ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, January 5, 2011

Kafein dan Menyusu

sumber: google image


Banyak pertanyaan sebelum ni sama ada ibu menyusu boleh atau tidak minum kopi/nescaffe atau minuman bercaffein.

Ada pendapat yang mengatakan kafein boleh mengurangkan susu, ada yang menegah dari minum kafein. Maka di sini ibu cuba cari konklusi untuk persoalan ini.

Sebenarnya ibu menyusu BOLEH minum kafein.
Malah ada kajian menunjukkan kafein boleh menambahkan kuantiti susu. Berita baik untuk penggemar kafein.

Namun ,pengambilannya harus berpada-pada. Kesan terhadap bayi adalah minima. Namun cuba perhatikan kelakuan bayi selepas kita minum kafein. Sekiranya bayi seperti tidak selesa, kembung perut, susah tidur, meragam, maka anda harus mengurangkan atau elakkan pengambilan kafein. Boleh ambil semula bila bayi anda sudah besar nanti.

Bila ibu kata kafein tidak memudaratkan penyusuan, haruslah berhati-hati juga pengambilan kafein ini. Terdapat info yang menyatakan pengambilan kafein pada kadar berlebihan boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung, meningkatkan aliran darah, meningkatkan suhu badan, meningkatkan kadar gula dalam darah, bertindak sebagai diuretik, bermakna anda akan kerap membuang air. Ini menyebabkan anda akan kekurangan air dalam badan.

Kalau tengok pada kesan2 kafein di atas, awas sekiranya anda mempunyai masalah darah tinggi, kencing manis serta penyakit jantung. Berhati-hati juga bagi mereka yang mempunyai keturunan penyakit di atas.


p/s: ibu memang tak boleh minum nescaffe, nanti ibu akan loya, mual, sakit perut, pening dsb. Tapi kalau kopi kampung tu, ok pulak. Kopi kampung ni minum panas-panas cicah biskut kering tu memang best.

4 comments:

  1. hadha nescafe memang tak boleh. sakit kepala. tapi kopi kampung (kita fikir benda yg sama ke ye? kopi yg bapak2 suka minum kat kedai kopi tu kan?) ~ memang addicted! cecah biskut kering, or goreng pisang minum kopi o/kopi susu.. cuma dah kawen ni kurangkan sbb gigi cepat jadi kuning hihi

    ReplyDelete
  2. Hadha, betullah tu. Kopi yang made in kampung. Biasanya yang hitam pekat,kena tapis sebelum minum.
    Nescafe tu mesti ada campuran lain tu yang boleh buat kita tak sesuai. Tapi kalau kopi pure tu, ok jer minum.

    ReplyDelete
  3. sama la. tak boleh minum nescafe..kadang2 rasa menggigil dan berdebar sgt2.tapi kopi boleh cuma kena light2 je.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan blog ya. Rupa rupanya itu kesan cafein pada badan. Lajukan aliran darah dan ada rasa berdebar. Lagi2 orang yang berpantang.

    Lebih baik toksah minum. Boleh ketagih jadi kafein addict.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails