ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, August 17, 2011

My Cloth diapers journey

Ibu jarang bercerita tentang penggunaan cloth diapers kat sini. Bukan apa, ibu pun baru belajar guna CD ni. Baru-tak baru pun dah 2tahun lebih. Ketika Farish umur setahun lebih.
Lagipun ibu seganlah, sebab CD ibu yang biasa-biasa saja, semua average RM20-RM50 jer. 
So far ibu dah ada hampir 47keping CD. Ibu berCD untuk 2 orang, so memang kena ada stok lebih sikit la.
CD ibu semua pocket CD kecuali 2 econobum prefold dan 1 AIO. Teringin nak pakai AI2 dan flip dan juga yang jenis mahal-mahal sikit, tapi nantilah, tunggu dah takde apa ibu nak beli, ibu akan beli nanti.

Ini adalah separuh dari koleksi CD ibu. So far ibu ada jenama Coolababy, Babyland, Lunatots, Apple junior, Bamboolite, Happy flutes, Nice cloth diapers, econobum, Autumz, DyanaMP. apa lagi yer.. dah lupa pulak.

Time Firas dulu banyak yang plain ibu beli, time tu pun yang corak tak banyak pilihan. Time Fawwaz ni banyak pulak ibu beli yang bercorak, ibu suka jenis minky, nampak cute.lagipun inner dia kebanyakan suede, senang nak cuci. Ini pendapat ibulah.

Sebahagian koleksi CD ibu, yang lain ada kat ampaian dan dalam baldi
Ibu start berCD kat Fawwaz time 2 minggu. Bukan apa, baby kan kerap poo, pastu kalau pakai CD, letih tu nak membasuh. Lagipun selama ni ibu yang settlekan CD ni. Time pantang ibu guna flat napkin jer. 
Ni flat napkin yang ibu. Sekarang ni takyah nak pin, guna snappy jer. Hadiah kakak ibu dari bersalinkan Farish
Kenapa ibu guna napkin?
Orang kata renyah, tapi ibu suka sebab kurang risiko nak dapat rashes berbanding pakai dispo. 
Baby kerap poo, baru salin, dah poo balik, poo pun cair, nak taknak kena salin the whole CD or dispo.
Senang ibu nak kira berapa kerap lampin basah. So, boleh tahu baby cukup susu ke tak.
Nak basuh pun sempoi jer, since takdelah renyah sangat, ibu just soak dalam baldi dengan guna sabun yang sikit. masuk WM pun boleh, tak masuk WM pun takpa. Lagipun dia amat cepat kering walaupun tak masuk WM.

Pas 2 minggu, ibu dah sihat, dah boleh kerja lasak sikit, baby pun takdelah poo sekerap dulu dan poo pun takdelah cair sangat, so mudah nak uruskan CD.

Ni Fawwaz dengan salah satu CDnya. Jenama Apple Lady.
Untuk Fawwaz ibu tak beli langsung dispo. Time Firas dulu beli gak, guna awal-awal umur. Lagipun stok tak banyak, takut takdan nak rotate.

Untuk Fawwaz, ibu banyak dapat sample dari company dispo. Kat hospital pun time dischage, diorang akan bagi free gift berupa set mandian dan juga dispo diapers. Banyak tak banyak adalah juga free dispo for newborn dan saiz Z dalam 30 keping. Dah jadi 1 bundle dispo kan. Ibu guna time kat wad dan juga time travel. Ibu kan kerap balik kampung ketika arwah ayah sakit dan meninggal.

Okay, nanti ibu lapang ibu cerita pulak macam mana cara ibu guna dan jaga CD. Mohon juga otai-otai CD beri maklumbalas nanti yer. Kot tersalah info.


2 comments:

  1. Anak saya nak masuk 8 bulan...teringin pulak nk guna cd since saya suri rumah...byk masa kt rumah...pernah tau pasal cd...tp sebab fikir kene basuh...jadi malas la pulak...tp bila baca post u...rs tertarik pulak....

    ReplyDelete
  2. Kalau ade masa..jom jenguk blog saya...

    sihatnatural.blogspot.com

    Ade 1 lagi blog...tgh dlm pembikinan

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails