ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, April 30, 2010

penyediaan stok makanan bayi

Kali ni ibu nak share macam mana ibu sediakan makanan untuk Firas. Sekarang Firas baru seminggu start solid food. Dan ibu memang masak sendiri bubur untuk Firas. Seperti susu ibu, makanan juga ibu takmau yang fast food @ process food punya macam Nestum, ibu lebih suka masak sendiri. Biar anak2 ibu makan air tangan ibu.

Sekarang ni firas hanya makan bubur yang ditapis dahulu. Untuk memudahkan ibu,ibu blend halus beras tu dengan pengisar kering. simpan dalam tupperware.

Untuk bilis pulak, ibu pilih bilis jepun. Abi kata bilis jepun ni kurang masin. Bilis jepun ni halus-halus.
Ini rupa bilis jepun yang ibu baru beli. Dia halus dan warna putih.

Basuh bilis berkali2 untuk kurangkan rasa masinnya. kemudian goreng sangai (goreng tanpa minyak) sehingga betul2 kering. Kena make sure kerig betul2 sebab kita nak buat stok. Kalau lembab nanti bilis cepat rosak.

Ini rupa bilis yang siap digoreng.. masih dalam kuali lagi.

Kemudian blend halus dengan pengisar kering jugak.. Simpan dalam tupperware (atau tipuware).

Ini rupa bils yang siap diblend.

Tupperware atas, stok bilis.
Tupperware bawah stok beras halus..

Dibebaskan kerana menyusu anak

Ibu terbaca petikan akhbar berita harian semalam.. Ada satu berita yang menyentuh hati ibu..


IBU 17 TAHUN DIBEBAS, ANAK ENGGAN MENYUSU
KUCHING: Polis terpaksa membebaskan seorang wanita berusia 17 tahun yang ditahan bersama suaminya kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran pil khayal Ahad lalu, selepas anak mereka berusia 18 bulan enggan minum susu tepung sejak dua hari lalu.
Berikutan itu, keluarga suspek yang menetap di Beladin, pusa, terpaksa berulang alik sejauh hampir 200km bagi membolehkan bayi berkenaan disusukan oleh suspek yang ditahan di IPD Betong.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffari, berkata sebelum ini pihaknya mendapat perintah reman dua suspek itu selama 4 hari bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas mereka dilakukan.
"Atas dasar kemanusiaan kita melepaskan suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengidar pil nospan bersama suaminya dengan jaminan RM1000 yang dibayar ahli keluarganya" katanya.

Hmm.. terkedu ibu baca petikan surat khabar tu. Dan ibu percaya yang bayinya menyusu badan sepenuhnya. 18 bulan dah anak dia, salute dengan ibu muda ni. Dan kesanggupan atuk dan neneknya berulang alik hampir 200km tu amat menyentuh perasaan ibu.. Huih! jauh tu.. macam Alor Setar ke Kuala Kangsar tu.. Dan jalan kat Sarawak bukan macam highway PLUS tu.

Tengok, betapa bayi itu ingin membantu ibunya sehinggakan pihak polis pun terpaksa membebaskan ibunya. Dan ibu pun salute pihak polis atas dasar prihatin tersebut.. Maybe isteri dia pun menyusu anak jugak. Hanya orang yang sayang anak akan mengerti perasaan anak tersebut.

Tapi yang salah tetap salah.. kalau sahih kesalahan hukuman perlu dilaksanakan juga..

Ibu terbayang, kalau ibu ini perlu dipenjara, maybe kita boleh support BF dia dengan mengajar dia memerah dan menyimpan susu di penjara..

Tuesday, April 27, 2010

FIRST CRY

Hmm..mombloggers planet ada buat contest..jom join
tengok sini Mother's day giveaway by Alice Wonders

Ibu disahkan hamil tatkala usia perkahwinan ibu mencesah 2 bulan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung ibu tidak mengalami sebarang alahan dan proses mengandung berjalan dengan lancar. Namun ketika usia kandungan ibu genap 36 minggu, ibu dikhabarkan bahawa air ketuban dah tinggal separuh, uri dah matang dan berat baby ketika tu baru 2.2kg. Ibu perlu diindius pada hari tu juga.. Dengan linangan air mata ibu menerima berita itu dan berharap akan melahirkan anak sulung ibu dengan sempurna.
Di dalam wad, ibu telah dimasukkan ubat untuk mempercepatkan bukaan rahim, tetapi sehingga keesokan harinya, bukaan hanya 3 cm, maka doktor mengambil keputusan ibu perlu bersalin esok juga.
Di dalam hati ibu, bermacam2 fikiran timbul. Paling ibu takut kalau anak ibu lahir, anak ibu tak menangis, low Apgar score.anak ibu tak sempurna, anak ibu bakal mendapat cerebral palsy.. Ibu sangat takut sebab ibu banyak berjumpa dengan pesakit ibu yang sejarah kelahiran tidakmenangis selepas lahir.. tak dapat ibu bayangkan.. ibu sangat takut waktu tu.. tapi ibu positifkan diri anak ibu akan selamat. Ibu berselawat, berzikir, memohon pada Allah agar anak ibu sempurna.

Keesokannya, jam 9 pagi di bilik bersalin ibu dimasukkan pitosin untuk mempercepatkan lagi bukaan rahim. Tepat jam 12.15pm, ibu terasa ada sesuatu yang mendesak dari pintu rahim. Bila diperiksa, rupanya kepala anak ibu sudah kelihatan. Doktor meminta ibu supaya meneran.. Alhamdulillah 2 kali meneran, ibu selamat melahirkan seorang putera. Sebaik uri dipisahkan bergemalah teriakan anak ibu dalam bilik bersalin itu.. Suara yang paling ibu mahu dengar. Teriakan nyaring itu bermakna anak ibu sihat, paru2 anak ibu berfungsi dengan baik. Anak ibu lahir sempurna tanpa sebarang cacat cela.. Ibu mampu menghembus nafas lega.. Syukur Ya Allah..

Bila abi meletakkan anak ibu atas dada ibu tatkala teriakan anak ibu berhenti, ibu pula menangis.. bukan menangis menanggung kesakitan, tetapi menangis menanggung kegembiraan dan kesyukuran.. Terima kasih Allah atas kurniamu itu..

Itulah kisah ibu dan tangisan pertama putera ibu Farish Haikal dan tangisan pertama ibu sebagai seorang ibu. Tangisan pada 5hb April 2008 jam 12.23pm.

Farish Haikal 1st Cry

Baby ibu dah besar.. dah jadi toddler pun

Mother’s Day Giveaway by Alice Wonders

Yup! Mother’s Day Giveaway sponsored by AliceWonders.com is back!!

It’s the time of the year to reward the most special woman in our life! AliceWonders.com would like to organize a special contest for the well-deserved and incredible mums out there by giving out FREE goodies!

  1. Grand Prize Winner x 1 – FREE Designer Inspired bag of the winner’s choice (any bag available on the website)
  2. Consolation Prizes (Unlimited) – All submissions gets 15% Mother’s Day Cash Voucher To Shop At AliceWonders.com

It’s easy to enter. Just follow these steps.

  • Make a new post on your blog, titled THE FIRST CRY and share your first baby birth experience.
  • Must link AliceWonders.com and MomBloggersPlanet’s contest giveaway post
  • Must put the contest banner and link back to this contest page.
  • Leave the URL to your entry in the comment box below.

Here are the URL to be included in your blog post and banner for the sidebar.

http://AliceWonders.com

http://mombloggersplanet.com/3939/mothers-day-giveaway-by-alice-wonders/

Motherhood is a journey of discovery, tears, fears, smiles and happiness. All these are truly felt when you held your bundle of joy for the first time, when you heard him/her cry for the first time.

All pleasant experiences are worth sharing and your first baby birth experience is definitely a pleasant one that you would remember all your life.

So, let’s share your first baby birth experience and stand a chance to win a gorgeous bag!!

Terms & Condition

  • This contest is opened to Malaysian only.
  • Contest starts from 26th April and ends on 7th May 09. HURRY!!
  • By participating, you expressly consent for your particulars to be posted on MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com
  • MomBloggersPlanet.com will select the winners
  • AliceWonders.com will handle the prizes delivery.
  • Judge’s decision is final and no correspondence will be entered into.
  • Winners will be announced on MomBloggersPlanet.com and also will be contacted via email.
  • MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com reserves the rights to change, amend, delete or add on to these Terms and Conditions without prior notice to you and shall become effective on such date as determine by us. You agree to be bound by such amendments.
  • MomBloggersPlanet.com and Alice Wonders.com reserves the right to cancel the contest at any stage, if deemed necessary in our opinion, and if circumstances arise outside of our control.

Sunday, April 25, 2010

CONTEST BABY COMOT MAMAM


Ibu tengah bloghopping dan jumpa contest ni kat blog letshopalistic.
So teringat ada gambar Farish tengah makan, nak gi cari sat..

okay ini gambar Farish yang comot

Nama : Tengku Muhammad Farish Haikal b. Tengku Nazim
DOB : 5 April 2008
Nama ibu: Norhana bt. Abu Seman
Nama bapa: Tengku Nazim b. Tengku Din

Gambar ni diambil semasa umur Farish 1tahun 10bulan. Aiskrim tu adalah pemberian dari paklong yang sangat suka beli aiskrim bila balik kampung. Farish memang seorang kanak-kanak yang tidak cerewet makan macam ibu dan abi.
Dan Farish lebih suka suap sendiri makanan berbanding ibu atau abi tolong suapkan. Mungkin sebab dah jadi abang, Farish nak tunjuk dia pandai berdikari. Dan feveret Farish adalah ikan bakar.. Kalau ikan kembung tu, boleh 4 ekor dia hadap. memang anak ibu dan abi

Breastfeeding- Masalah ibu bekerja



Ada beberapa orang ibu yang bertanyakan kepada ibu macam mana ibu-ibu lain boleh berjaya BF walaupun mereka sibuk bekerja?
Dan sebagai konklusi ibu senaraikan beberapa kemusykilan yang sering diutarakan?

1. Saya hanya pam time lunch hour jer.. cukup tak untuk baby saya?
- tak cukup. sekiranya anda bekerja 8am-5pm, anda sepatutnya memerah susu sekurang-kurangnya 3 kali semasa waktu bekerja.

Ibu bagi cadangan:
a) i) perah sebelum datang kerja (6.30am) di rumah
ii) pukul 10.00am
iii) lunch hour (1-2pm)
iv) sebelum pulang (4.30pm)

atau bagi mereka yang sangat padat jadual kerja, boleh juga ikut jadual di bawah
a) i) perah awal pagi sejurus bangun tidur (5.30am)
ii) pukul 8.00am
iii) lunch hour
iv) sebelum pulang

Jangan fikirkan tentang kuantiti setiap kali sesi pemerahan, tetapi positif yang susu akan cukup buat bayi anda. Ingat! kurangnya sesi perahan boleh menyebabkan kuantiti susu semakin berkurangan.

(untuk yang bekerja shif, boleh sesuaikan mengikut masa kerja anda.. selang masa antara 3-4 jam sekali)

2. Macam mana nak skip kerja untuk memerah susu, bos tak bagi rehat lama-lama?
- disarankan agar memilih pam yang mengandungi fungsi double pump. Ini dapat menjimatkan masa kerana kedua2 payudara dipam serentak.
-sekiranya anda kreatif, anda hanya perlu memerah susu di tempat kerja anda sambil membuat kerja anda seperti menulis dan menaip.

3. Tempat kerja saya tiada peti ais, macam mana nak simpan perahan susu saya?
- anda boleh menggunakan cooler bag/ box anda. Letak beberapa ice pack/brite ice/techni ice di dalam cooler bag/box anda. Cooler bag/box dan icepack yang baik,boleh tahan beku sehingga 12jam. Digalakkan anda menggunakan 3 ice packs.

4. Saya perlu ke tandas untuk membasuh pam, tetapi tandas jauh dari ruang kerja saya?
- tidak perlu membasuh pam setiap kali menggunakannya. Air susu kita sendiri mempunyai bahan antikuman. Anda hanya perlu mengelap corong dengan kain yang bersih, simpan corong pam anda di dalam cooler bag/box yang berisi ice packs. Gunakan untuk sesi perahan seterusnya dan basuh bila pulang ke rumah nanti


Saturday, April 24, 2010

Resepi si manja 6 bulan

Actually entry ni ibu buat kat FB last year, time introduce solid food kat Farish.
So lagi sekali sebab Firas pun dah start solid food, ibu tempek kat sini plak.

Tapi ibu rasa ibu nak alter sikit resepi buat Firas nanti. Nanti ibu akan update. But buat panduan, ini resepi time Farish dulu

Ibu guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: bubur nasi
Hari 4-7 : bubur nasi + kentang
Hari 8- 11 : bubur nasi + carrot
Hari 12-15: bubur nasi +bayam
Hari 16- 19: bubur nasi + bilis
Hari 20-23: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+carrot+bilis
Hari 28- 31: bubur nasi+bilis+bayam

Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.
Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.


Selamat menjamu selera

..
gambar dari googles

tak sangka time ibu googles image for bubur, terjumpa gambar Farish sedang disuap.. itu saat Farish mula makan solid food.. selera sungguh Farish

Award dari Hazu

Dah lama ibu dapat award ni, tapi takdan nak tepek.
Tak sangka ada gak orang appreciate blog ibu. Ibu menulis sekadar untuk berkongsi maklumat. Tapi tergolong gak kategori blog canthek yer.. Thanx to Hazu

So ini award yang ibu dapat


Syarat-syarat bila dah dapat award :

1. Thank and link the person that gave you the award.

Terima kasih,
Hazu.

2. Pass this award onto 7 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

rasanya ramai yang dah dapat. Kepada mana yang belum dapat, silalah ambil award ni

Bagi saya semua blogs adalah cantheq

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

Siapa yang terima award ni.. silalah ambil

4. State 7 things about yourself.
- Seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang
- Seorang ibu kepada 2 anak lelaki yang hensem
- manja
- suka masak
- suka bersukan, tapi dah jarang ada masa.. tu pasal badan naik jer
- agak cemburu
- Seorang breastfeeding peer counsellor (jangan malu-malu yer, saya sedia membantu)

Menyusu perlukan ilmu

Semasa anak pertama, ibu hanya menimba ilmu tentang penyusuan di majalah sahaja. Ibu ingatkan ianya sesuatu yang mudah rupanya tidak.. Ilmu bF pun kena gali.
Kat kawasan ibu tiada BF class. memang susah nak belajar sebelum melahirkan. Nasib baik di zaman canggih ni ada internet (dunia tanpa sempadan) yang boleh kita surf dan cari segala maklumat.. Bertuah orang-orang sekarang ni yer..

Maka ibu ingin seru kepada bakal2 ibu agar menimba ilmu secukupnya dalam BF ini sekiranya ingin melakukan penyusuan berjaya.
Apa yang perlu kita cari:

Anatomi dan fisiologi payudara
- ibu2 perlu tahu serba sedikit tentang bagaimana susu dihasilkan. Ingat saiz bukan penentu kejayaan BF. Tahu apakah yang boleh menyebabkan pertambahan susu dan juga apakah yang menyebabkan susu menurun. Sedikit sebanyak tahu bahagian payudara, apa itu areolar, apa itu nipple dan sedikit struktur di dalam payudara.

Teknik lekapan
- yang ini memang wajib kena tahu. Teknik lekapan yang salah boleh menyebabkan berlakunya puting merekah, bayi tak dapat susu yang secukupnya dan membawa kepada kegagalan menyusu.

Kuantiti susu
- kena tahu bahawa di awal2 kelahiran sedikit saja kolostrum sudah cukup mengenyangkan bayi. Kuantiti ebm tidak sama ngan ABM (artifial breastmilk)

Pengurusan EBM
-ini sangat penting untuk ibu2 yang bekerja. kena tahu prosedur memerah,menyimpan, tempoh penyimpanan, ketahan EBM..semua kena ambik tahu

Masalah-masalah dalam penyusuan
-kena juga ambik tahu tentang bagaimana berlaku breast engorgement, sore nipple, mastitis, low milk supply dan cara-cara mengatasi

Cari sokongan
-ini penting terutama bila ibu-ibu mengalami masalah dalam penyusuan. Sekarang ni dah ramai pakar laktasi dan terkini dah ada peer counsellor di setiap kawasan ibu-ibu. Cuma kena usaha untuk mencari sumber yang dipercayai.
-sekarang juga terdapat beberapa forum yang banyak membincangkan tentang penyusuan susu ibu..
- dan juga blog2 yang ditulis oleh ibu2 yang dedikasi terhadap penyusuan
- sekarang pun dah banyak SGM diadakan.. Turut serta jika anda ada masa. banyak maklumat bermanfaat boleh dikongsi bersama.

kenapa perlu ilmu penyusuan??
Ini kerana supaya matlamat penyusuan kita boleh tercapai dan juga sebagai perisai terhadap mitos2 penyusuan yang direka.

Selamat menggali ilmu...
(boleh rujuk kat sidebar ibu laman2 penyusuan yang selalu ibu kunjungi)

Friday, April 23, 2010

Firas 1st Solid Food

Hari ni ibu cuti so ibu plan nak start bagi solid food buat Firas. Ikutkan nak delay lagi, tapi abi kata dah okay tu nak start since Firas pun bila tengok orang makan dia pun dok mengecap sama.

Macam Farish, ibu janji ibu akan sediakan makanan dari hasil tangan ibu semdiri. Sepertimana ibu hanya bagi susu ibu, makan pun camtu juga..no instant punyer. Nestum... sorry..

So resepi hari ni
Bubur kosong

Sebelum tu ibu dah blend kering siap2 beras dansimpan dalam tupperware.
Ibu amik satu sudu beras hancur dan rebus dengan air (bertapis).. biar sampai masak.
Lepas tu ibu tapis lagi bubur tu supaya dapat bubur nasi yang sangat smooth dan sedikit cair untuk permulaan.

Hari ni juga Firas baru dapat rasa air kosong.
Mula-mula suap air kosong tu, dia luahkan.. pelik kot rasa, tawar jer.

Then ibu suapkan sikit dulu bubur.. Firas buat muka pelik, luahkan.
2nd trial pun camtu gak...
3rd trial baru telan.. itupun muka confused lagi..

SO hari ni rasanya Firas hanya makan 1 sudu jer bubur.. okaylah tu untuk permulaan.
Kalau ikut advise pun memang awal ni satu sudu pun dah cukup...

Tengok..comotnya mulut anak ibu

Tapi pas 15minit Firas cari susu ibu jugak. dapat jer, terus tak lepas...

So esok ibu try lagi....


Monday, April 19, 2010

Firas 6 bulan sudah

Pejam celik pejam celik Firas dah pun genap 6 bulan semalam.. Kejap jer rasa.
Dan Alhamdulillah, selama 6 bulan ni Firas menyusu susu ibu sepenuhnya. Bolehke dipanggil exclusive? Selama 6 bulan Firas hanya minum susu ibu, beberapa titik air zam zam ketika baru lahir, dan juga beberapa ml pcm bila Firas demam (tapi Firas jaaarang demam)..

Waktu mula2 menyusu Firas, ibu selalu tertanya, mampukah ibu harungi 6 bulan pertama ni dengan jayanya.. Ibu bimbang juga kerana ibu mengamalkan tandem nursing, adakah cukup rezeki ibu buat Firas? Tapi Alhamdulillah, rezeki Firas murah.. walaupun ibu hanya dapat pam time kerja, tapi stok ebm Firas sehingga saat ini dah mencecah 200 bungkus EBM frozen dalam deep freezer..

Sebenarnya perjalanan BF Firas sangat mudah. Tiada halangan dan rintangan malah sokongan yang kuat dan padu dari abi tersayang dan juga orang sekeliling. Ibu juga sentiasa ada dengan firas kerana sejak Firas lahir, ibu tak pernah hadiri mana2 kursus di luar negeri Kedah. Kalau adapun kursus MBfPC kat Penang tu, tapi Firas pun attend sekali kursus tu.

Selepas mengharungi 6 bulan pertama ni dan mengimbas kembali 6 bulan pertama Farish dulu, banyak bezanya.

Saturday, April 17, 2010

Mahu menyusu tapi tinggal berjauhan

Ramai ibu2 muda sekarang dah ada kesedaran untuk menyusu bayi dengan susu ibu. Alhamdulillah, moga kadar ini akan bertambah dan sentiasa bertambah..
Tapi ada juga kes yang mahu menyusu tetapi anak ditinggalkan bersama ibu bapa di kampung atas sebab2 tertentu.
Baru-baru ni ada kawan ibu yang bakal menimang cucu (ibu ramai kawan yang berumur 50an tau).. Dia juga menggalakkan menantunya untuk menyusu badan dan selalu minta tips dari ibu. Satu hari dia datang jumpa ibu tanya pendapat bagaimana kalau cucu dia nak ditinggalkan bersama besan dia (mak kepada menantunya), tetapi penyusuan ibu tetap diteruskan.

Pendapat ibu mudah saja.. boleh.. tapi kena maintain 8x pumping perday without skip. Tapi banyak perkara perlu difikirkan..

Ibu meletakkan ibu di tempat menantunya..

Ibu takde masalah nak pumping kat tempat kerja. Boleh konsisten 3-4 kali pumping.. tapi bila balik rumah..ibu rasa ibu tak laratla nak jaga tgh2 malam 2-3x nak mengepam.
Sebab ibu kalau tido memang susah nak jaga kecuali dengar anak2 ibu nangis. Itupun ibu cuma mengiringkan badan, selak baju dan direct BF dan ibu sambung tido balik sementara baby menyusu sehingga puas..

Tapi ibu rasa nak berjaga tanpa raungan bayi tu amatlah sukar.. bayangkan kalau time nak jaga ngan alarm clock, 2,3 kali handphone tu bunyi, baru ibu nak bangun (itupun kalau bangun terus).. so ibu rasa sukar ibu nak bagi komitmen macam tu..
Ini berbeza ngan EP (exclusive pumpers), sebab baby masih bersama dan itu motivasi ibu nak bangun mengepam susu di tengah2 pagi buta.

Dan reason kedua, ini memang ibu selalu nampak.. anak akan ada gap ngan ibu itu sendiri. Ada kawan ibu yang tinggalkan anak dengan nenek, pulang setiap weekend. Babynya yang waktu itu baru berusia 3-4 bulan dan pandai memilih untuk tido bersama nenek berbanding ibunya sendiri.

Dan juga agak sukar untuk kita direct feeding disebabkan baby dah biasa menyusu dengan botol siang dan malam..

Bagi ibu, sewajibnya anak mesti ada bersama ibu untuk menjayakan penyusuan ibu, sama ada direct @ bottlefeed.. even kalau bagi FM pun, anak wajib berada dengan ibu kecuali beberapa perkara yg sangat2 tak ada solusinya..

Friday, April 16, 2010

Hand expressing- Marmet technique

Ramai yang nak tahu macam mana nak perah susu dengan tangan. Tahukah anda, sekiranya anda mahir memerah dengan tangan, anda tidak perlu lagi menggunakan pam. Ibu pernah experience perah dengan tangan dan hasilnya lebih cepat berbanding pam. Dan ibu selalu perah dengan tangan selepas mengepam bila ibu merasakan payudara tidak lembut sepenuhnya. Dan selalunya selepas 15 minit pam, ibu boleh dapat lagi 1oz dengan menggunakan tangan.

Kenapa ibu tak terus perah dengan tangan? Ada sebab kenapa ibu masih bergantung dengan pam.
Ini kerana,
-ibu belum cukup expert guna tangan
- perah ngan tangan takleh buat double pumping
- ibu nak buat kerja serentak (pam dan menaip/menulis)

Tapi kalau anda seorang yang bekerja tanpa hambatan masa, memerah dengan tangan adalah the best way untuk mengeluarkan susu.

Jom kita tengok video ni macam mana nak memerah susu dengan tangan menggunakan teknik yang dipanggil marmet technique

Boleh tengok video marmet technique kat sini


Ibu try nak put you tube video kat sini, tapi ibu tak jumpa. but ibu jumpa satu video yang menarik juga di bawah


Thursday, April 8, 2010

Berapa oz baby perlu minum?

Rata-rata ibu keliru berapa oz yang perlu diberi kepada bayi setiap kali penyusuan? Adakah sama kuantiti dengan FM?
Sebenarnya tidak sama sekali. FM perlu mengikut sukatan yang ditetapkan supaya kandungannya cukup buat bayi, tetapi tidak untuk EBM.

Sukatan EBM tidak sama antara bayi A dengan bayi B. Hanya ibu yang boleh menentukan sama ada cukup atau tidak kuantiti EBM untuk bayi mereka. Maka perlulah ada try & error dalam menentukan kuantiti EBM yang diperlukan.

Macam ibu, time Farish dulu, ibu main hentam saja bagi. Tapi tak pernah lebih dari 4oz sehingga umur Farish satu tahun. Lepas tu ibu dah stop bagi EBM.

Untuk Firas, ibu akan observe. Waktu mula2 Firas dihantar ke rumah Mak Ani, ibu bekalkan Firas 6x2oz.. Setiap hari pasti ada balance 1 botol. Masuk bulan ke3 Firas minum 6,6 botol licin. Maka ibu tambah ke setiap botol 1/2 oz lagi menjadikan 2.5oz per botol. Masuk bulan ke4, Firas mula minum 3oz per botol.

Sehingga sekarang Firas masih lagi minum 4-5x3oz kat rumah Mak Ani. Pernah ibu naikkan ke 3.5oz, tapi 2 hari berturut2 balance 2 botol. Maknanya Firas hanya minum 3 botol jer. Maka ibu kurangkan kepada 3oz semula. Barulah Firas habiskan 5 botol.

Sebenarnya amaun susu kita yang tentukan. Sekiranya banyak kita bagi, banyaklah bayi minum. Dan juga penggunaan puting juga memberi kesan kepada amaun penyusuan. Puting yang saiz lebih besr menyebabkan aliran susu laju dan menyebabkan bayi minum lebih.
Maka disarankan agar menggunakan puting bersaiz 1 atau newborn sahaja. Ini untuk mengelakkan bayi selesa minum botol dan menolak direct BF. Selain itu faktor aliran yang laju menyebabkan bayi mahu minum lebih lagi.

Macam kita juga.. biasa kita minum guna straw kecik (macam straw vitagen tu), minum sebotol vitagen pun dah rasa kenyang.. tapi bila kita minum guna straw ABC, satu gelas yogurt drink pun tak cukup rasanya.

MaMa_aDHa ; BaBy iN BlUe CoNTesT


Ni pulak ada contest dalam blog mamaadha.. Jom join

Ini adalah gambar babies ibu in Blue



Gambar Abang Long yang Sayangkan adiknya
Nama anak : Farish Haikal
Umur : 2 tahun (1tahun 8bulan ketika gambar diambil)
Kategori : Boy



Penjagaan bayi yang kelakar

Saja ibu nak share cara-cara penjagaan bayi ni dengan kawan-kawan ibu
Thanks Nuyue







Tuesday, April 6, 2010

Happy 2nd Birthday Farish

Semalam 5/4/2010 genap dua tahun usia putera sulung ibu. Kejap jer rasa masa berlalu. Rasa tak percaya yang baby ibu ni dah bertukar status.. dari baby kepada toddler. Anak ibu dah jadi toddler yer.. Makanya pas ni kalau kita gi bercuti naik Air Asia, tambang anak ibu dah kena bayar tambang orang dewasalah.

Mengimbas kembali dua tahun lepas, uish! bermacam cabaran ibu dan abi hadapi. Kelahiran Farish ketika usia kandungan genap 36 minggu betul2 mencuakkan ibu dan abi. Dah la time tu dapat tahu yang Farish ni kecik, berat kandungan tak selari ngan umur kandungan, air ketuban ibu dah tinggal separuh dan juga uri dah pun matang. Ibu terpaksa di 'induce' hari tu jugak. Alhamdulillah sepanjang tempoh induce tu ibu tak rasa sakit even contraction dah bermula. Time sat melahirkan pun ibu tak rasa skit dan amat mudah sekali. Hanya 2 kali teran,Farish selamat dilahirkan.

