ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadhan - Hari terakhir berpantang

Lagi 10 hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Maknanya sudah 20 hari ummat Islam menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Ibu pun Alhamdulillah masuk hari ni, sudah 7 hari ibu berpuasa penuh. Dan hari ini juga hari ke 44 selepas bersalin. Maknanya hari ni hari terakhir pantang ibu (macam lah dia tu berpantang sangat).. Yeah! esok Merdeka.. Bukan merdeka apapun, tapi bolehlah nak makan itu ini.

Hmm.. 7 hari berpuasa.. Alhamdulillah berjalan lancar. Macam hari-hari puasa tahun sebelum -sebelum ni. Cuma hari ketiga hari tu ibu dan abi terlajak sahur. Bangun tengok jam dah pukul 5.43am. Imsak 5.44am.. Adoi! nama sempat nak makan dah ni. So, ibu just sempat makan kurma 5biji dan air suam semug. Vitamin pun tak sempat nak ambik. Tapi ibu tawakal, berdoa agar apa yang ibu minum. apa yang ibu makan dapat memberikan tenaga, air susu yang cukup buat anak ibu. Alhamdulillah, hari tu juga Fawwaz tidur agak lama dari biasa, minum pun tak sekerap biasa dan tidak meragam langsung. Mungkin dia faham keadaan ibu kot.Berjaya juga ibu berpuasa walapun bangun pagi tu terasa skit sakit tekak dan asyik bersin, macam nak kena selesema ataupun allergy rhinitis ibu kembali menyerang.

Kemudian hari ke4 pulak, tiba-tiba ibu rasa sakit satu badan, lenguh-lenguh satu badan dan badan seram sejuk jer. Ibu rasa sebab ibu tertidur separh badan atas lantai. Actually time tu ibu menyusukan Fawwaz. Fawwa tidur atas toto baby tu. So, ibu pun baring atas toto tu sekali. Makanya separuh badan ibu atas toto, manakala bahagian bawah dari peha ke hujung kaki atas lantai. Ibu pulak time tu tertidur sekali. Bangun nak solat Zohor, rasa sejuk sangat. Tu sebab orang tua tak bagi tidur atas lantai terutama perempuan dalam pantang. Ingat tak dapat nak habiskan puasa,Alhamdulillah, dapat juga berpuasa penuh hari tu.

Ibu takde amalkan makanan spesifik berpuasa kali ni. Kalau dulu meriah dengan ice blended kurma, air longan, soya bean yang merupakan milk booster ibu. Tapi kali ni mana boleh makan semua kat atas tu, sejuk maa.. pantang tu. Tapi ibu just amalkan kurma dan air kosong. Susu pun kadang jer minum, hari ni susu dah habih stok.

Makan macam biasa, ibu wajib makan nasi. Lauk pun ikut dan jer masak. Tapi sejak ibu start puasa ni abi demand nak buka makan tu, makan ni. Sebelum ni abi just makan yangsimple sebab dia tak seronok sebab ibu tak puasa sama dan banyak makanan tak boleh nak makan lagi. But bila ibu dah puasa, abi pun demand lah nak suruh buat karipap, gulai tulang, sup tulang, pulut kuning, rendang tok, rendang ayam.

So, tinggal lagi 9 hari lagi nak berpuasa. Semoga kita dapat manfaatkan 10 hari terakhir Ramadhan ini. Semoga kita dapat bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Monday, August 15, 2011

Hari pertama berpuasa tahun ini

Alhamdulillah, semalam di kala ummat Islam sudah mencapai 14hari berpuasa, ibu baru bermula untuk berpuasa.Selepas confirm darah nifas ibu betul-betul kering, ibu decide untuk terus berpuasa. Abi kata, tak payah lagilah tunggulah smapai habis pantang weekend ni. Tapi sayanglah pulak, lagipun ibu risau bab nak mengganti puasa nanti.

Berpuasa semasa masih berpantang dan menyusu memang bila difikirkan agak mencabar. Tapi ibu nak jadikan ianya satu experience supaya boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Walaupun ada rukhsah untuk ibu menyusukan.

Semalam berpuasa, Alhamdulillah dapat disempurnakan. Lumrah ibu menyusu kerap rasa dahaga, nak-nak pula, semasa dlaam pantang ibu memang banyak minum air. Memang terasalah dahaga tu. Tapi mungkin sebab ibu hanya berada di rumah, so, ibu boleh banyak rehat, tidur dan layan internet, so kuranglah sikit terasa. Pas solat, baca Quran (memang tahu tak sempat nak habiskan, tapi ibu cuba sekurangnya separuh Alquran)

Cuma yang sedikit letih bila Fawwaz tiba-tiba meragam semalam. Tak tahu apa puncanya. Asyik nak berkepit jer. Boleh lak tu dia tak tidur dari kul 8pg sampai kul 1pm. So semalam pun ibu mandi dah dekat nak masuk Zohor. Malam pun dia meragam lagi. Dkat pukul 12am gak baru dia dapat tidur dengan betul. Ibu syak mungkin ibu ada makan benda yang kurang serasi dengannya kot. Tapi check perut takdelah kembung pun, tapi memang dia kerap menyusu, pastu kerap pulak termuak, banyak lak tu., ibu asyik kena salin baju ngan kain jer semalam. Ibu harap hari ni Fawwaz jangan dera ibu lagi yer.

Ibu decide untuk tidak mengepam time puasa ni. Lagipun pasraya ibu masih ada cuti sebulan lagi. Masih sempat nak buat stok. Sebelum ni pun memang ibu tak fokus nak buat stok time pantang. Kebanyakan stok ibu adalah selepas bekerja.

Apa yang ibu amalkan untuk kekal berpuasa. Macam biasa, makan nasi itu wajib. Makan kuih muih yang boleh dimakan. Makan kurma, minum air suam banyak. Sahur, makan nasi, minum susu+milo, makan kurma, minum air suam.

Harapnya ibu hanya tinggal puasa 13hari tu jer. Ya Allah, berikan aku tenaga untuk meneruskan ibadat kepadaMu.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Esok Ramadhan bakal menjelma.. Ibu doakan semua rakan -rakan ibu dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna. 

Buat ibu yang sedang menyusu boleh refer thread ibu tahun lepas (tahun ni mood malas nak update)
juga

Tahun ni nampak gayanya ibu tak dapat meraikan pertama Ramadhan. Keadaan masih belum mengizinkan. Darah nifas ibu belum kering lagi. Nampak gayanya, abi kenalah berpuasa seorang diri dahulu untuk beberapa hari awal ni. Insya Allah ibu akan turut serta paling lambat pun mungkin pertengahan puasa sebab time tu kalau ikutkan dah habis tempoh pantang 44hari. Tapi ibu harapkan darah nifas ibu kering lebih awal. Tak larat sebenarnya bila fikir nak kena ganti puasa nanti. Apapun ibu akan bangun masakkan sahur dan juga juadah berbuka untuk abi.

Saturday, August 14, 2010

Wanita Menyusukan anak Berpuasa

Artikel ni ibu copy paste dari Dunia susu ibu (Kredit to Mar)


Sumber: Abul Harith (2008). Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding). fiqhmedic.wordpress.com. 15 September.

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:

Wassalam & terima kasih Team Ratuhati.com.

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas melalui hadith artikel di atas.

http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Ketiga adalah ibu yang mengandung pada usia lewat. Golongan ini kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit yang mungkin apabila usia telah meningkat. Masalah lain adalah ketidakseimbangan fungsi badan untuk mengawal glukos dalam darah. Ia akan membawa kepada haus dan lapar yang tiba-tiba (accelerated starvation).

Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahamidemand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa danbreastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskanpuasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawakekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract

Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi.Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.

Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini.

WaLLAHu A’lam. Wassalam.

Friday, August 13, 2010

Bila Cik P datang bertandang

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang hahahaha!

Hehehe! Nak nyanyi syahdu sikit hari ni.. Bukannya apa, tetiba hari ni ada tetamu yang sangat-sangat tak diundang datang. Datang time puasa lak tu.. Aduih!
Oh cik P kenapa ko datang sekarang?

Ibu sebenarnya sejak pas bersalin, cik P belum kunjung tiba.. Kira dah hampir 10 bulan la. Ibu doa sangat cik P tak datang sepanjang Ramadhan n. Bolehlah ibu dapat full puasa lagi tahun ni.. Rupanya lepas subuh tadi, tengok-tengok dah muncul.. Tapi heran gak, tak rasa PMS pun.. Alih2 jer datang.

Nampak gayanya puasa tahun ni bocor jugak. Kalau cik P ibu ikut normal cycle, berkemungkinan 1st day raya ni belum tentu ibu dapat bersolat hari raya. Sebenarnya sejak zaman anak dara, ibu terlalu jarang dapat solat hari raya sebab cik P ibu memang suka datang time awal2 puasa dan hujung puasa.

Pas kahwin jer, ibu dapat solat raya Aidilfitri, tapi tahun ni belum tentu lagi.

Bertemankan cik P time puasa ni memang mencabarlah especially time kerja.. kena prepare bekallah gi kerja.
Nasib baik hari ni ngan esok cuti..

Thursday, August 12, 2010

1 hari berlalu sudah

Alhamdulillah,
Berjaya juga mengharungi ramadhan hari pertama dengan jayanya.. Macam mana dengan ibu-ibu semua?

Actually, untuk tahun ni ibu sempat puasa sunat 2x jer time bulan Rejab dan Syaaban. So tak cukup latihan la sangat. Lagipun takde posa nak berganti.

Sejak kelmarin, ibu balik rumah mertua.. Memang tradisi hari pertama puasa balik rumah MIL buka puasa ramai-ramai. Tapi kali ini ibu balik untuk bersahur sekali pada hari pertama.

Alhamdulillah, dapat juga ibu buat terawih di masjid. Farish dan Firas tinggal kejap dengan nenek. Kalau kat rumah ibu susah sikitlah nak join terawih berjemaah.. Kena buat kat rumah sajalah.

Sahur semalam, ibu makan nasi dengan sambal tumis ikan sardin, sup kaki ayam (ibu suka sangat kaki ayam ni), telur goreng dan telur masin. Minum air kosong jer (sebab kat rumah MIL ada kopi ngan teh jer).
Dekat-dekat nak imsak, ibu minum segelas air kosong dan baca surah Al-Kauthar.

Alhamdulillah, even tandem nursing, rasa bertenaga walaupun sepanjang pagi tu, temankan abi gi mancing kat sungai rumah arwah nenek abi. Tengah panas lagi tu.

Berbuka semalam mewah sikit. Ikan bakar 2 ekor, asam pedas ikan puyu, kerang rebus, nasi ulam, murtabak dan bermacam-macam jenis air yang diborong oleh adik-adik ipar ibu kat pasar Ramadhan.

Ibu jenis berbuka dengan kurma, minum air, dan sedikit kuih dulu. Berhenti, sembahyang Maghrib dulu dan baru makan makanan berat lepas tu.

Semalam ibu bercuti kerana Kedah memang cuti pada 1st Ramadhan. Hari ini ibu masuk kerja, bermulalah sesi mengepam.. nanti ibu update.

Pagi ni sahur dengan aam pedas puyu, kerang rebus (balance berbuka), telur goreng dan ikan pekasam goreng. Air pula milo + oat. Dan tak lupa juga sebelum insak, minum segelas air dan baca surah Al-Kauthar.

Selamat mengharungi ibadah puasa buat semua ibu-ibu yang ibu sayangi.

Thursday, August 5, 2010

Ramadhan tiba.. Teruskan penyusuan anda


Alhamdulillah, dah nak masuk bulan Ramadhan esok lusa ni
Sebenarnya entry ni dah lama nak buat, tapi sangat bizi untuk berada di depan laptop update blog. Lepas tu modem pulak tak function.. bersawanglah untuk 2 minggu ni.

Alhamdulillah, tahun lepas berpuasa ketika kandungan berusia 7 bulan.. Penuh puasa..tak payah nak ganti. Tahun ni pulak,period belum kunjung tiba sejak bersalin 10 bulan lalu.Harap-harap cik peot ibu tu tak bertandang lagi pada puasa kali ini.

Kat sini ibu nak kongsi tip-tip berpuasa untuk ibu-ibu menyusu supaya penyusuan boleh diteruskan.
Ibu kena recall back 2 years ago, sebab time tu ibu berpuasa ketika Farish baru berusia 5 bulan.

Persediaan sebelum Ramadhan
1. Buat stok untuk digunakan ketika susu merudum di bulan puasa.
2. Berlatih berpuasa untuk melihat keupayaan kita mengharungi puasa. Boleh buat penambahbaikan (tapi sekarang dah tak boleh dah, dah melebihi 15 Syaaban)

Persediaan semasa Ramadhan
1. Jangan skip sahur
2. ambil lebih banyak cecair (air, kuah, sup,jus dll dalam bentuk cecair)
3. Ambil makanan kaya serat dan karbohidrat sebagai sumber tenaga ketika siang hari berpuasa.
4. Amalkan makan kurma
5. Ambil lebih buah-buahan dan sayuran
6. Tenang, jangan stress
7. Teruskan sesi perahan seperti biasa, tingkatkan masa perahan di waktu malam
9. Kerapkan menyusu di waktu malam
10. Ambil supplement jika perlu
10. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.. Semoga ibadah kita semua akan diberkati Allah.


Related Posts with Thumbnails