ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label pemakanan bayi. Show all posts
Showing posts with label pemakanan bayi. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Makanan bayi dari lahir hingga 2 tahun


Cuba tengok gmabar kat atas ni. Gambar ni ibu ambil semasa kursus MBFPC baru-baru ni. Poster ni dalam bahasa Latin, tak silap ibu dari Uruguay kot.. Maaf kalau tersilap fakta..

Kalau tengok betul-betul poster kat atas tu, tanpa sebarang tulisan pun kita boleh faham apa yang dimaksudkan. Poster kat atas tu menerangkan tentang makanan yang perlu diambil oleh bayi mengikut umur.
Jom kita explore.

0-6 bulan
Susu ibu semata-semata
NO for FM, minuman, makanan, pacifier

6-8 Bulan
Susu ibu paling utama
Sayuran
Buahan
Sumber karbohidrat seperti roti

9-11 bulan
Susu ibu paling utama
Sayuran 
Buahan
Produk tenusu
Karbohidrat,protein

12 bulan ke atas
Makanan keluarga
Makanan mengikut piramid makanan
Susu ibu

Sepanjang dari lahir hingga berusia setahun, susu ibu adalah makanan utama, selepas 6 bulan, mula diperkenalkan solid food.

Selepas setahun, susu ibu menjadi minuman pelengkap, sebab tu susu ibu jatuh ke hirarki bawah.

So, bagi ibu-ibu yang merasakan susu mereka merosot selepas bayi berusia setahun, jangan risau kerana ketika itu susu ibu hanyalah sebagai pelengkap. Susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh anak.Mereka perlu mendapatkan nutrient dari sumber lain juga.

Friday, February 25, 2011

Makanan bayi semasa travel

Sahabat ibu bertanya bagaimana nak sediakan makanan bayi kalau kita sedang melancong atau pergi kursus dengan membawa bayi sekali. Taknaklah bagi nestum kat baby.

okay, kat sini ibu nak kongsi apa yang ibu praktikkan semasa ibu pergi bercuti atau berkursus.

Ibu lebih suka bagi fresh food kat baby. so apa yang ibu buat, ibu akan angkut slow cooker comel ibu. Slow cooker ni purposely buy for travel. Tak silap time ibu beli tu harga dalam RM60 kot. Comel jer, boleh sumbat dalam luggage bag.

Ni rupa slow cooker ibu.(ihsan google)

Pastu ibu prepare siap2 beras blended, serbuk ikan bilis (refer sini), carrot, brokoli.
So kat hotel bila malam sebelum tidur, ibu masak siap2.. masuk semua bahan dalam slow cooker, pastu tidur, bangun esok pagi, dah masak dah bubur.

Bubur hotel pun boleh guna, tapi better rasa dulu bubur hotel tu. Experience ibu, diorang dah campur garam dan perisa dalam bubur tu, so sangat tak sesuai untuk baby bawah 1 tahun.

Selain dari cara ibu, boleh juga bekukan bubur siap-siap. Bukan setakat bubur, puree pun boleh bekukan. Bwa macam EBM, letak dalam cooler bag, nanti dah sampai hotel, transfer masuk fridge hotel. Nak guna, keluarkan rendam dengan air suam (macam kita suamkan EBM)..Nak panaskan terus pun takpa dengan microwave atau atas api.

Kalau makanan semasa perjalanan, ibu akan masukkan dalam termos pot. Biasanya tahan panas sampai 5jam. Tapi kalau dapat very good termos, boleh tahan panas sampai 8-10jam. (macam termos air tu).

Termos pot ni ibu dapat free time beli fridge.

So, takde masalah nak bawa baby jalan-jalan. Ada banyak lagi tips time travelling ni. Kena rajin google yer.

Monday, July 5, 2010

Perlukah susu lain selepas 2 tahun menyusu dengan susu ibu?

Ibu copypaste komen Pn. Kamariah dalam susuibu.com di bawah ni

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa ibu sediakan makanan bayi sendiri

Lagi entry tentang makanan bayi. Bila Firas masuk 6 bulan dan start solid food, ibu memang concern tentang pengambilan makanan.

Ibu akui, ibu bukannya rajin, tapi entah kenapa bila ada anak ibu boleh bangun awal-awal pagi sediakan bekal untuk anak ibu ke rumah mak Ani.

Ibu sebenarnya taknak menyusahkan mak Ani. Yerlah dia dah jaga anak ibu baik, so biarlah ibu masak sendiri bekal anak ibu.

Reason ibu masak sendiri adalah:
1. Ibu nak anak ibu makan air tangan ibu
2. Macam susu ibu, bekal ibu akan mengingatkan anak ibu pada ibu
3. Makanan yang ibu bekalkan halal dan tahu puncanya
4. Mudah nak detect kalau anak ibu cirit birit, itu datang dari kesalahan ibu
5. Ibu tak suka instant food, sepertimana ibu say no to ABM, sama gak ibu say no to instant baby food (Nestum dan yang seangkatan dengannya)

Kenapa ibu takmau bagi makanan bayi yang ada di pasaran?
Ini kerana, makanan tersebut adalah makanan proses, bila namanya makanan proses, maknanya banyak bahan kimia ditambah2 dalam makanan tersebut.
Beri instant food , kira macam ibu seorang yang pemalas.
Instant food banyak perasa tiruan
Bila bagi instant food, anak ibu hanya rasa 1 rasa jer.. sedangkan bila ibu masak, selang 4 hari anak ibu akan rasa menu yang berbeza-beza.

Menjimatkan kerana ibu guna bahan2 sedia ada di rumah. Beli dan semua orang boleh makan.

Dan memberikan bayi dengan home made recipe ni akan membuatkan bayi tidak mengalami masalah dalam memilih makanan kerana dah biasa dengan bahan natural.. Ini berbeza bagi sesetengah bayi yang diberi instant food, instant food bersifat manis, maka bayi berkemungkinan hanya menggemari makanan manis sahaja.

Gambar ihsan dari google images

Tuesday, May 11, 2010

Pemakanan bayi

Ibu terfikir untuk menulis entry ini disebabkan ibu banyak terbaca dan terjumpa salah konsep pemberian solid food kepada bayi. Bukan waktu sekarang tetapi sejak ibu kecik2 dulu lagi.

Sebenarnya peralihan makanan bayi mengambil masa yang lama. Bayi perlu diperkenalkan kepada makanan peringkat demi peringkat. Bukan bermakna, genap 6 bulan, bayi boleh makan apa saja. Perlu ada pengetahuan sebelum mula memberi bayi makan.

Mulakan dengan tekstur makanan paling halus. ibu ambil contoh nasi yer.

bubur nasi yang ditapis ----> bubur nasi blended ----> bubur nasi lecek ----> nasi lembik ---> nasi lembut---> nasi biasa.

Bayi seharusnya diperkenal tekstur demi tekstur. Jangan terus peranjatkan perut bayi dengan nasi selepas perkenalkan dengan bubur nasi..

Dan perlu anda tahu, perut bayi tidak matang sepenuhnya. Pada waktu ini enzim2 dalam usus masih belum mampu mencernakan makanan yang diberikan sekiranya belum sampai masanya.Ini dikhuatiri masalah usus akan berlaku.

Selain tekstur makanan, jenis makanan juga perlu kita tahu. Seawal usia 6bulan, hanya perkenalkan bijirin, kentang, sayur seperti carrot, ikan bilis terlebih dahulu. Lambatkan pemberian telur, ayam, makanan laut kepada bayi.

Selain daripada itu jangan sesekali meletakkan garam, gula dan bahan perisa ke dalam makanan bayi di bawah 1 tahun.

Ibu suka rujuk website www.wholesomebabyfood.com sebagai panduan...

Sunday, May 2, 2010

Bekalan Firas

Kali ni ibu nak cerita pulak, macam mana ibu sediakan makanan Firas ke rumah Mak Ani..
Setiap pagi ibu akan masak sendiri bubur buat Firas
Boleh tengok resepi kat sini dan cara buat stok kat sini

Ini adalah termos pot yang ibu guna.
Thermost pot ni ibu dapat free time beli peti ais dulu. Thermos pot ni jenama Sharp. Stainless steel.


Dia ada 4 compartment. pot dia boleh isi kuah, 2 attached bowl boleh letak bubur dan juga lauk serta satu penutup.


