ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, August 23, 2011

Breastfed baby will breastfeed

Selalukan kita dengar pepatah di atas. Bayi yang menyusu akan menyusu nanti. Maksudnya bila ada anak nanti, dia akan menyusu anaknya juga nanti.

Ibu anak FM, ibu mengaku itu sebab ibu tidak dijaga oleh ibu kandung. So, bila terbayang or bermain pondok-pondok, ibu hanya terbayang, ibu jaga anak kena bagi minum susu botol. Sebab ibu memang nampak yang itu.. Dan ibu juga tukang bagi susu kat budak-budak yang mak mengasuh. Mak dulu ambil upah mengasuh.

Bila baby menangis, cepat jer ibu suruh mak bancuh susu. Ataupun ibu akan cari botol, dan sumbat mulut baby tu.

Tapi anak ibu, dia tak lakukan macam tu untuk adik dia. Sekarang ni Firas suka jadi babysitter Fawwaz (jaganya kejap jer, pastu kena lepuklah si Fawwaz tu).
Suka sangat tolong ibu hulurkan bedak, losyen, minyak, baju, time ibu siapkan Fawwaz pas mandi. Pastu kalau Fawwaz nak menyusu, laju jer dia tolong carikan nursing pillow kat ibu. Kalau Fawwaz nangis nak susu..
Firas akan...............................


Susukan Fawwaz dulu. Dah kerap kali ibu nampak Firas buat macam ni. Kadang tu lying position. Mungkin sebab dia nampak ibu akan susukan Fawwaz bila Fawwaz menangis. Dan itu juga yang ibu lakukan pada Firas dulu sampai sekarang. 

Tapi Firas ni cemburu kuat juga. Kalau Fawwaz tengah menyusu, dan dia juga nak menyusu, memang terpaksa tandem la time tu. Kadang tu, firas nak attention lebih time menyusu, dia akan tolak kepala Fawwaz, minta ibu susukan dia dulu.Tapi bila dia dah puas menyusu, laju jer dia tolak balik kepala Fawwaz kat B ibu. Macam kena paksa jer Fawwaz tu untuk menyusu.

Dari perlakuan Firas tu, ibu tahu Firas adalah penyokong susu ibu tegar. Tapi bukan Firas yer yang bagi susu, orang lelaki takde susu yer sayang. Suruh isteri Firas nanti. Kalau isteri Firas takmau menyusu, ibu akan tunjuk gambar ni, betapa Firas sangat menyokong penyusuan susu ibu.

Kesian Fawwaz kena paksa menyusu. Dah la abang Ngah ni bau ada masyam sikit.



 Adoi! Ini kerja abi la ni. Teringin nak anak perempuan. Ibu dok tidorkan Fawwaz dalam bilik, depa buat projek kat luar. Siap berlipstik lagi tu. 
Ibu harap Firas tak ubah pendirian kay. Firas Handzalah seorang pahlawan tau, setakat nak tolong ibu buat kerja dapur tu ibu tak kisah.

Buat abi, ibu tau abi nak sangat anak perempuan. Nanti kita cari petua untuk next project yer. Dapat anak pompuan, suka hatilah nak mekap anak tu macam mana. Ibu tak larang.


9 comments:

  1. adoii.. kelakar lah firas ni. tergelak sorg2 dpn PC ni... pandai pulak dia tolak balik fawwaz soh sambung menyusu... abang mithali ni. semoga anak2 kak Hana membesar jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  2. hikhikhik..comel je dia buat adik mcm tu....:)

    ReplyDelete
  3. ku ingat anak sendiri ja wat camtu anak akak pun sama...hehe syauqi kalau adik nangis mesti lari2 p baring sebelah adik sambil selak baju nak bg susu...betul2 tiru macam mana mama dia buat...hehe

    ReplyDelete
  4. Najwa, MiuMiu, Izwa: Firas ni memang kelakar sikit. Tu tak tengok dia marah abang dia lagi, sebijik macam hasben marah, siap piat telinga lagi.

    Pizet.. diorang kan belajar melalui pemerhatian. Yang tak tahan tu, habis satu rumah dia nak BFkan.

    ReplyDelete
  5. hahaha, kesian si firas tu kena paksa pakai tudung ek...hihihi..pandai dia bfkan adiknya...hihi

    ReplyDelete
  6. Mizah, Firas memang pantang nampak tudung. Mesti nak pakai. Abi dia pun sukalah melayan Firas pakai tudung.

    ReplyDelete
  7. Baguslah Firas camtu.Comel je pakai tudung kan. Takpe Hana, next project boleh dapat baby girl pulak

    ReplyDelete
  8. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails