Semalam 5/4/2010 genap dua tahun usia putera sulung ibu. Kejap jer rasa masa berlalu. Rasa tak percaya yang baby ibu ni dah bertukar status.. dari baby kepada toddler. Anak ibu dah jadi toddler yer.. Makanya pas ni kalau kita gi bercuti naik Air Asia, tambang anak ibu dah kena bayar tambang orang dewasalah.
Mengimbas kembali dua tahun lepas, uish! bermacam cabaran ibu dan abi hadapi. Kelahiran Farish ketika usia kandungan genap 36 minggu betul2 mencuakkan ibu dan abi. Dah la time tu dapat tahu yang Farish ni kecik, berat kandungan tak selari ngan umur kandungan, air ketuban ibu dah tinggal separuh dan juga uri dah pun matang. Ibu terpaksa di 'induce' hari tu jugak. Alhamdulillah sepanjang tempoh induce tu ibu tak rasa sakit even contraction dah bermula. Time sat melahirkan pun ibu tak rasa skit dan amat mudah sekali. Hanya 2 kali teran,Farish selamat dilahirkan.
Tapi waktu tu ilmu ibu cetek, panik susu takde di hari pertama kelahiran Farish, ibu dah bagi FM kat Farish. Balik rumah, masuk hari ke3, baru ada susu selepas diurut. Tapi bila masuk hari ke4,Farish pula kena admit sebab jaundis. Alhamdulilah Farish hanya masuk wad tak sampai 24jam pun.
Tapi bila masuk hari ke9, lagi sekali Farish kena admit sebab sepsis. Maybe salah ibu ngan abi beri Farish macam2 penawar jaundis (kononnya), dan akhirnya Farish kena masuk wad 5 hari untuk complete antibiotik. Aduih! time tu ibu rasa cam nak meroyan pun ada.
Time Farish 9 bulan lagi sekali Farish kena admit sebab cirit birit. Lagi 3 hari kita berkampung kat wad pediatrik tu.
Bila umur Farish 10bulan, ibu pula disahkan mengandung. Waktu tu ibu taktau nak kata apa, antara suka dan kesian. Kesiankan Farish sebab Farish masih fully BF time tu.
Dan bila umur Farish hampir setahun, lagi sekali Farish kena admit.. dan result blood test menunjukkan Farish menghidapi alpha thalasemia.. Lagi sekali ibu dan abi tak keruan.
Farish pula kurang selera makan, berat tak naik2 untuk beberapa bulan.
Tapi bila adik lahir, Farish kembali sihat macam dulu. Farish kembali menyusu susu ibu hingga saat ini.
Farish,
sesungguhnya ibu dan abi sangat sayangkan Farish. Farish merupakan anak yang sangat menghiburkan. Suka buat lawak, kuat merajuk dan saaaangat manja. Sampai sekarang ni pun Farish masih cemburukan adik especially bila adik nak menyusu. Farish selalu buat adik, kadang tu calar balar muka adik.Ibu tahu jauh di sudut hati Farish, Farish sayangkan adik, tapi Farish tak reti nak salurkan sayang tu sebab Farish membesar di kalangan abang2 yang lasak.
Farish,
ibu dan abi sentiasa doakan agar anak ibu menjadi seorang yang dihormati suatu hari kelak. Farish merupakan ketua keluarga selepas abi. Ibu harap Farish akan menjaga adik-adik dan juga menjaga ibu dan abi sebagaimana abi menjaga adik2nya dan juga maktok dan tokwan.
HAPPY BIRTHDAY MY BELOVED SON.......................
Happy 2nd birthday to Farish..Semoga menjadi anak soleh dan taat pada Allah dan kedua ibubapa Farish.
ReplyDeletehappy birthday farish... be a good boy..
ReplyDelete:)
happy birthday big boy!!!
ReplyDelete