Dan sebagai konklusi ibu senaraikan beberapa kemusykilan yang sering diutarakan?
1. Saya hanya pam time lunch hour jer.. cukup tak untuk baby saya?
- tak cukup. sekiranya anda bekerja 8am-5pm, anda sepatutnya memerah susu sekurang-kurangnya 3 kali semasa waktu bekerja.
Ibu bagi cadangan:
a) i) perah sebelum datang kerja (6.30am) di rumah
ii) pukul 10.00am
iii) lunch hour (1-2pm)
iv) sebelum pulang (4.30pm)
atau bagi mereka yang sangat padat jadual kerja, boleh juga ikut jadual di bawah
a) i) perah awal pagi sejurus bangun tidur (5.30am)
ii) pukul 8.00am
iii) lunch hour
iv) sebelum pulang
Jangan fikirkan tentang kuantiti setiap kali sesi pemerahan, tetapi positif yang susu akan cukup buat bayi anda. Ingat! kurangnya sesi perahan boleh menyebabkan kuantiti susu semakin berkurangan.
(untuk yang bekerja shif, boleh sesuaikan mengikut masa kerja anda.. selang masa antara 3-4 jam sekali)
2. Macam mana nak skip kerja untuk memerah susu, bos tak bagi rehat lama-lama?
- disarankan agar memilih pam yang mengandungi fungsi double pump. Ini dapat menjimatkan masa kerana kedua2 payudara dipam serentak.
-sekiranya anda kreatif, anda hanya perlu memerah susu di tempat kerja anda sambil membuat kerja anda seperti menulis dan menaip.
3. Tempat kerja saya tiada peti ais, macam mana nak simpan perahan susu saya?
- anda boleh menggunakan cooler bag/ box anda. Letak beberapa ice pack/brite ice/techni ice di dalam cooler bag/box anda. Cooler bag/box dan icepack yang baik,boleh tahan beku sehingga 12jam. Digalakkan anda menggunakan 3 ice packs.
4. Saya perlu ke tandas untuk membasuh pam, tetapi tandas jauh dari ruang kerja saya?
- tidak perlu membasuh pam setiap kali menggunakannya. Air susu kita sendiri mempunyai bahan antikuman. Anda hanya perlu mengelap corong dengan kain yang bersih, simpan corong pam anda di dalam cooler bag/box yang berisi ice packs. Gunakan untuk sesi perahan seterusnya dan basuh bila pulang ke rumah nanti
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?