabu jantung pisang.
8. Kacang : aku memang hantu kacang. Tapi aku tak suka bubur kacang.
9. Kucai : Ni pun aku buat sayur air
10. Halba : wajib letak dalam kari. Kadang tu aku campur dalam nasi yang panas2, pernah gak try buat air halba, takleh nak telan la.
11. Soya : aku suka semua produk berasaskan soya : air soya, Tau Fu fah, tauhu, tempe, kicap (hehehe!
12. Oat : yang ni aku selalu makan campur dalam susu @ Milo
13. Milo
14. Horlick
15. Semua jenis ikan - aku memang suka ikan. Kalau ikan bakar tu, sekor pun tak cukup.
16. Semua jenis ulam-ulaman - campur buat nasi ulam, best tau.
Aku jenis manusia yang susah nak disiplin kalau amik supplement. Selain daripada makan pil dan jamu time pantang, jgn haraplah aku nak amik supplement time lain. Kalau aku amik pun kalsium tablet. So far aku pernah amik Milkmaid tea sahaja. Yang lain aku tak pernah cuba.
Alhamdulillah, semua makanan di atas tu serasi ngan aku. Tapi bukan bermakna, pas makan breast terus membengkak dan bila pam susu mencurah2. Makanan tersebut hanya bertindak sebagai penggalak untuk mengekalkan sumber susu dalam badan.
Tapi paling berkesan adalah kerapkan direct feeding, sebab itulah caranya untuk mengaktifkan hormon prolaktin paling berkesan.
susu itu sedap... tak kiralah yang berperisa ke yang plain. ku suka... agaknya tu sebab juga anak yang dah besar tu tak nak benti minum susu.
ReplyDeleteBetul betul betul.. Sekarang ni baru rasa susu tu sedap.
ReplyDeletesy laks suke mnum soya melilea tu...sgt besh...kurma pon sy cube mkn hari2..sbb mmg terbukti time bln posa aritu..susu jd byk dr biase sbb dok telan kurma hari2! =)
ReplyDeletekite suke bace info2 pasal susuibu nih.. hik hik .. nnt bt entry lg ekk..
ReplyDeletekak makan halba byk2 badan x bau ke? pizet makan pastu hubby kompelin kata bau mcm kedai apek jual ubat...hihi
ReplyDeletelongan kering tu nk cari kat mana kat as yek..leh kongsi tmptnya..mekasih
ReplyDeleteMaria..
ReplyDeleteKat pekan cina banyak. Dia ada 2 jenis, satu tu memang gelap, satu lagi tak gelap sangat. Selalu beli yang Rm15 satu ketul tu..
Tapi for 2nd baby ni, belum minum lagi longan ni.. time anak 1st dulu memang kerap minum.
sayer mmg slalu menjengah kt blog akak nih,
ReplyDeleteader 3 masalah yang memeningkn kepala sayer nk mintak nasihat akak skit ler...sayer masuk keje 18/08 nih...as for now,saya direct feeding...stok xbyk sbb kurang maser nk pam...
kemusykilan sayer,
1) kalo susu baki yg dah dipanaskan, boleh simpan blk x??kalo boleh,berapa lama dia bertahan??kene letak dlm fridge x??
cthnyer...aanak saye nangis,sayer kasik btl ebm 3oz...tp dia minum 2oz jer...balance 1oz tu leh simpan x??ikut pembacaan saye,kene buang tp setelah berapa lama??
2) jarak saye ke nurseri 10 mnt jer...perlu letak dlm cooler bag x sbb kt sana ader fridge....
3) kalo kt opis,sayer perah kol 10.30am = 1oz,then 2.30pm = 1oz....boleh campur dlm 1 botol x??
terime kaseh yer kak jawab soklan sayer yg pjg lebar nih.....
luper lak,ader lg 1...
ReplyDelete4) haritu sayer buat frozen stok 2oz setiap bekas..leh ker kalo saye cairkn 2 bekas 2oz=4oz dan masukkan dlm botol yg sama menjadi 4oz??