ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, August 19, 2011

Khas untuk mereka yang bergelar suami dan bapa

Entry ni ibu buat kepada mereka yang bergelar bapa (ada ke bapa yang baca blog ibu yang tak glamer ni)

Banyak rungutan ibu dengar, ibu baca tentang suami yang tidak menyokong penyusuan susu ibu. Mereka sebenarnya bukan tidak menyokong isteri menyusu tetapi lebih kepada tidak menyokong isteri asyik dengan anak sehingga mengabaikan aktiviti lain. Itu kata mereka lah. Ibu ada terbaca tentang seorang suami meminta isterinya berhenti menyusu dengan alasan anak asyik nak melekap sehingga ibu mengabaikan rumah tangga. Sedangkan isterinya selesaikan segala kerja rumah, kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju dsb. Dan isterinya juga bekerja,bukan surirumah sepenuh masa. Tapi yang tak bestnya, suaminya hanya goyang kaki, menyuruh isteri buat itu ini. Hai! tak fahamlah lelaki begini, tidak menghayati sunnah Rasulullah, tidak menghayati ajaran Islam dalam rumahtangga. Tahukah anda, tugas seorang isteri hanyalah melayan suami dan mengasuh anak. Suami perlu mengadakan pembantu untuk urusan rumahtangga jika mampu. Kalau tak mampu atau taknak (macam ibu, ibu tak suka pembantu sebab ganggu privasi), si suami perlulah ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah. tak perlu buat semua, sekadar tolong bersihkan rumah pun cukup. Dan paling penting, tolong isteri jagakan anak, maka isteri boleh fokus pada kerja-kerja rumah. Susah sangatkah nak tolong isteri jagakan anak.

Kat sini ibu share satu youtube untuk tontonan anda terutama kaum bapa.
kredit to Kak Kamariah kerana berkongsi youtube ini di FB
http://www.youtube.com/user/aimiasi

So touching kan?
Andainya semua suami dan bapa di luar sana berperanan sepertimana ditunjukkan dalam vc di atas, Insya Allah, anda tidak akan merungut tentang isteri anda. 

Lagi satu ibu nak tekankan, bonding anak bukan hanya dengan ibu, tapi juga untuk bapa. Kenapa ramai anak-anak rapat dengan ibu? Ini kerana ibu banyak luangkan masa dan ibu banyak skin contact dengan anak-anak. Ketahuilah belaian, skin contact amat penting dalam mengukuhkan bonding antara anak dan ibu bapa. Tapi berapa ramai bapa yang banyak buat skin contact dengan anak mereka terutama ketika bayi? 

Ibu nak share apa yang abi buat dengan anak-anak ibu. Sebab ibu nampak anak ibu sangat-sangat manja dengan abi. Terutama Firas, kalau ada abi, dia memang melekat bagai belangkas dengan abi, ibu pun dia tak peduli. Sejak baby, abi memang uruskan anak-anak, dari Farish, sampai ke Firas dan kini Fawwaz. Abi yang membantu kelahiran semua anak-anak ibu. Abi adalah orang pertama memegang anak-anak kami, kemudian baru ibu (sebenarnya ibu orang yang keberapa yang pegang anak, selepas abi, nurse, doktor ), abi yang azankan anak-anak . Bila discaj balik rumah, abi yang mandikan mereka, malah siapkan baby sehingga baby berpakaian.

Abi punya tabiat suka peluk baby sejak dalam pantang. Abi pulak jenis tak suka pakai baju kat rumah, so dia suka peluk, letak anak atas dada. dan kalau ibu ada hal macam nak gi mandi, makan atau ibu nak buat kerja (masak, basuh etc) abi akan jaga anak-anak. Dan kami berganti-ganti, kalau abang-abang perlukan ibu, abi akan jaga baby. Malah abi juga selalu tidurkan anak-anak. Boleh dikira berapa kali jer ibu tidurkan anak-anak ibu. Selebihnya abi yang tidurkan  Tidur pula berpeluk, kadang tu peluk 2,2 orang serentak (ibu pun tak boleh nak menyelit)

Dan hasilnya, memang ibu nampak anak-anak sangat rapat ngan abi. Langsung takde masalah kalau ibu tinggalkan pergi kursus. Dan terus terang ibu katakan, ibu lebih percayakan abi jaga anak-anak daripada hantar anak-anak ibu balik kampung dijaga oleh nenek mereka. Selalu pun kalau gi shopping, ibu yang relax sebab anak-anak akan ikut abi (tapi yang tak bestnya, ibu yang kena angkat barang). Bukan itu saja, abi juga menangguhkan pengajiannya semata-mata teringatkan anak. Tak boleh concentrate study katanya. Dan paling ibu nampak kalau anak demam atau sakit, abi yang lebih risau berbanding ibu, abi yang akan merawat mereka. Yerlah, abi kan lebih expert bab-bab rawatan ni berbanding ibu. Ibu pun kalau anak sakit, mesti consult ngan abi dulu nak bagi ubat apa.

Dan ibu percaya setiap ayah yang mencipta bonding dengan anak-anak mereka, kasih sayang anak terhadap ayah adalah sama kuat seperti sayang mereka kepada ibu. Anak-anak turut rapat dan mesra dengan ayah mereka. Sebab banyak kes sekarang ni berlaku, kerapkali ayah dipulaukan anak-anak bila ibu tiada, hantar ke rumah kebajikan dsb. Bila dikaji sejarah lampau, memang anak-anak menyimpan dendam, ayah tidak pernah mesra dengan anak-anak dsb. Walaubagaimanapun, ayah perlu dihormati, perlu dijaga sehingga akhir hayat mereka, tapi kita tak boleh nak duga hati mereka yang membuang bapa ini. Mungkin sejarah lampau yang pedih dengan insan bergelar bapa menyebabkan mereka bertindak diluar kewarasan.

4 comments:

  1. alhamdulillah dapat suami yang prihatin kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Hana dapat hubby yang ringan tulang, samalah dengan wan. Sebab tu diaorang nie pantang hubby g surau mesti nak ikut.

    Bagi pendapat wan, daripada kecik anak lelaki atau perempuan perlu diajar tentang tanggungjawab dan didikan agama kepada mereka semua.Lepas tu bagitahu juga pasal kisah2 nabi dan Nabi Muhammad sa.w. Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua keluarga.

    ReplyDelete
  3. kak hanaa,zah nak praktikkan utk anak no 3 nanti...sbb mmg penat sikit bila anak banyak dengan mak je..huhuhu aqilah la contoh terbaik...manja kemain,pantang letak mesti nangis...dgn semua org tak nak..terutama masa tidur,kalo masa main dia nak la ayah dia..

    ReplyDelete
  4. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails