ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Friday, June 13, 2014

kelengkapan berpantang

Setiap kali pantang, ibu guna produk yang berbeza. Kenapa? Saja suka- suka test.

Time anak sulung, time tu internet takdak lagi, ada orang rekomen guna set amway tropical herb. Harga time tu RM300+, dapat dengan bengkung..
tak ingat dah berapa banyak poduk, tapi ada segala param,pilis, mandian, teh herba, minyak urut, minyak baby.
Ada panduan penggunaan day by day.
Ibu suka bengkung dia sebab lebar dan cover dari bawah breast sampai peha.


Anak kedua ibu try set Nona Roguy pulak.
Set dia banyak minyak dan pil-pil herba. Ibu pil tu ibu tak makan sangat, minyak herbanika dia ibu alergik, habis naik ruam. tapi ada few produk dia best guna.
Tu pun ibu tak habis guna jugak sampai habih bersalin.
Time beli harga Rm300+ jugak, dapat bengkung, tapi bengkung dia kecik sikit, tak sebest bengkung amway.

Anak ketiga, ibu malas nak beli set berpantang.
Untuk makan, ibu ambil shaklee confinement set (loose) untuk 44 days dan beli loose items dari FB seller (ibu pun lupa dah beli kat seller mana), tapi produk kampung untuk param,pilis, boreh dan beberapa lagi produk luaran.
Harga dalam Rm100+ gitu.


Untuk kali ni, ibu try tanamera confinement set pulak. Ibu suka jer beli yang kena tepek-tepek ni, nak rasa feel berpantang gitu. untuk makan, ibu ambil set confinement shaklee (beli loose dari member)
Tanamera, beli online harga RM300++ jugak.
Dia ada minyak kelapa dara (boleh guna sebelum bersalin), dan beberapa produk luaran.


Antara 4 produk ni, ibu taktau nak buat review macam mana. Sebab lebih kurang jer. Kesan pun taktau nak cakap. Cuma ibu suka feel berpantang itu. 

Terus terang, ibu beli just suka-suka nak try. tapi ibu percaya produk ni semua bagus untuk luaran.
Untuk dalaman, ibu lebih percaya natural food. Ibu ambik supplement lebih kepada proses penyembuhan sahaja. Untuk upkan susu, kecutkan rahim segala, ibu go for natural.

Nanti ada rezeki anak kelima, nak try produk lain pulak.

*memangtakleh jadi duta produk

Tuesday, August 2, 2011

Nifas dan tempohnya

Apa yang dimaksudkan darah nifas?
Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.
Berapa lamakah tempoh nifas?Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.
Wallahu a’lam.
Sumber :  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html

Ibu masih belum dapat berpuasa lagi. Hari ni masuk hari ke26. Kalau ikut kelahiran yang lepas, Farish, ibu kering dah dekat 45hari (ibu lupa, tapi ibu mandi wajib time hari ke44), time Firas pulak selepas sebulan, tapi tak sampai 40hari. Kali ni ibu tak pasti. Tapi ibu berharaplah kering cepat, sebab ibu nak puasa.

Ibu nak rasa experience puasa time pantang pulak. Boleh ditambah jadi koleksi pengalaman dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Tapi itulah, mampu ke tak ibu berpuasa semasa tempoh berpantang ni? Sekarangn i pun ,selepas menyusu, wajib ibu minum air segelas. Sangat dahaga walaupun tengah malam tidur bilik aircond.

Tapi ibu yakin, puasa itu ada berkatnya. Ibu cuma mampu menghitung hari sekarang ni. Semoga niat ibu dipermudahkan.

Sunday, July 24, 2011

Berpantang Secara Alami

Apa itu berpantang secara alami?
Berpantang secara alami adalah amalan yang dilakukan semasa berpantang dengan menggunakan kaedah semulajadi. Kaedah semulajadi tu macam apa yang dipraktikkan oleh ibu-ibu kita terdahulu dari amalan bertungku, mengurut, berbengkung, bertangas, berpilis, berparam dan lain-lain.

Kenapa tiba-tiba ibu bercakap tentang berpantang secara alami ni..
Sebenarnya ibu nak share satu majalah.. actually bukan majalah tapi kompilasi artikel-artikel tentang berpantang. Ibu rasa buku ni sangat best dan harus dimiliki oleh mereka yang sedang menunggu cahayamata terutama cahayamata pertama.. cahayamata kedua, ketiga,keempat pun berguna gak.

Ni buku yang ibu maksudkan

Buku ni keluaran Karangkraf. Ianya merupakan kompilasi artikel dalam majalah Pa&Ma. 
Ada topik tentang
1. rahsia dan petua Penjagaan ibu lepas bersalin- diternagkan tentang kebaikan dan cara-cara mengurut, bertungku, mandi, bengkung dll.
2. Masalah ketika berpantang- punca dan cara mengatasi
3. Panduan lengkap penyusuan susu ibu - sangat bagus bagi mereka yang ingin tahu pasal penyusuan susu ibu, cara penyimpanan dsb
(Artikel penyusuan susu ibu dalam majalah Pa&Ma adalah dari pakar laktasi Pn, Rita Rahayu, selain daripada itu Pakar laktasi, Puan KAmariah serta Kaunselor laktasi, puan Suraya turut memberi idea dalam ruangan penyusuan susu ibu dalam Pa&ma)

4. Yang ni paling ibu suka : 32 resepi berpantang enak dan berkhasiat.. macam-macam resepi ada. So, senang abi dan ibu rujuk kalau blank taktau nak masak apa. Sehari masak 1 resepi pun dah sebulan menu kan.


So, ibu galakkan kepada bakal-bakal ibu, milikilah buku ini, sngat berguna dan membantu. ibu yang anak masuk 3 ni pun seronok memilikinya. Ibu memang suka kumpul koleksi pa&ma ni. dari majalah sampailah kompilasi macam ni.


Thursday, July 21, 2011

Berpantang kali ini

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke14 ibu berpantang. Berpantang kali ini macam berpantang sebelum-sebelum ni juga... tapi kali ni ibu memang berpantang sendirian disamping abi dan anak-anak ibu.
MIL ibu tak berapa sihat, FIL pun sama.. so malaslah nak susahkan mereka.. Lagipun pengalaman berpantang sendiri sebelum ni dah menyediakan ibu untuk cekal berpantang kali ini.

Ibu berpantang macam ibu-ibu lain juga.. cuma takdelah dapat berehat macam ibu-ibu lain. Hari kedua ibu dah start basuh lampin, masak sendiri.. time tu abi sibuk uruskan hal pendaftaran Fawwaz, pergi bank uruskan itu ini, so ibu kenalah buat sendiri.

Alhamdulillah, mungkin sebab luka ibu tak banyak, ibu pun takde masalah ketika bersalin, ibu memang rasa bertenaga jer nak buat kerja.

Berpantang kali ni juga ibu dah berjalan merata, hari ke4, ayah ibu masuk hospital, dah tahap kritikal maslaah jantung. So, ibu dah berjalan ke Hospital Sungai Petani.. Naik wheel chair la kat sana. hari ke5, ayah ibu telah kembali ke rahmatullah. Segala urusan dilakukan di rumah isteri arwah ayah. Ibu hanya menghadiri sajalah. Lenguh juga asyik duduk jer. Alhamdulillah, Fawwaz pun okay, walaupun panas, dia boleh tidur selamber jer.

Kali ni ibu tak ambil sebarang produk selepas bersalin. Ibu cuma makan vitamin yang hospital bagi. Itupun dah tak larat nak makan. Pastu bertungku, mandi air rebusan daun-daun kayu (FIL tolong carikan), berurut, berbengkung.. Selain itu makanan ibu nak kata berpantang tu tak juga. Ibu makan apa yang boleh dimakan. Ibu refer website dan buku-buku amalan berpantang, dari situ ibu ambil apa yang boleh ibu lakukan.

Sekarang ni cuaca panas, memang dahaga. Ibu minum sehari rasanya hampir 3L air kosong kot, sebab tiap-tiap hari ibu kena isi bekas air 5L tu. Buah pulak ibu amalkan buah orange (sesuai untuk penyembuhan luka), dan juga kurma & kismis (memberi tenaga)

Ibu makan nasi cam biasa, makan makanan berkuah.. makan makanan fresh. Abi tiap2 hari pergi cari haruan. Siap pasang taut lagi. Alhamdulillah rezeki, dapat makan tiap-tiap hari ikan haruan fresh. bukan beli tau, ditangkap sendiri oleh abi.. thanx abi, sebab tu kot ibu rasa bertenaga, luka pun cepat sembuh.
Selain tu abi gak rajin bakarkan ikan atau daging untuk ibu. Sayur ibu makan, sawi, carrot, kobis cina.. selalu ibu buat sup sayur jer. senang.

Alhamdulillah, mungkin disebabkan makanan tu ibu senang membuang, hari ketiga dah membuang dengan mudah.

Ibu memang tak pernah ambil jamu. Kali ni pun ibu memang ambil vitamin-vitamin sahaja. Alhamdulillah, jaundis Fawwaz tahap mild sahaja. 2x jer check jaundice, dah ok.

Berat ibu pun Alhamdulillah dalam 10 hari turun 10kg.. hari ni turun lagi 2kg.. Padahal makan tak ingat.. Apa rahsianya.. breastfeeding.. Bidan pun cakap badan ibu kali ni cepat turun, dia pun mention pasal BF bagus untuk cepatkan pengecutan rahim dan juga kuruskan badan.

Okay, nanti ibu sambung lagi pengalaman ibu berpantang kali ke3 ini.

Tuesday, December 1, 2009

Alhamdulillah, Tamat sudah pantang ibu

Alhamdulillah,

Hari ni adalah hari ke45 maknanya aku dah tamat sesi berpantang.

Maka bila masuk hari ke45, lagi sekali bidan urut akan datang untuk 'menetapkan batu merian'

Apa yang dilakukan dalam sesi urutan lepas pantang ni?

Mula2 bidan akan urut bahagian perut untuk menetapkan batu merian.  Aku kena baring dan tegakkan lutut sambil kedua2 tumit bertemu punggung (macam time meneran nak bersalin tu). Bidan pegang bahagian batu merian (yang aku sendiri pun tak tahu kat mana), tarik nafas dan tahan, time tu bidan tekankan perut ke dalam sambil berselawat dan lepaskan nafas. ulang sampai 3x.

Lepas tu, bidan urutkan bahagian belakang badan dan juga bahagian kepala dan muka.

Sebelum tu bidan dah sediakan air mandi. Air yang dicampur dgn limau purut dibelah 3 dan sintok. Air itu kemudiannya dicampurkan ke dalam air sebanyak 43 gayung. Maka jumlahnya 44 hari, sama genap dengan tempoh hari berpantang. Mandi dengan didahulukan dengan bahagian kanan dahulu sehingga habis air 44 gayung tu. Kalau belum mandi nifas lagi, boleh mandi dengan air tersebut jugak.

Selain itu, bidan juga telah sediakan ibu kunyit untuk dimakan dengan nasi. Ibu kunyit itu dibahagi 3 (untuk dimakan selama 3 hari). Setiap bahagian itu pula dibelah 3 dan dicampur dengan 3 buku garam (garam kasar).

Masak nasi, apabila iar nasi mula mengering, tumbuk 1 bahagian ibu kunyit itu dan letakkan ditengah2 nasi yang ditanak. Bila nasi masak, ceduk bahagian tengah berserta dengan ibu kunyit. 

Kepalkan nasi yang dicampur dengan ibu kunyit, selawat dan niat agar diperketatkan alat kelamin kita seumpama ketatnya aku mengepal nasi ini, dan makan.

So sekarang dah habis pantang, dah mula melakukan tugasan seperti dulu. Tapi aku masih juga berpantang beberapa jenis makanan yang orang2 tua pesan seperti laksa, air kelapa, mangga muda. Dan juga makanan yang boleh efek air susu atau yang boleh beri kesan kepada anakku..

Sunday, November 15, 2009

AMALAN BERPANTANG ORANG CINA

Meh kita share tentang pantang Masyarakat lain plak.


Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga

.sumber : http://malaysiana.pnm.my


AMALAN BEPANTANG MASYARAKAT INDIA

Ni aku copy paste amalan pantang Orang India plak



MASYARAKAT India percaya, amalan makan daun sirih, buah pinang dan kapur dalam tempoh berpantang dapat menambah zat kalsium.

Meskipun perubatan moden semakin berkembang, amalan tradisi dan upacara keagamaan masih diamalkan.

"Setiap wanita yang melahirkan anak bagaikan mati hidup semula. Ini kerana proses melahirkan anak diibaratkan seakan kelahiran kedua bagi setiap wanita.

"Semasa proses bersalin, si ibu menggunakan segala kudrat dan kekuatan tubuhnya," kata T. Anggaiyee, 57, bidan tradisional India diKapar, Klang, Selangor. Bekas pekerja ladang ini sudah menjadi bidan sejak dua dekad lalu.

Seperti masyarakat Melayu, amalan perbidanan masyarakat India dilengkapi dengan pelbagai rawatan tradisional, adat, pantang larang,petua, ramuan ubat-ubatan dan diet. 

"Wanita yang melahirkan anak perlu menjaga kebersihan diri secara terperinci. Penjagaan ini amat dititikberatkan terutamanya pada bahagian sulit wanita.

"Ini kerana organ tersebut mudah dijangkiti bakteria dan virus berbahaya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pekerja ladang di Bukit Guluh, Kuala Selangor kepada KOSMO! ketika ditemui di kediamannya.

Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si ibu.

"Wanita yang melahirkan anak digalakkan makan sayur-sayuran seperti araikkeerai (daun kurma). Sayur-sayuran ini dapat mencegah ibu menghidap daripada demam selain menawarkan tenaga yang berterusan. Iajuga baik untuk kesihatan bayi," jelas Anggaiyee yang juga seorang pengamal amalan perbidanan tradisional ini.

Menurutnya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari yang pertama sanak-saudara atau jirantetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah bayi yang baru dilahirkan.

"Walaupun pantang larang ini kelihatan pelik dan aneh tetapi ia sememangnya mempunyai tujuan yang baik kerana selepas kelahiran bayi baru keadaan rumah selalunya tidak teratur kerana tiada orang yang dapat menguruskan.

"Pada masa sama, tiada orang yang boleh melayan para tetamu yang melawat ke rumah tersebut kerana masing-masing sibuk menguruskan si ibu dan anak.

MANDI minyak dapat menguatkan otot dan organ tertentu.

"Selepas 30 hari, majlis menamakan bayi akan dbuat. Ketika upacara inilah saudara-mara dan sahabat handai akan dijemput untuk melihat bayi serta memberi restu kepada keluarga tersebut," katanya yang kini menjaga seorang bayi lelaki, M. Vilvan, lima bulan, yang tinggal berhampiran kediamannya.

Ibu kepada sembilan orang anak ini berkata, sewaktu tempoh pantang si ibu akan disajikan dengan pelbagai makanan berkhasiat. Barisan herba ini menjadi ejen penghapus kuman secara tidak langsung membantu untuk tumbesaran bayi serta kesihatan si ibu.

"Sejenis sup herba marunthu selavu akan dimasak bersama ayam kampung untuk si ibu mengubati luka akibat bersalin dan mengembalikan tenaga.

"Selain itu, selama dua bulan tempoh berpantang mereka juga dinasihatkan makan daun sirih, buah pinang dan kapur untuk menambah kalsium. Hidangan kepala kambing dan ikan yu bersama bawang putih pula berguna untuk membantu menghasilkan susu badan," jelas Anggaiyee yang mempelajari ilmu perbidanan daripada ibunya.

POTTU disapu di kening bayi yang bertujuan untuk melindunginya daripada anasir jahat.

Menurut beliau, selain ibu, bayi juga memerlukan penjagaan rapi.

"Proses memandikan bayi boleh dikatakan satu upacara yang istimewa dalam masyarakat India. Lantaran bayi yang baru lahir akan menjalani 'mandi minyak' yang disertakan beberapa bahan herba, antaranya sikai, kunyit kasturi, serbuk kacang hijau, minyak bijan dan semambu.

"Ketika memandikan bayi saya akan mengurut seluruh badannya dari rambut sehingga hujung kaki. Bayi juga akan diterbalikkan dan dihayunkan.

"Kesemua urutan ini secara tidak langsung membantu mengeluarkan toksin yang terkandung dalam badan, serta menguatkan otot-otot dan organ tubuh."