Ibu letak bubur dalam salah satu mangkuk.. ini rupa bubur kosong yang siap ditapis halus.
Dan tutup rapat. Insya Allah kepanasan dia kekal sampai ke tengah hari.. Ibu belum start test berapa lama tahan.. tapi ALhamdulillah, Kak Ani kata time tengah hari tu masih panas lagi bubur Firas.

Friday, April 30, 2010

penyediaan stok makanan bayi

Kali ni ibu nak share macam mana ibu sediakan makanan untuk Firas. Sekarang Firas baru seminggu start solid food. Dan ibu memang masak sendiri bubur untuk Firas. Seperti susu ibu, makanan juga ibu takmau yang fast food @ process food punya macam Nestum, ibu lebih suka masak sendiri. Biar anak2 ibu makan air tangan ibu.

Sekarang ni firas hanya makan bubur yang ditapis dahulu. Untuk memudahkan ibu,ibu blend halus beras tu dengan pengisar kering. simpan dalam tupperware.

Untuk bilis pulak, ibu pilih bilis jepun. Abi kata bilis jepun ni kurang masin. Bilis jepun ni halus-halus.
Ini rupa bilis jepun yang ibu baru beli. Dia halus dan warna putih.

Basuh bilis berkali2 untuk kurangkan rasa masinnya. kemudian goreng sangai (goreng tanpa minyak) sehingga betul2 kering. Kena make sure kerig betul2 sebab kita nak buat stok. Kalau lembab nanti bilis cepat rosak.

Ini rupa bilis yang siap digoreng.. masih dalam kuali lagi.

Kemudian blend halus dengan pengisar kering jugak.. Simpan dalam tupperware (atau tipuware).

Ini rupa bils yang siap diblend.

Tupperware atas, stok bilis.
Tupperware bawah stok beras halus..

Saturday, April 24, 2010

Resepi si manja 6 bulan

Actually entry ni ibu buat kat FB last year, time introduce solid food kat Farish.
So lagi sekali sebab Firas pun dah start solid food, ibu tempek kat sini plak.

Tapi ibu rasa ibu nak alter sikit resepi buat Firas nanti. Nanti ibu akan update. But buat panduan, ini resepi time Farish dulu

Ibu guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: bubur nasi
Hari 4-7 : bubur nasi + kentang
Hari 8- 11 : bubur nasi + carrot
Hari 12-15: bubur nasi +bayam
Hari 16- 19: bubur nasi + bilis
Hari 20-23: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+carrot+bilis
Hari 28- 31: bubur nasi+bilis+bayam

Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.
Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.


Selamat menjamu selera

..
gambar dari googles

tak sangka time ibu googles image for bubur, terjumpa gambar Farish sedang disuap.. itu saat Farish mula makan solid food.. selera sungguh Farish

Friday, April 23, 2010

Firas 1st Solid Food

Hari ni ibu cuti so ibu plan nak start bagi solid food buat Firas. Ikutkan nak delay lagi, tapi abi kata dah okay tu nak start since Firas pun bila tengok orang makan dia pun dok mengecap sama.

Macam Farish, ibu janji ibu akan sediakan makanan dari hasil tangan ibu semdiri. Sepertimana ibu hanya bagi susu ibu, makan pun camtu juga..no instant punyer. Nestum... sorry..

So resepi hari ni
Bubur kosong

Sebelum tu ibu dah blend kering siap2 beras dansimpan dalam tupperware.
Ibu amik satu sudu beras hancur dan rebus dengan air (bertapis).. biar sampai masak.
Lepas tu ibu tapis lagi bubur tu supaya dapat bubur nasi yang sangat smooth dan sedikit cair untuk permulaan.

Hari ni juga Firas baru dapat rasa air kosong.
Mula-mula suap air kosong tu, dia luahkan.. pelik kot rasa, tawar jer.

Then ibu suapkan sikit dulu bubur.. Firas buat muka pelik, luahkan.
2nd trial pun camtu gak...
3rd trial baru telan.. itupun muka confused lagi..

SO hari ni rasanya Firas hanya makan 1 sudu jer bubur.. okaylah tu untuk permulaan.
Kalau ikut advise pun memang awal ni satu sudu pun dah cukup...

Tengok..comotnya mulut anak ibu

Tapi pas 15minit Firas cari susu ibu jugak. dapat jer, terus tak lepas...

So esok ibu try lagi....


Related Posts with Thumbnails