ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, January 29, 2010

Firas 3 bulan

F
 


Pejam celik pejam celik Firas dah masuk 3 bulan. 

18hb gi check up, Alhamdulillah berat naik lagi ke 6.3kg. Panjang tak diukur. Tapi tahu Firas dah meninggi sebab tengok seluar dia pakai semua dah senteng.

Sekarang masa jaga Firas lebih panjang. Walaupun begitu Firas tak kisah kena tinggal sorang-sorang janji perutnya diisi dan bontotnya kering. Tapi sekarang ibu dah letak playgym Farish untuk hiburkan Firas time ibu buat kerja.

 

Gambar Firas tengah tido... Bestnyer tido..

Firas juga semakin ceria, suka sengih, senyum dan gelak cuma belum terkekek-kekek lagi.. 

Dan Firas pun makin chubby, haritu ibu singgah kat RnR Tapah nak mandikan Firas, ada 3,4 orang makcik ikut ibu sebab geram ngan Firas.. Kata depa Firas montel.

Firas sekarang dalam proses belajar meniarap. Tapi kadang tu ibu kena bantu gak. Cuma ada 2,3 kali Firas berjaya meniarap sendiri, tapi tangan tersepit kat bawah dada plak. Ibu kena tolong gak.

 

Sekarang ni Firas masih minum 3oz per feeding kat rumah Mak Ani. Kat rumah, suka hati.. Cuma sekarang Firas dah tak sekerap dulu, tapi sekali bergayut lamaa. Dan menimbulkan kejelesan kat abang Farish.

Ibu kadang2 perasan bila abang Farish mula dekat ngan Firas, Firas mula buat muka serius. Ibu tau Firas cam tak selesa kat abang sebab abang suka cium Firas beratus2 kali sehari. Itu tanda abang sayaaang sangat kat Firas.. Kalau abang tampar tu biasalah dia geram sangat tengok firas dah makin bolat tu.

 

 


Wednesday, January 27, 2010

Kenduri akikah Farish dan Firas

Pada 16hb Januari lepas, ibu dan abi selamat melaksanakan akikah buat kedua-dua putera ibu. Walaupun budget ala kadar jer, Alhamdulillah, meriah gak kenduri. Sampaikan lauk memang ngam2 jer.

First time uruskan kenduri sendiri, memang kelam kabut ibu dan abi. Dengan takde perancangan budget, kami berserah jer. Dan Alhamdulillah walaupun budget kami just around RM3k, majlis sempurna jugak.

Mula-mula ingat nak buat 2 ekor kambing dan dua tumpuk lembu.. tapi takutla ramai tak makan kambing, so kami just buat 1 ekor kambing dan 2 tumpuk lembu. 2 tumpuk lembu tu untuk Farish dan seekor kambung untuk Firas.. Insya Allah kalau ibu dan abi ada rezeki lagi, kami akan lengkapkan bahagian Firas yer.

 

Inilah kambing akikah Firas.. Cool jer Firas atas dia, tapi bila letak abang Farish, melalak abang Farish.

Menu kenduri adalah kambing masak kurma, daging masak kicap, gulai ikan talang, ikan kering goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Paling awal habis adalah daging masak kicap tu, kurma daging pun ramai kata sedap.. Alhamdulillah, habis semua lauk.

Time kenduri tu pun ibu buat berendoi, saja seronok2.. tapi Firas jer naik sebab Farish naik dah melendut spring buai tu. Majlis berendoi disempurnakan oleh kumpulan Marhaban (ibu dah lupa nama dia), tapi diketuai oleh PPK Saodah.

 

Kumpulan berendoi sedang menyumbangkan suara masing-masing

 

Ibu sedang mendodoikan Firas sambil cuba mengikut lagu berendoi (aduih! ibu tak tahu liriklah)

 

Sopan dan ayu ibu gitu..

Jangan tak tahu baju oren yang ibu pakai ni adalah baju time ibu tunang ngan abi dulu.. Muat tu.. Dah kurusla ibu kan

 

Firas dari start berendoi pukul 12pm sampai kul 3pm dia tido tak jaga2. Nasib baik ibu dah pakaikan CD with 2 inserts.

Time kenduri kamera kat adik ipar ibu.. Dia plak sibuk tolong orang angkut lauk, buat air, so takde gambar sgt nak post kat sini..

Kesian Farish, depa tak amik pun gambar anak ibu.. Dahla siap berbaju Melayu bersampin bagai tu..

Dan malamnya...semuanya penat keletihan.



Saturday, January 9, 2010

Abang Farish Yang Penyayang

 

Farish sekarang dah berusia setahun 9 bulan..
Update tentang Farish...

Farish pas jadi abang, dia mula menunjukkan ciri-ciri abangnya. Walaupun kadang tu suka sakat adik, tapi dia sebenarnya sayang kat adik dia. Kalau ada orang kacau adik dia, dialah akan protect adik dia. Hari tu time kat rumah tokwan, sepupu dia kacau Firas, Farish tolak sepupu dia ke tepi. Pastu ada sekali sepupu dia tercampak barang ke muka Firas, habis satu rumah Farish pergi ngadu. Sayang sangatla kat adik dia tu.

Selalu pas balik kerja, Farish akan minta abi letak adik kat atas riba dia.

 

Dalam sehari rasanya beratus kali Farish akan cium Firas, kadang tu cium bunyik, kadang tu cium tembab kat muka Firas sampai Firas lemas, kadang tu cium2, pap kena sedas tamparan jawa Farish

 

Ibu, jangan risau, Farish boleh jaga adik, ibu pergilah buat kerja

 

Farish sekarang ni suka menunjuk kerajinan. Paling consistent buang sampah. Pantang jumpa sampah mesti dia akan buang, tapi kena ada verbal reward la pastu. Pernah satu hari abi terbuang pampers Farish, marah Farish kat abi. Abi kena amik balik pampers tu untuk Farish buang semula. 

Farish juga suka sangat ngan penyapu.. Jumpa penyapu mulalah aktiviti menyapunya. 

 

Dan Farish juga suka mengemas almari

 

Ni gambar pas sembahyang, time sembahyang adalah 3-4 kali tukar kopiah. Tapi ibu tau Farish anak yang soleh

Kalau dulu Farish suka keluarkan baju dari almari, tapi sekarang Farish suka sumbat baju dalam almari lak, tak kisahlah baju tu dah basuh ke belum.

Pas buat kerja dan ibu dan abi puas hati bolehla dapat upah

 

Syedappnyer...

 

Farish dah letihla ... Nak rehatla pulak..


Pumping Semasa Kerja

Sekarang dah 3 minggu ibu bekerja. Jadual pam ibu agak kucar kacir. Sejak masuk new year, perubahan jadual pada waktu klinik menyebabkan patient overlapped. So memang ibu kena kejar masa settlekan pesakit dan kadang tu pernah tak sempat nak lunch dan juga curi masa mengepam. 

Kadang tu dua kali jer ibu sempat pam time kerja. Tapi ibu harap ibu dapat overcome masalah ni secepat mungkin.

Okay, time kerja, ibu takde masalah banyak. Ibu ada bilik sendiri yang privasi, kunci pintu dan buat aktiviti (tak kunci pun takper, tapi takut jer time tgh selak baju ada orang masuk), cuma kekangan ibu adalah masa. Sekarang pulak Spectra3 ibu macam tak berapa kick. Mungkin sebab tak servis lagi. Bila la abi nak gi Penang ni, nak hantar S3 ibu kat Su Li ni. Dan ibu juga berkira2 nak beli Medela Freestyle, dah discuss ngan Aja. Insya Allah, Mac ni ibu dapat kot.

Kat opis, ibu selalu akan pam dalam kul 10 @ 10.30am, 1.45 @ 2.00pm dan 4.30pm. Tapi kadang tu terlari masa, tak sempat nak pam yang kul 10.30 tu, ibu pam time kul 12.00pm. Tu yang lari jadual.

Dan Alhamdulillah hingga kini ibu masih dapat amaun yang cukup buat Firas. Ibu seboleh-bolehnya cuba dapatkan 20-24oz time kerja. Bagi kat BS selalu 15oz (5x3oz). So boleh top up frozen. 

Ini hasil ibu kat tempat kerja. Time kul 10am selalu dapat banyak ni.

Pastu gi tumpang kat fridge pantry. Dulu selalu tumpang fridge ubat, sekarang ni fridge ubat tu dah penuh dan juga klinik dalam proses audit akreditasi, kang tak pasal auditor buka fridge ada bendasing dalam fridge ubat. So ibu tumpang dalam mini fridge klinik jer.

  


Monday, January 4, 2010

PENYUSUAN SUSU IBU DARI PANDANGAN ISLAM

Thank to Aishah sebab beri izin ibu copy-paste article ni..

Artikel ini diambil dari Facebook aku. Saja nak share dan sebagai panduan kepada diri sendiri.....

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu". Dari ayat di atas (Al-Baqarah:233)kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)

KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

Artikel yang sungguh menarik. Please take note this one.....

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah.

Related Posts with Thumbnails