Sejurus dimandikan dengan pelbagai ramuan tradisional, bayi akan dikeringkan dengan asap yang mengandungi bahan seperti kulit bawang putih, daun notchi, kunyit dan minyak semambu. Rawatan ini membantu menangani masalah selesema dan batuk di kalangan bayi.

sumber : http://malaysiana.pnm.my

AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL MELAYU

Sementara aku masih lagi dalam musim berpantang. Eloklah juga kalau aku share amalan2 berpantang (yang ada ikut dan ada gak aku tak ikut)

1) Bertungku  

Amalan bertungku adalah amalan penting dalam amalan pantang Melayu. Tungku biasanya diperbuat daripada batu atau besi. Ada juga yang menggunakan batu sungai, anak lesung, bata sebagai tungku. Tungku bukan bergantung kepada jenis bahan tetapi tahap kepanasannya. 
Biasanya selepas dipanaskan, tungku akan dibalut dengan kain (semestinya yang tahan panas), aku cuma gunakan tuala sahaja. Sebelum dibalut, tungku seharusnya dialas dengan daun , dan daun yang famous digunakan adalah daun mengkudu. Daun mengkudu mampu meresap kepanasan dan dapat merawat bahagian badan semasa bertungku. 
   

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring. Tungku diletak perlahan2 sekitar peha, pinggang, bawah perut (berdekatan ari2).. Sila dapatkan khidmat pakar untuk belajar teknik bertungku yang berkesan.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Aku bertungku setiap pagi (kalau rajin) sehingga masuk menggu ke3 sahaja.. Nampak sangat aku ni malas.

2) Berurut  


Berurut hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

  Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.  

Macam aku aku berurut dengan bidan pada hari ke7,8 dan 9. Hari ke9 tu diakhri dengan mandi air sirih pinang, sintuk dan limau nipis yang dijampi oleh bidan. Dan seterusnya pada hari ke 43 @ 45 untuk menetapkan batu meriyan. Tapi rasanya macam nak pi spa lak lepas pantang sebab nak bagi kesegaran tambahan.


3) Mandi  

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
 
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

  Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai , daun bonglai, daun mengkudu  dan rempah halba. 
Tetapi sekarang sudah banyak prduk penjagaan bersalin mempunyai air rebusan mereka tersendiri. Dan juga kebanyakan bidan membuat bahan untuk air rebusan ini sendiri.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Aku mandi air rebusan yang selama 2 minggu. Daun2 tu pak mertua aku yang bawa dari kampung. Makanya setiap hari suamiku akan merebus air daun2 itu untuk mandian aku. Selain mandi daun2 yang direbus itu diangkat dan diletakkan di atas bangku. Selepas itu, duduk di atas daun2 itu (seperti bertangas) supaya khasiat dari daun2 itu dapat menyerap masuk ke dalam badan.

Mandi lulur pula aku guna yang terdapat dalam set bersalin. Lulur seminggu sekali.
  
4) Bertangas  


Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tangas:

· 9 keping asam gelugur

· 2 camca besar garam jantan

· 3 helai daun sirih ( Piper betel )

· segenggam inai ( Lawsonia terma )

· halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )

· 3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

Aku tak buat tangas ni sebab mak mertua tak amalkan pun. Tangas aku sekali ngan mandi daun kat atas tu.

5)Memakai bengkung   

 Sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain tapel, ada juga yang menyapu minyak atau losyen sebelum memakai bengkung.  

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.  

Waktu bersalin anak pertama aku cuma pakai sebulan sahaja. Anak kedua ni aku akan cuba pakai sampai habis pantang. Dan aku tak sesuai nak pakai tapel dsb sebab menyebabkan allergy. Maka aku hanya sapu minyak ataupun tak sapu apa2.

   
6)Minum air akar kayu dan jamu  


Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

  Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

Aku tak suka minum air akar kayu. Jamu pun aku ambik yang moden2 punya mcm yang ada dalam set bersalin. Itupun aku hanya makan selepas sebulan bersalin. Aku lebih utamakan makan supplement yang doktor berikan.

 7)Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

  Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga , kunyit , halia (Zingiber officinale), cekur , mengkudu  dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu  jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.  

  Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. .

Macam aku aku ikut apa yang mak mertuaku pesan saja.. Jangan makan makanan yang gatal, berbisa, sejuk. Aku minum air banyak untuk pengeluaran susu (dan sebab aku terlalu dahaga time pantang), makan makanan banyak kuah, makan buahan dan sayuran.  

(sumber: http://pkukmweb.ukm.my)

Related Posts with Thumbnails