ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, March 30, 2010

EBM Stock ibu

Alhamdulillah, sehingga kini ibu masih belum fail menyediakan stok susu buat anak-anak ibu. Tapi stok susu ibu hanya untuk Firas sebab Farish dah tak mau EBM. Farish yang yang fresh dari kantung. Makanya, frozen stok ibu bertambah-tambah. Sehingga kini, EBM frozen ibu dah lebih 150 bungkus dengan setiap satu 4-5oz. Alhamdulillah, murah rezeki ibu kali ni.

Jom tengok keadaan deep Freezer ibu.


Yang dalam plastik tu EBM dari bulan Disember 2009. Sekarang ni dah hujung March. Dah ada 4 bungkus plastik besar dalam deep freezer tu.Insya Allah semakin bertambahla stok EBM ibu.
Dan paling pasti, deep freezer ibu dah sangat-sangat sarat ngan EBM. Ibu pun taktau nak buat macam mana ni. Kalau masuk bulan April ni, ibu dah taktau nak letak mana dah stok. Ibu ada terfikir nak trade in DF ni.. tapi sayang lak.

Dua tiga hari lepas, lepas membelek-belek stok ibu, ibu terfikir untuk berkongsi rezeki ibu ni dengan sesiapa yang sudi. Maknanya, ibu bersedia berkongsi susu ibu ini dengan mana-mana bayi yang memerlukan..bermakna ibu sedang mencari anak susuan.

Sekiranya ada ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu dan tidak mahu FM sebagai pengganti, boleh berbincang dengan ibu. Ibu hanya sekadar membantu.

Dan harus diingat bahawa walaupun ibu meng'offer' diri menjadi ibu susuan, tetapi keutamaan Firas adalah didahulukan. Buat masa sekarang ni, Firas hanya diberikan fresh EBM (yang belum dibekukan), dan sekiranya suatu hari nanti ibu memerlukan frozen EBM ni, ibu perlu dahulukan Firas.

Maka ibu berharap mana-mana ibu yang berada disekitar Kedah/Perlis/Penang yang terlintas difikiran untuk mencari alternatif kepada susu ibu, insya Allah ibu sedia membantu. Kalau boleh biarlah proses ini dilakukan mengikut syariah, ada akad beri dan terima.

Semoga niat ibu dipermudahkan

Stimulating Let Down

Let Down atau Milk ejection reflex adalah proses di mana payudara mengeluarkan susu.
Semasa let down kita boleh merasa seperti ada denyutan di payudara dan kadang kala susu di payudara sebelah lagi akan turut meleleh.
Bila bayi semakin meningkat usia, semakin kurang rangsangan let down ini.
Di bawah ini ibu senaraikan cara-cara untuk merangsang let down.

Artikel di bawah ditulis oleh
Nicki Henskin
Bella Online Breastfeeding Editor

1.Relax
Take a few slow deep breaths. Close your eyes. Remember what a wonderful thing you are doing with your baby and how nursing is a fleeting time. Look at your baby's face and realize how short a time she'll want to lay in your lap and be one with mama.

2. Visualize the milk flowing -- For those who have not done visualizations, this may seem cooky, but it really does work! While you've got your eyes closed, relaxing, actually picture the milk ducts gently contracting and pressing the milk out to your waiting nursling. (Yikes… even as I'm writing about this, I'm feeling a little bit of letdown pressure!)

3. Drink some water -- Especially in the early weeks and months, this is a great strategy. Drinking a full serving or more of water each feeding is a useful way to keep hydrated and keep milk supply high. Just like running water in the bathroom to help you pee, drinking water while nursing can get things going! (Keeping water around the house where you might nurse is a great way for Dad to contribute to breastfeeding…see my article on Dads and Breastfeeding in related links below.)

4. Stroke the breast gently from base toward the nipple -- I'm not sure why this works, but it does. Along with relaxation, a couple gentle strokes with your finger from the base of the breast toward the nipple can get the milk moving.

5. Gentle Squeezes -- Just like my previous suggestion, a little physical stimulation of the breast while baby is also stimulating the milk by nursing can work. If you have an older nurser, you can also teach them to subtly do this themselves while waiting for the milk.

6. Remove baby from the breast and then back on again -- Once your baby is beyond 4-5 months and interested in everything, you'll notice that no sooner do they pop off to look around then the milk lets down. It's mystifying and bit annoying sometimes, but removing the baby from the breast can stimulate letdown. Switching sides back and forth a couple times has the same effect and may not annoy the baby as much as just taking them off and on, since they are used to the breast switching action and know it means more milk is coming.

Saturday, March 27, 2010

Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway

Ibu saja jer cuba nasib nak join contest ni. Contest anjuran catlina


Dan ini gambar yang ibu bersama Firas dalam SSC


Nama Anak : Tengku Muhammad Firas Handzalah b. Tengku Nazim
Umur : 5 bulan (gambar ini ketika berusia 4 bulan)
Umur : 1 tahun 5 bulan

Award dari Lady


1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
Thank you Lady....

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:

Anak pertama
Nama: Tengku Muhammad Farish Haikal
Tarikh Lahir : 5 April 2008

Anak kedua
Nama: Tengku Muhammad Firas Handzalah
Tarikh Lahir : 18 Oktober 2009

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
Tunggu 2 tahun lagi

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
DNNA
Umisofie
Kelly
Kak Yong
Aishah Megahaz
Dayah
Kikie
dan semua ibu-ibu yang rasa dirinya hot mama




Tag Sepuluh


Ibu telah ditag oleh Lady of Leisure
Tapi tag ni ada cara nak jawab: Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

[1] Siapakah diri anda di rumah?
Di rumah menjadi surirumah spenuh masa. Tapi kadang takpun sebab kadang-kadang kerjarumah hubby tolong buat gak. Ibu kepada Farish dan Firas.. Time nilah nak luangkan masa ngan anak-anak selepas seharian bekerja

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Saya seorang kawan yang senang didampingi. Sehingga kini saya masih berkawan baik dengan semua kawan-kawan yang saya kenal. Nak tahu lebih kena tanya kawan-kawan sayalah.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1. Toyota Vellfire
2. Rumah Banglo lengkap ngan swimming pool
3. Anak kembar (pas ni nak usahakan kembar pompuan lak)
4. Menunaikan Haji
5. Bebas dari segala hutang

[4] Siapakah nama pasangan anda?
Nazim Din

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
i) Abi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, sebab itu ibu pilih dia sebab ibu tahu dia akan menjaga keluarga yang dibina bersama ibu sekarang
ii) Abi seorang yang kelakar, loyar buruk dan suka mengusik
iii) Abi seorang yang berjiwa sensitif
iv) Abi suka memasak dan suka mencipta resepi
v) Abi sangat sayangkan anak-anak kami

[6] Bila tarikh anda couple?
Ntah, kami couple ka? Tapi ibu ingat pada 14/8/06 abi melamar ibu untuk dijadikan isteri melalui sms

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Kenangan pahit?? Pas kahwin ni takde kenangan pahit. Before kahwin, abi ada seorang peminat yang amat bencikan ibu. Seboleh-boleh dia takmau kami kahwin, tapi jodoh kami kuat.

[8] Lagu tema cinta anda?
You're My Everything.. nyanyian Santa Esmeralda.. Abi pernah dedicate lagu ni kat ibu melalui SinarFM time bercinta dulu.

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Menjadi seorang lelaki yang cool

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
Sesiapa yang nak buat, dipersilakan



Firas 5 bulan sudah

Alhamdulillah, Firas sudah pun menginjak 5 bulan. Dan Alhamdulillah, rezeki susu ibu untuk Firas makin bertambah. Betullah anak itu rezeki. Mula-mula ibu niat untuk tandem nursing, ibu selalu fikir, cukup tak bekalan susu ibu untuk kedua-dua anak ibu. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Firas time check up Rabu lepas sudah mencapai 7.98kg (kira 8kg lah tu). ALhamdulillah, membesar dengan baik.

Firas sekarang dah pandai bergolek2, kadang tu ibu tak sedar, Firas dah tergolek jatuh tilam. padahal ibu tinggal sekejap untuk buang air jer.

Firas sekarang dah mula pandai menggigit, kadang tu Firas saja jer gigit nipple ibu, pastu bila ibu jegilkan mata, Firas gelak jer. Ooo dah pandai usik ibu yer.

Firas juga sekarang dah pandai defends from abang. Kadang tu ibu tengok bila abang datang dekat Firas, Firas, awal2 dah tolak abang ngan tangan sasa Firas tu.

Insya Allah, lagi beberapa minggu,ini akan completekan 6 bulan exclusive BF Firas.. Semoga dipermudahkan..

Friday, March 26, 2010

Artikel Penyusuan susu ibu di Harian Metro Online

Artikel ni ibu jumpa di Harian Metro online..

Dan ibu ingin berkongsi dengan pembaca sekalian

Minda: Keberkatan susu badan

Amalan penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.


Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.


Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik. badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.

Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.


Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.


Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.


Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.


Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.




Tuesday, March 23, 2010

Mitos-mitos Penyusuan 2

Okay ibu sambung lagi 10 Mitos

Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan

Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang

Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas
Fakta
AIr kosong tiada kandungan nutrisi
Susu ibu sudah mengandungi air

Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun

Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak

Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu

Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple
Fakta
Teruskan penyusuan
Betulkan teknik pelekapan

Mitos 18
Apapbila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi
Fakta
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran

Mitos 19
Bayi yang 'gemuk' adalah bayi yang sihat
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan

Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM

Monday, March 15, 2010

Mitos-Mitos Penyusuan 1

Kali ini ibu nak share tentang mitos-mitos penyusuan pula

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin
Fakta:
sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebakan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu
Fakta
Semasa sakit,ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu

Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan

Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar
Fakta
tiada kaitan dengan perubahan hormon

Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar
Fakta
Saiz bukan penentu

Nanti ibu sambung lagi...


Sunday, March 14, 2010

Perkara yang boleh merangsang penghasilan susu

Selama ini kita banyak mendengar tentang makanan penambah susu. Macam-macam suggestion kita boleh amalkan.
Tapi yang paling penting adalah rehat yang cukup, kerapkan masa mengepam dan cukup hidrasi.
Dulu ibu pernah mendengar, bila kita happy, susu pun akan jadi meriah. Tapi entah ibu belum pernah experience lagi sehinggalah...

Time pergi kursus PC hari tu, perkara ini berlaku pada ibu pada hari kedua.
Dah berapa lama ibu tak experience breast engorged tapi tetiba hari kedua tu breast ibu rasa engorged walaupun Firas ada bersama. Before lunch ibu BF Firas dan tup2 susu menitis dari breast sebelah lagi. Firas lak BF sekejap pastu tido.

Time tu ibu tak bawa sebarang pam, botol dan juga cooler bag. So ibu ingat nak perah jer kat toilet nanti untuk kurangkan bengkak. Tapi kawan ibu Aznor offer ibu botol dia. So ibu amik satu dan perah ngan tangan. Time tu belajar Marmet Technique ngan Azlina sebab dia experience perah dgn tangan jer time anak 1st dulu. Boleh la dapat dalam 3oz gitu. Pastu Aznor lagi sekali offer Manual pam Medela Harmony dia. Ibu pun sambar la. Senang gak Harmony ni, kejap jer dah penuh 5oz.
Itu baru sebelah, sebelah lagi pun masih bengkak. Aznor pinjamkan lagi satu botol dan dengan harmony tu gak ibu dapat lagi 5oz dalam masa beberapa minit jer. Alhamdulillah. Susu tu ibu tumpang kat cooler bag Aznor dulu. Ingat nak bagi Farish minum bila Farish jemput ibu.
Tapi Farish takmau minum dalam botol, so bila pergi minum ibu campurkan ebm ibu tu dalam Milo O dia, habis segelas dia minum.

Kenapa susu ibu mencurah hari tu. Kerana hari kedua cover topic Breast Feeding management. so banyak input tentang anatomi dan fisiologi breast dipelajari, juga bercerita tentang susu ibu jer. Maybe ibu dah ada basic tentang tu so, sangat happy boleh berkongsi ngan kawan2 lain.

Makanya salah satu lagi cara nak banyakkan susu adalah mempelajari tentang tubuh kita dengan gembiranya, berbincang sesuatu yang berkaitan ngan susu ibu.

Dan, thanx to organizer sebab sediakan makanan yang best sangat. Mungkin tu pun faktor penyumbang gak kot.

Monday, March 8, 2010

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor-Northern Region

Alhamdulillah, dari 5-7 Mac 2010 baru-baru ini, ibu telah diberi peluang (very2 great oportunity) untuk join MBfPC- Northern Region yang bertempat di dewan SERI, Pulau Pinang.

Apa fungsi MBfPC ni?

MBfPC merupakan program yang diwujudkan untuk membantu ibu-ibu dalam proses penyusuan susu ibu. Sebenarnya di negara luar, Bf PC ni dah kira common, dan kini Malaysia ke arah matlamat tersebut.

So, apa fungsi PC?

Fungsi PC adalah untuk memberi informasi, sokongan dan galakan dalam penyusuan ibu kepada ibu-ibu dalam komuniti masing-masing. 

Maknanya ibu sekarang berfungsi sebagai PC di tempat kerja ibu dan juga kawasan sekitar ibu.

So jom tengok apa aktiviti yang ibu telah lalui selama 3 hari tersebut.

Seperti biasa, sesi ice breaking.. memperkenalkan diri masing-masing

 

Seterusnya Puan Kamariah a.k.a mama (founder susuibu.com, LC dan penyelaras MBfPC) memberikan penerangan tentang kursus.

Hall of expectation - apa expectation peserta untuk program ini.

Hari pertama,kami membincangkan topik2:

1.Kebaikan susu ibu kepada bayi, ibu dan persekitaran. 

2. Halangan2 dan cabaran2  yang diterima sepanjang proses penyusuan

3. Kemahiran komunikasi (penting sebagai PC)

Sesi pecah kepala

 

Sesi pembentangan (Pei Ching- nutritionist)

 

Juga Role play sebagai PC

Akin-observer, Aida- ibu, Pei Ching - PC

 

Break session- dancing session bersama Aida (time ni ibu lari jap sebab Firas bising nak susu) tak dapat ibu nak dancing2 ngan Firas.

Hari kedua

Topik yang dibincangkan

1. Anatomy & physiology of breast

2. basic BF management

Hari kedua ibu tak amik gambar lak.. tapi banyak benda yang cover pada hari ni..especially bab BF management. Masalah yang kerap ibu2 hadapi semasa proses penyusuan.

Hari terakhir

Topik

1. Baby needs

2. BF with baby with medical problem

3. Ideas to make it work

Hari ke3 ni best sebab aktiviti 1st tu kena acting like a baby.

group pertama jadi newborn- 1 month baby

group kedua:- 1-6 months

group 3: - 7-2 years

tengoklah aksi2 babies 

 

Babies kat nursery

 

Babies tengah rebut mainan


 Baby tengah main sebelum tantrum

Juga demonstrasi posisi penyusuan

 

Cross position - sesuai untuk tandem nursing, caeserian, atau baby yang suka BF sebelah breast sahaja

  

Lying down position -May Fern tengah demo

Dan akhir sekali sesi penyampaian sijil

 

Ibu sedang terima sijil

Seperti biasa bergambar beramai2

 

Dari belakang

Afni,Dayah, Annie,Akin,Aida, Pei Ching, Shu, Aznor, ibu+Firas, Aznida+Haifa, May Fern, Sarah 

Tengah

Dr. Faridah+Wafa, Yusrina, Pn Kamariah, Pushpa, Dr. Balkees, Shida+Irfan, Azlina+Akimah

Depan

Sabrina, Revathi, Dr. Nadrah dan Vasu

Tiada dalam gambar

Izzah- kena balik awal sebab kena pi KL untuk 1 course


 

Barisan urusetia yang amat dedicated


 

Gayatri menutup majlis dengan tarian Paraguay

Gambar2 si cilik

Wafa- anak Dr. Faridah

 

Firas- cam biasa menten hensem dia

  

Anak sapa la ni.. tido ngan gaya bebas

Akimah- anak Azlina

Now, ibu dah jadi Breastfeeding Peer Counselors

Thanx to the organizer especially, Kak Kamariah, Kak Faridah, Yus, Shida (thanx for recognised ibu) dan semua ibu2 yang hadir, kerana anda semua telah memberi inspirasi kepada ibu. Bagi ibu 3-days course ni sangat sekejap, banyak benda yang ibu masih nak belajar, masih nak mendalami. Kursus yang ibu rasa tak sama dengan kursus2 lain.

It is not an ordinary course, bukan kursus setakat kena ingat dan apply. This course betul2 menyentuh hingga ke hati. Keep up your good job.

Ibu rasa ada satu tanggungjawab yang berat yang bakal ibu tanggung, tapi ibu tahu ada ganjaran di akhir nanti. Walaupun tiada ganjaran dari segi fizikal, tapi ganjaran dari segi spiritual amat bermakna.

Insya Allah ibu akan teruskan usaha dapat memartabatkan penyusuan susu ibu di kalangan ibu2 di Malaysia..Ya Allah berikan ibu kekuatan dan kecekalan.

So.. apa 1st step ibu???


Tuesday, March 2, 2010

Susu ibu merudum

Ibu sebenarnya risau hari ini. Hasil pengepaman hari ni kurang memberangsangkan. Kalau selalu ibu boleh dapat 24-27oz 3x pam time kerja. Hari ni cuma dapat 20oz jer 3x pam. Sedih sangat.

Ibu tak tau apa sebabnya.. tapi ibu rasa maybe sebab spectra3 ibu gak, ibu dh rasa suction dia agak lemau, macam tak pam habis.. Nak kena pi servis. Dah berkali-kali ibu call Su Li tapi dia asyik takde jer time yang ibu available nak hantar servis.. 

Ini yang menyebabkan ibu lagi berkobar-kobar nak beli Freestyle, duit dah cukup sangat.. tapi Aja pulak tak reply lagi email ibu...

Aduih! janganlah berlanjutan macam nie


Dan ibu juga risau kalau period ibu dah nak datang..

Tapi ibu paling risau kalau ibu terpregnant.. Kalau boleh taknak lagi, biarlah ibu smepurnakan dulu penyusuan Firas sampai 2 tahun

Related Posts with Thumbnails