Terus terang ibu cakap yang ibu hanya makan supplement time dalam pantang saja.
Itupun ibu cuma makan obimin dan tablet kalsium-magnesium sahaja. After tu ibu dah tak amik sebarang supplement.
Memang kalau baca kat forum, ramai yang suggest pelbagai jenama supplement untuk increase milk production.. Macam-macam jenama..(ibu takmau tulis takut mengguris hati si pemakannya)
Tapi ibu percaya rezeki itu Allah yang beri dan ibu percaya kepada natural supplement.
(tapi bila bercakap tentang natural supplement, ramai pulak yang kata, sejauh mana natural supplement tu dapat maintain susu, kena gak amik supplement)..
Ibu kata macam tu sebab ibu percaya zaman nenek moyang kita dulu, depa tak kenal langsung ngan supplement, tapi depa berjaya BF nenek dan mak kita dulu. Sebab tu ibu percaya ngan natural suplement.
Apa natural suplement?
Natural supplement adalah supplement semulajadi yang kita boleh perolehi dari makanan kita hari2. Ibu akui ibu memang jenis rajin makan. Dan bila makan, ibu make sure yang makanan ibu mesti ada nasi, lauk, sayur/ulam dan air. Itupun dah cukup buat ibu.
Kalau lunch ibu suka makan ikan (ibu prefer ikan dari ayam@ daging). Nak2 kalau jumpa ikan bakar. ikan kan banyak kandungan DHA. Dan Insya Allah DHA yang ibu makan tu sampai kat anak ibu.
Ibu juga suka makan ulam. Alhamdulillah, ibu bukan dok kat tgh2 kotaraya, maka gerai makan masih boleh jumpa ulam2 seperti selom, pegaga, bebuas, ulam raja,pucuk janggus dan lain2 lagi. Kalau gi makan jumpa ulam setakat salad dan timun, ibu tak amik ulam.
Dan juga ibu percaya bila kita makan dengan gembira Insya Allah susu akan bertambah. Pernah terbaca ada orang makan sate, dan tiba2 breast dia engorge, so dia tanya tentang ramuan dalam sate yang boleh banyakkan susu tu..
Sebenarnya makan denga ngembira adalah faktornya. Maybe kita makan sate tu dengan perasaan yang hepi (makan sate bukan tiap2 hari kan), so secara tak langsung, hati kita gembira.
IDan ibu juga percaya kalau kita hanya makan nasi kosong dengan ikan kering pun, tapi kita makan bersama ahli keluarga berkumpul, makan dalam suasana yang ceria, kita boleh rasa beza kuantiti susu kita.
Ibu pernah makan nasi dagang dengan hepi di hari jadi ibu, tengah hari tu Alhamdulillah ibu dapat pam dekat 18oz susu sekali pam.
Tapi ibu juga makan nasi dagang dari air tangan orang yang sama di hari lain, sorang diri, tapi kepala dok pikir hal kerja, ibu cuma dapat pam 7oz jer.. So nampakkan, makanan bukan penentu, tetapi psikologi diri.
So, ibu tak amik supplement, susu ibu tak berkualiti lah nanti? Kualiti susu sukar untuk diukur. Tapi ibu tengok anak ibu semakin hari semakin sihat, berat pun memberangsangkan, jarang sangat demam, ibu rasa ibu dah beri sesuatu yang berkualiti untuk anak ibu.
Bukan bermakna ibu menolak suplement untuk increase susu,bila umur anak ibu makin meningkat, demand lebih banyak, barulah ibu mencari suplement yang sesuai. Tapi perangai ibu ni tak konsisiten ngan ubat2 ni. kadang tu beria2 beli, makan seminggu, tersadai camtu jer.
. Supplement adalah jalan akhir bagi ibu sekiranya natural supplement tidak lagi membantu penghasilan susu ibu.
Dan segala rezeki yang diberikan adalah datang dari Allah jua..
Salam..
ReplyDeleteHampir 2 minggu akak tak ambil sebarang supplement... Alhamdulillah, susu maintain malah dalam beberapa hari ini terasa makin banyak pula.
Betul juga, yang penting minda kita bebas drp sebarang tekanan. (w/pun ada tp wat tak tau je!)
Salam,
ReplyDeleteBetul tu Hana,semuanya terpulang pada kita.Saya pun jarang dah amik suplement(amik pil halab je).Amik suplement bila kerja kat opis banyak dan saya stress je.
Sbb saya percaya akan rezeki dari Allah dan cara kita berfikir.Selain tu,jadual pemakanan pun kena pastikan seimbang.
Umialya, Maslina..
ReplyDeleteKalau ikut LC, frequent BF @ pumping is the success key.
Dan makan kena seimbang dan cukup dan paling penting, elakkan stress dan happy selalu.
Saya pun sgt setuju. Penah juga mkn supplement masa keadaan desperate coz milk supply dah berkurangan. tp, takde kesan sgt pun. Maybe masa tu tgh pressure pk susu tak byk. So, sy pk, mkn supplement pun, mcm tu, tak mkn pun mcm tu. lebih baik tak yah mkn. Cuma mkn makanan mcm biasa..... susu sy tak tentu keluar. Cuma so far, alhamdulillah, paling kurang, sekali pam dpt la 80 ml. walaupun nmpk sedikit, tp rasanya, keperluan anak sy mungkin sbyk itu. jd susu jarang dpt lebih dari 4 oz sekali pam....
ReplyDeletesalam hana,
ReplyDeletewalaupun saya pengamal suplemen tegar (dari anak dara lg), tp dalam BF journey ni saya tetap tekankan pd customers saya bahawa kekerapan kosongkan breast tu plg utama .. jgn ngelat2 pumping session, jgn malas .. then come the other power factors - pemakanan seimbang, air yg cukup, stress management dan positif!
namun pd saya pengambilan suplemen tetap penting kerana ia membantu kelancaran sistem badan seseorang itu, tak kiralah dia BF atau tidak (^_^).