ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, December 30, 2009

Penangan nasi dagang

Hmm.. Just to share apa yang ibu(aku rasa nak guna ibu instead of aku) discover hari ni..

Semalam abi belikan nasi dagang kat pasar malam. Sebab ibu malas nak masak.

Maka semalam ibu makan sebungkus nasi dagang ngan gulai ikan tongkol tu (Kedah kari depa panggil gulai)

Bangun pagi around kul 5 rasa breast bengkak, Firas pun bangun menyusu,bila dia kenyang breast pun tak lembut lagi, means still ada susu. Ibu pun bangun perah susu untuk bekalan fresh EBM. Selalu kalau time subuh ibu just dapat dalam 4oz (pam manual), tapi hari ni dapat 6oz.

Masuk kerja, cam biasa pukul 10am ibu akan pam sesi pagi. Terkejut sebab boleh dapat 17oz (3 botol 5oz, 1 botol 2oz).. Dalam sejarah pengepaman ibu, belum pernah ibu dapat susu sebanyak itu dalam 1 sesi mengepam.

Tengah hari after lunch, ibu pam lagi, dapat lagi 10oz (Alhamdulillah)

Dan petang kul 4.30pm, ibu pam dan dapat 5oz lagi. Ibu just pam sebelah sebab lagi sebelah simpan untuk Firas menyusu dalam kereta.

Dan ibu percaya sebab ibu makan nasi dagang semalam. Nasi dagangkan banyak letak halba, dan ada santan. Campur pulak ngan kari yang memang ada rempah ratus. Memang berkesan untuk tambahkan susu badan.

Pasni nak kirim lagi nasi dagang. Tapi alangkah best kalau dapat makan nasi dagang pure dari Terengganu. Rindunya nak balik Terengganu.

Jom makan nasi dagang

Ehsan dari google image


Monday, December 28, 2009

Berapa lama susu ibu tahan

Berapa lama perahan susu ibu tahan yer?

Ada banyak situasinya. Kena faham betul2 supaya susu yang diperah akan kekal khasiat dan kualitinya.

Susu yang baru diperah:

tahan selama 4 jam dalam suhu bilik 

Biasanya aku tak biar sampai 4 jam. Letak kat luar kejap, pastu terus masuk fridge.

Tahan sehingga 8 jam dalam bilik ber aircond

Walau bilik kerja aku sejuk gila, paling lama aku biar kat suhu bilik adalah 2 jam sebelum dipindah masuk ke fridge

tahan sehingga 12jam di dalam cooler box

Mesti kena support dgn icepack/brite ice yang banyak.


Susu yang dimasukkan dalam fridge

Tahan sehingga 4 hari di bahagian fridge bawah

Ketahanan 4 hari ni adalah pada bahagian paling dalam dan berdekatan ngan freezer.

Kalau letak pada bahagian tepi tahan 2 hari jer.

Aku biasa paling lama pun 2 hari jer dalam fridge.


Susu yang dibekukan

Peti ais 1 pintu : 2 minggu

Peti ais 2 pintu : 3 bulan'

Deep freezer/chest freezer : 6 bulan (sebenarnya lebih tapi WABA state just 6 months to maintain the nutrient)


Susu beku yang dicairkan

Mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dari masa selepas cair


Susu yang dipanaskan

Mesti dihabiskan dalam tempoh 1 jam


Seandainya diberi fresh EBM dan masih ada baki susu, susu tersebut boleh disimpan semula ke dalam fridge untuk penyusuan berikutnya.

Susu yang telah dipanaskan tidak boleh dibekukan semula.

Elakkan untuk memanaskan susu berulang kali. Ini akan mengurangkan khasiat di dalamnya.


Bagaimana nak tahu susu itu masih elok atau tidak?

Biasakan diri untuk merasa susu yang baru diperah.

Dan adalah normal susu yang disimpan di dalam fridge atau tempat beku berbau tengit sekiranya diletak berhampiran bahan mentah seperti daging/ikan/ayam.


Saturday, December 26, 2009

Penyedian EBM ke rumah Babysitter

Okay, entry sebelum ni dah cerita tentang pengurusan stok, sekarang ni nak cerita bagaimana pengurusan EBM yang aku praktikkan kepada kedua anak aku.

Firas sekarang minum 2.5 oz - 3oz.. So aku prepare tiap botol 3oz.

Sepanjang Firas di rumah BS, dia akan minum 4x, tapi aku bekalkan 5 botol. Takut terbalik lambat or Firas demand lebih.

Untuk memudahkan proses penyahbekuan frozen EBM, aku akan transfer frozen EBM ke fridge bahagian bawah pada sebelah petang. Kalau terlupa, aku keluarkan time subuh tapi terus cairkan diluar. Biar dia cair sendiri yer. Sekiranya EBM tu memang keras giler, rendam dengan air sejuk (bukan air panas tau) untuk cairkan.

 

Frozen EBM yang ditransfer dari deep freezer

 

Proses mencairkan frozen EBM secara semulajadi


Kemudian transfer dari liner masuk ke botol.

 

Aku isi 3oz per bottle.

Labelkan botol dari no.1 - 5. Ini memudahkan BS untuk menggunakan mengikut susunan.

 

No. 1 takde sebab aku letakkan teat siap2. Yang biru comel 2 ketul tu adalah Coleman Brite ice.

 

Ini cooler box yang aku guna.

Kenapa aku labelkan botol?

Ini kerana susu yang dibekalkan merupakan campuran susu yg dicairkan, susu yg diperah sehari sebelum dan juga susu fresh (baru perah). Kalau kita tak letak nombor, takut nanti, BS tak bagi susu yang dicairkan, dah kena buang bila balik rumah.

Aku biasa akan susun macam ni.

botol 1 : fresh EBM (yang diperah pagi tadi)

botol 2 : frozen EBM yang dicairkan

botol 3 : Frozen EBM yang dicairkan

botol 4 : EBM perahan semalam

botol 5 : EBM perahan semalam

So kalau ada balance 1 botol, mean Firas tak minum botol 5, maka susu itu akan aku bekukan.

Kenapa aku guna fresh EBM?

Kerana aku nak Firas dapat susu yang lebih baik di waktu pagi.

Tapi selalunya aku jarang guna stok frozen. 

Biasanya botol 1 : fresh EBM

botol 2-5 : EBM perahan semalam.

Frozen tu memang untuk emergency jer.

Pas dah siap label, aku akan masukkan botol2 ke dalam cooler box. 

Dalam cooler box aku akan letak brite ice . 

Bila sampai di rumah BS, BS akan transfer susu masuk fridge dia pulak.

Aku tak bekalkan warmer kepada BS, yerlah nak kena guna elektrik dia pulak kan?

SO aku bagi BS thermos mug yang muat bottle, maka BS isi air suam letak botol dan tutup. Suhu dalam termos mug lebih stabil berbanding jika direndam dalam mug yang terbuka.

Ehsan dari Google image. Termos aku dah kat rumah BS

Alhamdulillah, Firas okay jer minum susu sama ada fresh, semalam punya atau yang dicairkan.

DanAlhamdulillah, Firas tak fussy dalam penggunaan puting, aku just guna puting pigeon jer. 

Firas di usia 2 bulan

Pejam celik, pejam celik dah dua bulan usia Firas. Maknanya ibu pun dah kena naik kerja (tu la pasal tak update blog, kat opis takleh buka blog)

Hari Selasa lepas pergi check up, timbang berat naik ke 5.4kg (naik 1.32kg) Alhamdulillah.

Hmm lagi sekali aku terkejut. Sekarang ni kat KK dah tak ukur panjang, lilit kepala tiap2 bulan. Diorang cuma amik panjang dan lilit kepala pada umur 1 bulan, 6 bulan dan 1thn6bulan. Pening aku. Sebab baru thn lepas jer aku lahirkan Farish, dah uah protokol lagi. Tak kisahlah, janji perkembangan Firas normal.

Pas check dan berbasa basi ngan nurse tu, Firas dibawa ke bilik cucuk pula. Time masuk dia Frias tengah tido, terpaksa kejutkan takut dia terkejut kena cucuk. Time kena cucuk tu, menjerit kejap, pastu boleh sambung tido pulak. Bertuahnya anak ibu.

Sekarang ni Firas kalau tido, bangun tengok dah takde atas bantal. Dah pandai senyum, dah startnak ajak kita sembang. Tapi kalau basah montotnya, memang kuat dia menjerit. 

Okay, share gambar terkini Firas.

Merenung masa depan


Depa tangan nak suruh orang angkat la tu.


Dah pandai buat muka lawak anak ibu ni


Tengah cari nenenla tu.. Dah terjelir-jelir tu, kepala dah pusing. Ibu kenacari port la.

Friday, December 25, 2009

Pengurusan Stok EBM

Dah seminggu aku start kerja semula. Alhamdulillah, masih sempat curi masa mengepam semasa kerja. Jadual pam aku berubah dari jadual pam Farish dulu.

Jadual pam

1. 6.00am

2. 10.00am

3. 2.00pm

4. 4.30pm

Kat rumah aku susah nak pam sebab tandem nursing dan aku masih mengadaptasi jadual baru aku. Aku nekad nak curi masa gak pam tgh malam, tp dua2 bangun serentak pulak.

So far Alhamdulillah, aku manage dapat 22-24oz untuk 4 seesions tu. Memang dah lebih sebab Firas cuma minum12-150z jer kt rumah BS. Tapi kena kerja keras sikit sebab makin naik usia Firas, makin banyak demand dia.

Biasanya, lepas pam, aku akan simpan dalam botol susu BPA free. Tutup ketat2 dan tumpang letak dalam fridge pantry. Bila balik aku masukkan semua stok susu masukkan dalam cooler bag beserta chillers (3 icepacks).

Balik rumah aku akan transfer masuk fridge aku. Seeloknya letak dekat bahagian paling hampir dengan freezer sebab suhu di situ paling stabil.

 

Botol2 dengan EBM di dalamnya. Aku letak pada rak paling atas, dibelakang berhampiran dengan freezer (dalam plastik hitam tu ada jeruk, tapi aku bukan boleh makan pun lagi)

Bila nak buat frozen stock, aku suka guna liner sebab jimat ruang. Lagipun liner yg aku beli time Farish dulu tak sentuh satu kotak lagi.

Mula2, aku akan letak date tag kat liner tu. 

Kemudian tuang susu ke dalam liner. Aku selalu buat macam ni.

Serkupkan liner pada mulut botol.


Terbalikkan dan susu dari botol akan turun ke dalam liner.


Ini stok EBM dah ditransfer ke dalam liner

Ikat dengan rubber band, pastikan ada ruang dalam liner untuk proses pengembangan. Proses pembekuan menyebabkan cecair akan mengembang, so tinggalkan sedikit ruang pada liner sebelum diikat.

Tengok, aku bagi space untuk susu tu mengembang.

Selepas diikat, aku letak pada bahagian rak atas deep freezer untuk proses pembekuan. Biasanya aku akan kumpul kat rak tu dulu. 

Selepas itu, masukkan ke dalam plastik. Ikutlah, nak kumpul ikut bulan ker, ikut berapa oz ker, atau ikut bilangan (setiap 30 bungkus ke, 50 bungkus ke).. Aku prefer ikut bulan.

Masukkan dalam plastik, 

ikat

Letakkan label di luar untuk memudahkan proses pencarian nanti.

Kemudian campak ke dalam deep freezer.

Tips, andai berlaku black out..

Buat ais banyak2 dan letak dalam deep freezer. Insya Allah stok kita akan terjamin, dan jangan kerap membuka deep freezer.

Wednesday, December 16, 2009

Bagaimana aku maintain pengeluaran susu

Macam yang aku pernah cerita, BF ni bukan sahaja terletak pada niat, tpai kena usaha juga. Kat sini aku nak share beberapa pergh tua (macam Abby Fana selalu cakap kat Sembang Sinar tu) macam mana kita boleh maintain pengeluaran susu kita. Ada yang aku dapat melalui petua orang tua, ada juga melalui pembacaan dan pengalaman orang lain.

Yang paling penting

1. Kerap direct feeding (Alhamdulillah, anak aku memang suka direct, takde prob nipple confusion)

2. Kerap pam/perah terutama bila ketiadaan anak di sisi. Time kerja la ni. Aku sedaya upaya akan make sure pam 3x time kerja. Tak kisahlah dapat banyak mana janji pam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kekerapan mengepam akan memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu kerana kehendak makin meningkat.

Selain daripada tu aku juga amalkan (yang aku boleh amalkanlah) makanan2yang dipercayai menyumbang kepada penghasilan susu yang lebih banyak.

1. Air Longan : Feveret aku dan hubby especially time puasa. Nasib baik senang dapat dried longan kat Alor Setar ni. Longan ni direbus dalam air yang banyak, rebus sampai kembang. Aku suka letak gulabatu atau gula merah. Lebih lazat.

2. Kurma: Dulu aku makan time bulan posa jer. Sekarang ni tiap2 hari especially time pantang. Kurma ni boleh juga dibuat jus, takpun buat ice blended. Yummie2.

3. Susu : Ni kira list wajib ni. Aku bukan penggemar susu. Dulu aku minum susu berperisa sahaja. Sekarang Alhamdulilah, aku boleh terima semua jenis susu, fresh milk, susu tepung ker semua aku dah boleh bantai. Yang aku suka minum Anmum Lacta, Fresh milk (apa jer jenama) dan juga susu berperisa.

4. Lobak Putih - Aku sebenarnya tak pernah makan, tapi sebab org kata sumber menambahkan susu, aku pun cuba. Aku cuma pernah masak sayur air jer, jus aku tak pernah try. Tp best beli yang kecik dan kurus, rasanya lebih sedap berpbanding yang gemuk besar tu.

5. sawi : Ni sayur feveret seisi keluarga. Memandangkan hubby sangat suka makan sawi masak air, lagi senang la aku nak masak. 

6.  Pegaga: Dulu aku tak reti nak makan pegaga. Tapi hubby suka jus pegaga. Maka aku selalu tumpang minum jus pegaga hubby. Kalau kat kampung, pergi kutip jer bekang rumah, sekarang ni kena beli la.

7. Jantung pisang : celur,cicah sambal belacan.. Sodap tu. Takpun buat kerabu jantung pisang.

8.  Kacang : aku memang hantu kacang. Tapi aku tak suka bubur kacang.

9. Kucai : Ni pun aku buat sayur air

10. Halba : wajib letak dalam kari. Kadang tu aku campur dalam nasi yang panas2, pernah gak try buat air halba, takleh nak telan la.

11. Soya : aku suka semua produk berasaskan soya : air soya, Tau Fu fah, tauhu, tempe, kicap (hehehe!

12. Oat : yang ni aku selalu makan campur dalam susu @ Milo

13. Milo

14. Horlick

15. Semua jenis ikan - aku memang suka ikan. Kalau ikan bakar tu, sekor pun tak cukup.

16. Semua jenis ulam-ulaman - campur buat nasi ulam, best tau.

Aku jenis manusia yang susah nak disiplin kalau amik supplement. Selain daripada makan pil dan jamu time pantang, jgn haraplah aku nak amik supplement time lain. Kalau aku amik pun kalsium tablet. So far aku pernah amik Milkmaid tea sahaja. Yang lain aku tak pernah cuba.

Alhamdulillah, semua makanan di atas tu serasi ngan aku. Tapi bukan bermakna, pas makan breast terus membengkak dan bila pam susu mencurah2. Makanan tersebut hanya bertindak sebagai penggalak untuk mengekalkan sumber susu dalam badan.

Tapi paling berkesan adalah kerapkan direct feeding, sebab itulah caranya untuk mengaktifkan hormon prolaktin paling berkesan.

 


 
 
 
 
 

Tuesday, December 15, 2009

Aku dan cloth Diapers

Selain BF aku juga bercita2 nak ber CD.Seronok jer baca geng2 yang dah lama berCD. 

Aku pernah suarakan kat hubby, hubby kata tak susah ke? Dah bawa hubby gi gathering, dia buat tak kisah jer.

Tapi aku gatal gak, aku beli 4 keping coolababy CD dari Sue. Dan aku pakaikan kat Farish. Memang Farish selesa dan aku juga takde masalah nak uruskan CD ni. Tapi Farish ni jenis takde alahan kat dispo diapers. Pakailah jenama apapun, momtot dia cantik gak. So bila aku utarakan nak berCD, hubby kata "pakai pampers la senang"

Dalam diam2 aku beli lagi 4 keping CD dari Kak Fazidah menjadikan semua 8 keping. Aku pakaikan juga kat Farish bila kat rumah. Kat rumah kak Ani (a.k.a BS) still pakai dispo diapers.

Hubby masih tak kata apa lagi.

Bila Firas lahir, aku cuma pakaikan lampin kain tradisional tu time siang dan malam pakaikan pampers Hey Baby. Las 2 minggu, montot Firas melecet. Pas tu kitorang pakaikan dia Huggies New born yg kitorang dapat hadiah tu, better tapi still merah2 gak.. Sian Firas. Aku cuba pakaikan CD, tapi CD tu cutting dia besar sikit, so ada leaking.

Tapi bila Firas masuk sebulan, peha dia dah menggebu, semua CD dah muat. Dengan 9 CD (1 lagi aku dapat hadiah dari peraduan di Ratuhati) aku mula pakaikan full CD untuk Firas di rumah. Dan Firas dah tak mengalami lagi alahan.

Aku cuba yakinkan hubby yang Firas ni alergi, aku pakaikan Hey Baby balik, terus merah montot dia, so hubby agree untuk Firas full CD di rumah dan di rumah Kak Ani.

Maka dengan itu, aku pun mengorder lagi 5 Lunatot's CD dari Haza , menjadikan CD aku berjumlah 14keping sekarang. Cukuplah untuk aku memulakan CD journey aku.

Ini koleksi CD aku

Nampak kan barisan atas tu masih dalam plastik, maknanya aku baru dapat tadi. Ni 9 CD aku, lagi 4 kat ampaian, 1 lagi Firas pakai.

Inilah barisan kita...

Hehe! inilah acara perbarisan CD aku. Yang ni aku baru buat 1st prewash CD yang baru aku dapat.

 

Aku sidai CD tak pernah guna penyepit, aku guna jer button kat CD tu. Jimat penyepit (lagipun penyepit aku banyak dah reput dan juga disepah2 oleh anak terunaku)

 

Lunatot's CD pun ada button (apa kegunaan button ni yer, nak bagi saiz kecil yer?), tp aku guna dia sebagai penyepit juga.

 

Lagi view CD aku bersama baju2 lain.. Tengok kat atas tu aku sidai kain batik. Aku ni masih Perempuan Melayu Terakhir, kat rumah berkain batik wo! Ada dekat 15 helai kain batik aku ni.

Okay, tadi dah story mory kat BS tentang CD ni. Alhamdulillah dia tak kisah dan dia lagi suka aku tengok sebab aku tak menyumbang sampah sarap kat rumah dia.

Okay, nak gi wat pre-wash kali ke3 lak ni. 


Monday, December 14, 2009

MATCHING SKILL

Atas permintaan sahabatku Cik Sal Lawa maka kat sini ku turunkan ilmu tak seberapa ini.

Matching ataupun padanan merupakan salah satu kemahiran pra-pertuturan yang perlu ada pada kanak2 sebelum mula mempelajari sesuatu.

Sebenarnya kita belajar semua melalui padanan. Kita memadankan apa yang telah ada dalam stor otak kita dengan apa yang baru kita pelajari. Contohnya nak belajar Arab, kita kena matchkan sebutan arab tu dengan vocab BM yang sedia ada, barulah kita boleh menguasai B.Arab tersebut.

Matching skill ni ada milestones dia. Most children starts matching time umur 1;6 bulan (setahun 6 bulan).. Tapi ada yang lebih awal. Dan kita sebagai parents perlu mengukuhkan kemahiran ini agar kanak2 lebih cepat belajar dan memahami.

Match 1

Matching 2 identical objects

Letak satu barang, dan sediakan 2 barang di mana salah satu adalah sama dengan barang yang kita letak.

    =       

So, guide anak anda untuk matchkan cawan ngan cawan.

Peringkat pertama biarlah barang yang kita guna sama sebijik sebijon. Bila dia dah faham boleh ajar match cawan kaler lain2 pun takper. 

Peringkat awal ni ajar match kategori yang berlainan, macam makanan dengan mainan. Bila dah expert baru match item yang hampir sama kategori macam alat tulis vs mainan.


Match 2

Matching picture to picture

Yang ni pun sama step macam match objects

Match 3

Matching picture to object

Yang ni kita boleh ajar secara spontan.

Contohnya bila kita tengok dalam buku, ada gambar yang di rumah kita pun ada.

Sebagai contoh: gambar bola.. tarik perhatian anak untuk match bola dalam gambar dengan bola yang ada di rumah.

Match 4

Matching category

Contoh: match antara baju dengan seluar (pakaian) dan match baju biru ngan kereta biru (warna)

Match 5

Match action with objects

Contoh: buat aksi sepak bila nampak bola/gambar bola

Match 6

Matching shape

Yag ni kita boleh belikan alphabet puzzle tu, takpun gi Toys 'r us, banyak shape puzzle kita boleh guna. Kat pasar malam pun ada jual yang jenis foam tu

 

Boleh gak gunakan set Lego untuk aktiviti matching ni.

Banyak sebenarnya aktiviti di rumah yang kita boleh gunakan untuk aktiviti matching ni.

Bila tengok TV, matchkan apa yang kita lihat dengan benda sekeliling kanak2. Contohnya: dalam TV tunjuk iklan telefon, so kita boleh matchkan dengan action (buat isyarat hello, letak tangan tepi telinga) ataupun tunjuk handphone kita. 

Kat dapur pun boleh, bila anak kita kacau kita buat kerja, lambakkan sudu dan garfu banyak2, minta dia asingkan antara susu dan garfu tersebut.

Bila kita lipast baju, boleh encourage anak untuk asingkan baju mengikut kepunyaaan. contoh : baju ayah, baju mak, baju dia ke dalam bakul atau longgokan yang mengikut kepunyaan masing2.

Bila anak dah besar sikit, dah pandai menconteng kita boleh encourage dengan mewarnakan gambar mengikut warna sebenar. Contoh: daun=hijau, biru=langit dll.

Boleh juga buat sendiri worksheet untuk anak anda memahirkan aktiviti padanan. 

 

matchkan dengan melukis garisan lurus (macam buku latihan tadika tu)

(gambar2 adalah melalu google image search)

  


Saturday, December 12, 2009

Farish di malam Jamuan Jabatan ORL

Semalam jabatan Otorinolaringologi, Hospital Sultanah Bahiyah telah mengadakan dinner jabatan sebagai acara kemuncak untuk tahun ni. Jamuan ni buat kat Hotel Sri Malaysia dan dihadiri oleh semua staff klinik dan wad ORL,HSB.

Nasib baik Abi balik malam tu, so dapatlah aku join dinner tu.

Farish dan Firas time sampai 2,2 tidur. Kami memang bawa stroller sebab senang nak letak Firas sementara aku ibu makan2. Tapi rupanya, tempatnya diambil oleh Farish yg dah tertidur sejurus sebelum sampai kat hotel.

 

Abi kejut2kan Farish suruh bangun, dan lastly dia bangun jugak.

Tgh mamai, bukan nak makan sangat. Tapi bila jumpa jer Umai (anak Nadwah), dah jadi belangkas lak. Umairah ni tua 10 bulan dari Farish. Tapi malam tu asyik bersama jer.. Mentanglah si Umai tu comel, anak ibu pun bukan main lagi ligatnya, sampai makan pun ciput sgt.

 

posing dulu, sesi suai kenal

 

Umai tgh mengajar Farish menari (ada can masuk sehati berdansa ni)

 

Sesi berebut gula-gula.Macam la Farish tu pandai makan gula2.

Firas?  Tak payah cakaplah, dari dalam dokongan ibu sampailah ke stroller tidur memanjang. Terjaga nak nenen bila nama ibu kena panggil untuk acara kupas nenas. Terpaksalah Abi kena ganti ibu malam tu..

 

Sedapnyer Firas tido especially atas ibu

 

Ibu yang masih debab bergambar sama (Napa aku nampak gambar aku gumukz sangat ni)

 

Dari riba beralih ke stroller, camtu gak dia tido

Dan malam tu ibu dapat 2 hadiah, satu lucky draw dan satu lagi hadiah saguhati kuiz+kupas nenas



Thursday, December 10, 2009

Susu pandai, susu bijak

Aku selalu mendengar dan juga membaca pendapat2 orang tentang susu untuk bayi ni. Macam2 pendapat, susu ni bagusla, susu tu tak bagusla, susu ni anak bijak, susu ni anak cepat segala.. 

Bagi aku susu yang terbaik adalah of course susu ibu.. Tapi itu bukanlah penyebab anak kita cepat segala, bijak segala.

Sama juga minum susu mahal2, bukan menjamin anak itu akan sihat sentiasa, bijak cepat, bagus segala-galanya. Sorry, jangan tanya aku berapa harga FM sebab aku memang tak amik tau. 

Ada baby yang minum susu ibu cepat berjalan, ada yg lambat sangat.

Ada yg minum susu ibu bijak belajar, ada yang tidak.

Ada yg minum FM cepat berjalan, ada yg lambat sangat juga

Ada yang minum FM bijak belajar, ada yang bengap jugak

Bagi aku cepat fizikal bergantung kepada cukup keperluan nutrien dalam badannya. Juga stimulasi dari penjaganya.

Anak aku lambat perkembangan fizikal berbanding kanak2 lain, tapi bila dia dapat, terus grab. Sekarang ni dah takleh control, berlari laju dari abinya.

Macam budak bijak belajar, itu berdasarkan kerajinan dan ketekunan kanak2 itu di samping kerajinan dan galakan dari penjaganya.

Anak kakak aku yg sulung yang sulung minum FM sepenuhnya, tapi dia pandai sebab dia sangat rajin. Disebabkan dia sekolah cina, dia serap ciri2 pelajar cina yang suka membaca. Mana2 dia pergi dia dia akan pegang buku (yg selalu aku takleh nak tumpang baca sebab buku cina)

Dan dia sgt suka buat math. Sebab tu dia cekap math.

Adik dia pulak, minum Fm+BF, tapi pelajaran average saja. Dia memang agak pemalas berbanding abangnya. Bukan setakat pemalas, terlebih manja plak tu.

Tapi bukan faktor abang minumFm jadi bijak, adik BF kurang bijak yer.

Aku cukup tak berkenan bila orang kata, minumla susu cap xxx ni, anak aku minum bijak2 belaka. Kau cubalah minum susu yyy ni, anak aku minum cepat dia berjalan.

Janganlah bergantung kepada susu semata2. Itu sebagai suplimen kepada keperluan badan saja.

Aku ingat lagi sorang doktor ni marah2 adik dia sebab adik dia spend beratus2 sebulan untuk bagi anak dia susu yang mahal. Kata doktor ni, "Anak kau dok Malaysia, cukup nutrient, tak payahla nak bagi susu mahal2, sama jer ngan susu murah2. Aku bagi susu cap x kat anak aku,sama jer berkembang macam anak kau"

Dan juga aku pernah borak ngan sorang LC ni. Kata dia kalau anak dah setahun better bagi full milk atau full cream milk berbanding FM. Sebab bhn2 dalam FM tu kita taktau dari sumber mana. Contohnya DHA daripada ikan, kita pun taktaulah camner diorang campurkan DHA dalam susu. Dari beri susu yang konon ada DHA baik terus bagi makan ikan yang confirm banyak DHA asli.

Tak kiralah anak kita full BF ke full Fm ke, yang penting cara kita mendidik dan menggalak kemajuan anak kita.

Wednesday, December 9, 2009

Botol vs direct

Sudah 3 hari Firas belajar minum ikut botol. Semalam, hubby ada, dia tolong bagi firas minum botol, Alhamdulillah, laju jer habis 2oz. Dan pastu terus dia tido.
Saja aku suruh hubby bagi sebab 2 hari aku bagi, Firas minum main2. Selalu just habiskan 1 1/2 oz jer, ada sekali tu kena feeding 2x nak habiskan 2oz. Takut tak serasi puting jer. So, bila semalam ngan hubby, dia minum takde masalah, maknanya takde masalah puting la tu.
Susah sebenarnya kalau ibu yg bagi botol kat anak, sebab anak dah biasa dgn cara dukungan dan bau ibu, maka memang susah untuk ibu yg ajar. Tapi I have no choice, kena buat sendiri gak.
Hari ni hubby dah masuk kampus balik, tadi tgh hari Firas dah terjaga, nasib baik aku baru pas pam, so tayah nak warm dulu ebm aku tu.
Time bagi Firas susu tadi, aku tak rasa puas. Tak puas rasanya bila Firas guna botol, aku rasa bonding yang kurang kerana jarak antara ibu dan anak jadi jauh.
Kalau BF ibu dan anak akan melekap tp bila bagi botol, even kita ribakan anak, lekapan tu sgt ringan. Tak seronok rasanya.
Tapi takper sebab aku akan sentiasa direct bila dengan Firas. Tapi tulah, sekarang ni aku rasa cam malas jer nak ajar Firas minum guna botol. Nak minta tolong org lain, siapa aku nak minta tolong,.
Harap2 nanti dengan BS, Firas dapat menyesuaikan diri.

Okay, ni update tentang EBM aku. Tak banyak mana lagi, tapi cukup untuk bagi aku inspirasi untuk gigih mengepam.
Ini hasil perahan semalam. semuanya lebih kurang 16oz.


Ini latest ebm frozen aku.. Sekarang baru ada 20 bungkus 4-5oz.

Monday, December 7, 2009

Stok EBM ku

Macam yang aku kata, aku lambat sikit buat stok EBM untuk kali ini. Menjadikan tandem nursing sebagai alasan (haha! aku memang pandai bagi alasan), cemburu si abang pada si adik tak habih lagi, tambah pulak cemburu abang pada breast pump ibunya. 

Memandangkan aku lagi 2 minggu nak naik kerja, aku perlu lebih gigih buat stok. Aku cakap ngan hubby nak hantar Farish kat rumah BS, hubby kata boleh ker?

Buat pengetahuan, hubby sekarang kat USM 3 minggu since last week untuk intensive class PJJ dia. Sebelum ni hubby hantar dan ambik Farish. But since dia dok hostel, hubby tak berapa nak percaya aku boleh drive dgn 2 anak. Sebab dengan hubby Farish akan jadi co-pilot, mesti nak duduk atas riba hubby untuk drive sama. Hubby takut aku takleh control Farish dan takut akan berlaku perkara yg tak diingini.

Memandangkan last week tak hantar Farish, so memang kelam kabut sikitlah aku kat rumah. Farish sebab takde kawan, dia akan mengekor aku jer hatta ke toilet. Pastu bila aku nak rehat, mulalah datang minta nak nenen. Bila masa aku nak buat stok dan nak siapkan kerja rumah aku.

So semalam, aku nekad nak try juga drive. Lagipun BS dan anak2 dia dah bising, kenapa tak hantar Farish. Aku hantar lambat pun dah call, takut farish demam ker apa ker. 

Alhamdulillah, takde masalah pun aku drive. Farish dengan baiknya, duduk jer kat seat depan tu. Sambil mulut tak henti bercakap dengan bahasa dia. Aku pun penat mulut nak menjawab soalan dia yg entah betul entah tidak aku jawab.

Okay, so sepeninggalan farish kat rumah BS, barulah aku dapat top up sikit stok EBM aku. Semalam aku berjaya pam 3x, dan amount adalah dalam 10oz. 

Hari ni aku pam pagi tadi after BF, dapatlah 4oz dan tadi pas lunch dapat lagi 8oz. Alhamdulillah.

Tapi aku rasa pengeluaran kali ni tak kencang macam dulu. Kenapa yer? Mungkin sebab aku masih di rumah atau pam aku dah kurang efektif.. Itulah ,sapa suruh tak hantar servis. Dok tagak2 nak hantaq, sampai sudah tak hantaq2 Spectra3 aku tu.

Dan aku yankin, walaupun tak semewah dulu susu aku, Insya Allah ,aku akan gigih untuk mensupply anak aku dengan susu aku sehingga umurnya 2thn dan mungkin lebih.

Oops! aku kena transfer cepat2 EBM aku masuk freezer, kang nampak kat Farish, mesti dia nak punya..

Sunday, December 6, 2009

Mengajar Firas minum botol

Sedar tak sedar lagi 2 minggu aku akan naik balik kerja. Makanya, aku perlu mengajar Firas minum susu selain melalui kantung aku ni. 
Seeloknya orang lain yang kena ajarkan, tapi sapa nak tolong aku. Kenalah aku buat jugak.
Sejak 50hari yg lalu Firas hanya minum direct dari kantung, memang sukar bagi dia menerima melalui botol. Mula2 aku letakkan puting, dia tolak dgn lidah. Aku pun confused, Firas ni dah lapar ke belum? Tapi memandangkan dah dekat 3jam dia tak menyusu, sure dah lapar.
Aku cuba lagi, picitkan sedikit puting supaya ada susu yg keluar, Firas meneguk.. Hmm.. sama rasa cam yang selalu dia minum. Lepas tu pelan2 dia mula menghisap botol.
Aku bagi the very fresh milk kat Firas. Mean aku perah dan terus bagi, takde panaskan ke apa. Mungkin sebab itu dia mudah menerima. Puting pulak aku guna puting yang jenis lubang kecil dan anti-drop. mean bila baby hisap jer baru susu akan keluar.
Esok aku try lagi. Tadi dia dapat habiskan dekat 2oz. Baby biasanya dalam usia 2 bulan 2-21/2 oz sudah mencukupi.
Bekalan stok EBM Firas hingga takat ini.. sat2 aku nak kira 90z. Aku simpan dalam liner.. setiap liner aku isi 5oz. makanya baru ada 18 bekas. Maknanya baru cukup untuk 45 kali minum bersamaan bekalan untuk 9hari.

Aku tak segigih kawan2aku membuat stok. Salah satu puncanya, Firas kuat menyusu dan juga kerap berjaga. Bila aku pam, memang hasil tak berapa nak lumayan.

Dan aku juga turut menyusukan Farish, maka sebab itu agak sukar nak buat stok bila berada di rumah disebabkan Farish juga cemburu dengan Avent dan Spectra3 aku.

Dan juga, bila aku dah siap pam, letak dalam fridge, tetiba Farish minta EBM tu. Kesian pulak sedangkan susu aku masih hak Farish. So selalu korbankan juga EBM bila Farish minta nak minum ikut botol. dia minum ikut botol bukan ikut puting. Maka sebab itu aku susah nak top up stok EBMku bila berada di rumah.
Aku berharap bila start kerja nanti, aku akan gigihkan diri membuat stok di tempat kerja. Wapaupun tak dapat banyak macam kawan2 lain, tapi aku akan pastikan sentiasa cukup untuk keperluan anak2ku.

Inilah stok frozen EBMku yang mampu aku buat buat masa sekarang. Dan kau yakin aku boleh top up lagi bila dah start kerja. Sebab dulupun time Farish aku lambat buat stok, tapi aku manage untuk supply secukupnya. 




Tuesday, December 1, 2009

Alhamdulillah, Tamat sudah pantang ibu

Alhamdulillah,

Hari ni adalah hari ke45 maknanya aku dah tamat sesi berpantang.

Maka bila masuk hari ke45, lagi sekali bidan urut akan datang untuk 'menetapkan batu merian'

Apa yang dilakukan dalam sesi urutan lepas pantang ni?

Mula2 bidan akan urut bahagian perut untuk menetapkan batu merian.  Aku kena baring dan tegakkan lutut sambil kedua2 tumit bertemu punggung (macam time meneran nak bersalin tu). Bidan pegang bahagian batu merian (yang aku sendiri pun tak tahu kat mana), tarik nafas dan tahan, time tu bidan tekankan perut ke dalam sambil berselawat dan lepaskan nafas. ulang sampai 3x.

Lepas tu, bidan urutkan bahagian belakang badan dan juga bahagian kepala dan muka.

Sebelum tu bidan dah sediakan air mandi. Air yang dicampur dgn limau purut dibelah 3 dan sintok. Air itu kemudiannya dicampurkan ke dalam air sebanyak 43 gayung. Maka jumlahnya 44 hari, sama genap dengan tempoh hari berpantang. Mandi dengan didahulukan dengan bahagian kanan dahulu sehingga habis air 44 gayung tu. Kalau belum mandi nifas lagi, boleh mandi dengan air tersebut jugak.

Selain itu, bidan juga telah sediakan ibu kunyit untuk dimakan dengan nasi. Ibu kunyit itu dibahagi 3 (untuk dimakan selama 3 hari). Setiap bahagian itu pula dibelah 3 dan dicampur dengan 3 buku garam (garam kasar).

Masak nasi, apabila iar nasi mula mengering, tumbuk 1 bahagian ibu kunyit itu dan letakkan ditengah2 nasi yang ditanak. Bila nasi masak, ceduk bahagian tengah berserta dengan ibu kunyit. 

Kepalkan nasi yang dicampur dengan ibu kunyit, selawat dan niat agar diperketatkan alat kelamin kita seumpama ketatnya aku mengepal nasi ini, dan makan.

So sekarang dah habis pantang, dah mula melakukan tugasan seperti dulu. Tapi aku masih juga berpantang beberapa jenis makanan yang orang2 tua pesan seperti laksa, air kelapa, mangga muda. Dan juga makanan yang boleh efek air susu atau yang boleh beri kesan kepada anakku..

Related Posts with Thumbnails