Sorotan 2010 dalam hidup ibu, Alhamdulillah segalanya berjalan (nak kata lancar tak juga, ada yang tersekat, ada yang licin), tapi semuanya berjaya dilaksanakan.
Imbas kembali 2010, ketika usia perkahwinan ibu baru berusia 2 tahun 6 bulan, ibu telah dikurniakan 2 orang cahayamata. Pada Jan 2010,Ibu dan abi berjaya melakukan akikah buat kedua-dua putera ibu. Usai sudah tanggungjawab ibu dan abi.
Pada Mac 2010, ibu telah mendpaat jemputan untuk menghadiri kursus Malaysian Breastfeeding Peer counselor. Alhamdulillah, selepas 3 hari kursus ibu dan 18 lagi kawan ibu telah berjaya menjadi MBfPC dan bertanggungjawab dalam memberikan kesedaran dan membantu ibu-ibu lain untuk meneruskan penyusuan susu ibu. ALhamdulillah, bertitik tolak dari kursus tersebut, ibu dan juga seorang PC lagi Aznor Hana telah menggalas tanggungjawab sebagai pC bagi negeri Kedah dan berkat bantuan kawan ibu Rini, kami berjaya mengendalikan beberapa siri SGM secara kecil-kecilan (Mei, Jun, Julai, Spetember, Oktober). Juga ucapan berbanyak terima kasih buat PC-PC yang datang membantu ketika SGM sedang berjalan. Insya Allah tahun 2011 nanti,ibu dan kawan-kawan ibu akan cuba menyusun aktiviti SGM yang lebih terancang.
Kerjaya ibu, Alhamdulillah, ibu dah confirm kenaikan pangkat. Dan Alhamdulillah, ibu telah membeli rumah kedua kami, dan telah pun siap, cuma tunggu CF sahaja. Tahun ini ibu tak banyak menghadiri kursus seperti tahun-tahun sebelumnya. Betullah bila kita dah berkeluarga, keluarga leibh diutamakan. Kalau perlu berkursus lebih dari 2 hari, ibu kena tanya abi sama ada abi boleh ikut atau tidak. Kalau abi tak boleh ikut, ibu tak hadiri kursus tersebut.
Kalau ada meeting pun di KL, ibu biasanya akan ambil flight pagi di Penang (bermakna ibu kelaur dari rumah pukul 4pg) dan balik semula pada malamnya.. Memang kedengaran penat, tapi demi keluarga, ibu tak rasa kepenatan tersebut. Alhamdulillah, kerana kebanyakan meeting itu dilakukan pada hari Khamis, jadi esoknya jumaat, memang ibu cuti.
2010 menjadikan ibu lebih mendalami tentang penyusuan susu ibu, bukan untuk diri ibu tetpai untuk dikongsi bersama, sebab itu wujudnya blog ini dan juga wujudnya kumpulan sokongan di Alor Setar. Ibu juga sering mendapat email, sms dan juga panggilan telefon dari ibu-ibu menyusu untuk bertanyakan pendapat. Ibu juga berjaya menarik kawan-kawan sekerja ibu menjayakan penyusuan susu ibu, bukan setakat ibu-ibu saja, malah nenek2 pun ada yang mencari ibu untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang susu ibu. Dan ibu juga berterima kasih kepada kak Asniza kerana menjemput ibu menjadi moderator dalam website Ratuhati
Apa lagi ya untuk dikongsi bersama..Alhamdulillah rumah tangga ibu semakin kukuh, ibu dan abi semakin memahami dan kehadiran 2 putera ibu sangat-sangat melengkapi hidup ibu dan abi (tapi ibu dan abi rasa belum lengkap lagi, kami masih menginginkan puteri dalam keluarga kami)
tahun 2011, sesungguhnya ibu mengharapkan yang lebih baik dari 2010. Insya Allah, ibu akan memantapkan lagi kumpulan sokongan di Alor Setar ni. Ibu akan terus menulis dalam blog ibu tentang isu-isu berkaitan keibubapaan dan Insya Allah, sekiranya Allah mengizinkan Julai 2011 nanti ada berita gembira yang ibu ingin kongsikan bersama kawan-kawan ibu. Buat masa ini, biarlah rahsia.
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?