Semasa anak pertama, ibu hanya menimba ilmu tentang penyusuan di majalah sahaja. Ibu ingatkan ianya sesuatu yang mudah rupanya tidak.. Ilmu bF pun kena gali.
Kat kawasan ibu tiada BF class. memang susah nak belajar sebelum melahirkan. Nasib baik di zaman canggih ni ada internet (dunia tanpa sempadan) yang boleh kita surf dan cari segala maklumat.. Bertuah orang-orang sekarang ni yer..
Maka ibu ingin seru kepada bakal2 ibu agar menimba ilmu secukupnya dalam BF ini sekiranya ingin melakukan penyusuan berjaya.
Apa yang perlu kita cari:
Anatomi dan fisiologi payudara
- ibu2 perlu tahu serba sedikit tentang bagaimana susu dihasilkan. Ingat saiz bukan penentu kejayaan BF. Tahu apakah yang boleh menyebabkan pertambahan susu dan juga apakah yang menyebabkan susu menurun. Sedikit sebanyak tahu bahagian payudara, apa itu areolar, apa itu nipple dan sedikit struktur di dalam payudara.
Teknik lekapan
- yang ini memang wajib kena tahu. Teknik lekapan yang salah boleh menyebabkan berlakunya puting merekah, bayi tak dapat susu yang secukupnya dan membawa kepada kegagalan menyusu.
Kuantiti susu
- kena tahu bahawa di awal2 kelahiran sedikit saja kolostrum sudah cukup mengenyangkan bayi. Kuantiti ebm tidak sama ngan ABM (artifial breastmilk)
Pengurusan EBM
-ini sangat penting untuk ibu2 yang bekerja. kena tahu prosedur memerah,menyimpan, tempoh penyimpanan, ketahan EBM..semua kena ambik tahu
Masalah-masalah dalam penyusuan
-kena juga ambik tahu tentang bagaimana berlaku breast engorgement, sore nipple, mastitis, low milk supply dan cara-cara mengatasi
Cari sokongan
-ini penting terutama bila ibu-ibu mengalami masalah dalam penyusuan. Sekarang ni dah ramai pakar laktasi dan terkini dah ada peer counsellor di setiap kawasan ibu-ibu. Cuma kena usaha untuk mencari sumber yang dipercayai.
-sekarang juga terdapat beberapa forum yang banyak membincangkan tentang penyusuan susu ibu..
- dan juga blog2 yang ditulis oleh ibu2 yang dedikasi terhadap penyusuan
- sekarang pun dah banyak SGM diadakan.. Turut serta jika anda ada masa. banyak maklumat bermanfaat boleh dikongsi bersama.
kenapa perlu ilmu penyusuan??
Ini kerana supaya matlamat penyusuan kita boleh tercapai dan juga sebagai perisai terhadap mitos2 penyusuan yang direka.
Selamat menggali ilmu...
(boleh rujuk kat sidebar ibu laman2 penyusuan yang selalu ibu kunjungi)
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?