ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, April 17, 2010

Mahu menyusu tapi tinggal berjauhan

Ramai ibu2 muda sekarang dah ada kesedaran untuk menyusu bayi dengan susu ibu. Alhamdulillah, moga kadar ini akan bertambah dan sentiasa bertambah..
Tapi ada juga kes yang mahu menyusu tetapi anak ditinggalkan bersama ibu bapa di kampung atas sebab2 tertentu.
Baru-baru ni ada kawan ibu yang bakal menimang cucu (ibu ramai kawan yang berumur 50an tau).. Dia juga menggalakkan menantunya untuk menyusu badan dan selalu minta tips dari ibu. Satu hari dia datang jumpa ibu tanya pendapat bagaimana kalau cucu dia nak ditinggalkan bersama besan dia (mak kepada menantunya), tetapi penyusuan ibu tetap diteruskan.

Pendapat ibu mudah saja.. boleh.. tapi kena maintain 8x pumping perday without skip. Tapi banyak perkara perlu difikirkan..

Ibu meletakkan ibu di tempat menantunya..

Ibu takde masalah nak pumping kat tempat kerja. Boleh konsisten 3-4 kali pumping.. tapi bila balik rumah..ibu rasa ibu tak laratla nak jaga tgh2 malam 2-3x nak mengepam.
Sebab ibu kalau tido memang susah nak jaga kecuali dengar anak2 ibu nangis. Itupun ibu cuma mengiringkan badan, selak baju dan direct BF dan ibu sambung tido balik sementara baby menyusu sehingga puas..

Tapi ibu rasa nak berjaga tanpa raungan bayi tu amatlah sukar.. bayangkan kalau time nak jaga ngan alarm clock, 2,3 kali handphone tu bunyi, baru ibu nak bangun (itupun kalau bangun terus).. so ibu rasa sukar ibu nak bagi komitmen macam tu..
Ini berbeza ngan EP (exclusive pumpers), sebab baby masih bersama dan itu motivasi ibu nak bangun mengepam susu di tengah2 pagi buta.

Dan reason kedua, ini memang ibu selalu nampak.. anak akan ada gap ngan ibu itu sendiri. Ada kawan ibu yang tinggalkan anak dengan nenek, pulang setiap weekend. Babynya yang waktu itu baru berusia 3-4 bulan dan pandai memilih untuk tido bersama nenek berbanding ibunya sendiri.

Dan juga agak sukar untuk kita direct feeding disebabkan baby dah biasa menyusu dengan botol siang dan malam..

Bagi ibu, sewajibnya anak mesti ada bersama ibu untuk menjayakan penyusuan ibu, sama ada direct @ bottlefeed.. even kalau bagi FM pun, anak wajib berada dengan ibu kecuali beberapa perkara yg sangat2 tak ada solusinya..

2 comments:

  1. ibu, camna pulak kalo sorg nurse yg tggalkan anak dia kt org lain & cuma jumpe anak 2hr je dlm seminggu..plus dengan waktu kerja yg tak menentu & kerja yg sentiasa on de go, tentulah ssh dia nk curik masa utk pam kan?camna dia nk maintain exckusive bfeed smpai at least setahun ye?

    ReplyDelete
  2. mummy-aulia'..
    Kena ada kekuatan mental dan fizikal yang tinggi tu.
    The best, guna double pumping, boleh jimat masa.. discuss ngan boss, nak curi masa 15 min tiap 3@ 4 jam untuk pam susu.

    Pernah dengar cerita sorang nurse kat JB, dia siap pumping sambil kerja. Nurse tu guna Freestyle, kat kaunter pun dia pam

    Dan ada seorang doktor ni, time buat operation pun dia boleh pam, siap balut ngan kain lagi dada dia untuk support breast dan pam.

    See di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails