ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com
Showing posts with label Firas Handzalah. Show all posts
Showing posts with label Firas Handzalah. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Breastfed baby will breastfeed

Selalukan kita dengar pepatah di atas. Bayi yang menyusu akan menyusu nanti. Maksudnya bila ada anak nanti, dia akan menyusu anaknya juga nanti.

Ibu anak FM, ibu mengaku itu sebab ibu tidak dijaga oleh ibu kandung. So, bila terbayang or bermain pondok-pondok, ibu hanya terbayang, ibu jaga anak kena bagi minum susu botol. Sebab ibu memang nampak yang itu.. Dan ibu juga tukang bagi susu kat budak-budak yang mak mengasuh. Mak dulu ambil upah mengasuh.

Bila baby menangis, cepat jer ibu suruh mak bancuh susu. Ataupun ibu akan cari botol, dan sumbat mulut baby tu.

Tapi anak ibu, dia tak lakukan macam tu untuk adik dia. Sekarang ni Firas suka jadi babysitter Fawwaz (jaganya kejap jer, pastu kena lepuklah si Fawwaz tu).
Suka sangat tolong ibu hulurkan bedak, losyen, minyak, baju, time ibu siapkan Fawwaz pas mandi. Pastu kalau Fawwaz nak menyusu, laju jer dia tolong carikan nursing pillow kat ibu. Kalau Fawwaz nangis nak susu..
Firas akan...............................


Susukan Fawwaz dulu. Dah kerap kali ibu nampak Firas buat macam ni. Kadang tu lying position. Mungkin sebab dia nampak ibu akan susukan Fawwaz bila Fawwaz menangis. Dan itu juga yang ibu lakukan pada Firas dulu sampai sekarang. 

Tapi Firas ni cemburu kuat juga. Kalau Fawwaz tengah menyusu, dan dia juga nak menyusu, memang terpaksa tandem la time tu. Kadang tu, firas nak attention lebih time menyusu, dia akan tolak kepala Fawwaz, minta ibu susukan dia dulu.Tapi bila dia dah puas menyusu, laju jer dia tolak balik kepala Fawwaz kat B ibu. Macam kena paksa jer Fawwaz tu untuk menyusu.

Dari perlakuan Firas tu, ibu tahu Firas adalah penyokong susu ibu tegar. Tapi bukan Firas yer yang bagi susu, orang lelaki takde susu yer sayang. Suruh isteri Firas nanti. Kalau isteri Firas takmau menyusu, ibu akan tunjuk gambar ni, betapa Firas sangat menyokong penyusuan susu ibu.

Kesian Fawwaz kena paksa menyusu. Dah la abang Ngah ni bau ada masyam sikit.



 Adoi! Ini kerja abi la ni. Teringin nak anak perempuan. Ibu dok tidorkan Fawwaz dalam bilik, depa buat projek kat luar. Siap berlipstik lagi tu. 
Ibu harap Firas tak ubah pendirian kay. Firas Handzalah seorang pahlawan tau, setakat nak tolong ibu buat kerja dapur tu ibu tak kisah.

Buat abi, ibu tau abi nak sangat anak perempuan. Nanti kita cari petua untuk next project yer. Dapat anak pompuan, suka hatilah nak mekap anak tu macam mana. Ibu tak larang.


Wednesday, December 8, 2010

Firas 13 bulan

Dah lama tak bercerita tentang Firas.
Firas sekarang dah hampir 14 bulan.. Hari Isnin lepas baru berjaya bawa Firas pergi check up dan juga ambik imunisasi MMR untuk 12 bulan. Kenapa lambat? Sebabnya ketika Firas genap 12 bulan, Firas demam campak, elok dah sembuh, banjir pulak, pastu ibu dan abi pulak takde masa nak bawa sampailah hari Isnin lepas, bila 2,2 dah free, baru bawa Firas pergi klinik.

Berat Firas sekarang 9.7kg, tak banyak naik sangat, tapi masih berada dalam garisan normal. Ibu tak heran sebab Firas ni walaupun kerap makan, tapi kerap membunag jugak. Nak-nak pulak bila dah dapat kaki, tak reti dok diam.. So tak heranlah berat tak naik mencanak..

Lepas tu kena ambik injection, macam biasa anak ibu menangis sebab tak mau kena baring, kena peluk, pas kena inject, terus diam. Biasalah pastu mulalah start demam.
Ibu ada terdengar rancangan "Si kecilku...chak", bahawa, jangan sesekali beri paracetamol kepada bayi sebelum injection ataupun sejurus selepas injection untuk menghalang demam. Biar bayi mendapat demam barulah diberikan ubat. Ini kerana jika kita meberi ubat sebelum tanda demam muncul, antibodi tersebut tidak dihasilkan dengan sempurna.

Okay, apa perkembangan Firas sekarang?
Firas sekarang dah berjalan dengan laju.. Dah jarang jatuh kecuali ditolak oleh abang Farish. Makin manja dengan abi, pantang abi keluar, mesti nak ikut hatta sekadar pergi buang sampah jer.
Makin lasak, makin ceria dan juga suka buat muka lawak.

Sukakan muzik, kadang tu ikut Farish menyanyi dan menari. Dah pandai sembahyang, pantang jumpa sejadah, mesti terus sujud.. so ibu kena sediakan 4 sejadah tiap kali sembahyang, sebab 2 anak ibu tu akan jadi makmum juga walaupun hanya sembahyang 1 rakaat.

Sudah muncul beberapa perkataan pertama
Yang jelas adalah /tete/ untuk t*t*k, /nana/ untuk nak, /bu/ untuk ibu, /aba/ untuk abang.

Cuma Firas belum tumbuh gigi lagi, tapi makan berangan nak makan macam orang besar.. walaupun takde gigi tapi dah pilih untuk makan makanan pejal, takmau dah lembut halus ni.
Ibu ada tanya dentist, depa kata normal. Even teori mengatakan gigi bayi akan tumbuh sekitar 6-12 bulan, tapi dalam praktis, ramai yang tumbuh melebihi 16 bulan. Semalam bilik gusi Firas, macam dah nampak tunas gigi kat bahagian bawah.. Mungkin nak tumbuh gigi kot.

Gelak besar, tapi gigi takde lagi..

Aktiviti utama Firas, menunggah barang.. tengoklah barang yang disepahnya


Pose istimewa dari Firas



Monday, November 29, 2010

Seumpama kembar

Betullah orang kata, bila anak rapat ni, bila reach certain age, nampak cam kembar dah.

Farish 2thn7bulan, Firas 13bulan, but fizikal dah hampir sama besar, cuma perut Farish lebih maju ke depan.

Sekarang baju Farish yang 1-2 years semua dah jadi milik Firas. Sorry yer Firas, ibu danabi tak banyak shopping baju baru untuk Firas sebab baju abang banyak yang baru pakai sekali dua, pastu dah ketat.. Tetap baju baru buat Firas kan.

Now kalau shoping baju, mesti nak pilih baju sama corak. Biasanya amik saiz S untuk Firas dan M untuk Farish atau baju saiz 2y untuk Firas, 3/4y untuk Farish. So mana2 pergi baju sama.
Seluar pun colour sama, cuma kadang tu susah sikit nak cari brand sama sebab saiz Firas tak banyak sangat.

Selain daripada pakaian, ada lagi perkara yang menjadikan mereka kembar. Kalau salah sorang demam, sorang lagi pun join sama. Kalau selesema, sorang lagi pun join gak.. Dan paling kerap, bila sorang poo, sorang lagi akan menyusul. Ibu selalu perhatikan, bila ibu dah siap cuci poo Farish/Firas, pastu still hidung ibu ada terbau, rupanya lagi sorang pun dah buat saham jugak.

Bab BF, memang dah jadi kembar since dulu lagi. Dua2 tak mau mengalah.

Sekarang ni Firas banyak tiru perbuatan dan pertuturan Farish. Walaupun bunyinya tak betul, tapi boleh la dengar. Farish suka sangat menyanyi, dan sekarang pun selalu dengar Firas seakan2 menyanyi gak. Farish paling suka nyanyi lagi "Cari Jodoh".. bila Farish sebut "Ibu ibu, bapak-bapak", Firas pun ikut dari belakang "papapapapapa", bila Farish nyanyi lagu "ibu", Firas pun ikut dari belakang "uuuuu"..

Faedah anak yang agak rapat ni adalah dari segi perkembangan sosial. Selalunya anak kedua akan mudah develop skill kerana model dia sentiasa berada depan mata. Memang nampak sangat banyak tingkah laku Farish, dah terserap dalam diri Firas.

Dan paling best, kedua2nya akan merap abi dia tiap kali abi melangkah keluar rumah.. Kalau dulu Farish sorang jer, sekarang Fairsh dan Firas akan pegang sorang sebelah kaki bilamana abi berada dekat ngan pintu keluar.. Kalau dulu adik kena mengalah, sekarang ni, tidak lagi.. Kalau nak bawa keluar, kena bawa 2,2 sekali... So,, tinggallah ibu sorang2 kat rumah, bolehlah relax sikit sambil layan FB, blog dan forum.. hehehe!

(dah lama tak ambik gambar mereka berdua, nantilah ada post menarik, ibu paste kat sini)

Friday, October 22, 2010

Sambutan 1st birthday Firas

18hb Oktober genap usia Firas setahun.. Ibu dan abi berbincang nak celebrate macam mana yer? Dulu Farish balik celebrate kat kampung sebab jatuh hari cuti.. Bincang punya bincang, akhirnya ibu dan abi ambil keputusan untuk celebrate birthday Firas kat taman pengasuh Firas dan Farish.

Kenapa celebrate kat rumah pengasuh?
Ini kerana kawasan taman tu ramai budak-budak dan depa selalu dok main kat playground depan rumah Kak Ani tu. Lagipun orang taman tu memang ada kelab wanita, selalu masak untuk kenduri kendara.
Kalau buat kat rumah ibu, tak ramai nak datang, lagipun jiran-jiran ibu kebanyakannya chinese. DanFiras pun orang taman tu ramai kenal, lagipun ibu pun dulu memang dok taman tu jugak sebelum pindah ke rumah baru ni.

Sebab hari kerja, majlis start kul 6 la. Ibu dah belikan kek untuk anak ibu (bukan anak ibu yang nak makan pun), dan juga beli gula-gula, wafer dan keropok. Time sampai rumah Kak Ani, depa still dok masak lagi.

Sesi memasak bihun goreng dan kerepek pisang.

Pas siap semua terus hidang kat tepi padang mainan.
semua kawan-kawan Firas tak sabar menunggu nak makan

Hmm.,.. sebenarnya time balik tu, Kak Ani inform yang badan Firas dan Farish panas. Demamlah pulak birthday boy ni, demam nak berubah tahun ni. So memang tak cerialah muka birthday boy hari tu.

Firas sambil potong kek pun muka dah sebek, I'm not in good mood la ibu.


Semuanya dok tunggu giliran.. masing-masing dok usha kek jer sebenarnya


Lagi pos birthday boy yang langsung tak ceria.


Dan akhirnya Firas tewas.. tak larat sangatlah tu.

Kesian Firas, nak celebrate birthday jatuh demam pulak..
Balik rumah terus bagi ubat dan bagi tidur.
Esok bagi tengok-tengok badan Firas dan naik rashes, rupanya birthday boy bukan demam biasa, tapi demam campak.. Kesian anak ibu..

Apapun, ibu tetap nak wish kat sini, SELAMAT HARI LAHIR FIRAS HANDZALAH.Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu dan abi..

Sunday, September 12, 2010

Demam Raya

Tahun ni anak anak ibu betul-betul demam raya.
Kalau ikut definisi demam raya ni adalah perasaan tak sabar2 nak beraya, shoping bagai..
Tapi ni adalah real punya demam

Demam di hari raya...
Kesian hero-hero ibu, tahun ni beraya dalam suasana demam

Ibu start dengan kisah Firas, sebab Firas yang start demam dulu.

Firas start taksedap badan dari hari rabu lagi. Balik dari rumah mak Ani, mak Ani habaq, yang badan Firas panas, dok batuk-batuk.
Balik rumah tu, memang firas lali jer, pas mandikan, bagi supp PCM, dan dia terus tido.
Esok pun tak kebah lagi, terus bawa gi hospital. Macam biasa, Firas bila selesema start ler penatnya. Terus gi amik neb kat asthma bay, jabatan kecemasan HSB.
Pas tu, ibu terus naik klinik ENT, jumpa kawan ibu minta prescribe ubat buat bekal raya. Sebabnya ubat ibu nak minta, pakar jer boleh prescribe.. Thanx Dr Masaany...

Hari khamis tu, Firas lembik lagi, tak ceria langsung, senyum takmau, apatah lagi nak bergelak cam selalu.. pas buka puasa, bagi ubat kat Firas, terus chow balik Kangar.
Sampai Kangar, adalak tetamu datang rumah MIL.. Dekat pukul 2 gaklah diorang balik, dan anak-anak ibupun pukul 2 la baru boleh tido..
letih sangat, after kena ubat, terus tido

Esoknya, pagi raya. Dah kurang panas badan Firas, cuma dok batuk2 lagi.. ibu bagi makan moi + kentang ngan sikit ayam untuk sarapan. Habis gak semangkuk.. Tu yang ibu puji Firas, demamlah macam manapun, makan tetap maintain.

Time raya, Firas memang letih sangat.. Tido jer sepanjang jalan.. So ibu ingat, petang tu ibu takmau pi beraya manalah. Kesian kat Firas dan juga Farish yang dah ada bibit-bibit demam dia.

Balik rumah, ibu buatkan sup ayam untuk hero ibu berdua.. pas masak, ibu asingkan untuk Firas, sebab Farish punya nak tambah garam sikit.. Kelakar la Firas ni, walau tak larat nak duduk, tangan pun dah lembik, mata pun dok pejam, tapi habis gak moi + sup ayam tu smangkuk..

Dah kena ubat dan perut kenyang, anak ibu terus tido sampai ke malamnya.. Demam dah okay, cuma dok batuk-batuk lagi.

dua-dua hero ibu tergolek..

Raya kedua, turn balik kampung ibu pulak. Alhamdulillah, demam Firas dah kebah, cuma ada batuk sikit2 lagi. Dan ibu happy sebab Firas dah kembali aktif, dah start gelak-gelak.. tapi abang pulak yang dok batuk dah berhenti...

Hari ni hari ke3, Firas dah tak demam lagi, batuk pun dah jarang-jarang.. Good son sebab Firas dah takdem asalah nak makan ubat lagi..

Farish pula start demam pada hari raya. Bangun pagi dah selesema, maybe sebab tido lambat malam raya tu.. Pergi raya dok merengek, dan takmau makan minum langsung.. Balik rumah, pun takmau makan.. Sampai abi dan ibu paksa Farish makan, Farish nangis-nangis sampai muntah2.

Malam pun tido tak jerap sebab asyik terjaga sebab batuk.. Bila asyik batuk, Farish akan muntah.. Muntah pun dah takde benda yang keluar sebab Farish langsung tak makan.

Hari kedua pun Farish still takmau makan. Dari pagi Farish hanya minum air kotak susu Ducth Lady tak smpai 1/2 kotak.. selepbihnya hanya air kosong jer masuk dalam perut.. Makanan langusng tak masuk perut..
Pastu asyik muntah2 jer, sebab perut dah kosong dan asyik batuk2. Bagi ubat pun, macam tu jugak.
Last-last malam tadi abi bawa gi hospital.. Ibu tak masuklah, abi jer yang bawa Farish jumpa doktor.. Apala doktor tu, adakah dia kata," pujuklah dia, makan, suruh dia makan juga"

Adoi! kalau setakat kaunseling camtu, cleaner pun boleh bagi advice.. Sebab suhu badan Farish normal, dancuma ada symptom URTI jer. Dia nak bagi piriton jer... Baik takyah, kat rumah ni berbotol2 syrup piriton ada..
Last2, abi jumpa ngan senior MO kat situ.. abi nak insert drip jer, takut Farish dehydrate nanti, tapi head dept paed dah keluar arahan tak boleh bagi drip kat paed kes kat kecemasan. Kena admitted.. Masuk wad??? TIDAK! tak sanggup ibu,Farish hanya takde selera makan jer...

So atas advice senior MO tu, abi pun smuggled keluar barang2 untuk set drip kat rumah.. So malam tu, ibu kena berjaga temankan Farish yang tido lasak tu (takut dia rentap drip tu jer)
tangan tu berbalut sebab abi pakaikan splint.. tak bagi Farish gerak tangan sangat..

inovasi dari abi..

Hari ni, bangun pagi, Farish still takmau makan.. Minum Milo pun takmau.. dia cuma request, nak minum air kosong dengan scott emulsion jer.. Ibu offer macam2 kat Farish supaya Farish makan juga termasuklah maggi, twisties selepas segala jenis feveret food farish semua Farish reject.. Twisties pun Farish reject gak... dan Farish pun tak minta nak BF macam selalu.. Dia cuma nak minum air kosong jer.. Mati kutu ibu..
melepet tak kira tempat dan masa

Petang tu, mak Ani datang rumah.. Dia bawakkan air penawar untuk tingkatkan selera makan.. Itulah ikhtiar ibu supaya Farish mau makan semula. Ibu sangat risau sebab Farish tak mau makan langsung.. Kalau ikutkan Firas lagi demam teruk, tapi Firas tetap menten bab makan..


Harap2 pas mandi petang ni dengan air penawar, selera Farish terbuka.. tak makan banyak pun takpa, janji ada makanan masuk perut..

Nanti dah sihat, ibu bawa pergi beraya yer.. kita gi kutip duit raya macam tahun-tahun lepas..

Friday, September 3, 2010

Farish 2 tahun 5 bulan, Firas 10 bulan

Dah lama tak buat entry tentang 2 orang buah hati ibu ni.. Lagipun dah lama tak update blog. bulan puasa ni jarang ada masa nak melekat depan laptop. Lagipun 2 hero ibu ni asyik merap jer..

tak banyak sangat perkembangan nak diceritakan... Gambar pun dah lama tak ambik, tu yang tak update tu..

Farish sekarang
- dah consistent guna tangan kanan untuk makan.. No more tangan kiri untuk menyuap.
- Tengah toilet train, tapi ibu yang tak consistent. Asala nak masuk 2 jam, Firas dah mengantuk la, merap la, ibu terpaksa pakaikan balik pampers kat Farish. Pernah Farish terkucil atas kerusi depan lappy sebab asyik tengok you-tube Upin ipin.
- banyak bertanya... soalan favourite
" abi mana?" dan lepas tu abih seisi keluarga, sepupu sepapat dia dia tanya "mana?"
"ibu buat apa ibu?" dan akan berulang-ulanglah soalan itu sampai ibu boring nak jawab, pastu pergi kacau abi pulak "abi buat apa abi?".. berulang-ulang lagi sampai abi pun boring nak jawab.
(sesekali ibu teringat iklan raya tahun lepas.. "burung apa?", "burung murai..")
- dah pandai pilih nak pakai baju apa.. sekarang ni pakai baju kena tanya dulu, baju mana satu nak pakai.(favourite baju: Upin-ipin, ultraman, spongebob)
- boleh diharap jaga adik ketika ibu tengah mandi aor tengah masak.. tapi kadang tu kena lepuk gak Firas.
- masih tak wean BF lagi. Dan makin kerap la tu. Kalau adik dekat 4 jam sekali.. Farish 1/2 jam sekali.. Letihla ibu.
- masih jeles ngan abi kalau abi dok dekat dengan ibu.
- pantang jumpa bedak... habislah jadi tepung gomak badan dia.

Dah jadi hantu bedak dah..

makan suap sendiri. Dah lama rasanya ibu tak suap Farish

Bapa borek, anak rintik

Firas pulak
- sekarang ni sedang belajar berdiri sendiri. Dah boleh berdiri tanpa bantuan dalam 15saat.
- sangat laju merangkak, kejap jer dah hilang.
- sekarang nampak lebih suka meniti dinding.. proses nak berjalan la tu.
-sangat pantang jumpa kerusi dan bakul baju, confirm jadi stepper dia (jimat ibu, tak payah beli walking aid)
-duplicate banyak perangai Farish.. kuat cemburu especially kalau Farish dok manja2 ngan ibu.
- ketawa terbahak-bahak especially kalau dengan Farish. Apa saja perbuatan Farish buat, mesti gelak terbahak-bahak punya.
- bersuara macho, tak macam Farish yang bersuara manja.


walker Firas, bakul baju ibu dan kerusi
sempat posing lagi

suka buat muka lawak

suka gelak besar, tapi gigi tak tumbuh lagi


Buah hati ibu dan abi..

Friday, July 23, 2010

Farish 2 tahun 3 bulan, Firas 9 bulan

Lama tak cerita pasal perkembangan anak-anak ibu...

Farish dah 2tahun 3 bulan 4hb Julai hari tu. Sekarang ni Farish makin lasak, tapi lebih mendengar kata (terutama kata-kata ibu)..
Makin nakal, suka usik Firas, nak-nak Firas pulak pantang kena usik, asyik meraung jer, lagilah Farish suka.
Suka juga menyakat ibu dan abi. Suka buat memek-memek muka yang lucu.
Asyik bercakap jer.. Sepanjang naik kereta, takde benda lain Farish sebut, melainkan menamakan kereta siapa yang lalu lalang.

Makan sendiri, suap sendiri, kejap tangan kiri, kejap kanan.. masih belum ada dominant hand lagi.
Tak suka nak pakai pampers kat rumah, dah nak start toilet train la kononnya, tapi asyik tercicir jer.. ibu yang tak sabar, terus pakai pampers balik

Amat kuat merajuk.. kalau merajuk, akan tunduk, takkan tegur dengan orang tu.

Firas pulak...
Sekarang ni dah sangat aktif memanjat, dan mula berangan lepas tangan bila berdiri.. eksyen, pastu dup jatuh.. nasib baik pakai CD, takdelah sakit montot tu.
Mulut pun riuh macam Farish, kadang tu berlawan menjerit ngan abang.
Masih reverse cycling... susu kat rumah mak Ani kadang tu 7oz jer minum.. tapi malam, ibu takleh nak berenggang.
Pandai berebut barang ngan abang Farish.
Makin kuat separation anxiety.
Mula belajar beralan dengan menolak kerusi dan juga bakul baju ibu..
Rajin memunggah.
Pantang nampak orang makan, laju jer gi usha pinggan orang

Itu ajer perkembangan terkini buah hati ibu... gambar, nanti ibu upload.. (dah lama tak amik gambar)


Friday, June 25, 2010

Firas 8 bulan

Pejam celik pejam celik hero ibu Firas dah 8 bulan lebih.. cepatnya masa berlalu. Ibu tak sempat bawa Firas check up but kalau ikut timbangan kat rumah, Firas dah 9kg dah.. semangat anak ibu. Kalau kendong ngan Ring Sling pun, ibu dah terasa beban kat bahu.. So... ibu tukar kepada SSC sekarang ni...

Sekarang ni Firas dah tak reti dok diam. Ada jer aktiviti nak dibuat.

Firas dah boleh merangkak, duduk sendiri, memanjat, berdiri sambil memaut, dan dalam cubaan nak menyorong kerusi. Dan Firas dah tak suka orang pegang-pegang, semua nak buat sendiri.

Firas juga dah develop separation anxiety.. tak boleh berenggang dengan ibu depan mata. Kadang tu dengan abi pun Firas takmau, buat abi merajuk dengan Firas.

Firas pun dah develop stranger anxiety, mula mengenal orang-orang dikenali dan perasaan was-was ngan orang luar.. Good development..

Sekarang ni Firas dah makan 2x sehari. Firas sama cam abang, banyak makan. Semangkuk moi tu habis kejap jer. Dan dah kurang minum EBM kat rumah mak Ani. Selalu 5x 3oz, sekarang ni 3x3oz jer.. Tapi malam tu memang bergayut sakan la.

Inilah wajah dan perkembangan Firas terkini.
Firas dah amat lasak merangkak. ibu letak kat ruang tamu, kejap jer Firas dah sampai dapur.

Dah belajar berdiri, dan dah boleh memanjat.

Firas boleh tido dalam apa style pun.. tengok Firas tido sambil duduk

Jaga-jaga.. Firas nak mai ni

Debab tak Firas???


Wednesday, May 5, 2010

Farish budak rajin

Farish anak ibu memang ringan tulang.. Cukup pantang ibu nak buat kerja, laju jer hulurkan bantuan.. Kadang tu ibu terpaksa halau Farish dari dapur sebab Farish dah overtake ibu punya tugas daa..

Farish paling rajin

Sapu sampah

Basuh CD

Bakar ikan


basuh pinggan



Tolong masak (anak ibu, balang blender tu untuk blender lagi satu la)


Dan anak ibu sangat berdikari.. makan nak suap sendiri, takmau ibu suap dah

Harap-harap Farish smpai besaq rajin macam ni ya! Sayang anak ibu

Monday, May 3, 2010

Firas nak merangkak

Pejam celik Firas sekarang dah 6 bulan 2 minggu.. Nak share progress Firas yang terbaru..
Tengok gambar jerlah yer

Geramnya tengok itik pink ni.. Nak gi amik la. Dah get ready ngan posisi merangkak

Macam mana nak amik itik ni.. sedang memikirkan strategi...

Firas... apasal tak gerak-gerak lagi pun ni...

Kejap Bu... posing sat..


Akhirnya.. Firas meniarap semula.. itik tu tak dapat2 juga..

Sebenarnya sejak nak masuk 6 bulan. Firas memang dah berada di posisi merangkak.. cuma masalahnya.. tak bergerak ke hadapan pun.. asyik ke belakang jer.
Bila nak ke depan, firas guna gear reverse, tu yang tak bergerak tu.

Firas ni unik sikit, dia tak menyulur cam budak lain... tapi terus ada posisi nak merangkak. Selalunya baby skip merangkak, tapi Firas ni skip menyulur kot.. Okayla tu, takdelah baju tu kotor sangat kan...




Friday, April 23, 2010

Firas 1st Solid Food

Hari ni ibu cuti so ibu plan nak start bagi solid food buat Firas. Ikutkan nak delay lagi, tapi abi kata dah okay tu nak start since Firas pun bila tengok orang makan dia pun dok mengecap sama.

Macam Farish, ibu janji ibu akan sediakan makanan dari hasil tangan ibu semdiri. Sepertimana ibu hanya bagi susu ibu, makan pun camtu juga..no instant punyer. Nestum... sorry..

So resepi hari ni
Bubur kosong

Sebelum tu ibu dah blend kering siap2 beras dansimpan dalam tupperware.
Ibu amik satu sudu beras hancur dan rebus dengan air (bertapis).. biar sampai masak.
Lepas tu ibu tapis lagi bubur tu supaya dapat bubur nasi yang sangat smooth dan sedikit cair untuk permulaan.

Hari ni juga Firas baru dapat rasa air kosong.
Mula-mula suap air kosong tu, dia luahkan.. pelik kot rasa, tawar jer.

Then ibu suapkan sikit dulu bubur.. Firas buat muka pelik, luahkan.
2nd trial pun camtu gak...
3rd trial baru telan.. itupun muka confused lagi..

SO hari ni rasanya Firas hanya makan 1 sudu jer bubur.. okaylah tu untuk permulaan.
Kalau ikut advise pun memang awal ni satu sudu pun dah cukup...

Tengok..comotnya mulut anak ibu

Tapi pas 15minit Firas cari susu ibu jugak. dapat jer, terus tak lepas...

So esok ibu try lagi....


Monday, April 19, 2010

Firas 6 bulan sudah

Pejam celik pejam celik Firas dah pun genap 6 bulan semalam.. Kejap jer rasa.
Dan Alhamdulillah, selama 6 bulan ni Firas menyusu susu ibu sepenuhnya. Bolehke dipanggil exclusive? Selama 6 bulan Firas hanya minum susu ibu, beberapa titik air zam zam ketika baru lahir, dan juga beberapa ml pcm bila Firas demam (tapi Firas jaaarang demam)..

Waktu mula2 menyusu Firas, ibu selalu tertanya, mampukah ibu harungi 6 bulan pertama ni dengan jayanya.. Ibu bimbang juga kerana ibu mengamalkan tandem nursing, adakah cukup rezeki ibu buat Firas? Tapi Alhamdulillah, rezeki Firas murah.. walaupun ibu hanya dapat pam time kerja, tapi stok ebm Firas sehingga saat ini dah mencecah 200 bungkus EBM frozen dalam deep freezer..

Sebenarnya perjalanan BF Firas sangat mudah. Tiada halangan dan rintangan malah sokongan yang kuat dan padu dari abi tersayang dan juga orang sekeliling. Ibu juga sentiasa ada dengan firas kerana sejak Firas lahir, ibu tak pernah hadiri mana2 kursus di luar negeri Kedah. Kalau adapun kursus MBfPC kat Penang tu, tapi Firas pun attend sekali kursus tu.

Selepas mengharungi 6 bulan pertama ni dan mengimbas kembali 6 bulan pertama Farish dulu, banyak bezanya.

Saturday, March 27, 2010

Firas 5 bulan sudah

Alhamdulillah, Firas sudah pun menginjak 5 bulan. Dan Alhamdulillah, rezeki susu ibu untuk Firas makin bertambah. Betullah anak itu rezeki. Mula-mula ibu niat untuk tandem nursing, ibu selalu fikir, cukup tak bekalan susu ibu untuk kedua-dua anak ibu. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Firas time check up Rabu lepas sudah mencapai 7.98kg (kira 8kg lah tu). ALhamdulillah, membesar dengan baik.

Firas sekarang dah pandai bergolek2, kadang tu ibu tak sedar, Firas dah tergolek jatuh tilam. padahal ibu tinggal sekejap untuk buang air jer.

Firas sekarang dah mula pandai menggigit, kadang tu Firas saja jer gigit nipple ibu, pastu bila ibu jegilkan mata, Firas gelak jer. Ooo dah pandai usik ibu yer.

Firas juga sekarang dah pandai defends from abang. Kadang tu ibu tengok bila abang datang dekat Firas, Firas, awal2 dah tolak abang ngan tangan sasa Firas tu.

Insya Allah, lagi beberapa minggu,ini akan completekan 6 bulan exclusive BF Firas.. Semoga dipermudahkan..

Wednesday, February 24, 2010

Farish 1;10 tahun, Firas 4 bulan

Alhamdulillah, Kedua-dua anak ibu membesar dengan sempurna.

Farish semakin berdikari, rajin tolong ibu.. tolong basuh CD, tolong sapu sampah dan juga tolong sepahkan rumah.

 

 

Tengoklah anak ibu yang makin debab ni.. berat ibu rasa dah 13+kg dah ni

Farish tak berapa petah bercakap lagi tapi mulut dia memang riuh kat rumah. Sekarang ni makin pemalu kalau jumpa orang luar. Dah pandai pilih channel feveret, dah ada lagu feveret, dan dah pandai nak pilih baju apa nak pakai.

Firas pulak Alhamdulillah last week check up berat dah naik ke 7.4kg. Sekarang Firas gigih meniarap, dah boleh buat gaya fly. Kadang tu ibu risau gak sebab kadang tu Firas tidur meniarap sendiri.

Firas masih menyusu susu ibu. Sekarang ni masih consume 3.5ozx 5 botol kat rumah mak Ani.. 

 

 

Firas start belajar meniarap time 3 bulan, sekarang dah master dah

Anak-anak kesayangan ibu..

Related Posts with Thumbnails