ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, December 26, 2009

Penyedian EBM ke rumah Babysitter

Okay, entry sebelum ni dah cerita tentang pengurusan stok, sekarang ni nak cerita bagaimana pengurusan EBM yang aku praktikkan kepada kedua anak aku.

Firas sekarang minum 2.5 oz - 3oz.. So aku prepare tiap botol 3oz.

Sepanjang Firas di rumah BS, dia akan minum 4x, tapi aku bekalkan 5 botol. Takut terbalik lambat or Firas demand lebih.

Untuk memudahkan proses penyahbekuan frozen EBM, aku akan transfer frozen EBM ke fridge bahagian bawah pada sebelah petang. Kalau terlupa, aku keluarkan time subuh tapi terus cairkan diluar. Biar dia cair sendiri yer. Sekiranya EBM tu memang keras giler, rendam dengan air sejuk (bukan air panas tau) untuk cairkan.

 

Frozen EBM yang ditransfer dari deep freezer

 

Proses mencairkan frozen EBM secara semulajadi


Kemudian transfer dari liner masuk ke botol.

 

Aku isi 3oz per bottle.

Labelkan botol dari no.1 - 5. Ini memudahkan BS untuk menggunakan mengikut susunan.

 

No. 1 takde sebab aku letakkan teat siap2. Yang biru comel 2 ketul tu adalah Coleman Brite ice.

 

Ini cooler box yang aku guna.

Kenapa aku labelkan botol?

Ini kerana susu yang dibekalkan merupakan campuran susu yg dicairkan, susu yg diperah sehari sebelum dan juga susu fresh (baru perah). Kalau kita tak letak nombor, takut nanti, BS tak bagi susu yang dicairkan, dah kena buang bila balik rumah.

Aku biasa akan susun macam ni.

botol 1 : fresh EBM (yang diperah pagi tadi)

botol 2 : frozen EBM yang dicairkan

botol 3 : Frozen EBM yang dicairkan

botol 4 : EBM perahan semalam

botol 5 : EBM perahan semalam

So kalau ada balance 1 botol, mean Firas tak minum botol 5, maka susu itu akan aku bekukan.

Kenapa aku guna fresh EBM?

Kerana aku nak Firas dapat susu yang lebih baik di waktu pagi.

Tapi selalunya aku jarang guna stok frozen. 

Biasanya botol 1 : fresh EBM

botol 2-5 : EBM perahan semalam.

Frozen tu memang untuk emergency jer.

Pas dah siap label, aku akan masukkan botol2 ke dalam cooler box. 

Dalam cooler box aku akan letak brite ice . 

Bila sampai di rumah BS, BS akan transfer susu masuk fridge dia pulak.

Aku tak bekalkan warmer kepada BS, yerlah nak kena guna elektrik dia pulak kan?

SO aku bagi BS thermos mug yang muat bottle, maka BS isi air suam letak botol dan tutup. Suhu dalam termos mug lebih stabil berbanding jika direndam dalam mug yang terbuka.

Ehsan dari Google image. Termos aku dah kat rumah BS

Alhamdulillah, Firas okay jer minum susu sama ada fresh, semalam punya atau yang dicairkan.

DanAlhamdulillah, Firas tak fussy dalam penggunaan puting, aku just guna puting pigeon jer. 

4 comments:

  1. nk cari gakla termos mug ni...kt mn ek leh cari?terima kasih..

    ReplyDelete
  2. kk,nk tanyer,mase nih ank akk minum 2.5-3oz kan??baper yer umur dia mase nih??
    thanxx..

    ReplyDelete
  3. Lidywati,
    time ni firas dalam 3 bulan.
    Tapi sekarang 14 bulan dia just minum 4oz jer per feeding

    ReplyDelete
  4. kak..bila akak dh hantar ebm tu..bs akan transfer ebm ke fridge dia,so,ice brite n icepack akk tu kira duk kat mane erk?berapa jauh rumah akk n bs erk?bole tak kalau yus tak letak ebm dalam cooler bag tapi letak dalam tipuware jer,bila sampai rumah bs,dia terus letak dlm fridgenya..as long pagi masih sejuk,kereta pasang aircon n rumah bs hanya 3min....apa cadangan akk yg terbaik?

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails