ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, August 31, 2010

STICKY POST: Penghargaan buat semua ibu



Buat semua ibu-ibu yang pernah dan sedang menyusui anak-anak anda..
You are the greatest moms...

(credit to Mardziah for the card)

For latest Entry, kindly scroll below

Friday, August 27, 2010

Jaundis



Apakah jaundis?

- Keadaan kuning yang berlaku pada kebanyakan bayi baru lahir
- Kelihatan pada mata, kulit atau muka
- Disebabkan oleh kandungan paras bilirubin yang tinggi dalam darah

Faktor risiko
- sejarah jaundis pada kelahiran terdahulu.
-sejarah pertukaran darah pada anak lain
- kelahiran secara forsep atau vakum
- susuan ibu tidak mencukupi
-bayi lahir kurang berat badan (kurang dari 2.5kg)
- bayi yang dilahirkan oleh ibu diabetis
-bayi Down Syndrome.

Penyebab jaundis teruk
-masalah kekurangan enzim G6PD pada sel darah merah
-perbezaan kumpulan darah ibu dan bayi (ABO incompability)
-pendarahan dibawah kulit kepala (cephaloaematoma)
-kurang air dalam badan (dehidrasi)
-kelahiran pra matang
-jangkitan kuman
-pengambilan ubatan tertentu

Adakah jaundis merbahaya?
Jika tidak dirawat, jundis yang teruk boleh mengakibatkan:
-kecacatan pada otak
-kelumpuhan
-kesukaran bertutur
-terencat akal
-terencat pertumbuhan
-hilang pendengaran
-sawan
-masalah pembelajaran
-masalah koordinasi pergerakan
-kematian

Penilaian tahap jaundis
sedikit - kuning pada bahagian mata, muka sehingga paras dada
sederhana - kuning dari muka ke pusat
teruk- kuning dari muka ke kaki

Panduan mengesan jaundis
-bawa bayi ke tempat cerah dan lihat di bawah cahaya biasa
-lihat warna kekuningan di mata. Untuk kesan lebih jelas, tekan kulit di bahagian dahi, tulang pipi atau dada selama 5 saat dan lihat warnanya
- sekiranya jaundis dikesan, bawa bayi segera ke hospital atau klinik kesihatan untuk rawatan lanjut

Rawatan
-fototerapi
-pertukaran darah sekiranya tahap jaundis teruk

Amalan yang mesti dielakkan
1. jemur bayi di bawah cahaya matahari
- cahaya matahari menggelapkan warna kulit dan menyukarkan pengesanan jaundis
-menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak
- merosakkan mata bayi
-menyebabkan dehidrasi

2. Mandian air teh/daun buah keranda cina
- boleh menukarkan warna kulit bayi dan menyukarkan pengesanan jaundis

3. minum susu kambing
-susu kambing tidak sesuai untuk penghadaman bayi

Amalan berikut boleh mengurangkan jaundis
1. Amalkan susuan ibu sebaik sahaja dilahirkan
2. susukan bayi sekerap mungkin
-amalkan penyusuan bayi sepenuhnya
- mengikut kehendak bayi
- susukan 2-3 jam sekali
3. Kesan awal dengan memerhati kekuningan di mata dan kulit bayi
4. Pemerhatian lebih teliti bagi bayi yang berisiko contohnya
- bayi lahir pra matang
- bayi kurang berat lahir

sumber:Unit promosi pendidikan
Jabatan kesihatan negeri, Kedah Darulaman

Sunday, August 22, 2010

Haid dan Qadha Solat

Ibu terjumpa artikel ni di FB. Ibu rasa terpanggil untuk share bersama rakan-rakan ibu.


Copy paste dari FB Amirul Amin



WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!



Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

( AMIRUL AMIN )

Saturday, August 21, 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

Dah lama tak join GA. Terjenguk blog Aishah, dia nak buat GA.Jom pakat-pakat join.

Details boleh tengok kat blog http://megahasz.blogspot.com/

Dan Hadiahnya adalah


Buku Wardina: Mama Saya Lapar.

(Ibu pernah cari buku ni kat MPH Tesco Sungai Petani.. Tapi dah habish)

So to Aishah.....

Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com



Nak tukar or tidak?

Semalam ibu baru saja packing EBM julai punya. So kena rearrange balik susunan dalam DF ibu.
Since dari pas bersalin sampai sekarang (10 bulan) ibu belum lagi cuci DF. Lagipun DF ibu tak banyak frost sangat. Dan dalam tu semata-mata EBM jer yang ada. Tapi ibu rasa dah sarat sangat-sangat DF ibu. Semalam pun ibu terpaksa buang 15 bungkus EBM bulan Februari sebab dah expired.

Ibu pernah terlintas nak bagi EBM kepada sesiapa yang memerlukan. Tapi pas bincang ngan abi, banyak perkara kena consider. Abi prefer kalau EBM tu diberi kepada orang yang betul-betul rapat macam sedara mara sebab kalau ada apa2 yang berlaku kemudian hari, kita tahu di mana anak susuan kita. Kalau diberi kepada baby orang lain, takut nanti lost contact, dan takut perkara2 tak diingini berlaku kemudian hari (especially antara anak2 ibu dan anak2 susuan).

So,ibu just keep saja EBm ibu tu.
Dan ini adalah aktiviti ibu semalam, menyusun semula EBM dari Mac ke Ogos.

Frozen EBM dari Mac 2010 - Julai 2010 (dekat 300 bungkus rasanya)

Tengok dah banyak frost, dan kat bawah sekali tu ada ais ketul yang melekat kat DF. Nak kena defrost dulu.. tapi takde tempat nak tempatkan stok EBM ibu tu. Yang dalam bakul tu EBM Ogos 2010.

Selepas dikemaskini.. make sure bahagian atas adalah yang paling lama (Mac 2010)
Terpaksa buang bakul sebab dah tak muat..

Hati ibu nak let go DF ni dan nak tukar DF baru yang lebih besar.. Tapi sebab bulan ni nak raya banyak pakai duit, so kena tangguh sampai pas raya kot... Tak discuss lagi ngan abi..
Tapi kalau ada yang dok area Alor Setar ke Jitra ker, yang nak cari used DF, boleh contact ibu.




Koleksi CD ibu

Sedar tak sedar, dah hampir 1thn setengah tahun ibu gunakan CD. Since dari Farish dulu, tapi Farish tak fully CD. Firas fully CD since usia sebulan.
Menggunakan CD bagi ibu mudah sebenarnya. Yang penting kena RAJIN. Rajin basuh, rajin sidai, rajin bubuh balik insert, rajin salin dan rajin segalanya.
Abi kadang-kadang prefer guna dispo juga, nak-nak bila time Firas kerap membuang dan juga time-time terbocor. Tapi ibu kata, "Tu yang lagi bagus, tak membazir, kalau dispo, baru pakai dah ber**, kena buang, dah rugi berapa kupang dah. CD bila kotor, basuh, tak buang sekupang pun (kecuali bil air -berapa sen sangat).
Tapi walaupun abi cakap macam tu, dia masih tolong ibu uruskan CD especially untuk buang poo-poo Firas.
Lagipun pakai CD senang nak pantau berapa kerap Firas membuang kat rumah Kak Ani, dan paling penting boleh trace apa yang dimakan oleh Firas.

Ibu tak guna CD yang mahal-mahal. CD ibu range dari RM29 - Rm50 jer. Itu pun dah sangat berbaloi bagi ini.

Koleksi terkini CD ibu
Atas ni ada 19Cd yang berlipat

Yang ni pulak CD yang masih kat ampaian (8CD)

So semua CD ibu ada 29 (2 tiada dalam gambar= 1 dalam baldi, 1 Firas pakai)


Antara jenama CD ibu guna (Dyana, QQMinky, Lunatot's, Wuddah, Coolababy)
Baru perasan CD Dyana terletak 2 kat atas.
Ada satu lagi Babyland (yang tengah sidai dan Firas tengah pakai)
Dan ibu ada jenis CD microfleece, bamboo, charcoal bamboo, suede
Insert ada jenis microfiber, hemp, bamboo

Rasa cukup ker tak? Tapi dalam hati ibu still nak tambah lagi. Nak-nak sekarang ni lagi banyak design dah brand pulak tu. Nak-nak pulak dah ada kedai kat Alor Setar kepunyaan kawan ibu Rini Shariff.

Asal pergi Whizchini shop jer, mesti nak rembat. Rini pulak jenis tak berkira, amik dulu bayar kendian. Lagipun rumah ibu tak jauh dari rumah dia. Dan kedai dia pun dah dijadikan tempat SGM kat Alor Setar.

Ada banyak barang baby kat situ, ada breastfeeding items (pump, storage bottle/liner, cooler bag, chillers, books), Cloth diapers, baju-baju baby, babywearing, dan lain-lain lagi. Kira one stop center la kat Alor Setar ni.

So sesiapa yang berminat nak melawat(dan membeli-belah) di kedai Whizchini, dialu-alukan.

Friday, August 20, 2010

Susu ibu tidak akan kering

Thanx Ayu for sharing.. Ibu copy dari blog My BF Journey
boleh tengok kat Kosmo online

Susu ibu tidak akan kering

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.

Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.

"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.

Elak tertekan

Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.

Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.

Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Jangan putus asa

Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.

Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.

FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.
"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.

Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.

"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.
Para ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan2 biasa
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.

Thursday, August 19, 2010

Bagaimana puasa dan penyusuan anda?

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke9 umat Islam berpuasa.
Bagaimana puasa ibu-ibu semua? Harap segalanya berjalan lancar.
(puasa ibu tidak lancar kerana sudah berlaku ketirisan..hehehe!)

Update penyusuan dan pemerahan dibulan puasa (juga experience berkawan dengan cik P di bulan Ramadhan)
Alhamdulillah, ibu masih mampu bekalkan EBM seperti sebelumnya. Kuantiti Alhamdulillah, masih lebih kurang sama (20-24oz time kerja) 3x pemerahan. Tak kiralah semasa puasa atau semasa berkawan dengan cik P.

Semasa berpuasa ibu amalkan makan kurma semasa berbuka puasa, selepas berbuka puasa, sebelum bersahur dan selepas bersahur(purata sehari 12biji)
Makan makanan seperti biasa. tak banyak dan tak sikit, janji mengenyangkan. Tak ada spesifik menu, tapi ada lauk, sayur dan kuah.

Semasa cik P datang, bawa bekalan ke pejabat. Luckily ada bilik sendiri, privasi. So memang amik lunch (dan ibu ada geng 2 orang lagi kat opis). Siap bawa nasi goreng . Minum air secukupnya kerana semasa haid, kita banyak kehilangan kandungan air dalam badan. Bawa biskut2 untuk kudapan (ni kena pandai cover line yer). Bawa juga buah kurma ke pejabat.

Dan ibu perasan antara makanan penggalak dibulan puasa (bagi ibu) adalah bubur lambuk dan murtabak. Bubur lambuk ibu selalu ambik kat masjid Hutan Kampung. Bubur lambuk situ sedap dan dia letak banyak halba (salah satu makanan penggalak susu). Murtabak pun selalu mengandungi rempah ratus yang juga merupakan penggalak susu. Dua makanan tu kira macam wajiblah time bulan puasa ni.
(perlu diingat, makanan penggalak susu berbeza kesannya atas setiap individu).

Yang penting jiwa kena tenang. Banyakkan bertadarus semasa Ramadhan. Berdoa kepada Allah SWT.

Tuesday, August 17, 2010

Lactation Amenorrhea Method (LAM)

Apa itu LAM?

LAM adalah salah satu metod perancang keluarga secara semulajadi.

Dari segi definisi,

Lactation= proses penghasilan susu

Amenorrhea= tiada haid

Secara umumnya LAM, kaedah perancang ketika penyusuan semasa ketiadaan haid (betul ker definisi ni?)


Bagaimana LAM berfungsi?

LAM adalah pilihan perancang terbaik sekiranya

1.Bayi menyusu secara EXCLUSIVE. Bermakna hanya menyusu dengan susu ibu dan tidak dicampur dengan sebarang cecair (air masak, jus dan solid food)

2. Selang masa bayi menyusu tidak lebih dari 4 jam semasa siang hari

(bayi mesti minum antara 2-4 jam, sekiranya melebihi dari jangka masa tersebut LAM tidak efektif)

3. . Selang masa bayi menyusu tidak lebih dari 6 jam semasa malam

4. Ibu masih belum didatangi haid

(kalau dah period, tak boleh gunakan LAM)

5. Bayi mesti berusia kurang dari 6 bulan

Ini bermakna LAM hanya berfungsi sehingga 6 bulan selepas kelahiran sahaja.

Selepas 6 bulan, perlu cari kaedah lain.

Apakah kelebihan LAM ini

  1. tiada hormone tambahan seperti pil peracang yang lain yang boleh mengganggu pengeluaran susu.
  2. Kaedah paling berkesan untuk jangka masa pendek (6 bulan) selepas kelahiran.
  3. Tidak perlu makan apa2 pil.
  4. Sangat selesa dan tidak mengganggu aktiviti seks.

Anda perlu memikirkan kaedah perancang yang lain sekiranya:

  1. anda telah didatangi haid
  2. bayi sudah mencecah usia 6 bulan atau tidak lagi exclusive BF
  3. Bayi menyusu dalam selang masa lebih dari 4 jam di waktu siang atau 6 jam di waktu malam.

- ibu juga perlu berhati2 kerana proses ovulasi boleh berlaku ketika anda belum didatangi haid.


Lebih lanjut boleh tengok link kat bawah ni

http://www.waba.org.my/resources/lam/index.htm

http://www.breastfeeding.com/reading_room/lam_page2.html

http://www.llli.org/ba/Aug93.html


Catatan ibu: Ibu telah menggunakan kaedah LAM untuk anak kedua, Alhamdulillah, Berjaya.. Sekarang baby dah 10 bulan, kena cari kaedah lain.. But ibu lebih suka kaedah semulajadi kerana ibu ni tak konsisten kalau amik pil.

Breastfeeding dan kedatangan haid

Antara kerisauan ibu2 menyusu adalah kedatangan haid. Sejauhmana haid mengganggu breastfeeding anda?

Ibu-ibu yang mengamalkan breastfeeding lazimnya akan datang haid sedikit lewat berbanding ibu2 yang tidak BF. Namun begitu ada segelintir ibu2 walaupun mengamalkan exclusive BF tetapi haid mereka datang seawal selepas habis pantang. Semua itu bergantung kepada kadar hormon dalam individu.

Haid selepas bersalin lazimnya datang atas beberapa faktor
1-berapa kerapkah bayi menyusu?
(makin jarang menyusu, makin tinggi kebarangkalian untuk kembali haid)
2-berapa kerap bayi menyusu menggunakan botol?
(kekurangan rangsangan dari hisapan bayi di payudara menyumbang ke arah kembali haid)
3- adakah bayi menghisap puting tiruan?
(puting tiruan menyebabkan bayi kurang menyusu kerana selesa)
4- berapa lama bayi tidur pada waktu malam?
(lebih panjang bayi tidur, kurangnya pengeluaran susu (expressed milk), tinggi kebarangkalian untuk kembali haid)
5- adakah bayi telah diperkenalkan dengan makanan pejal?
(start solid food, bayi akan kurang menyusu sebab dah kenyang)

Apabila perkara di atas berlaku, kebarangkalian untuk datang haid adalah tinggi.
(Ibu rasa ibu mengalami perkara 1,4 & 5)

Bagaimana produksi susu ibu semasa kedatangan haid?
Ketika haid, berlakunya ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Ada ibu2 yang mengalami kekurangan susu yang ketara ketika haid. Jangan bimbang kerana keadaan itu hanya sementara. Kejatuhan kuantiti susu biasanya berlaku pada hari-hari awal haid, ketika mengalami heavy flow. Selepas masuk hari ke3 @ ke4, flow sudah menjadi berkurangan, paras hormon kembali stabil dan kuantiti susu akan kembali normal.
Ada pendapat mengatakan, selepas kedatangan haid, kuantiti susu ibu tidak semeriah seperti sebelumnya.

Ada sesetengah ibu mengalami puting sensitif semasa haid. Wlaaubagaimanapun, itu hanyalah sementara.

Teruskan penyusuan semasa haid. Susu anda sama sekali tidak akan berubah dari segi khasiat dan rasa. Bayi mungkin akan merasa sedikit kelainan pada rasa susu ketika awal2 haid kerana berlaku perubahan hormon.Yang penting semasa haid, lebihkan pengambilan cecair kerana semasa haid, cecair banyak dikeluarkan. Juga ambil makanan yang kaya kalsium dan magnesium semasa haid.
"For some women, the drop in milk supply and nipple tenderness associated with menstruation becomes more of a challenge. An effective treatment for these symptoms associated with the return of periods is to add a calcium/magnesium supplement to the diet upon ovulation and continue it through the second or third day of a period. The supplement should be 1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium (the higher the dosage the more effective and quicker the results). It should be a combination pill. This much calcium should never be taken alone. If your cycles are not regular and you do not know when you ovulate, you can take the supplement the entire month until you begin to see a pattern to your flow. This type of supplement seems to work as it prevents the drop in blood calcium levels which occurs mid-cycle and continues through the second to third day of a period. It is this drop which is associated with the nipple tenderness and drop in milk supply as well as the uterine cramping so often experienced with menstruation. You only need to take one pill a day."
http://www.breastfeed-essentials.com/menstruation.html

Kawal emosi semasa haid. Jangan stress dan tension-tension kerana ianya mengganggu pengeluaran susu anda.

Dan harus berhati-hati... kedatangan haid menandakan kesuburan anda meningkat. Sekiranya tidak mahu lagi zuriat dalam tempoh terdekat, rancanglah sebaik mungkin.

Saturday, August 14, 2010

Wanita Menyusukan anak Berpuasa

Artikel ni ibu copy paste dari Dunia susu ibu (Kredit to Mar)


Sumber: Abul Harith (2008). Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding). fiqhmedic.wordpress.com. 15 September.

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:

Wassalam & terima kasih Team Ratuhati.com.

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas melalui hadith artikel di atas.

http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Ketiga adalah ibu yang mengandung pada usia lewat. Golongan ini kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit yang mungkin apabila usia telah meningkat. Masalah lain adalah ketidakseimbangan fungsi badan untuk mengawal glukos dalam darah. Ia akan membawa kepada haus dan lapar yang tiba-tiba (accelerated starvation).

Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahamidemand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa danbreastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskanpuasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawakekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract

Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi.Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.

Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini.

WaLLAHu A’lam. Wassalam.

Related Posts with Thumbnails