ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, April 30, 2010

Dibebaskan kerana menyusu anak

Ibu terbaca petikan akhbar berita harian semalam.. Ada satu berita yang menyentuh hati ibu..


IBU 17 TAHUN DIBEBAS, ANAK ENGGAN MENYUSU
KUCHING: Polis terpaksa membebaskan seorang wanita berusia 17 tahun yang ditahan bersama suaminya kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran pil khayal Ahad lalu, selepas anak mereka berusia 18 bulan enggan minum susu tepung sejak dua hari lalu.
Berikutan itu, keluarga suspek yang menetap di Beladin, pusa, terpaksa berulang alik sejauh hampir 200km bagi membolehkan bayi berkenaan disusukan oleh suspek yang ditahan di IPD Betong.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffari, berkata sebelum ini pihaknya mendapat perintah reman dua suspek itu selama 4 hari bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas mereka dilakukan.
"Atas dasar kemanusiaan kita melepaskan suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengidar pil nospan bersama suaminya dengan jaminan RM1000 yang dibayar ahli keluarganya" katanya.

Hmm.. terkedu ibu baca petikan surat khabar tu. Dan ibu percaya yang bayinya menyusu badan sepenuhnya. 18 bulan dah anak dia, salute dengan ibu muda ni. Dan kesanggupan atuk dan neneknya berulang alik hampir 200km tu amat menyentuh perasaan ibu.. Huih! jauh tu.. macam Alor Setar ke Kuala Kangsar tu.. Dan jalan kat Sarawak bukan macam highway PLUS tu.

Tengok, betapa bayi itu ingin membantu ibunya sehinggakan pihak polis pun terpaksa membebaskan ibunya. Dan ibu pun salute pihak polis atas dasar prihatin tersebut.. Maybe isteri dia pun menyusu anak jugak. Hanya orang yang sayang anak akan mengerti perasaan anak tersebut.

Tapi yang salah tetap salah.. kalau sahih kesalahan hukuman perlu dilaksanakan juga..

Ibu terbayang, kalau ibu ini perlu dipenjara, maybe kita boleh support BF dia dengan mengajar dia memerah dan menyimpan susu di penjara..

6 comments:

  1. baguih ibu muda tu...mesti dalam penjara teringat kat anak yg selalunya menyusu dengan dia,kan? sedihnya...terbayang pulak kalau berpisah dgn anak yg tgh nyusu.
    apapun, salah tetap salah. kalau betul dia salah, mmg perlu dihukum...

    ReplyDelete
  2. sian kat anak dia ek.. 2hr x dpt menyusu dr ibu dia... nasib baik la polis tu paham...

    ReplyDelete
  3. terharunya..syabas kepada polis2 yg memahami & bertimbangrasa

    ReplyDelete
  4. Itulah, time baca tu adoi! sedih sangat.kesian anak dia

    ReplyDelete
  5. Itulah..
    mak dia buat kerja tak fikir pasal anak. Kesian anak tu dan juga family ibu tu susah payah jauh2 datang untuk bagi anak BF..

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails