ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, August 14, 2011

Entry Jiwang: Memori 14/08


14hb Ogos.... hmmm.. Sebenarnya tarikh ini ada sesuatu dalam kamus hidup ibu. Wah! ni kira nak mengimbau 14tahun yang lalu. 14/08/1997..
Time tu ibu baru 1st year kat uni. Waktu kat uni ibu terminat kat sorang mamat ni. Adoi! Biasalah zaman remaja kan, tipulah kalau takde admire-admire ni. Ibu punya minat kat mamat ni sampai kalau terselisih pun rasa blushing gitu. Kerap gak ibu dok usha mamat ni sampailah satu hari 14/08/1997.. mamat ni tegur ibu.. Adoi! mahu luruh jantungku.

So, tarikh itu ibu memang kenang. Yerlah, start tarikh tu, ibu dan mamat tu kerap bertegur sapa. So, dalam diary selalu jer tulis 1408.. sikit-sikit 1408. Kononnya kalau jadi ngan mamat tu, ibu nak celebrate everything 1408. Cheh! budak-budak kan time tu. Ibu pun time tu baru 19tahun. Tapi takde jodoh, mamat tu dah ada awek dan ibu pun frust....

Masa berganti sampailah ibu bekerja, sampailah ibu berjumpa seseorang (abi la itu)... Kawan punya kawan,couple punya couple sampailah satu hari ibu dapat sms dari abi


"jom kahwin"


Fuh! tetiba jer abi sms wording itu. Tapi time tu ibu tak rasa apa sebab abi memang jenis suka main-main, suka keluarkan kata-kata manis tak kiralah ngan ibu ker atau orang lain. Tapi rupanya kali ini abi memang maksudkannya.. So selepas berjumpa, berbincang dengan serius dan kata sepakat diperolehi, ibu macam biasa balik dengan perasaan berbunga-bunga.

Ibu macam biasa, semua nak tulis dalam diary. Bila start menulis ibu tulis tarikh kejadian tersebut
14/08/2006

Wah! Rupanya 1408 yang selama ini menjadi tarikh yang ibu idamkan rupanya hadir dari seseorang yang sebenarnya akan menjadi teman hidup ibu buat selama-lamanya.

So, 14/08 juga termasuk dalam tarikh-tarikh yang ibu akan celebrate.

2 comments:

  1. so sweet la hana...mmm..ada maknanya ye tarikh tu ye..

    ReplyDelete
  2. Ayu, Hana memang jenis akan ingat tarikh-tarikh special. Tarikh 1st time jumpa hasben pun masih ingat lagi. Semalam tanya hasben, dia ingat tak tarikh ni. Hmm.. ayat standard lelaki.. hari apa?

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails