ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

TAG MAKANAN DARI AYU

Tengah blogwalking tadi terjumpa tag dari Ayu.. Dia tak tujukan pon, tapi sebab boring dan juga sedang tunggu abi balik untuk dinner, baca tentang makanan, jadi lapar lak.

So jom tengok ...

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.

  • Laksa Kedah: Sebab orang Kedah, makan laksa kat mana2 pun takleh celen rasa laksa Kedah
  • Nasi Ayam Tat kat Jalan Sultanah: Nasi ayam kat restoran Tat Nasi Ayam ni memang famous kat Alor Setar, ayam dia sedap, sup dia sedap, nasi dia sedap, dan paling penting layanannya cepat
  • Bihun Sup jalan Sungai Korok: Kuah dia best dan daging dia besar2.

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?

  • Limau nipis suam - suka sangat order kalau minum kat luar.
  • Fresh orange - rasa fresh gitu

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?

  • Malay
  • Western
  • Indian

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
  • Kari kepala ikan - en suami yang kata beshh!

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?

  • tak pernah makan kat restoran mahal-mahal

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
  • restoran Tat Nasi Ayam sebab servis cepat, makanan sedap

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi aku tak list, bgtau aje la.
  • suka makan segala jenis ikan.. tak kira laut atau darat

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
  • Tak ingat nama restoran tu, tapi depan City Plaza. Sekarang pun dah tutup restoran tu, 9 tahun yang lalu tu

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?

  • Kaki ayam goreng dan sup kaki ayam.. Sebab itulah feveret part dalam ayam yang abi paling suka makan

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?

  • Tengok time sampai.. Kalau tengah hari of course nak makan nasi

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.

  • belangkas... tak boleh diterima walaupun tak pernah try

12. Menu raya paling disukai.

  • laksa
  • bihun sup
  • ketupat
  • rendang
13. Jajan/Cikedis favourite?
  • suka makan kerepek jer..

14. Beri tiga makanan yg mak korang masak yang korang suka?

Mak mertua boleh tak? Sebab mak dah tak ada

  • Nasi ulam - MIL expert buat nais ulam ni
  • kari daging - sebab MIL buat versi lain dari ibu punya, tapi sedap
  • Pekasam - MIL jual pekasam lagi..

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?

  • memang suka pedas, so tak ingat apa paling pedas
16.Korang kalau jumpe org yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?

  • Nak masak laksa kat AYu boleh..

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.

  • Siapa2 yang rajin tu buatlah... Pasti membuatkan perut anda berkeroncong macam yang ibu sedang alami sekarang

Friday, June 4, 2010

Tag dari Ayu

Dapat tag ni dari Ayu..
Dah lama Ayu tag, tapi takdan nak buat..
So.. tengah boring n kering idea, nak jawabla tag dari Ayu ni.

1. Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang?
Tak buat apa-apa, cuma rasa terkilan kenapa sanggup buat kita macam tu. Tapi kalau dah tak terkawal, serang jer .
2. 6 orang di hati anda...
- hubby terchenta
- Hero sulung, Farish
- Hero no.2 : Firas
- Arwah mak
- abah
- mertuaku

3. Anda rasa anda comel?
time kecik dulu yer la, sekarang ni kategori jelita kot..hahaha!
4. Single or taken?
dah kawen dah
5.
Blog yang anda suka
- blog tentang breastfeeding
- blog tentang parenting dan child development
- blog resepi
- blog tentang jalan-jalan makan angin
- blog yang ada gambar cantik-cantik
6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
yang pasti selimut kena lipat.. kadang tu bantal tunggang langang gak.
7. Lagu terakhir yang anda dengar
Cari Jodoh dari Wali Band (feveret Farish)
8. Last text message
"Chikna.. tipon Johaniff jap"- sms dari anak sedara
9. Last phone call
dari Kamil Busyuk, anak sedara umur 8 tahun yang n=baru dapat henpon semalam
10. Hari terakhir anda menangis
3 minggu lepas, pas jatuh kat bilik air.. sakit...
11. 5 favourite colour
-green
-purple
-silver
-brown
-yellow
12. Orang terakhir YM
sesungguhnya, ku tak pernah ber YM
13. Game paling anda suka.
dah tak main game dah la ni..
14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
excited
15.
Anda rasa tag ini best?
bolehlah
16. Tag lagi 10 orang....
sesiapa yang baca entry ni, silalah buat...

Saturday, March 27, 2010

Award dari Lady


1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
Thank you Lady....

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:

Anak pertama
Nama: Tengku Muhammad Farish Haikal
Tarikh Lahir : 5 April 2008

Anak kedua
Nama: Tengku Muhammad Firas Handzalah
Tarikh Lahir : 18 Oktober 2009

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
Tunggu 2 tahun lagi

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
DNNA
Umisofie
Kelly
Kak Yong
Aishah Megahaz
Dayah
Kikie
dan semua ibu-ibu yang rasa dirinya hot mama




Tag Sepuluh


Ibu telah ditag oleh Lady of Leisure
Tapi tag ni ada cara nak jawab: Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

[1] Siapakah diri anda di rumah?
Di rumah menjadi surirumah spenuh masa. Tapi kadang takpun sebab kadang-kadang kerjarumah hubby tolong buat gak. Ibu kepada Farish dan Firas.. Time nilah nak luangkan masa ngan anak-anak selepas seharian bekerja

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Saya seorang kawan yang senang didampingi. Sehingga kini saya masih berkawan baik dengan semua kawan-kawan yang saya kenal. Nak tahu lebih kena tanya kawan-kawan sayalah.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1. Toyota Vellfire
2. Rumah Banglo lengkap ngan swimming pool
3. Anak kembar (pas ni nak usahakan kembar pompuan lak)
4. Menunaikan Haji
5. Bebas dari segala hutang

[4] Siapakah nama pasangan anda?
Nazim Din

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
i) Abi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, sebab itu ibu pilih dia sebab ibu tahu dia akan menjaga keluarga yang dibina bersama ibu sekarang
ii) Abi seorang yang kelakar, loyar buruk dan suka mengusik
iii) Abi seorang yang berjiwa sensitif
iv) Abi suka memasak dan suka mencipta resepi
v) Abi sangat sayangkan anak-anak kami

[6] Bila tarikh anda couple?
Ntah, kami couple ka? Tapi ibu ingat pada 14/8/06 abi melamar ibu untuk dijadikan isteri melalui sms

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Kenangan pahit?? Pas kahwin ni takde kenangan pahit. Before kahwin, abi ada seorang peminat yang amat bencikan ibu. Seboleh-boleh dia takmau kami kahwin, tapi jodoh kami kuat.

[8] Lagu tema cinta anda?
You're My Everything.. nyanyian Santa Esmeralda.. Abi pernah dedicate lagu ni kat ibu melalui SinarFM time bercinta dulu.

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Menjadi seorang lelaki yang cool

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
Sesiapa yang nak buat, dipersilakan



Related Posts with Thumbnails