ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, August 15, 2011

Hari pertama berpuasa tahun ini

Alhamdulillah, semalam di kala ummat Islam sudah mencapai 14hari berpuasa, ibu baru bermula untuk berpuasa.Selepas confirm darah nifas ibu betul-betul kering, ibu decide untuk terus berpuasa. Abi kata, tak payah lagilah tunggulah smapai habis pantang weekend ni. Tapi sayanglah pulak, lagipun ibu risau bab nak mengganti puasa nanti.

Berpuasa semasa masih berpantang dan menyusu memang bila difikirkan agak mencabar. Tapi ibu nak jadikan ianya satu experience supaya boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Walaupun ada rukhsah untuk ibu menyusukan.

Semalam berpuasa, Alhamdulillah dapat disempurnakan. Lumrah ibu menyusu kerap rasa dahaga, nak-nak pula, semasa dlaam pantang ibu memang banyak minum air. Memang terasalah dahaga tu. Tapi mungkin sebab ibu hanya berada di rumah, so, ibu boleh banyak rehat, tidur dan layan internet, so kuranglah sikit terasa. Pas solat, baca Quran (memang tahu tak sempat nak habiskan, tapi ibu cuba sekurangnya separuh Alquran)

Cuma yang sedikit letih bila Fawwaz tiba-tiba meragam semalam. Tak tahu apa puncanya. Asyik nak berkepit jer. Boleh lak tu dia tak tidur dari kul 8pg sampai kul 1pm. So semalam pun ibu mandi dah dekat nak masuk Zohor. Malam pun dia meragam lagi. Dkat pukul 12am gak baru dia dapat tidur dengan betul. Ibu syak mungkin ibu ada makan benda yang kurang serasi dengannya kot. Tapi check perut takdelah kembung pun, tapi memang dia kerap menyusu, pastu kerap pulak termuak, banyak lak tu., ibu asyik kena salin baju ngan kain jer semalam. Ibu harap hari ni Fawwaz jangan dera ibu lagi yer.

Ibu decide untuk tidak mengepam time puasa ni. Lagipun pasraya ibu masih ada cuti sebulan lagi. Masih sempat nak buat stok. Sebelum ni pun memang ibu tak fokus nak buat stok time pantang. Kebanyakan stok ibu adalah selepas bekerja.

Apa yang ibu amalkan untuk kekal berpuasa. Macam biasa, makan nasi itu wajib. Makan kuih muih yang boleh dimakan. Makan kurma, minum air suam banyak. Sahur, makan nasi, minum susu+milo, makan kurma, minum air suam.

Harapnya ibu hanya tinggal puasa 13hari tu jer. Ya Allah, berikan aku tenaga untuk meneruskan ibadat kepadaMu.

6 comments:

  1. selamat berpuasa kak...pz tahun ni nak kena ganti macam orang berpantang gak la dah 12 hr ni...implanon punye pasal..huhu

    ReplyDelete
  2. selamat mula berpuasa kak hana :) - zah dah 15 hari termasuk hari ni berpuasa penuh,alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Mizah, pizet, Zah, thank you. Harapnya pas ni dalam complete balance 15 hari puasa. pagi tadi rasa macam nak selesema, Alhamdulillah, masuk tengahhari dah tak rasa.

    ReplyDelete
  4. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails