ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, January 6, 2011

Supplement dan Penyusuan

Bila menyentuh tentang bagaimana nak penyusuan, ibu-ibu moden sekarang tidak terlepas untuk membincangkan tentang supplement yang perlu diambil semasa menyusu. Ada yang kata brand A boleh banyakkan susu, brand B boleh pekatkan susu, brand C pula tingkatkan kualiti susu, brand D akan tambah nutrisi atau zat tambahan dalam susu ibu. Maka seorang ibu yang inginkan susu yang banyak,pekat,berkualiti dan mempunyai nutrisi tambahan akan mebeli kesemua brand A-D.. Setiap satu berharga Rm40 untuk 30biji, total RM Rm160 untuk sebulan. Sepuluh bulan dah RM 1600.
Banyakkan perlu belanja untuk menjayakan penyusuan yang berkualiti dan berterusan.

Sebenarnya perlukah suppplement dalam penyusuan?
Ibu mengambil petikan dari website Kellymom.com
If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers.
Maknanya kalau ibu-ibu mengamalkan diet seimbang, supplement tidak perlu sebenarnya.

Habis kalau tak ambik supplement, cukup ke dengan makanan yang kita makan sahaja?
Ok, kita tinggal di Malaysia yang ibu rasa tergolong dalam negara yang kaya dengan makanan. Tengok orang kita pun dah cukup melambangkan rakyat Malaysia bukan dalam kategori kebuluran. So tak perlulah bimbang makanan yang kita ambil cukup atau tidak untuk penyusuan, melainkan kita langsung tak makan apa-apa, itu patutlah risau.

Ibu juga nak quote tulisan Shida dalam FB dia
Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasa mencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi. Jawatankuasa Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, " tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad."
Kadang-kadang (malas nak cakap), ibu rasa iritate sangat dengan penjual-penjual supplement ni. Siap dengan tetimonial mengaitkaan selepas mengamalkan supplement brand ABC, susu saya makin banyak, makin pekat dan yang paling penting lebih berkualiti.
Ibu nak minta maaf sangat-sangat kepada penjual2 supplement ni, please promote wisely. Baca dulu artikel2 yang ditulis oleh international LC. Supplement adalah untuk ibu, bukan untuk bayi. Maknanya makan supplement adalah untuk kesihatan ibu, sebenarnya supplement itu meresap ke bahagian tubuh badan seperti usus, tulang, kulit dan bukan kepada susu. So please ibu-ibu semua, fahamilah bahawa pengambilan supplement untuk diri anda, bukan untuk susu anda.

Malah, seorang PC ada menceritakan bahawa seorang BF mom telah berjumpa dengannya. dia telah menghabiskan beratus-ratus RM dalam sebulan untuk membeli supplement supaya susunya menjadi lebih banyak dan berkualiti. Apa yang berlaku ialah, suaminya amat kecewa kerana isterinya telah menghabiskan begitu banyak RM untuk menyusu dan meminta isterinya berhenti menyusu. Lebih baik beri FM sahaja kerana FM tidaklah sampai RM100 untuk sebulan. Maknanya, menyusu tidaklah menjimatkan. Maka selepas menerima kaunseling, dan ibu tersebut telah diberi penjelasan panjang lebar, maka dia mula faham konsep penyusuan. Sleepas itu, terus stop beli supplement dan perjalanan BF dia masih seperti biasa, seperti ketika dia mengambil suplement.

Renung-renungkanlah ibu-ibu diluar sana. Penyusuan adalah sesuatu yang alami. Dan Allah tidak akan membebankan hambaNya untuk melaksanakan ibadahNya.

15 comments:

  1. betul tu hana...masa anak pertama dulu sy pun penah juga cuba kengkonon nak tambah susu sebab rasa mcm susu tak cukup je. Tapi bila sy tak ambil pun, susu tetap sama juga. Jadi, disebabkan saya memang jenis yang payah nk makan supplemen, sy tak beli dah bebenda tu semua dan susu saya tetap begitu dan cukup untuk anak saya walaupun mungkin tak mewah smp blh diberi pd anak orang lain (seronok juga kalau blh jd ibu susuan ni). Sikap membanding kuantiti susu juga kadang2 blh jdkan ibu2 menyusukan anak ni tak yakin dgn kuantiti dan kualiti susu sendiri. :D

    ReplyDelete
  2. Hi..
    Great Info you share there, but from what i knew n understand.. kellymom.com did share on.. below:

    What if I do NOT eat a reasonably-well balanced diet?

    Except in special circumstances, women in developed countries are not likely to have nutritional deficiencies that will affect their milk.

    The Recommended Intakes (RI) for nutrients have a wide safety margin built in – if you do not meet the RI for a nutrient, it does not mean that you are deficient. If a mother does not get adequate amounts of certain nutrients (such as vitamin B6, vitamin B12 or iodine) it can decrease nutrient levels in her milk, however this is usually only a problem in areas of malnutrition. The best solution in such cases is to improve or supplement the mother’s diet. For other nutrients (including folic acid, iron, calcium, copper, magnesium, zinc) milk levels will be fine even if the mother’s intake is too low.

    The nutrients most likely to be of concern for a woman eating an average (unsupplemented) American diet of 2700 calories per day are calcium and zinc. However, your intake of calcium or zinc does not affect breastmilk levels of these minerals, so if supplements are needed, they are for your benefit -- not baby's.
    (Hamosh, 1991; Lawrence & Lawrence, 2005)
    For mothers who are cutting calories:
    Mothers who get 2200 calories per day may need extra calcium, zinc, magnesium, thiamin (vitamin B1), vitamin B-6 & vitamin E.

    Mothers who get 1800 calories per day may need extra calcium, zinc, magnesium, thiamin, vitamin B6, vitamin E, folic acid, riboflavin (vitamin B2), phosphorus and iron.

    Breastmilk levels of calcium, magnesium, phosphorus, zinc, iron and folic acid are fine even if your diet is deficient. If supplements are needed, they are for your benefit -- not baby's.

    Levels of B vitamins in breastmilk are related to the mother’s intake, but a deficiency in the mother serious enough to affect her breastfed baby is very rare in the United States.
    (Hamosh, 1991; Lawrence & Lawrence, 2005)

    Mothers who eat no animal products or are otherwise at risk for vitamin B-12 deficiency need to get adequate amounts of vitamin B12 from supplements or fortified foods.
    Mothers who have little exposure to sunlight need to get adequate amounts of vitamin D from supplements or vitamin D-rich foods.
    Mothers who smoke cigarettes may benefit from additional iodine.

    and, Malaysia is one of developed country rite? Maybe you can give your review on her her article above.. Great of thanks~

    Supporter's Kellymom.com

    ReplyDelete
  3. kenapa mkn supplement semasa penyusuan dipersoalkan dan diperbesar2kan tapi kenapa mkn supplement@vitamin yg Dr bekalkan semasa mengandung tidak pula dipersoalkan?terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    org2 yg support/jual supplement jgnlah terlalu melatah pula dgn entry ni..

    yup, dlm kelly's article di copy paste oleh supporternye kat atas tu pun dah cakap, kalau mak tu takda diet yg well balanced then tak salah pun kalau nak ambil supplemen..
    mcm kata penulis entry ni, PLZ BE FAIR la.. kenapa kita selaku mak, nak habiskan duit beli supplemen, tapi taknak berusaha memasak dan memakan makanan berkhasiat??? bukan kah itu lebih natural..

    atau kita ambiklah supplement, nnt kita boleh la makan kurang, makan fast food ke...huahuahua..

    kembalilah kepada fitrah, bukannya saya against supplement, sy pun ambil..tapi atas nasihat pegawai perubatan...tapi sy muhasabah diri semula, sebaiknya sy berusaha memberi yg terbaik secara natural kepada anak sy..


    contoh, bila kita masak sayur2an, makan buah, kurangkan santan, kurangkan bergoreng - semua tu kita dpt kongsikan dgn family..
    tapi kalau supp???kesian gak sy dgr ada yg hubbynya sampai menegur ttg duit yg dikeluarkan utk supp tu..drpd nak jimat..jd makin melimpah ruah keluar duit pula..
    tu tak campur lg kalau ibu2 tu beli gajet2 breastpumping yg mahal2..

    tbaca gak tadi entry oleh pengasas blabalabla tu, katanya "mmg lebih baik masak sendiri tapi kalau balik rumah sempat doreng telur je..??" benda macam ni boleh adjust, dan diusahakan drpd just resort tu keluarkan duit dan beli supp. betul tak??


    sy baca pada label luar supp yg sy ambil(yg tgh glamer mewar2kan susu jd lebih pekat dan makin byk tu..) ayatnye takdelah ckp psl susu byk n pekat (penjualnya dan testimoni pelanggan yg cakap)ayat kat label tu tak disahkan oleh FDA pun...


    again, plz be fair..sy juga pengguna supp, tp seperti kata penulis entry ini, lebih kepada utk diri sendiri..bukanlah utk memekatkan susu..(susu i mmg tak pekat pun even dah konsume product bestseller tu...)huahuahua..susu i mmg tak pekat..nak buat camana...

    ReplyDelete
  5. Panjang lebar support kellymom tulis. sekarang ni banyak pemakanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain. orang dulu2 tua-tua pun sihat lagi. kita ni baru 20-30 dah sakit sana sini. huhu.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. suka petikan 'ibu-ibu mengamalkan diet seimbang, supplement tidak perlu sebenarnya'

    setuju 150%, tk atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  8. ohhoo..saya setuju...cuma bagi saya, pengambilan supplement penting utk saya mengurangkan keletihan sepanjang minggu bekerja...keja pergi pagi, balik malam..agak memenatkan..perlukan sesuatu utk jadi ibu & isteri yang mempunyai fizikal yang lebih lebih baik...

    ReplyDelete
  9. Sorry, dah 2 hari internet ibu tak sihat... hari ni baru ok.

    Thanx for all respons. Dan ibu tak dapat nak hurai setiap komen2 kawan-kawan ibu kat atas..

    Apa yang ibu nak sampaikan di sini adalah supplement bukanlah penyumbang penting kepada penyusuan. Supplement bertindak terhadap kesihatan ibu.. bila ibu ambik suplement, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga, bila sihat dan bertenaga, jiwa happy dan secara tak langsung memberi kesan positif kepada pengeluaran susu. Tapi supplement is not give direct effect to breastmilk itself., it goes to mother's health. Itu yang kami cuba untuk terangkan..

    Nanti ibu dah sihat sikit, ibu akan buat entry untuk menjawab kekeliruan ini

    ReplyDelete
  10. pz setuju kak...guna supplemen atau x penyusuan tetap sama...yang penting adalah demand=supply kalau mls nak pam susu akan x byk jugak

    ReplyDelete
  11. tu la betul kadang2 kita terpengaruh n teruja sngt bila ada org promote mcm2 supplement ..

    ReplyDelete
  12. Sedih.
    Bila kita bagitau y "i'm still bf my baby till now", soklan pertama drg "U makan supp ke?"
    Sedih bila penyusuan dipadankan dgn supp.
    Sy pengguna supp tapi it's more to myself.
    Bukan sebab untuk susu ibu.
    Kesian bila ada y ckp sy tak mampu nk bf anak sy sbb sy tak makan supp.
    Kesian kat ibu2 baru yang nak belajar pasal BF, berguru dengan orang yang ada kepentingan tersembunyi. Yes. You are selling your supp but please don't stress to the new mom that if u want to BF y baby u have to take the supp. Aiyooo. Kesian. Kesian sangat. Jangan memanipulasi issue untuk kepentingan sendiri. Sy sampai segan nak bgtau y sy makan supp. Nanti org kata "dia amik supp patut la susu dia banyak". Nak je jerit "the supp is for ME". Susu sy banyak sebab saya usaha, pam ikut jadual, study konsep "on demand", tak mudah mengalah dan sy berguru dengan orang yang betul. Sorry, komen y agak emo tapi melepaskan kekecewaan manteliti masyarakat kita.

    ReplyDelete
  13. like my husband said, "tak perlu supp kalau makan dah cukup setiap hari..ade buah, ade sayur, protein n carbohidrate.." walaupun susu tak de la melimpah ruah mcm orang lain, tapi still BF anak.. cuma kadang2 bile time period ni, memang susu merudum.. tapi saye percaya, setiap ALLAH buat tu adalah terbaik.. hari susu merudum, hari tu lah anak kurang minum.. maknanya, banyak tu la yang ALLAH bagi, sudah cukup utk anak..

    ReplyDelete
  14. Bagi saya supplement penting untuk kesihatan badan terutama bagi yang dah meningkat usia, more kepada kesihatan diri sendiri dan beri tenanga yang lebih. Supplement bukan pengganti makanan tapi penambahbaik CONTOH untuk betulkan tahap hormon, ganti nutrien untuk bendalir dalam sendi tulang...dan sebagainya. Err...untuk bantu penyusuan, tak der lah. Kerana Susu ibu adalah hasil terbaik dari pemakanan yang sihat.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails