ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Cerita Aidilfitri 2011

Selamat hari raya kepada semua kenalan ibu. Hari ni genap seminggu kita beraya. masing-masing pun dah naik kerja. Ibu jer belum lagi, ada lagi sebolan cuti sebelum naik kerja.

Okaylah, tak banyak cerita sangat raya kali ini.
Kami tahun ni sedondon purple gelap. Pilihan ibu (tiap-tiap tahun pun ibu yang setkan tema baju). Kain dah beli sejak bulan 6 lagi sebab takut nanti lepas bulan 7 dah takleh nak shopping. Baju fawwaz pun beli sebelum ibu bersalin.

Ibu balik Kangar pagi raya tu. Abi malam raya kena oncall, dahla kes banyak, abi balik rumah pun dah pukul 4.30am. Letih tengok abi. Pas Subuh, ibu kejut abi dan angkat barang masuk kereta. Dekat kul 7.30am baru kami bertolak balik. 

On the way dah sampai Kodiang, baru teringat ibu tertinggal kamera kat rumah. Adoi! BIncang punya bincang, abi kata, kita patah baliklah. Lagipun abipun tertinggal kasut. Dia pakai selipar kaler oren jer balik. sangat tak matching ngan baju purple. So kitorang pun patah balik. 

Sampai Kangar, orang pun dah habih sembahyang raya. Kesian abi, tak sempat nak gi sembahyang raya. 

Macam biasa, kami akan bawa MIL dan beberapa SIL pergi beraya dikampung MIL. Pastu singgah rumah biras ibu pulak kat Utan Aji. Lepas tu terus balik rumah, sebab petang tu trip bawa FIL pulak.

Tapi balik rumah abi terus tidur. Yerlah mana cukup tidur, malam tadi dapat tidur 2jam jer. So, kitorang lepak rumah jer sampai petang. Pukul 6pm abi bangun, kesian lak kat FIL, kitorang bawa dia gi beraya pulak sampai malam.

Antara posing di pagi raya..
Tahun ni tema purple
Bergambar bersama MIL,FIL dan SIL. Ada lagi sebenarnya tapi SIL ibu  sorang demam dan sorang lagi tukang ambik gambar.
Ibu bersama Fawwaz yang beraya buat kali pertama

Farish kalau puji hensem memang seronok dia. Hensem tak hero sulung ibu ni?
Fawwaz pun in purple. Susah nak cari baju newborn boy kaler purple
Boring takleh nak beraya sebab abi dok tido kat dalam

Cepatlah abi, Farish dan firas tak sabar nak pi beraya ni.
Esoknya terus pergi kampung ibu pulak. Walaupun mak dan ayah sudah tiada, tapi ibu tetap balik beraya dikampung. Lagipun ramai sedara mara ibu kat kampung tu. 

Raya ketiga, lepak rumah sebab abi oncall. Nasib baik kakak ibu dari KL datang, ada gak teman berborak dan tolong mengasuh anak-anak ibu.

Raya keempat, kitorang beraya ke Taiping. Rumah salah seorang kawan ibu di Ratuhati, Atun. Ibu lambat smapai sebab pergi mengunjung suami kepada staff meninggal. Lagipun arwah suami dia DO kota Setar. Punyalah ramai orang, termasuklah MB, Sultanah Hamimah datang mengunjung. pastu highway pulak dah start jem. Orang dah start balik KL dah ni.

Kat rumah Atun sempat jumpa kawan-kawan ibu seperti Sue Aleen, Ayu Khairi, Atun, Rozy (ni selalu jumpa), Christina Arissa. Ada gak beberapa orang lagi ibu tak sempat jumpa.
gambar-gambar boleh usha kat FB ratuhati. Ibu tak ambik gambar sangat kat rumah Atun.

Balik dari Taiping, singgah rumah makteh dan sepupu ibu kat Permatang Pauh. 

Raya ke5, lepak rumah balik sebab abi oncall.
Raya ke6, ke7, dan ke8, lepak rumah sebab abi dah start kerja.
Raya ke9, ibu akan ke uPM, Serdang hantar SIL ibu mendaftar tahun pertama kat sana. Kepada sesiapa yang nak gi UPM jugak, contactlah ibu, mana tau boleh jumpa kat sana. Dah pergi Serdang tu, ibu beraya pulak kat rumah abah. Asalnya abah ngan kakak-kakak ibu nak datang Kedah time raya, tapi sebab ibu nak gi KL rabu ni, so diorang tak jadi datang.

Itu jerlah cerita raya ibu untuk tahun ini.

Saturday, June 4, 2011

Anniversary kali ini

Macam entry sebelum ni, bulan ni merupakan bulan jiwang ibu.. Hmm..1hb jun baru ni genaplah usia perkahwinan ibu dan abi yang ke4.. Memang tak plan nak celebrate pun.. LAgipun abi pulak kena ambil oncall kawan dia.. Bila abi oncall, maknanya takleh gi mana-mana lah.. Memang ikut hati nak celebrate romantik-romantik ngan abi, tapi sapa pulak nak jaga 2 orang buah hati kami tu.

SO, paling dekatdan mudah adalah pergi KFC sajalah.. lagipun Farish memang asyik request nak KFC setiap kali lalu depan KFC tu. Itulah, sapa suruh duduk dekat ngan KFC.. So, pas makan terus balik rumah... Simple jer kan..

Actually bagi ibu anniversary cukuplah sekadar mengingati, wish dan paling penting berdoa untuk kesejahteraan rumahtangga. Time-time macam ni memang tak sempatlah nak celebrate berdua.. Abi kata, tunggulah nnati anak-anak kita semua dah besar-besar, time tu kita celebrate romantik berdua-dua gitu..

Hadiah birthday kali ni? tema perfume.. Sebabnya both perfume ibu dan abi dah habis.. So, abi beli ibu perfume dan ibu pun beli abi perfume.. itu pun dah cukup bagus tu bagi kami.. Lagipun tkamau belanja banyak-banyak sangat sebab bulan ni banyhak gak nak kena spend..

Sebenarnya ibu dan abi bakal mendapat hadiah anniversary yang bermakna.. tapi belum tiba lagi hadiahnya.. Insya Allah, kalau ikutkan lebih kurang sebulan lagi kot hadiah anniversary istimewa kami akan tiba.. So, nanti kalau hadiah kami tu dah tiba, ibu akan update kat sini yer..

Hmm... bulan 6 ni ramai yang sambut anniversary kan? mana taknya, cuti skolah 2 minggu, dah tiap2 tahun memang awal bulan 6 ni memang waktu ayng glamer nak buat kenduri kahwin, nak-nak macam hari keputeraan Agong, Sabtu pertama Jun. .So memang ramailah yang berkongsi tarikh anniversary yang sama..

Ibu pun start cuti sekolah 28hb Mei lepas, tiap2 hari ada jer undangan kenduri kahwin.. Kalau sabtu tu, confirm 4,5 buah kena attend.. memang dapur tak berasaplah tiap kali cuti sekolah.


Wednesday, June 1, 2011

4 TAHUN BERLALU DAN KASIH INI TERUS BERSEMI



Mood Jiwang sempena Jun..
Bukan apa Jun adalah bulan anniversary ibu dan abi.
1hb Jun= tarikh nikah
2hb Jun= majlis resepsi sebelah ibu
4hb Jun = majlis resepsi sebelah abi
14,15,16hb Jun = honeymoon

Dan kini genap 4 tahun usia perkahwinan kami.. Alhamdulillah.. walaupun baru 4 tahun, masih dalam fasa pengantin baru lagi, ibu rasakan hidup ibu sebagai isteri hampir sempurna.. Dalam tempoh 4 tahun ini, Alhamdulillah rezeki kami murah..Sudah mula membina harta sendiri , kenaikan pangkat (dan of course gaji naik).. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini.

4 tahun usia perkahwinan boleh dikatakan kami antara express family development... Mana taknya 4tahun kahwin, kami dah berempat sekarang.. 5 tahun kahwin, 5orang ..10 tahun kahwin.... hehehe! Alhamdulillah, rezeki anak dan sememangnya itu yang kami harapkan dari awal perkahwinan.

Sempena ulangtahun keempat perkahwinan, ibu tak minta apa-apa dari abi. Sebab ibu rasa abi dah penuhi segala impian ibu. Lengkap kasih sayang, hidup dalam suasana bahagia, dan tak pernah bersengketa. (setakat gaduh2 manja tu, biasalah, tapi tak pernah lama)

Bagi ibu, tiada apa yang ibu harapkan bila melihat abi terlalu menyayangi anak-anak kita. Itu dah cukup buat ibu. Kasih sayang ibu buat abi tetap subur macam dulu.

Pengorbanan abi sentiasa membuatkan ibu terharu.. Pengorbanan paling besar adalah sentiasa menjaga ibu di kala ibu tidak sihat, dan tak pernah merungut. Dan juga abi sanggup menolak tawaran menghadiri kurusus post-basic semata-mata tidak mahu membebankan ibu menjaga anak-anak seorang diri. Kita sama-sama mengharungi susah payah membesarkan anak-anak tanpa bantuan orang lain..  Dan abi tak pernah merungut kalau terpaksa jaga anak-anak ketika ibu perlu berkursus atau bermesyuarat di luar kawasan yang memerlukan ibu bermalam.

Paling penting abi sangat menyokong ibu dan mendorong ibu menjadi lactation counselor to be.. abi tak pernah merungut bila ibu inform ibu nak kena buat SGM, ibu nak attend sekian-sekian BF class. Malah abi volunteer jaga anak-anak, free kan schedule oncall, hantar dan ambil ibu..

Sempena ulangtahun perkahwinan ke4 kita... tiada apa yang ibu dapat berikan melainkan berdoa kepada Allah semoga rumahtangga kita sentiasa dilimpahi rahmat dari Ilahi.



Wednesday, March 16, 2011

Ibu dan Jam tangan

Sebenarnya ibu dah lama tak pakai jam tangan. Bukan ibu tak hargai masa, tapi ibu tak boleh pakai sebarangan jam tangan. Ibu ada alahan pada beberapa bahan besi terutama nikel..

Alkisahnya dulu ibu okay jer.. waktu study kat uni,ibu ada hampir 10 koleksi jam tangan yang ibu beli kat Petaling Street (time student, standard barang PS jer la). Tiap2 hari tukar2 jam, macam2 jenama tiruan,macam2 bentuk.. sampailah tahun 2000, time tu ibu dah final year.
tiba2 jer ibu dapati ibu ada alergi, bengkak mata, pastu ibu alergi dengan kosmetik, yang dulu ibu boleh pakai,pastu dah tak boleh.. Yang paling teruk ibu takleh pakai brooch, dulukan kita pakai tudung bawal, kena pin kat leher, habis leher ibu sampai melepuh2, terpaksa jahit tudung tu.

Then segala aksesori ibu (ibu dulu suka sangat beli aksesori dari gelang, subang, rantai), semua dah tak boleh pakai, semuanya akan jadi rashes.. So dari situ ibu tahu ibu dapat alahan.. So terpaksa buang semua perhiasan ibu tu.
macam ni lah keadaan ibu dulu kalau pakai jam

tentang jam, pastu ibu tukar pada jam kulit, sama juga, naik rashes pada kulit yang bersentuhan dengan permukaan belakang jam tu.. beli jam swatch, sama jugak.. so pastu terus ibu tak pakai jam dah..

Sampailah hari kahwin ibu, abi nak bagi jam sebagai hantaran, belilah jam berjenama dan tokey kedai tu kata jam tu ok, orang alergi pun boleh pakai... tapi sama gak, alergi.. pastu jam hantaran tu pulak hilang time kami pindah rumah...

Sempena birthday ibu kali ni, abi nak hadiahkan ibu jam lagi.. kesian dia kata tengok tak pakai jam.. pergilah satu kedai jam,, fr the 1st time ibu jumpa pekerja kedai yang tahu pasal jam.. Since kes dia pun sama cam ibu, alergi..

So, salesgirl tu a.k.a anak tokey jam tu, advice kena ambik jam jenis pure stainless steel.. Jam pure stainless steel ni nak kenal rupanya senang jer.. Biasanya jam stainless steel ni plain, tak bercorak.. Ala2 macam jam lelaki tu.. Kalau jam yang bersadur emas ka, ataupun jam silver yang bercorak2 memang takleh pakai.. pastu ada lagi beberapa ciri yang ibu pun dah lupa.. Even belakang jam tu tulis stainless steel, tak bermakna jam tu betul2 stainless steel. Luckily ibu jumpa the right salesgirl...

Atas nasihat salesgirl tu, kami pun beli jam tu.. Dan Alhamdulillah, ibu dah boleh pakai jam tangan kembali.. Thanx to abi for the lovely birthday present...
Ini kotak dia

jeng-jeng-jeng

Inilah jam tangan ibu selepas hampir 10 tahun tak pakai jam di tangan..

Monday, February 14, 2011

CUTI-CUTI PANGKOR 2011

Dah lama rasa tak buka blog.. Kekangan masa dan juga kadang tu sindrom M melanda menyebabkan blog ibu bersawang lebih dari 3 minggu dah kot.

Ini entry dah lama ni, upload gambar dah lama, tapi tak sempat nak mengarang.
CNY yang lepas ibu dan family ibu beserta family kakak ibu berkesempatan mengunjungi Pangkor untuk our 1st holiday vacation 2011.

Actually tak dirancang pun, tapi last minute tetiba abi dan abang ipar ibu plan together-gether nak pergi Perak pulak. Since abi tak pernah pergi Pangkor, abi pun request nak pergi Pangkor. Bayangkan lagi 3 minggu CNY, call semua chalet semua full.. Call punya call, at last dapatlah juga chalet Nipah Bay Villa. harga jangan tanyalah, kena faham, peak hour, hotel cokia pun harga dah dekat RM2oo.

Abi melangkah ke masuk ke jeti Lumut

Kami sampai Lumut dalam pukul 4 rasanya, terus beli tiket, tiket harga RM10 pergi balik. Okaylah. Time ibu pergi tahun 2003, pergi balik RM4 (time tu ada diskaun)
Kat Lumut orang takdelah ramai sangat, konsep feri Pangkor, 1st come 1st serve. Tak macam Langkawi yang ada time.

Bergambar sementara nak naik feri

Firas excited dapat naik feri
Dalam feri

Perjalanan Lumut- pangkor mengambil masa 20min. Sampai jeti Pangkor pun takdelah busy sangat. Terus ambik van dan pergi ke chalet.
Takyah bawa stroller or troli, beg pun boleh jadi troli Firas

Dalam van menuju ke Teluk Nipah

Inilah entrance chalet Nipah Bay Villa


Sampai chalet, check in pastu turun minum petang. Pas solat Asar, terus pergi pantai. Chalet ibu ni kira hujung teluk Nipah dah, so takdelah tumpuan sangat, tapi orang memang ramai. Air jernih dan cetek, so Farish dan Firas memang enjoy. Kitorang pergi kat sebalik batu2 besar sebab abi dan anak buah ibu nak memancing kat atas batu2 tu.



Bergembira bermain kat dalam air. Kawasan ni air dia cetek, jernih dan takde ombak.

Kaki pancing sedang memancing, tapi ikan takdak, takut pun sebab ramai sangat manusia.

Pas berenang kat situ, pindah tepi pantai pulak (time ni yang sedih nak cerita).. sebab kamera Sony cybershot ibu telah tercelup dalam air masin, terus keringkan dan pastu terus padam.. huwaa. tak dapat nak ambil gambar.

Malam tu kitorang pergi cari makan kat Teluk Nipah tu.. Aduyai! Orang punyalah ramai mengalahkan pasar malam Jalan TAR. Pastu ikan bakar, mak oi! cekik darah betul. Kalau ikan tu nampak fresh takperlah juga, kerang satu mangkuk polisterin kecik tu pun dah RM6. Huih! last2 tak jadi nak makan ikan bakar, order nasi goreng jer. Itupun berkurun tunggu. Bukannya ramai pun makan kat kedai tu.. Memang buatkan semua orang naik hangin.

Keesokannya, kami ambik trip bot pergi island hopping, tak hopping mana pun, dia tunjuk tempat snorkeling (yang penuh gila dengan orang), pastu ronda2 sat keliling pulau, pastu landing kat pantai Teluk Man. Kat situ dia tinggalkan kami untuk berenang, nak snorkeling pun boleh. Time sampai tu memang kami dengan ada 1 family jer kat situ.. Best la sebab rasa macam privasi (kalau compare berenang kat Teluk Nipah). Lepas setengah jam, mai satu bot, pastu mai satu bot.. last2 penuh Teluk Man tu dengan orang lain. hilang privasi dah.

Farish bergaya dengan life jacket

Firas kat mana pun boleh lelap

Seronok anak ibu main, time ni takde orang lagi kat Teluk Man ni

Umpama askar

Tido lagi

Dah penuh orang dah

After dua jam kat situ, call bot,balik Chalet, dan siap2 check out.

Menunggu van nak balik ke jeti
Kat jeti Pangkor pulak, mak oi! ramainya orang.. beratur sampai luar jeti nak naik bot.. Letih tu memang takyah cakaplah, nasib baik Firas tak meragam sangat.

So moral of the holiday, jangan pergilah bercuti tempat2 tumpuan time cuti panjang macam CNY lepas. Sebenarnya rasanya nilah 1st time ibu bercuti time CNY, selalunya lepak rumah, pergi kenduri jer.

p/s: gambar tak banyak sebab camera ibu dah masuk air... so yang last2 tu gambar dari handphone jer..
Related Posts with Thumbnails