Sebenarnya tidak sama sekali. FM perlu mengikut sukatan yang ditetapkan supaya kandungannya cukup buat bayi, tetapi tidak untuk EBM.
Sukatan EBM tidak sama antara bayi A dengan bayi B. Hanya ibu yang boleh menentukan sama ada cukup atau tidak kuantiti EBM untuk bayi mereka. Maka perlulah ada try & error dalam menentukan kuantiti EBM yang diperlukan.
Macam ibu, time Farish dulu, ibu main hentam saja bagi. Tapi tak pernah lebih dari 4oz sehingga umur Farish satu tahun. Lepas tu ibu dah stop bagi EBM.
Untuk Firas, ibu akan observe. Waktu mula2 Firas dihantar ke rumah Mak Ani, ibu bekalkan Firas 6x2oz.. Setiap hari pasti ada balance 1 botol. Masuk bulan ke3 Firas minum 6,6 botol licin. Maka ibu tambah ke setiap botol 1/2 oz lagi menjadikan 2.5oz per botol. Masuk bulan ke4, Firas mula minum 3oz per botol.
Sehingga sekarang Firas masih lagi minum 4-5x3oz kat rumah Mak Ani. Pernah ibu naikkan ke 3.5oz, tapi 2 hari berturut2 balance 2 botol. Maknanya Firas hanya minum 3 botol jer. Maka ibu kurangkan kepada 3oz semula. Barulah Firas habiskan 5 botol.
Sebenarnya amaun susu kita yang tentukan. Sekiranya banyak kita bagi, banyaklah bayi minum. Dan juga penggunaan puting juga memberi kesan kepada amaun penyusuan. Puting yang saiz lebih besr menyebabkan aliran susu laju dan menyebabkan bayi minum lebih.
Maka disarankan agar menggunakan puting bersaiz 1 atau newborn sahaja. Ini untuk mengelakkan bayi selesa minum botol dan menolak direct BF. Selain itu faktor aliran yang laju menyebabkan bayi mahu minum lebih lagi.
Macam kita juga.. biasa kita minum guna straw kecik (macam straw vitagen tu), minum sebotol vitagen pun dah rasa kenyang.. tapi bila kita minum guna straw ABC, satu gelas yogurt drink pun tak cukup rasanya.
kwn2 sy yg br berkecimpung dlm dunia ngepam n ebm ni slalu stress bl pam dpt sikit je... sbb bila tanya org tu, org tu dpt byk... sbnrnya, takpe kan kak, sbbnya baby kita lain2 sukatan... dan banyak mana yg kita dpt tu lah sbnrnya byk mana baby kt minum... betul tak?
ReplyDeleteSatu info yang sangat berguna..banyak jugak firas minum..patutlah bam..bam..
ReplyDeleteShira, percaya bahawa rezeki itu dari Allah. Ada ibu yang undersupply, ada yang moderate ada yang oversupply.
ReplyDeleteBanyak manapun kita dapat, itu rezeki anak kita. Insya Allah cukup. Yang penting konsisten pumping.
Maslina.. ikut keturunan ibu dan abi kot.. kuat makan.. hehehe!
terima kasih atas info..
ReplyDeleteby the way, saya ada bagi award.. sila la ambil ye..
http://journey2ilahi.blogspot.com/2010/04/1st-award-beautiful-blogger.html
rasanya betul la ashanas... sebab sy sendiri pam mmg jarang lebih dari 4 oz. Kalau ikutkan, mmg stok cukup2 je sebab tak pam secara beria smp bgn 3 4 pagi. Alhamdulillah, mmg cukup. Lagi satu, elok gunakan puting yg kecil lubangnya. Sy suka guna any brand yg menggunakan sistem non-spill. jenis ni biasanya mmg mempunyai puting yg sukar dihisap. sama dgn puting semula jadi ibu. :D
ReplyDeletegood article hana. as pc (or not pc) just be carefull when recommending bottlefeeding to mom. avoid recommend brand as it will make mother reply on our suggestion as main solution. all bottles and teats are same. nothing artificial can beat to our natural B.
ReplyDeleteHello ibu.. :)
ReplyDeletefaktor aliran susu yg laju buatkan baby nk minum lebih ek?tp baby sy, kalo dia direct BF time susu tgh laju, dia marah..+ lg kalo smpai susu memancut, lg la trs dia mrajuk xnak hisap dah.. :( dia akan lg lama hisap kalo time tu susu tgh biasa2 je..ie time saya baru lepas pam.
mummy-aulia,
ReplyDeletealiran laju ni untuk bottle feeding.
Kalau direct memang baby reject aliran laju sebab susu memancut-mancut.
Kalau direct dan susu laju, biasanya buat breast compression time baby menyusu tu untuk kurangkan aliran.