ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

PENJAGAAN MESRA IBU



Apa itu Penjagaan Mesra Ibu?

Penjagaan Mesra ibu adalah satu lagu program hospital KKM untuk ibu-ibu yang bakal bersalin.
Kalau dulu kita ada Husband Friendly, sekarang dah diluaskan kepada Mother friendly Care.

Ibu tak pasti hospital mana yang ada perkhidmatan ini. Tapi hospital-hospital KKM yang baru Insya Allah ada.
Di Kedah, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani ada perkhidmatan ini.

Kenapa Mesti mesra ibu?
Kalau kita tengok labour room sekarang, ibu akan diminta berbaring, dipasang CTG, kalau sakit,diberi ubat penahan sakit. Keadaan seperti ini memang sangat tidak selesa buat ibu.
Ibu sendiri dah mengalami 3 kali bersalin. Tak bebas sebab pergerakan kita terhad, hatta nak kencign pun kena buang atas tilam (di dalam bekas khas)
Ini yang menyebabkan ibu-ibu tak selesa berada dalam labour room. Bila berbaring terlalu lama, boleh menyebabkan fetal distress, juga proses kelahiran juga menjadi lambat.
Sebab itu diperkenalkan penjagaan mesra ibu yang mirip kepada natural birth.

Jom kita tengok apakah yang dikatakan Penjagaan Mesra ibu.
(Slide ini ibu snap time ceramah tentang Penjagaan Mesra Ibu ketika Hari Penyusuan Susu ibu, Mac lalu)

1. IBU DIGALAKKAN MEMPUNYAI PENEMAN KETIKA BERSALIN
Ibu boleh pilih sesiapa untuk temankan dalam labour room. Tugas peneman sebagai perangsang, boleh juga mengurut-ngurut ibu yang berada dalam fasa kesakitan. 

2. IBU BOLEH MAKAN DAN MINUM KETIKA PROSES KELAHIRAN

Ibu boleh makan dan minum. Kalau kat HSB disediakan biskut dan air milo. Makan pun bukan makan yang sedap-sedap dan berat. Cukuplah sekadar untuk hilangkan dahaga dan beri tenaga. 

3. IBU BOLEH BERGERAK DAN BERJALAN KETIKA MELALUI PROSES KELAHIRAN DAN BOLEH MEMILIH POSISI KELAHIRAN YANG DIINGINI

Ini yang best. Biasanya labour room kena baring jer.. yang ni ibu-ibu boleh bergerak. Ibu hari tu, siap duduk atas sofa empuk, melayan contraction. Nak jadi macam kucing nak beranak pun boleh, ke hulu ke hilir, nak mencangkung ka, nak berguling pun boleh (tapi bilik kat HSB tu, takleh nak berguling, banyak barang)

4. IBU DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENAHAN SAKIT TANPA UBAT-UBATAN

No painkiller. Kalau boleh cubalah bersalin tanpa painkiller. Nikmat bersalin tu Masya Allah, tak ternilai. Ibu pernah bersalin dengan bantuan painkiller. Kita tak begitu alert dan sebenarnya melambatkan proses kelahiran. Tapi sebelum tu, kena bekalkan diri dengan kaedah-kaedah menenangkan diri (boel hrefer post ibu sebelum ni)

5 MENGELAKKAN PENGGUNAAN SECARA RUTIN KAEDAH INVASIF SEPERTI EPISIOTOMI, MEMECAHKAN SELAPUT KETUBAN, INDUCE DAN PEMBEDAHAN

That's what we call natural birth. Bayi dilahirkan tanpa sebarang bantuan semasa bersalin.
Hmm... Dah faham tentang Penjagaan Mesra Ibu?
Pendapat ibu, bagi ibu-ibu yang mahukan penjagaan mesra ibu ni, kena cari ilmu tentang natural birth. Insya Allah, proses kelahiran bukanlah sesuatu yang menyakitkan.

Ibu rasa perbezaan bila bersalin menggunakan natural birth vs assistive birth.

Nak tahu tentang natural birth? Ibu bolehlah story sikit-sikit. Tapi lebih baik kalau dapat cari guru yang lebih arif.

Monday, June 2, 2014

Petua Mudahnya Bersalin

Bila orang baca dan mendengar kisah ibu melahirkan Fayyadh  ini, semua orang kata, senangnya bersalin, tak kurang juga yang minta petua mudahnya bersalin.

Terus terang ibu tak ada petua atau amalan spesifik untuk itu. Semuanya adalah anugerah Allah.
Sama ada, memang kali ni tak sakit, ataupun threshold sakit ibu tinggi, maknanya ibu jenis tahan sakit.
Apapun ibu share juga amalan yang ibu buat sepanjang tempoh mengandung dan juga ketika hampir bersalin.

Mengandung kali ni, macam yang sebelum-sebelum ni juga. Tiada alahan (tiada wek wek) sehingga ramai tak sedarpun ibu mengandung. Lagipun ibu dan abi memang jenis tak suka nak kecoh pasal mengandung sama ada di alam nyata, apatah lagi alam maya. Sebab tu memang ibu tak pernah post pasal ibu mengandung di FB.

Ibu just amalkan gaya hidup sihat dan aktif. Letih tu biasalah. Balik kerja tu melepetla juga. kadang-kadang tertidur gak sementara nak tunggu maghrib tu. Tapi pada kebanyakan masa, ibu aktifkan diri. 1st trimester, ibu melancong ke Bandung. Alhamdulillah, sihat sepanjang berada di sana. Langsung tak letih.
Sepanjang tempoh mengandung juga banyak event berlaku. Renovate rumah yang memerlukan ibu kena mengemas,sebagainya. Kenduri sunat anak-anak teruna ibu (kenduri yang ibu dan abi handle segalanya) dan juga mengandung kali ni suka sangat berada di dapur. Tak caya, tengok jerlah post ibu kt FB, penuh dengan makanan je. Sebab tu ramai kata kali ni perempuan, tapi naluri ibu, dan juga result scan termasuk 3d scan dah confirm boy pun.

Pemakanan ibu..
Kali ni terus terang ibu cakap, ibu tak ambik supplement seperti sebelum ni. Kalau sebelum ni ibu memang ambik obimin, kali ni entah kenapa tak ambik supplement sebab gynae yang check ibu kata, since result darah ibu cantik, Hb normal, selera normal, tak perlu supplement pun tak pa. Just awal-awal mengandung tu jer dia advice ambik folic asid.
So, ibu just amalkan pemakanan sunnah, minum susu kambing, kurma, madu, kismis, jus delima, di samping itu ibu ambik Qaseh Gold Adinda ( ibu bukan duta dan seller yer).
Makanan berasakan sunnah yang ibu amalkan time preggy kecuali cuka kurma

Ihsan google


































Makan pun takde pantang-pantang. Bantai jer semua. Takdelah taksub dengan certain-certain makanan, minuman. Mana ada depan mata,ibu makan. Cuma dekat hujung-hujung kehamilan tu ibu craving makanan manis. Tu yang asyik buat kek, kuih muih manis. Fuh! nasib baik urin normal.

Exercise
Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung tu takde problem. Berat pun tak naik mencanak macam selalu. Amazing boleh jalan catwalk sampai due.. kalau tak dulu memang jalan cam panda, lembab dan mengengkang dah bila masuk 8bulan.
Kaki pun start membengkak time 37weeks, compared sebelum ni 7 bulan dah bengkak. Mungkin juga sebab buat kerja, banyak berjalan.
Dan juga kali ni ibu kurang mengalami cramp time malam. Kalau dulu, hampir setiap malam, kali ni jarang-jarang. Ada la jugak sekali sekala yang terpaksa minta bantuan abi, tapi tak sekerap dulu.
Bila masuk minggu ke 35, ibu banyak buat exercise squat (mengangkang), exercise untuk memudahkan bersalin.
Jangan lupa juga buat perinial massage untuk mengurangkan koyakan time bersalin.

Amalan rohani
Bab ni paling penting. Mengandung adalah satu rezeki dari Allah. Wajib kita syukuri kepada Allah. Ibu jenis manusia yang lalai. Biasalah, kalau bukan bulan puasa, baca quran tu sekali sehari la maximum.. Tapi bila mengandung ni, kena lebih dekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung ibu berjaya khatam quran 2kali (lama kan, 9 bulan baru khatam).. Dan pada bulan terakhir ibu lebihkan baca surah Maryam, Al-Kahfi, Luqman serta wirid-wirid yang disunatkan.

Nak memudahkan, ibu download apps doa dan wirid ibu mengandung. Mana-mana dan bila-bila pun boleh baca.



Serta, buku comel ibu ni. Ibu beli time mengandungkan Fawwaz. Yang ni ibu start baca bila masuk 37weeks sehingga saat melahirkan.. Memang doa dan wirid-wirid yang disarankan membantu ibu mengharungi proses kesakitan dan kelahiran.


Semoga beberapa tips ini dapat membantu para ibu untuk menghadapi saat kelahiran.

Saturday, May 31, 2014

Throwback: Menanti Saat itu (episod 2)

Selepas berbincang dengan abi dan melihatkan contraction makin kerap, kami ambil keputusan untuk ke hospital.
Nasib baik ibu dah prepare baju boboiboy kuasa 3 dalam beg masing-masing.
Abi bangun terus kejutkan Farish dan Firas, dan angkat Fawwaz masuk dalam kereta sementara ibu bersiap.
Tengah bersiap, sakit perut la pulak, nak kena membuang ni. Cakap kat abi "ibu nak ber** sat!", abi kata, takpa, dia tunggu dalam kereta.

Time melabur tu tetiba terfikir, yang tadi tu contraction nak bersalin ka, contraction nak membuang. Lama la juga ambik masa nak membuang (walhal hari tu saja 4 kali dah membuang).. Pastu tak rasa contraction. Nak jer cakap kat abi, tak payah gi hospital, bukan contraction nak bersalin.

Tapi, lepas dah selesai, dalam dok keluar masuk bilik nak pastikan semua suis ditutup, terasa balik contraction.. Ok, jom pi hospital.

Hantar dulu boboiboy kuasa 3 ke rumah pengasuh. Jam 2 pagi tu, kesian nak kejutkan orang, tapi terpaksa. Sampai rumah pengasuh ,try call lagi (guna no yang lama jugak), bagi salam, tak berjawab. Dekat 15 minit juga tak berjawab. Abi masuk kereta balik, bincang lagi nak letak anak kat mana.. Ibu nak juga abi teman dalam labour room, tapi kesian kat anak-anak juga.

Last-last abi kata, kita tinggal jerlah anak-anak kat rumah. Sambil tu tanya Farish, boleh tak abang jaga adik-adik kat rumah. Ibu ngan abi nak gi hospital.. Farish kata ok, tapi dia nak duduk depan ruang tamu, nak tengok tv. So, kami patah balik ke rumah. Sepanjang perjalanan patah balik tu, berbincang lagi. tak sampai hati la pulak nak tinggalkan anak-anak kecik sendirian kat rumah, dengan tak tahu apa yang nak jadi ni.

Last-last, belok juga masuk jalan menghala ke rumah, tapi abi cakap, jom try tanya kawan dia a.k.a abang angkat abi. So, abi belok masuk lorong satu lagi. Luckily kawan abi ada kat rumah. Minta tumpangkan kejap anak-anak kat rumah dia. Terima kasih Mizi dan Kak Su kerana sudi tumpangkan anak-anak kami di kala genting ni. we really appreciate it.

bersambung.......

Sunday, January 1, 2012

FARISH MASUK TADIKA

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2012. 2012 juga maka bermulalah tugas Farish sebagai pelajar. Dah nak masuk 4tahun dah anak ibu, kejap je masa berlalu. Dari 3 tahun lagi plan nak hantar masuk tadika,tapi abi tak berapa setuju sebab macam kecik lagi.. so tunda ke 4 tahun. Rasanya Farish dah bersedia mental fizikal kot.

Pagi tadi sebelum hantar Farish ke tadika, ibu singgah rumah mak Ani a.k.a pengasuh Farish. Firasdan Fawwaz,abi dah hantar dulu. Sayu dan sebak tengok mak ani sebab Farish adalah anak asuhannya yang paling dia sayang. nampak mata dia bergenang air mata.. Ala mak Ani, bukan jauh pun tadika Farish, jalan kaki jer.
Itulah juga tujuan ibu hantar Farish masuk tadika Permata Nur Kasih tu sebab dalam taman pengasuh dia juga. Lagipun senang kalau ada apa-apahal, boleh minta tolong ayah Id jemput Farish, takpun tumpang jiran sebelah rumah mak Ani yang anak dia juga belajar kat tadika yang sama.

Time sampai tu, menang hujan lebat. Ibu tengok ramai jugak budak-budak lain dah sampai. Ada pelajar lama, ada pelajar baru. Pelajar lama masing-masing pakai baju uniform, pelajar baru baju biasa sebab uniform tak sampai lagi.
Sampai kat pintu dah nampak sorang budak nama Faris dok nangis-nangis,pastu ada sorang lagi dekat ngan dapur nagis-nangis jugak. majoriti tak ditemani mak atau ayah. Farish takmau masuk lagi, dok pegang baju ibu, suruh masuk takmau, tapi nak main kat luar dulu.Cikgu kata biarlah dia nak buat apa dulu, hari 1st biasanya diorang biar dulu budak-budak berkenal-kenal.
Pastu mula nampak budak-budakbaru daftar datang, ibu pujuk Farish masuk join kawan-kawan main. Ibu bawa gi kelompok kawan-kawan, baru dia duduk. mula tu mata dok perhati ibu,tapi pastu terus join.

Ibu pelan-pelan cakap kat Farish yang ibu kena balik dulu,ibu nakpi kerja, petang nanti ibu ambik. Ibu cium Farish dan Farish salam ibu, ibu pun pelan-pelan keluar, lama gak ibu dok dalam kereta, tengok Farish tak keluar kira ok la kot. Hopefully Farish mudah sesuaikan diri.


Farish mula-mula takmau masuk, nak main gelungsur kat luar.
Tengok nametag Farish dah jadi Haikal sebab dalam tadika tu dah ada 3 orang nama Faris.. takut tertukar.. ibu pulak takut Farish confuse nama sendiri. Tapi ibu minta cikgu panggil nama penuh Farish Haikal. 4 tu menandakan umur.

Pastu malu-malu nak join, dok jauh dulu, mata dok perhati ibu..
Dah lama sikit, dah warm up dah, baru masuk geng.. 
Farish jenis senang masuk ngan orang, tapi selalu tak pernahlah kena tinggal. tu yang ibu cuak jugak, sebab kalau gi playground, dia main-main, tak nampak ibu atau abi, terus meraung kat situ. hopefully ok la kot untuk hari ni.

Tuesday, August 23, 2011

Breastfed baby will breastfeed

Selalukan kita dengar pepatah di atas. Bayi yang menyusu akan menyusu nanti. Maksudnya bila ada anak nanti, dia akan menyusu anaknya juga nanti.

Ibu anak FM, ibu mengaku itu sebab ibu tidak dijaga oleh ibu kandung. So, bila terbayang or bermain pondok-pondok, ibu hanya terbayang, ibu jaga anak kena bagi minum susu botol. Sebab ibu memang nampak yang itu.. Dan ibu juga tukang bagi susu kat budak-budak yang mak mengasuh. Mak dulu ambil upah mengasuh.

Bila baby menangis, cepat jer ibu suruh mak bancuh susu. Ataupun ibu akan cari botol, dan sumbat mulut baby tu.

Tapi anak ibu, dia tak lakukan macam tu untuk adik dia. Sekarang ni Firas suka jadi babysitter Fawwaz (jaganya kejap jer, pastu kena lepuklah si Fawwaz tu).
Suka sangat tolong ibu hulurkan bedak, losyen, minyak, baju, time ibu siapkan Fawwaz pas mandi. Pastu kalau Fawwaz nak menyusu, laju jer dia tolong carikan nursing pillow kat ibu. Kalau Fawwaz nangis nak susu..
Firas akan...............................


Susukan Fawwaz dulu. Dah kerap kali ibu nampak Firas buat macam ni. Kadang tu lying position. Mungkin sebab dia nampak ibu akan susukan Fawwaz bila Fawwaz menangis. Dan itu juga yang ibu lakukan pada Firas dulu sampai sekarang. 

Tapi Firas ni cemburu kuat juga. Kalau Fawwaz tengah menyusu, dan dia juga nak menyusu, memang terpaksa tandem la time tu. Kadang tu, firas nak attention lebih time menyusu, dia akan tolak kepala Fawwaz, minta ibu susukan dia dulu.Tapi bila dia dah puas menyusu, laju jer dia tolak balik kepala Fawwaz kat B ibu. Macam kena paksa jer Fawwaz tu untuk menyusu.

Dari perlakuan Firas tu, ibu tahu Firas adalah penyokong susu ibu tegar. Tapi bukan Firas yer yang bagi susu, orang lelaki takde susu yer sayang. Suruh isteri Firas nanti. Kalau isteri Firas takmau menyusu, ibu akan tunjuk gambar ni, betapa Firas sangat menyokong penyusuan susu ibu.

Kesian Fawwaz kena paksa menyusu. Dah la abang Ngah ni bau ada masyam sikit.



 Adoi! Ini kerja abi la ni. Teringin nak anak perempuan. Ibu dok tidorkan Fawwaz dalam bilik, depa buat projek kat luar. Siap berlipstik lagi tu. 
Ibu harap Firas tak ubah pendirian kay. Firas Handzalah seorang pahlawan tau, setakat nak tolong ibu buat kerja dapur tu ibu tak kisah.

Buat abi, ibu tau abi nak sangat anak perempuan. Nanti kita cari petua untuk next project yer. Dapat anak pompuan, suka hatilah nak mekap anak tu macam mana. Ibu tak larang.


Tuesday, August 9, 2011

Fawwaz 1 bulan

Alhamdulillah, pejam celik,pejam celik, Fawwaz dah berusia sebulan semalam. Bila dah sebulan, kenalah bawa ke klinik kesihatan untuk check up dan kena inject pastu.

Perkembangan Fawwaz
Berat
lahir:: 3.24kg  1 bulan: 4.3kg

panjang
lahir : 51cm 1 bulan: 55cm

Pastu nurse check semua perkembangan yang terdapat dalam checklist. Alhamdulillah, semua perkembangan normal
Jom layan gambar-gambar Fawwaz

Nak minta didukunglah tu

Boringla tu asyik kena posing, tu dah start melalak

Debab tak saya

Sunday, July 31, 2011

Fawwaz Sudah Botak

Hari Jumaat lepas, genap 21 hari umur Fawwaz. Dan hari tu juga Fawwaz dibotakkan. Sama hari macam abang Farish, abang Firas jer awal sebab tali pusat Firas gugur hari ke6.

Kalau ikut orang tua, cukur rambut mesti dibuat selepas gugur tali pusat. Tunggu punya tunggu, tali pusat Fawwaz nak gugur hari ke14. Hari jumaat gak, so Fawwaz lahir hari jumaat, gugur tali pusat hari jumaat, cukur rambut pun jumaat jugak.

Macam Farish dan Firas, Fawwaz pun dicukur oleh bidan yang sama, Mak Kiah. 


Ni peralatan yang digunakan oleh Mak Kiah. Ada pisau cukur, sirih pinang, sintok, limau purut, bedak sejuk dan benang kuning.

Sebelum cukur rambut, mak Kiah akan berzanji dulu, ibu dan abi pun join berzanji sekali.
Semangat Mak Kiah ni dok berzanji
Pa habis berzanji, rambut fawwaz dibasahkan dengan bedak sejuk. So bermulalah upacara mencukur rambut. Cukur sampai botak yer, Itu yang disunatkan. Cukur jambul tu hanyalah adat Melayu, tapi mencukur rambut memang ada dalam amalan Islam

Diam jer Fawwaz bila dicukur, mungkin asyik mendengar MakKiah berselawat kot

Pas habis botak kepala, Fawaz pun dimandikan dengan air yang dicampur sintok dan limau.
Sintok digunakan sebagai scrub la. Sambil mandi pun doa-doa dibaca.

Pas habis mandi, Fawwaz dipakaikan dengan benang kuning. Menurut Mak Kiah, tali tu sebagai 'tali angin'.. tali angin tu macam nak elakkan baby kembunglah. Kenapa guna kuning yer? Sebab Fawwaz ada title 'tengku' kat depan, sebab tu guna tali kuning. Sebenarnya kelaurga abi dah tak amal kuning-kuning ni, tapi sebab mak Kiah takut nanti, mak kiah demam @ sakit sebab tak ikut protokol. Sebab dulu dia pernah guna tali hitam kat sorang baby ni, balik tu demam. chek-chek rupanya dia tak ikut protokol kuning. 

Pas mandi, Fawwaz dibedakkan dan dicelak. Pastu Mak Kiah buat tahnik lagi sekali (abi dah buat pun kat LR dulu), tapi kali ni Mak Kiah buat lagi sekali.

Inilah rambut Fawwaz. Banyak jugak ni.

Biasanya rambut baby akan ditimbang mengikut sukatan emas. Nanti jumlahnya akan disedekahkan kepada fakir miskin.
Tengok.. Fawwaz dah botak.

Hopefully raya nanti naiklah balik rambut fawwaz ni, kang raya botak tak hensem lak anak ibu.



Thursday, July 28, 2011

Fawwaz Huzaifah - Day 20



Hari ni Fawwaz dah genap 20 hari.. kejap jer kan, dah 20 hari. Maknanya ibu pun dah 20 hari melalui tempoh berpantang. Ada lagi 24 hari lagi (adoi! lama lagi tu)...

Hari ni nurse datang melawat rumah. Nurse cuma timbang berat Fawwaz jer.. Hmm.. semangat nurse tu kata.. Dah 4kg anak ibu.

Sambil tu sempat juga ibu promoe cloth diapers kat nurse tu. Lagipun hari ni Fawwaz pakai CD Apple Baby corak jeans.Berkenan nurse tu. Lagipun dia ada anak kecik gak.
Fawwaz berposing dengan CD corak jeansnya

Ibu Alhamdulillah, takde masalah. Nurse check jahitan kat bawah, dia kata dah bercantum elok. benang pun dah start putus. Ibu pun masuk minggu kedua tu dah duduk bersila dah pun. Dah tak rasa sakit kat bawah tu dah.

Cerita pasal perkembangan Fawwaz, sebenarnya ibupun ada risau juga walaupun ibu tahu risau ibu tak bersebab pun. Penyusuan Fawwaz ta ksama macam penyusuan Farish dan Firas. Time Farish dan Firas dulu, breast engorge jer, walaupun time tu tandem nursing. Tapi dengan Fawwaz, tak rasa engorge langsung even tengah malam. Fawwaz pula tak kuat menyusu macam abang-abang dia. Dia hisap sekejap dah tertidur ataupun lepas breast dengan sendiri. Malam pun dia terjaga 1@ 2 kali jer. Kadang tu cuak juga bila dia tak bangun menyusu.

Persoalan yang timbul, adalah Fawwaz cukup susu. Ibu rasa dia cukup susu sebab dia minum dah rasa kenyang. Adalah Fawwaz hanya minum foremilk saja? sebabnya dia menyusu sekejap, dan kadang tu rasa tak berapa kosong breast.
Fawwaz pula kerap membuang, banyaklah tu. Pastu dia kerap juga termuak. Kadang tu banyak susu keluar balik. Risau gak kalau berat Fawwaz tak naik walaupun time dukung dia terasa gak tough.
Dan kerisauan ibu hilang bila tengok berat Fawwaz naik dengan cemerlang.
Nurse tu kata, mesti kuat menyusu ni, naik banyak.. Ibu mengiyakan, tpai dalam hati rasa macam tak jer.

Tapi apa yang ibu katakan itu rezeki dari Allah. Takde istilah tak cukup susu, takde istilah menyusu mesti rasa breast bengkak..breast tak begkak, takde susu... Itu salah.

Tapi ibu percaya maybe juga ada kaitan dengan diet ibu, ibu dalam pantang memang makan high protein. Sekali hadap ikan sampai 5-6 ekor kalau ikan bakar. Sup haruan, memang habis seekor ibu ratah. Abi pulak rajin buat daging bakar, ikan bakar. Maybe sebab tu susu ibu ideal dengan corak penyusuan Fawwaz.


Friday, July 15, 2011

Di sebalik nama Fawwaz Huzaifah


Dah habis entry pasal kelahiran Tengku muhammad Fawwaz Huzaifah, sekarang ni nak cerita tentang nama dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Fawwaz Huzaifah.

Sebenarnya selepas kelahiran Farish, ibu dan abi bersepakat untuk menyedondonkan semua nama-nama anak ibu dan abi sebagai Tengku Muhammad F....... H......

Nama Farish terilham dari mimpi abi.Haikal ibu tambah sebab nak bagi berirama.. lagipun abi kata macam tergantung jer nama Farish.
Nama anak kedua, abi teringin nak letak Handzalah sebab abi suka sangat dengan lagu Handzalah dendangan kumpulan Rabbani. Sebab Handzalah "H", so kena cari nama awal "F" pula, so terberkenan dengan Firas pula.
Anak ketiga, abi terjumpa dalam sebuah rencana tentang Huzaifah, berkenan pula nama tu, so tugas ibu carikan nama awal "F".. cari punya cari, berkenan dengan nama Fawwaz.

Fawwaz membawa maksud kejayaan/yang berjaya. Insya Allah anak ibu akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Manakala Huzaifah adalah nama sahabat Rasulullah. Beliau juga dikenali sebagai penyimpan rahsia Rasulullah.  Beliau juga menjadi pengintip musuh semasa perang khandak. Boleh baca sirah beliau di beberapa blog ini.
http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/12/huzaifah-bin-yamman-wafat-36-h656-m-2/

Kelahiran Fawwaz pun banyak yang kebetulan. Paling kebetulan adalah nombor 1 & 3. Jom kita tengok.
Fawwaz dilahirkan tepat jam 1:03 pada 8/7. (10387)
Tarikh lahir ibu adalah 10378... terbalik 7&8 jer

Fawwaz dilahirkan di dalam labour room 13.
Sijil lahir Fawwaz berakhir dengan nombor 0013..

Banyak sungguh no 3. Mentang-mentang anak ke3 yer.. jangan nanti kahwin 3 dah ler.

Sunday, July 10, 2011

Alhamdulillah, Ibu selamat melahirkan putera ketiga ibu

Alhamdulillah, selepas struggle meneran (boleh refer entry ni), Putera ke3 ibu dan abi selamat dilahirkan tepat jam 1:03am 8/7/2011 di bilik bersalin 13,Hospital Sultanah Bahiyah.
Alhamdulillah, Fawwaz dilahirkan sempurna, Apgar score 9/10 at 1 min, 10/10 in 5 min. 

Sebaik dilahirkan, ibu terus minta dari abi untuk buat skin to skin contact, first time tengok muka Fawwaz, rasa segala kesakitan hilang.. nak-nak tengok Fawwaz dah buka mata time tu, muka pulak asyik dok gomol dada ibu.. Ibu pun terus buat breast crawl, takdelah crawl mana, sebab Fawwaz memang dah atas dada dah. Tapi anugerah Allah, dia terus mengengsot, tangan tergapai2 cari breast. Sampai ketika dia nak start latch on, nurse minta untuk buat suction dan bersihkan baby dulu.. Tak sempat nak initiate BF. 

Sementara baby dibersihkan, ibu pun dijahit.. Alhamdulillah, luka sikit jer (1st degree tear).. Time tu pulak, riuh rendah kat luar, sebab ada ibu kena tolak masuk operation teater, ada ibu yang OS dah full.. staff pulak tak ramai bertugas (maklumlah pagi buta ).. So, tinggalllah ibu ngan abi jer dalam labour room. Sempatlah ibu tanya abi, apa perasaan abi tengok ibu bersalin tadi. Abi cakap, dia rasa sebak sangat sebab dia nampak ibu struggle sangat untuk kelahiran Fawwaz. Sebab sebelum ni, Farish dan Firas sekali teran jer. 

Tunggu punya tunggu, Fawwaz tak dihantar balik LR. Abi gi jenguk nak azankan Fawwaz. Ibu dengar dari LR suara abi azankan Fawwaz. Tapi Fawwaz tak boleh kelur lagi sebab doktor tak cukup nak clerking data. Adoi! Sampai kul 2am, Fawwaz tak diberi lagi untuk menyusu, ibu minta abi pergi minta Fawwaz untuk disusukan, it is almost dah dekat 1 hour ni.

Selepas tu barulah Fawwaz dibawa kepada ibu, dan baru ibu BF kan Fawwaz. A very good boy macam abang-abang dia juga, pandai latch on dan sucking. 
Initiate BF dalam Labour room
Pastu tunggu lagi sebab doktor belum review lagi. Ibu kesiankan abi sebab abi tak rehat lagi. satgi nak balik rumah pulak. Tunggu punya tunggu, pukul 2.45am, baru doktor datang review, dan lepas tu baru transfer masuk ward.Ibu masuk ward almost dah pukul 3.30am. Selepas everything settle, barulah abi balik rumah. Ibu pun tinggallah berseorangan dengan Fawwaz. 
Baru 2 jam lahir mata dah bukak luas dah

Tidurlah, perut dah kenyang tu




cerita Dalam labour room 7/7/11- 8/7/2011

Sambung sini pulak...

Contraction rasa makin kerap dan intense. CTG pun macam tak normal. Staff nurse terpaksa beri ibu oksigen, ibu tanya kenapa, dia kata takut baby ada masalah jantung since CTG nampak abnormal. SN minta ibu tidur mengiring supaya boleh meredakan kesakitan. By the time ibu mengiring, setiap kali contraction, ibu ras macam nak meneran. Doktor check OS lagi sekali, baru buka 6cm.. tpai ibu dah rasa gesaan nak meneran yang sangat-sangat. Ibu teran jerlah.. since kali ni tak ambik any painkiller, baru ibu rasa macam mana contraction yang sebenarnya. Time tu CTG pun jadi tak normal juga. SN minta ibu baring semula. Time tu ibu rasa contraction yang sakit, ibu minta boleh tak nak ambil painkiller time ni. SN kata, boleh ambil enthonox, tapi by the time nak letak mask tu, ibu tak reti nak bernafas, gesaan meneran kuat pula. So, SN check dan tengok, kepala baby dah nampak. Terus prepare untuk deliver. Tapi ibu pasti OS tak full, sebab time farish ngan Firas, ibu memang rasa kepala baby betul2 dah kat hujung, dan bila meneran, memang rasa ada benda macam nak keluar. Tapi kalai ni tak pulak, ibu tak rasa kepala baby kat hujung, macam kat dalam, cuma gesaan meneran tu memang dah ada.

So,bila semua ready, dibantu oleh abi, diorang minta ibu teran. Puas ibu teran, tak rasa macam nak keluar pun. Baby pun macam stuck kat situ jer. Sampailah ibu dah tak rasa contraction lagi. Dah tak rasa sakit. Memang susah nak meneran kalau takde ras contraction, diorang pun tahu yang ibu tak sakit, sebab muka cool, siap boleh senyum-senyum lagi. Yerlah, macam mana nak meneran, tak rasa sakit langsung. Abi, ibu nampak mata dah berkaca, dah merah-merah tahan nangis. Last2 doktor terpaksa bagi pitocin drip nak induce contraction balik. Selepas seminit, ibu rasa contraction balik, sepenuh tenaga, ibu push sampai lupa dah teknik meneran (yerlah dulu teran sekali dah keluar), ni dah hilang tenaga dah, dengan dinner kurma 5biji jer, jam pun dah dekat kul 1.00am, mana nak datang tenaga. Tapi bila fikir tentang baby, tengok muka abi yang dahstart nak nangis, ibu paksa juga teran, Alhamdulillah, selepas satu push yang panjang, baby keluar dengan laju, kelam-kabut SN ngan abi kontrol baby keluar. Alhamdulillah, dengar jer suara baby, ibu tau segalanya dah selamat.. Terus rasa bertenaga semula.

Fawwaz sebaik keluar dari rahim ibu


Sambung lagi on next entry..

Friday, April 22, 2011

Farish already 3years old

Sebenarnya entry ni sepatutnya ibu buat berkurun yang lalu.. tapi sebab gambar ibu ambil guna handphone abi, so ibu tak sempat nak transfer. Sekarang jer baru ada masa.

Pada 5hb April 2011, genaplah usia Farish 3 tahun.. Sekejap jer rasa anak ibu dah membesar menjadi anak teruna idaman Malaya.
Ibu dan abi tak plan celebrate besar-besaran pun. Sebab jatuh hari kerja.. Ibu dan abi just belikan wafer, air kotak, jelly, keropok dan packing sebagai goodies kepada kawan-kawan Farish,yang kebanyakannya anak2 jiran BS. Semua adalah dalam 40 bungkus..

Petang pas habis kerja, abi bawa Farish, ibu dan Firas gi celebrate kat KFC as requested by Farish sendiri.. Sebelum gi KFC, singgah secret recepi dulu, beli 4 jenis kek (yang slice jer).. padahal yang nak makan kek tu ibu dan abi, Farish dan Firas bukan suka sangat pun kek.

Then, baru gi KFC.. Order family treats jer... So enjoy the meal..

As requested, Farish dapat makan KFC.. Tengok, semua nak kena letak depan dia.. Birthday boy, payan jer lah


Ni Firas pulak.. tengoklah anak ibu ni.. bukan nak duduk atas kerusi @ baby chair.. Atas meja gak pilihan dia. Firas gi KFC makan mashed potato jer..

Perkembangan Farish.. Alhamdulillah, membesar seperti kanak-kanak yang lain. Semakin petah bercakap sampai tak larat nak layan.. Actually dulu ibu dan abi sikit bimbang sebab early age dulu Farish cam lambat cakap sikit.. tapi skearang ni, tak larat nak layan, mulut dia hanya diam time dia tidur jer.. tengah makan pun sibuk nak tanya itu ini.

Sekarang Farish dah mengenal banyak konsep... paling dia suka warna.. Sekarang ni Farish dah konsisten kenal 10 warna (hijau, kuning, merah, putih, hitam,purple, orange,kelabu,pink,koko).. Dan juga pandai pilih baju sendiri.. Setiap kali nak pakai baju, memang ibu akan tanya dulu, nak pakai baju apa.. Salah bagi, merajuk nanti
Dah pandai baca doa makan dan tidur... Akal pun makin banyak, yang selalu buatkan ibu dan abi naik geram jer..

Dan boleh diharap sebagai abang.. Akan jadi protector Firas kalau depan orang lain.. tapi akan jadi bullier (betul ker istilah ni).. suka buli Firas bila dok kat rumah.. Tapi kalau Firas balas dendam, memang lari tak cukup kaki... Masih manja, masih lagi minta nenen ngan ibu.. tak tak fully BF dah macam dulu.. Sebelum tidur, mesti nak ibu peluk sampai tidur..
Paling penting dah diaperless kat rumah.. kat rumah BS jer masih pakai, cuma time pagi ngan nak balik jer tak pakai. Malam still pakai lagi.

Dan lagi.. FArish sekarang tak pernah tinggal sembahyang Jumaat. Tiap2 jumaat, Farish akan ikut abi pergi sembahyang kat masjid. Kadang tu kalau free, abi bawa juga Farish pergi sembahyang Maghrib kat surau.. Dia memang suka perg sembahyang... ALhamdulillah, moga dibawa sampai besar yer sayang.. Cuma kat rumah, liat pula nak sembahyang.. tap ikalau cakap nak gi sembahyang surau ke masjid, laju jer minta baju melayu.. Nampaknya kena tambah koleksi baju Melayu ni.. Dah pandai demand anak ibu sekarang ni.

Tahun depan Farish akan start masuk Tadika.. Sekarang pun dah menunjukkan minat untuk belajar.. suka colouring, suka tengok CD education yang ibu belikan.. Tapi itulah, VCD tu in English, bukan dia ikut English, tapi dia translate in BM la pulak..
eg: VCD: This is a chair
Farish : This is a kerusi..

Sangat suka rancangan hiburan.. Sekarang ni feveret Farish Maharaja Lawak... Boleh dia gelak berdekah2 lak tu.. Rancangan berunsurkan nyanyian memang dia suka dan ikut nyanyi sekali.. Ni ikut perangai ibu time kecik2 la ni.. suka sangat menyanyi dan menari..
Artis feveret Farish sekarang adalah Maher Zain.. Semua budak sukakan Maher Zain.

Okay, itu aja cerita tentang Farish...

Saturday, March 5, 2011

Toilet train.... Akhirnya..

Farish bakal mencecah 3 tahun bulan depan. Ibu memang set target nak toilet train Farish by 3 years old. At least waktu siang.. Alhamdulillah, target ibu berjaya...

Ibu sebenarnya dulu tak plan nak toilet train sangat, yerlah rata-rata anak sedara ibu toilet train bila dah 4 tahun. Ada tu sampai nak masuk tadika baru start toilet train. Budak yang bS mengasuh sebelum ni pun toilet train dah dekat nak masuk 5 tahun. So bila ibu nak toilet train before 3 tahun, semua kata terlalu awal. .

Ibu start slowly waktu umur Farish 2tahun 5 bulan rasanya. Mula tu ingat nak train time cuti panjang, macam yang ibu selalu baca, nak toilet train ni ambik masa juga. Kena jadikan rutin buat anak-anak. Macam mana nak buat jadi rutin, sedangkan ibu hanya ada weekend jer. Memandangkan ibu ni bekerja dan hanya weekend jer waktu ibu free. Pastu weekend pulak asyik tak melekat kat rumah., berjalan jer.

Sampai umur 2tahun 5 bulan, ibu pun nekad nak start jugak, tak boleh nak tunggu cuti panjang, kena start somewhere. So ibu plan, weekend ibu akan train pelan-pelan.

Permulaan, ibu pakaikan cloth diapers without insert, dan tiap 2 jam keep reminded Farish. Mula tu memang rasa macam failed juga, sebab by the time pergi toilet, Farish tak pee pun.. bila dia dok main, tup2 nampak basah jer.. Banyak tempat gak, atas sofa pun pernah. Tapi ibu tau ibu cabaran.

Cabaran ibu satu lagi, abi tak confident dengan Farish, dia kata kecik lagi. Tak ready lagi.. Tapi ibu confident anak ibu boleh buat, ibu selalu cover yang Farish boleh cakap dah nak kencing walhal, berapa kali dah terkucil merata.

Ibu cuma ada weekend jer untuk train, dan toilet train belum jadi rutin buat Farish, so kena retrain selalu. Alhamdulillah, selepas tu Farish dah boleh inform nak ke toilet dan membuang dengan berjaya.
Ibu memang tak beli training pants, ibu bagi pakai seluar biasa jer. Dan selepas Farish success kat rumah, ibu try bila balik rumah MIL pulak. Mak tok memang kagumlah tengok Farish tak pakai pampers lagi, dan menjadi motivasi untuk cousin Farish yang dah 3 tahun waktu tu untuk toilet train. Lagipun SIL ibu suri rumah sepenuh masa, sure lagi senang.

Lepas berjaya kat rumah maktok, ibu train bila outing pulak. Tapi kena sentiasa keep remind, takut juga dia terlepas atas kereta. Dan sampai sekarang Farish belum lagi terkucil atas kereta.

Sebenarnya ibu toilet train untuk buang air kecil jer, air besar belum sebab sepanjang toilet train, Farish belum poo lagi. time dia poo adalah kat rumah BS ataupun time dia on diapers. Cuma lately ni, ada beberapa kali Farish poo. 1st time tu, dia nangis2, sebab selama ni poo dalam pampers, pelan-pelan ibu ajar, nak buang pergi toilet duduk cangkung dekat dengan toilet bowl, pastu kata "uggh!" first time berjaya, memang excited, lagipun kena selalu bagi puji-pujian.

Sekarang ni fasa akhir ibu, night diaperless.. So far pakai diapers, kadang tu bangun pagi, kering, kadang tu penuh.. tu yang tak confident lagi tu.. Takpalah, at least siang hari Farish memang diaperless.. cuma macam mana nak yakinkan BS Farish yang Farish dah jadi good toilet user.


Saturday, December 25, 2010

Berjalan-jalan Di kuala Lumpur

Lamanya tak update blog, ada banyak sebab ibu tak sempat nak jengah blog ibu ni. Minggu lepas ibu attend 2 hari meeting kat HKL. Pas balik tu banyak kerja yang perlu disiapkan, balik rumah jer asyik letih dan tak sempat nak jengah blog. Lagi satu 2,3 hari ni internet ni macam slow sangat, lambat no nak upload gambar.. Tu yang blog ibu bersawang hampir 2 minggu jugak.

Ok, time ibu gi KL, abi pun ambik cuti ikut ibu sekali. Ibu tumpang rumah kakak ibu kat jalan Hulu Langat. Sekurang-kurangnya abi takdelah boring sangat. Sekurang-kurangnya Farish dan Firas ada gak kawan bermain dengan sepupu-sepupu mereka.

Sebenarnya dah lama ibu dan abi rancang nak bawa Farish naik keretapi, sebab Farish sangat suka dengan keretapi ni. So balik meeting hari kedua tu, ibu ajak abi bawa Farish dan Firas naik LRT. Tak pergi mana pun, singgah Sogo jer. Sempatlah juga shopping baju buat anak-anak ibu. Farish mula tu macam takut nak naik LRT, tapi bila dah masuk dalam, excited pulak. seronok kot boleh nampak pemandangan kat luar LRT, pastu jalan atas bangunan kan. Kat Alor Setar mana ada benda macam ni.

Farish leka tengok pemandangan dari dalam LRT. Tertunai jugaklah impian FArish nak naik keretapi walaupun sebenarnya time dia baby dah berapa kali naik LRT ni.

Dinner kat McD Sogo, sebenarnya ibu yang teringin nak makan Prosperity Burger.. Farish makan chicken burger, Firas makan Fries jer

Hari Sabtu tu pulak, abi teringin nak bawa Farish dan Firas pergi Zoo. On the way balik Kedah tu, singgah Zoo dulu. Dekat 3 jam la jugak kat dalam tu.
Paling ibu dan abi tak percaya, Farish berjalan kaki tanpa merengek untuk didukung. Tough anak ibu ni, sedngkan ibu sendiri dah lenguh-lenguh kaki ronda Zoo tu. Firas gilir-gilir ibu dan abi dukung, kadang tu biar jalan sendiri.. Tapi kalau biar Firas jalan sendiri, menonong jerk aki tu nak pi sana-sini. Abi dah tak bagi ibu BW Firas lama-lama sangat sebab Firas dah hampir 10kg, dan kalau ikutkan ibu tak boleh angkat barang berat more than 9kg untuk jangka masa lama. Takut sakit belakang ibu berulang. Mungin itu juga sebab kot, Farish tak merengek didukung since nampak abi dok dukung Firas.
Awal2 tu ibu BW Firas dulu. Ibu guna RS sebab dukung Firas kejap jer, lagipun senang nak lipat. Kalau guna SSC, tak boleh nak lipat masuk beg.

Feveret animal Farish, mula tu tengok jauh jer. Tapi dekat 1/2 jam gak lepak kat gajah.

Firas mendera abi untuk dukung dia.
Inilah Firas kalau biar berjalan sendiri, ada jer tempat nak dia singgah.. Suka sangat dok cabut pokok kat sana


Lepas lunch kami pun merenruskan journey ke Cameron Highland pulak. Ini pun impian abi gak nak bawa anak-anak pergi kutip strawberry. Tapi kan, kami tak tempah hotel pun, konon nak main redah jer. Terlupalah pulak time cuti sekolah ni Cameron penuh sesak. Kami sampai kat Kg. Raja dan masuk Maghrib. Singgah solat dulu kat masjid, mandikan Firas siap2, tukar baju sebab cuaca sejuk dah mula terasa. Faish masih tidur sejak keluar dari Zoo.

Uh! Rupanya trafik kat Cameron time cuti sekolah amatlah terrible. Selepas Equatorial Hotel, bermulalah jem. Panjang sangat dan trafik sangatlah perlahan. Macam-macam kami buat andaian, accident kot, tak pun ada JPJ ker Polis ker buat road block.. Rupanya jem tu disebabkan oleh pasar malam kat Brinchang.. Kami stuck dalam jem, adalah dekat sejam lebih jugak. Smapai kat Brinchang tu memang sangat penuh sesak. Dlaam hati dah agak dah mesti takde bilik kosong ni. Abi gi survey semua hotel termasuk hotel cokia, semua full house. ada tokey kedai tu pun tolonmg telefon hotel kat Tanah Rata pun semua full house. Hubby decide, kita turun jugaklah macam tu. Abi sorang saja pi shopping kat pasar malam sebab hari dah start nak hujan dan Farish pulak tak jaga-jaga dari tidur. Kami turun balik Cameron hampir pukul 11malam. Dan sampai rumah dah pukul 4pagi. Esoknya tidur bangun kul 12tgh hari. Letih punya pasal.

Itulah serba sedikit aktiviti ibu di hujung minggu lalu. Minggu ni lepak rumah saja..
Inilah latest picture buah hati ibu. Muka keletihan selepas 3 jam berjalan kat Zoo.

Wednesday, December 8, 2010

Firas 13 bulan

Dah lama tak bercerita tentang Firas.
Firas sekarang dah hampir 14 bulan.. Hari Isnin lepas baru berjaya bawa Firas pergi check up dan juga ambik imunisasi MMR untuk 12 bulan. Kenapa lambat? Sebabnya ketika Firas genap 12 bulan, Firas demam campak, elok dah sembuh, banjir pulak, pastu ibu dan abi pulak takde masa nak bawa sampailah hari Isnin lepas, bila 2,2 dah free, baru bawa Firas pergi klinik.

Berat Firas sekarang 9.7kg, tak banyak naik sangat, tapi masih berada dalam garisan normal. Ibu tak heran sebab Firas ni walaupun kerap makan, tapi kerap membunag jugak. Nak-nak pulak bila dah dapat kaki, tak reti dok diam.. So tak heranlah berat tak naik mencanak..

Lepas tu kena ambik injection, macam biasa anak ibu menangis sebab tak mau kena baring, kena peluk, pas kena inject, terus diam. Biasalah pastu mulalah start demam.
Ibu ada terdengar rancangan "Si kecilku...chak", bahawa, jangan sesekali beri paracetamol kepada bayi sebelum injection ataupun sejurus selepas injection untuk menghalang demam. Biar bayi mendapat demam barulah diberikan ubat. Ini kerana jika kita meberi ubat sebelum tanda demam muncul, antibodi tersebut tidak dihasilkan dengan sempurna.

Okay, apa perkembangan Firas sekarang?
Firas sekarang dah berjalan dengan laju.. Dah jarang jatuh kecuali ditolak oleh abang Farish. Makin manja dengan abi, pantang abi keluar, mesti nak ikut hatta sekadar pergi buang sampah jer.
Makin lasak, makin ceria dan juga suka buat muka lawak.

Sukakan muzik, kadang tu ikut Farish menyanyi dan menari. Dah pandai sembahyang, pantang jumpa sejadah, mesti terus sujud.. so ibu kena sediakan 4 sejadah tiap kali sembahyang, sebab 2 anak ibu tu akan jadi makmum juga walaupun hanya sembahyang 1 rakaat.

Sudah muncul beberapa perkataan pertama
Yang jelas adalah /tete/ untuk t*t*k, /nana/ untuk nak, /bu/ untuk ibu, /aba/ untuk abang.

Cuma Firas belum tumbuh gigi lagi, tapi makan berangan nak makan macam orang besar.. walaupun takde gigi tapi dah pilih untuk makan makanan pejal, takmau dah lembut halus ni.
Ibu ada tanya dentist, depa kata normal. Even teori mengatakan gigi bayi akan tumbuh sekitar 6-12 bulan, tapi dalam praktis, ramai yang tumbuh melebihi 16 bulan. Semalam bilik gusi Firas, macam dah nampak tunas gigi kat bahagian bawah.. Mungkin nak tumbuh gigi kot.

Gelak besar, tapi gigi takde lagi..

Aktiviti utama Firas, menunggah barang.. tengoklah barang yang disepahnya


Pose istimewa dari Firas



Monday, November 29, 2010

Seumpama kembar

Betullah orang kata, bila anak rapat ni, bila reach certain age, nampak cam kembar dah.

Farish 2thn7bulan, Firas 13bulan, but fizikal dah hampir sama besar, cuma perut Farish lebih maju ke depan.

Sekarang baju Farish yang 1-2 years semua dah jadi milik Firas. Sorry yer Firas, ibu danabi tak banyak shopping baju baru untuk Firas sebab baju abang banyak yang baru pakai sekali dua, pastu dah ketat.. Tetap baju baru buat Firas kan.

Now kalau shoping baju, mesti nak pilih baju sama corak. Biasanya amik saiz S untuk Firas dan M untuk Farish atau baju saiz 2y untuk Firas, 3/4y untuk Farish. So mana2 pergi baju sama.
Seluar pun colour sama, cuma kadang tu susah sikit nak cari brand sama sebab saiz Firas tak banyak sangat.

Selain daripada pakaian, ada lagi perkara yang menjadikan mereka kembar. Kalau salah sorang demam, sorang lagi pun join sama. Kalau selesema, sorang lagi pun join gak.. Dan paling kerap, bila sorang poo, sorang lagi akan menyusul. Ibu selalu perhatikan, bila ibu dah siap cuci poo Farish/Firas, pastu still hidung ibu ada terbau, rupanya lagi sorang pun dah buat saham jugak.

Bab BF, memang dah jadi kembar since dulu lagi. Dua2 tak mau mengalah.

Sekarang ni Firas banyak tiru perbuatan dan pertuturan Farish. Walaupun bunyinya tak betul, tapi boleh la dengar. Farish suka sangat menyanyi, dan sekarang pun selalu dengar Firas seakan2 menyanyi gak. Farish paling suka nyanyi lagi "Cari Jodoh".. bila Farish sebut "Ibu ibu, bapak-bapak", Firas pun ikut dari belakang "papapapapapa", bila Farish nyanyi lagu "ibu", Firas pun ikut dari belakang "uuuuu"..

Faedah anak yang agak rapat ni adalah dari segi perkembangan sosial. Selalunya anak kedua akan mudah develop skill kerana model dia sentiasa berada depan mata. Memang nampak sangat banyak tingkah laku Farish, dah terserap dalam diri Firas.

Dan paling best, kedua2nya akan merap abi dia tiap kali abi melangkah keluar rumah.. Kalau dulu Farish sorang jer, sekarang Fairsh dan Firas akan pegang sorang sebelah kaki bilamana abi berada dekat ngan pintu keluar.. Kalau dulu adik kena mengalah, sekarang ni, tidak lagi.. Kalau nak bawa keluar, kena bawa 2,2 sekali... So,, tinggallah ibu sorang2 kat rumah, bolehlah relax sikit sambil layan FB, blog dan forum.. hehehe!

(dah lama tak ambik gambar mereka berdua, nantilah ada post menarik, ibu paste kat sini)

Saturday, October 23, 2010

Alahai anak ibu demam campak

Hari ni dah 5 hari anak ibu kena demam campak. Alhamdulillah, makin baik. Ruam pun start start berkuping malah dah banyak yang tanggal.

Pada mulanya ibu tak perasan kena demam campak.. Ingat demam biasa, nasib baik ibu ambik cuti sebab kesian kat Kak Ani nak jaga 2 orang sekali demam. Bangun tengah malam tu, ibu tukar diapers Firas, dalam kelam ibu pegang bontot Firas, ibu rasa ruam yang besar, ibu ingatkan nappy rashes.. tapi heran gak sebab diapers tak lencun pun.

Esoknya, ibu perasan bintik2 naik kat peha Firas, pastu naik ke tangan.. confirm ruam campak dah ni. Terus call abi yang kerja time tu. Masuk tengah hari, tengok Farish pulak naik rashes.. dah berduet la pulak anak-anak ibu ni.


Muka Farish yang dinaiki ruam campak.

Farish: ruam sekitar lengan, tangan, ketiak dan kaki
Farish paling kronik bahagian kelengkang (takleh nak tempek, cencored beb)
Terkengkang2 dia jalan.


Pos Firas : kat bahagian dagu naik dulu

Kawasan muka, lutut dan belakang Firas.
Firas paling kronik naik kat lutut. Terpaksa dia merangkak tanpa meletakkan lutut.
Kesian sangat. Nak berjalan, baru dok bertatih demam pulak.

Ibu rawat dengan mengambil petua di sana sikit, di sini sikit.
Antara petua yang glamer.
1. Daun semambu/mambu/neen
Kat Utara depa panggil daun mambu. Daun mambu ni memang terkenal untuk rawatan campak.
a) ramas daun dalam air. Mandikan dengan air ramasan daun mambu.
b) letak daun mampu atas tilam, biar pesakit tidur atasnya (ibu letak daun mampu atas tilam, pastu lapik ngan daun batik sebab anak2 ibu takmau tidur atas daun terus)
2. Daun inai
Petua ni ibu dapat dari kawan ibu Ruzaina.(copy dari FB Ruzaina)

sekadar berkongsi petua demam campak daripada Ustaz Abdullah - ambil daun inai tumbuk hg halus + garam & tempek di tapak kaki. selepas tu balut kaki dgn plastik. bagi anak2 kecil disarankan ikat dengan kemas n pakaikan stokin kalo tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki srta elakkan miang.

3. Minum air kelapa muda
Ada yang kata minum selepas, ada yang sebelum.. abi bagi minum pada hari kedua.

Petua hilangkan parut
1. Daun asam jawa + bedak sejuk
- tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk.. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni depa panggil berbedak.
2. lendir ikan haruan
- petua ni dapat dari Kak Ani a.k.a BS anak-anak ibu.
ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut2 campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.

Pantang larang
Ni yang famous
1. Jangan bagi kena air hujan
- nanti takut parut besar akan kekal .Kira cam bentan la. Even dah sembuh pun takboleh kena air hujan untu k2,3 minggu
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis
Pendek kata, masak takleh letak minyak. makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada gak yang tak bagi makan ayam, tapi staff ibu suruh bagi makan sup ayam untuk cepat keluar ruam.
3. Mandi
-ni ibu jumpa banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.
MIL ibu suruh mandi kerap untuk turunkan suhu badan
4. Jangan makan ubat
Orang2 tua tak bagi makan ubat tau. takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi ibu bagi juga paracetamol, bahaya tu tak control demam, takut kena sawan pula.
5. Jangan mandi guna sabun
Elakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. takut nanti dapat infeksi pulak.
6. Jangan pakai baju
Biarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak2 la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis2), dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)
7. Jangan garu atau kopek kuping campak
Nanti parut campak akan kekal, macam jerawat jugaklah.

(petua-petua di atas ibu dapat dari orang sekeliling ibu sahaja)

Ada petua-petua lagi boleh ditambah??

Tuesday, September 21, 2010

Kembali ceria

Alhamdulillah, anak anak ibu dah sihat sepenuhnya sejak hari khamis lalu iatu hari raya ke7.

Farish sampai raya ke6, dia masih takmau makan apa-apa lagi. Abi dah buat keputusan kalau esoknya Farish still tak makan lagi, terpaksa admit jugaklah. Kena gilir-gilir kaga Farish kat wad.. Aduih! kesian lak kat Firas. Macam kena angkut Firas masuk wad juga ni kalau time ibu jaga abang.

Tapi mungkin berkat doa ibu dan abi, masuk hari ke7, bangun pagi tu tetiba Farish minta nak makan. Time tu ibu tengah suap oat kurma kat Firas. Selalunya Farish tak makan makanan Firas ni, tapi hari ni dia nampak sedap kot.. Ibu pun try suap, Farish makan, pastu minta lagi.. Last2 Farish yang habiskan semangkuk oat tu. Firas pulak makan main2 time tu.

Tengah hari tu ibu masakkan Farish ikan senangin goreng dan sayur fucuk. Sayur fucuk tu feveret Farish. Ibu try suap, Alhamdulillah, Farish mau makan.. Walaupun sekadar separuh pinggan (biasa Farish makan sepinggan).. Lega hati ibu..

Dan Farish pun kembali bertenaga, bergurau dengan Firas, cuma belum melompat2 lagi macam selalu.

Esoknya, abi bawa pergi jalan-jalan raya, pergi open house.. Alhamdulillah, Farish makan banyak kat open house. Open house pertama habis nasi sepinggan, open house keduapun habis lagi sepinggan.. Suka ibu ngan abi tengok. Dan batuk Farish pun dah hilang.. cuma ibu still monitor taknak bagi Farish minum ais macam selalu.

Sebenarnya time Farish tak sihat, ibu selalu berdoa time Farish BF. Sebab Farish tak makan langsung, cuma minum air kosong dan juga BF sekejap-sekejap. Air kosong tu ibu beri air penawar dan bila bF ibu doakan agar setiap titis susu ibu itu akan jadi penawar kepada penyakit Farish dan menjadi makanan supaya Farish tidak kebuluran.. Alhamdulillah Farish dapat bertahan seminggu tu dengan hanya minum air kosong dan susu ibu sahaja.

Sekarang Farish dah sihat ceria. Dah melompat, berlari, mengusik Firas.. Dan makin banyak bercakap. Kadang tu tak larat ibu dan abi nak layan, sampaikan time nak tido pun, Farish still ajak bersembang lagi...

Baru mula senyum masuk hari ke7

Firas pun kembali gelak besar.. time Farish tak sihat, firas pun monyok gak.

Entah apalah isyarat Farish ni.. Nak cakap I Am Double Okay kot


Related Posts with Thumbnails