Tapi waktu tu ilmu ibu cetek, panik susu takde di hari pertama kelahiran Farish, ibu dah bagi FM kat Farish. Balik rumah, masuk hari ke3, baru ada susu selepas diurut. Tapi bila masuk hari ke4,Farish pula kena admit sebab jaundis. Alhamdulilah Farish hanya masuk wad tak sampai 24jam pun.
Tapi bila masuk hari ke9, lagi sekali Farish kena admit sebab sepsis. Maybe salah ibu ngan abi beri Farish macam2 penawar jaundis (kononnya), dan akhirnya Farish kena masuk wad 5 hari untuk complete antibiotik. Aduih! time tu ibu rasa cam nak meroyan pun ada.

Time Farish 9 bulan lagi sekali Farish kena admit sebab cirit birit. Lagi 3 hari kita berkampung kat wad pediatrik tu.

Bila umur Farish 10bulan, ibu pula disahkan mengandung. Waktu tu ibu taktau nak kata apa, antara suka dan kesian. Kesiankan Farish sebab Farish masih fully BF time tu.

Dan bila umur Farish hampir setahun, lagi sekali Farish kena admit.. dan result blood test menunjukkan Farish menghidapi alpha thalasemia.. Lagi sekali ibu dan abi tak keruan.
Farish pula kurang selera makan, berat tak naik2 untuk beberapa bulan.
Tapi bila adik lahir, Farish kembali sihat macam dulu. Farish kembali menyusu susu ibu hingga saat ini.

Farish,
sesungguhnya ibu dan abi sangat sayangkan Farish. Farish merupakan anak yang sangat menghiburkan. Suka buat lawak, kuat merajuk dan saaaangat manja. Sampai sekarang ni pun Farish masih cemburukan adik especially bila adik nak menyusu. Farish selalu buat adik, kadang tu calar balar muka adik.Ibu tahu jauh di sudut hati Farish, Farish sayangkan adik, tapi Farish tak reti nak salurkan sayang tu sebab Farish membesar di kalangan abang2 yang lasak.

Farish,
ibu dan abi sentiasa doakan agar anak ibu menjadi seorang yang dihormati suatu hari kelak. Farish merupakan ketua keluarga selepas abi. Ibu harap Farish akan menjaga adik-adik dan juga menjaga ibu dan abi sebagaimana abi menjaga adik2nya dan juga maktok dan tokwan.



HAPPY BIRTHDAY MY BELOVED SON.......................

Saturday, April 3, 2010

Makanan penambah susu

Ramai yang bertanya pada ibu, supplement apa yang ibu makan supaya dapat maintain susu macam ibu..
Terus terang ibu cakap yang ibu hanya makan supplement time dalam pantang saja.
Itupun ibu cuma makan obimin dan tablet kalsium-magnesium sahaja. After tu ibu dah tak amik sebarang supplement.

Memang kalau baca kat forum, ramai yang suggest pelbagai jenama supplement untuk increase milk production.. Macam-macam jenama..(ibu takmau tulis takut mengguris hati si pemakannya)

Tapi ibu percaya rezeki itu Allah yang beri dan ibu percaya kepada natural supplement.
(tapi bila bercakap tentang natural supplement, ramai pulak yang kata, sejauh mana natural supplement tu dapat maintain susu, kena gak amik supplement)..
Ibu kata macam tu sebab ibu percaya zaman nenek moyang kita dulu, depa tak kenal langsung ngan supplement, tapi depa berjaya BF nenek dan mak kita dulu. Sebab tu ibu percaya ngan natural suplement.

Apa natural suplement?
Natural supplement adalah supplement semulajadi yang kita boleh perolehi dari makanan kita hari2. Ibu akui ibu memang jenis rajin makan. Dan bila makan, ibu make sure yang makanan ibu mesti ada nasi, lauk, sayur/ulam dan air. Itupun dah cukup buat ibu.

Kalau lunch ibu suka makan ikan (ibu prefer ikan dari ayam@ daging). Nak2 kalau jumpa ikan bakar. ikan kan banyak kandungan DHA. Dan Insya Allah DHA yang ibu makan tu sampai kat anak ibu.
Ibu juga suka makan ulam. Alhamdulillah, ibu bukan dok kat tgh2 kotaraya, maka gerai makan masih boleh jumpa ulam2 seperti selom, pegaga, bebuas, ulam raja,pucuk janggus dan lain2 lagi. Kalau gi makan jumpa ulam setakat salad dan timun, ibu tak amik ulam.

Dan juga ibu percaya bila kita makan dengan gembira Insya Allah susu akan bertambah. Pernah terbaca ada orang makan sate, dan tiba2 breast dia engorge, so dia tanya tentang ramuan dalam sate yang boleh banyakkan susu tu..

Sebenarnya makan denga ngembira adalah faktornya. Maybe kita makan sate tu dengan perasaan yang hepi (makan sate bukan tiap2 hari kan), so secara tak langsung, hati kita gembira.
IDan ibu juga percaya kalau kita hanya makan nasi kosong dengan ikan kering pun, tapi kita makan bersama ahli keluarga berkumpul, makan dalam suasana yang ceria, kita boleh rasa beza kuantiti susu kita.

Ibu pernah makan nasi dagang dengan hepi di hari jadi ibu, tengah hari tu Alhamdulillah ibu dapat pam dekat 18oz susu sekali pam.
Tapi ibu juga makan nasi dagang dari air tangan orang yang sama di hari lain, sorang diri, tapi kepala dok pikir hal kerja, ibu cuma dapat pam 7oz jer.. So nampakkan, makanan bukan penentu, tetapi psikologi diri.

So, ibu tak amik supplement, susu ibu tak berkualiti lah nanti? Kualiti susu sukar untuk diukur. Tapi ibu tengok anak ibu semakin hari semakin sihat, berat pun memberangsangkan, jarang sangat demam, ibu rasa ibu dah beri sesuatu yang berkualiti untuk anak ibu.

Bukan bermakna ibu menolak suplement untuk increase susu,bila umur anak ibu makin meningkat, demand lebih banyak, barulah ibu mencari suplement yang sesuai. Tapi perangai ibu ni tak konsisiten ngan ubat2 ni. kadang tu beria2 beli, makan seminggu, tersadai camtu jer.
. Supplement adalah jalan akhir bagi ibu sekiranya natural supplement tidak lagi membantu penghasilan susu ibu.
Dan segala rezeki yang diberikan adalah datang dari Allah jua..

Hormon-hormon Penyusuan

Mari kita lihat apakah hormon-hormon yang berkaitan dengan penyusuan
Selama ini kita hanya mendengar, tapi kita tahu tak fungsi -fungsinya

1. ESTROGEN
menyebabkan perkembangan saliran dan tisu-tisu penghubung di dalam payudara, semasa mengandung, hormon ini menyebabkan sistem saliran ini digandakan

2. PROGESTERONE
membantu dalam perkembangan sel2 susu bersama-sama estrogen yang menyebakan sistem saliran digandakan semasa mengandung

3. HUMAN PLACENTAL LACTOGEN- dikeluarkan oleh placenta semasa mengandung dan mempengaruhi perkembangan areolar dan puting

4. PROLAKTIN
menyebabkan saliran dan alveoli menjadi matang. Selepas melahirkan badan akan menghasilkan amaun prolaktin yang tinggi di mana merupakan titik permulaan penghasilan susu, menyebabkan ibu berasa letih dan mahu memegang dan menyusukan bayi. Penghasilan susu dibawah pengaruh hormon prolaktin ini dipanggil kawalan 'endokrin'

5. OXYTOCIN
memberitahu otot2 uterus untuk mngecut dan myoepithelial cell turut mengecut, menyebabkan pengeluaran susu, meredakan tekanan semasa hormon prolaktin dihasilkan, rangsangan saraf di dalam payudara akan menyampaikan maklumat kepada otak untuk merembeskan oxytocin. Milk ejection reflex juga berlaku tanpa penyusuan terus sperti contoh semasa ibu mendengar tangisan bayi

6. FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION
mengurangkan kadar penghasilan susu apabila payudara penuh. Memerah susu dari payudara membantu menghasilkan lebih banyak susu. Payudara yang penuh menyebabkan penghasilan susu menjadi perlahan, payudara yang dikosongkan merangsang penghasilan susu yang lebih cpeat.

7. AUTOCRINE CONTROL OF MILK PRODUCTION
Penghasilan susu bagi setiap payudara dipengaruhi oleh amaun pengeluaran susu dari mana-mana belah payudara.
Maknanya pengeluaran susu bersifat automatik, apabila susu dikeluarkan maka penambahan susu akan berjalan.
Ini menjawab epada persoalan 'payudara besar sebelah'

Bagaimana hormon penyusuan menjejaskan kesuburan?
a) Hormon penyusuan melambatkan seseorang ibu untuk subur selepas kelahiran.
b) hisapan bayi yang kerap, siang dan malam adalah memberi kesan kepada kelambatan keusburan terhadap ibu.
c) Lactation Amenorrhea Method (LAM) adalah perancang keluarga yang efektif semasa 6 bulan pertama sekiranya ibu menjawab "tidak" untuk soalan2 di bawah:
- Adakah anda telah didatangi haid?
- Adakah anda membenarkan tempoh penyusuan semasa siang lebih dari 4 jam dan malam leibh dari 6 jam?
- Adakah bayi anda berumur lebih dari 6 bulan?

Sekiranya jawpaan anda "ya" untuk soalan di atas, LAM tidak berfungsi kepada anda lagi.

Terjemahan dari: Nota MBFPC..

Related Posts with Thumbnails