ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, August 26, 2011

Selamat HAri Raya, Maaf Zahir Batin


Insya Allah, kalau ada rezeki ,dipanjangkan umur kita semua akan beraya pada Selasa nanti. Tinggal 3 hari saja lagi masa kita untuk beribadat di bulan Ramadhan ini. Terasa begitu pantas kan masa berlalu, rasa tak puas menyambut Ramadhan tahun ini.

Dikesempatan ini ibu ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua rakan-rakan ibu. Maafkan andai ada keterlanjuran kata, terguris hati dan perasaan sepanjang ibu berblogging ini.

Raya ni macam biasa Insya Allah raya pertama ibu akan beraya di Kangar. Rutin biasa, selepas sembahyang raya kami akan beraya ke rumah ibu saudara sebelah abi di Simpang Empat Kangar, kemudian sebelah petang beraya pula di rumah sedara mara sebelah bapa mertua di Chuping dan Arau.

Raya kedua Insya Allah ibu akan beraya di kampung ibu pula di Guar Chempedak. Tapi mak dan ayah ibu sudah tiada, jadi ibu hanya melawat rumah sedara-mara yang tinggal dan jiran-jiran.

Raya ketiga... duduk rumah jer la kot sebab abi oncall raya ketiga.

Raya keempat, kalau ada rezeki ibu akan beraya ke Bukit Mertajam dan lajak ke Taiping. Kawan-kawan Ratuhati nak buat gathering kat rumah Atun. Hopefully ibu ada rezeki ke sana ,teringin nak bersua muka dengan Ayu Khairi, Atun, Sue Aleen, Christina Arissa, Rozy dan yang lain-lain.

Raya ke5, duduk rumah balik, abi oncall lagi.
Raya ke6, abi dah kerja balik.. so setakat itu jerlah raya ibu.

Ibu mengalu-alukan kawan-kawan ibu yang nak datang beraya di rumah. Ibu takdelah buat kuih banyak pun, Insya Allah dalam 2,3 jenis jer. Sesiapa nak datang calling-calling dulu yer.

4 comments:

  1. akak, selamat hari raya & maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Akma. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya hana...wahhh..bestnya..nnt roger ayu ye.

    ReplyDelete
  4. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails