ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, September 25, 2010

EBM merudum, tapi masih mencukupi

Dah lama tak bercerita tentang EBM, dan sekarang ni agak jaran-jarang dapat update blog. Asyik tido awal dan kena take turn dengan abi.

Sekarang dah masuk 11 bulan usia penyusuan Firas. Alhamdulillah, ibu masih belum gagal membekalkan EBM buat Firas. Setiap hari pasti ibu akan bekalkan fresh EBM kat Firas (mean yang belum dibekukan) kecuali pada hari ahad (sebab weekend tak pam)

Ibu tak sure la sama ada pattern susu ibu macam ni, sebab time Farish dulu, waktu 11 bulan ni ibu dah preggy 2 bulan. confirmlah susu merudum.

Kalau dulu, ibu dapat pam setiap hari dalam 24oz gitu (sebelum period), pas period time puasa turun ke 20oz dan sekarang pas raya sehari biasanya dalam 16oz gitu. Kadang2 tu ada gak lebih, tapi selalunya begitulah.

Kenapa yer??? banyak sebenarnya yang bermain dalam kepala ibu..antaranya:
1. time cuti raya 10 hari hari tu, ibu tak pam untuk buat stok.
2. Time raya hari tu kan anak-anak ibu demam dan ibu sangat susah hati.
3. anak-anak ibu dah tak menyusu seaktif sebelum ni
4. sekarang ni ibu buat single pam sebab soft fit FS ibu dah lekang sebelah. sampai sekarang tak order lagipun..
5. output berkurang sebab demand berkurang.

Ibu risau ker?
Sebenarnya tak.

Sebab Firas tak menunjukkan tanda2 kurang susu pun. Lagipun sekarang ni memang dia kurang minum susu kat rumah BS. Sehari biasanya dalam 8-12oz jer. So still ada balance untuk stok.

So kalau ibu dapat buat stok berpuluh oz pun, Firas consume banyak tu jugak, alamat lagi tak muatlah DF ibu tu. last month dah terpaksa buang susu expired bulan 2 dan 3. Yang bulan 4 ni pun akan mengalami nasib yang sama. Itupun setelah digunakan untuk diletak dalam solid food dan juga minuman Farish.

Perjuangan penyusuan Firas masih ada setahun lagi.. Insya Allah ibu yakin, ibu dapat mencapai target tersebut..

Tuesday, September 21, 2010

Kembali ceria

Alhamdulillah, anak anak ibu dah sihat sepenuhnya sejak hari khamis lalu iatu hari raya ke7.

Farish sampai raya ke6, dia masih takmau makan apa-apa lagi. Abi dah buat keputusan kalau esoknya Farish still tak makan lagi, terpaksa admit jugaklah. Kena gilir-gilir kaga Farish kat wad.. Aduih! kesian lak kat Firas. Macam kena angkut Firas masuk wad juga ni kalau time ibu jaga abang.

Tapi mungkin berkat doa ibu dan abi, masuk hari ke7, bangun pagi tu tetiba Farish minta nak makan. Time tu ibu tengah suap oat kurma kat Firas. Selalunya Farish tak makan makanan Firas ni, tapi hari ni dia nampak sedap kot.. Ibu pun try suap, Farish makan, pastu minta lagi.. Last2 Farish yang habiskan semangkuk oat tu. Firas pulak makan main2 time tu.

Tengah hari tu ibu masakkan Farish ikan senangin goreng dan sayur fucuk. Sayur fucuk tu feveret Farish. Ibu try suap, Alhamdulillah, Farish mau makan.. Walaupun sekadar separuh pinggan (biasa Farish makan sepinggan).. Lega hati ibu..

Dan Farish pun kembali bertenaga, bergurau dengan Firas, cuma belum melompat2 lagi macam selalu.

Esoknya, abi bawa pergi jalan-jalan raya, pergi open house.. Alhamdulillah, Farish makan banyak kat open house. Open house pertama habis nasi sepinggan, open house keduapun habis lagi sepinggan.. Suka ibu ngan abi tengok. Dan batuk Farish pun dah hilang.. cuma ibu still monitor taknak bagi Farish minum ais macam selalu.

Sebenarnya time Farish tak sihat, ibu selalu berdoa time Farish BF. Sebab Farish tak makan langsung, cuma minum air kosong dan juga BF sekejap-sekejap. Air kosong tu ibu beri air penawar dan bila bF ibu doakan agar setiap titis susu ibu itu akan jadi penawar kepada penyakit Farish dan menjadi makanan supaya Farish tidak kebuluran.. Alhamdulillah Farish dapat bertahan seminggu tu dengan hanya minum air kosong dan susu ibu sahaja.

Sekarang Farish dah sihat ceria. Dah melompat, berlari, mengusik Firas.. Dan makin banyak bercakap. Kadang tu tak larat ibu dan abi nak layan, sampaikan time nak tido pun, Farish still ajak bersembang lagi...

Baru mula senyum masuk hari ke7

Firas pun kembali gelak besar.. time Farish tak sihat, firas pun monyok gak.

Entah apalah isyarat Farish ni.. Nak cakap I Am Double Okay kot


Thursday, September 16, 2010

STICKY POST: SALAM AIDILFITRI

(this is a sticky post, kindly scroll below for the latest entry)

Dikesempatan ini ibu ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua kenalan ibu di sini. Maaf andai tersilap kata, mengguris hati dan perasaan kalian semua.

Kepada yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Ibu macam biasa akan balik beraya di Perlis (40 min jer) pada raya pertama dan kedua.. Sesiapa yang datang bertandang ke Kedah ni, jemputlah datang rumah ibu di Bandar Darulaman, Jitra.

Terimalah kad raya ibu yang tak seberapa ni...

juga lagu raya buat semua




Wednesday, September 15, 2010

Dugaan demam Raya

Hmm.. sehingga hari ini dah masuk raya ke6, tahap kesihatan seisi keluarga belum okay lagi

Farish dah tak demam, cuma batuk-batuk dan langsung takdak selera nak makan

Firas still batuk, tapi selera makan A. Dan aktif explore rumah sorang-sorang.

Abi pun masuk hari ke5 dah ada tanda2 nak demam, dan hari ke6 terpaksa amik MC. Kesian abi.. tak sempat nak buat celebration birthday Abi yang jatuh pada raya ke3 hari tu.

Ibu, Alhamdulillah, walaupun sesekali terasa sakit tekak dan asyik bersin, tapi ibu tak sampai tahap kena rest.. Mungkin ada hikmahnya. Kalau ibu pun sakit, sapa nak jaga 3 hero ibu yang belum sihat tu.

Ibu terpaksa amik desloratadine walaupun ibu tau ianya ubat antihistamine.. yang boleh mengakibatkan pengurangan kuantiti susu.
Tapi ibu terpaksa amik juga sebab kalau ibu amik piriton, ibu akan mengantuk dan kesan ubat tu lambat.
Dan Alhamdulillah, pas amik sebiji desloratadine, dah kurang banyak simptom URTI. Selain tu ibu amik madu untuk urangkan rasa sakit tekak. Alhamdulillah, berkesan.

Farish masih takde selera sampai hari ni. Dah susut tengok badan dia. Langsung takmau makan.
Kelmarin abi bawa Farish ke Klinik Yeoh (paediatrician), Dr Yeoh ni memang famous kat Alor Setar. Dah lama klinik dia ni, since ibu kecik lagi.
Dr Yeoh bagi ubat nerofen, bisolven dan antibiotik. Dia suruh bagi dose tinggi dulu sebab kahak Farish banyak. Dan Dr Teoh bagi semua ubat tu jenis perisa oren, Alhamdulillah, Farish terima ubat tu, walaupun kena paksa.

Dan ibu juga try kaedah tradisional juga. Nasib baik pengasuh Farish tolong ambilkan air penawar. Air tu untuk diminum dan juga dicampur dalam air mandian bersama air serai selama 3 hari.
Kawan abi pun tolong juga rekomen tempat yang dia pernah pergi untuk berubat anak dia yang kes macam Farish..
Selain dari tu kawan abi yang juga seorang pengamal perubatan tradisional turut tolong beri air penawar.
So semua ada 3 botol..
Alhamdulillah, hari ni Farish start minta minum dan makan walaupun hanya sesuap. Itu pun dah cukup menggembirakan ibu.

Abi kata kalau keadaan masih macam ni, terpaksa jugalah kena admit Farish. Ibu berharap janganlah sampai tahap tu. Nanti siapa nak jaga Firas. Farish kalau demam dia nak ibu jer. Dan ditambah pula abi pun tak sihat juga. Ibu harap by tomorrow, Farish akan ada selera makan. Mula minta nak makan.

Tadi ibu minta abi belikan glukos, untuk tambah tenaga Farish. Dan mesti perisa oren, perisa yang Farish sangat suka.

Firas walaupun masih batuk2 lagi, tapi ibu tak risau sebab dia berselera makan. Cuma kesian Firas, cam mati kutu dia bila abang dia asyik tido jer.. Last2 dia pun boring, tumpang tido tepi abang.. Firas tunggu abang sihat sikit yer, nanti boleh main macam selalu.

So tahun ni, ibu sekeluarga seperti tidak beraya. Hanya 5 buah rumah jer kami kunjungi time raya. Tengoklah bila semua dah sihat, kami kembali beraya. Kesian Anak2 ibu, tak dpaat nak kutip duit raya macam selalu.

Ibu pun rindu nak dengar celoteh Farish.. Dah seminggu Farish tak menyakat ibu, tak menyanyikan lagi 'Ibu" buat ibu macam selalu. Ibu rindu sangat nak tengok Farish melompat2 atas tilam, dan ibu rindu sangat nak tengok Farish suap makan sendiri macam dulu.
Cepat sihat yer sayang


Sunday, September 12, 2010

Demam Raya

Tahun ni anak anak ibu betul-betul demam raya.
Kalau ikut definisi demam raya ni adalah perasaan tak sabar2 nak beraya, shoping bagai..
Tapi ni adalah real punya demam

Demam di hari raya...
Kesian hero-hero ibu, tahun ni beraya dalam suasana demam

Ibu start dengan kisah Firas, sebab Firas yang start demam dulu.

Firas start taksedap badan dari hari rabu lagi. Balik dari rumah mak Ani, mak Ani habaq, yang badan Firas panas, dok batuk-batuk.
Balik rumah tu, memang firas lali jer, pas mandikan, bagi supp PCM, dan dia terus tido.
Esok pun tak kebah lagi, terus bawa gi hospital. Macam biasa, Firas bila selesema start ler penatnya. Terus gi amik neb kat asthma bay, jabatan kecemasan HSB.
Pas tu, ibu terus naik klinik ENT, jumpa kawan ibu minta prescribe ubat buat bekal raya. Sebabnya ubat ibu nak minta, pakar jer boleh prescribe.. Thanx Dr Masaany...

Hari khamis tu, Firas lembik lagi, tak ceria langsung, senyum takmau, apatah lagi nak bergelak cam selalu.. pas buka puasa, bagi ubat kat Firas, terus chow balik Kangar.
Sampai Kangar, adalak tetamu datang rumah MIL.. Dekat pukul 2 gaklah diorang balik, dan anak-anak ibupun pukul 2 la baru boleh tido..
letih sangat, after kena ubat, terus tido

Esoknya, pagi raya. Dah kurang panas badan Firas, cuma dok batuk2 lagi.. ibu bagi makan moi + kentang ngan sikit ayam untuk sarapan. Habis gak semangkuk.. Tu yang ibu puji Firas, demamlah macam manapun, makan tetap maintain.

Time raya, Firas memang letih sangat.. Tido jer sepanjang jalan.. So ibu ingat, petang tu ibu takmau pi beraya manalah. Kesian kat Firas dan juga Farish yang dah ada bibit-bibit demam dia.

Balik rumah, ibu buatkan sup ayam untuk hero ibu berdua.. pas masak, ibu asingkan untuk Firas, sebab Farish punya nak tambah garam sikit.. Kelakar la Firas ni, walau tak larat nak duduk, tangan pun dah lembik, mata pun dok pejam, tapi habis gak moi + sup ayam tu smangkuk..

Dah kena ubat dan perut kenyang, anak ibu terus tido sampai ke malamnya.. Demam dah okay, cuma dok batuk-batuk lagi.

dua-dua hero ibu tergolek..

Raya kedua, turn balik kampung ibu pulak. Alhamdulillah, demam Firas dah kebah, cuma ada batuk sikit2 lagi. Dan ibu happy sebab Firas dah kembali aktif, dah start gelak-gelak.. tapi abang pulak yang dok batuk dah berhenti...

Hari ni hari ke3, Firas dah tak demam lagi, batuk pun dah jarang-jarang.. Good son sebab Firas dah takdem asalah nak makan ubat lagi..

Farish pula start demam pada hari raya. Bangun pagi dah selesema, maybe sebab tido lambat malam raya tu.. Pergi raya dok merengek, dan takmau makan minum langsung.. Balik rumah, pun takmau makan.. Sampai abi dan ibu paksa Farish makan, Farish nangis-nangis sampai muntah2.

Malam pun tido tak jerap sebab asyik terjaga sebab batuk.. Bila asyik batuk, Farish akan muntah.. Muntah pun dah takde benda yang keluar sebab Farish langsung tak makan.

Hari kedua pun Farish still takmau makan. Dari pagi Farish hanya minum air kotak susu Ducth Lady tak smpai 1/2 kotak.. selepbihnya hanya air kosong jer masuk dalam perut.. Makanan langusng tak masuk perut..
Pastu asyik muntah2 jer, sebab perut dah kosong dan asyik batuk2. Bagi ubat pun, macam tu jugak.
Last-last malam tadi abi bawa gi hospital.. Ibu tak masuklah, abi jer yang bawa Farish jumpa doktor.. Apala doktor tu, adakah dia kata," pujuklah dia, makan, suruh dia makan juga"

Adoi! kalau setakat kaunseling camtu, cleaner pun boleh bagi advice.. Sebab suhu badan Farish normal, dancuma ada symptom URTI jer. Dia nak bagi piriton jer... Baik takyah, kat rumah ni berbotol2 syrup piriton ada..
Last2, abi jumpa ngan senior MO kat situ.. abi nak insert drip jer, takut Farish dehydrate nanti, tapi head dept paed dah keluar arahan tak boleh bagi drip kat paed kes kat kecemasan. Kena admitted.. Masuk wad??? TIDAK! tak sanggup ibu,Farish hanya takde selera makan jer...

So atas advice senior MO tu, abi pun smuggled keluar barang2 untuk set drip kat rumah.. So malam tu, ibu kena berjaga temankan Farish yang tido lasak tu (takut dia rentap drip tu jer)
tangan tu berbalut sebab abi pakaikan splint.. tak bagi Farish gerak tangan sangat..

inovasi dari abi..

Hari ni, bangun pagi, Farish still takmau makan.. Minum Milo pun takmau.. dia cuma request, nak minum air kosong dengan scott emulsion jer.. Ibu offer macam2 kat Farish supaya Farish makan juga termasuklah maggi, twisties selepas segala jenis feveret food farish semua Farish reject.. Twisties pun Farish reject gak... dan Farish pun tak minta nak BF macam selalu.. Dia cuma nak minum air kosong jer.. Mati kutu ibu..
melepet tak kira tempat dan masa

Petang tu, mak Ani datang rumah.. Dia bawakkan air penawar untuk tingkatkan selera makan.. Itulah ikhtiar ibu supaya Farish mau makan semula. Ibu sangat risau sebab Farish tak mau makan langsung.. Kalau ikutkan Firas lagi demam teruk, tapi Firas tetap menten bab makan..


Harap2 pas mandi petang ni dengan air penawar, selera Farish terbuka.. tak makan banyak pun takpa, janji ada makanan masuk perut..

Nanti dah sihat, ibu bawa pergi beraya yer.. kita gi kutip duit raya macam tahun-tahun lepas..

Aidilfitri 2010

Alhamdulillah, tahun ni ibu beraya sebagai seorang isteri untuk tahun ke4 dan juga sebagai ibu untuk tahun ke3 (sebenarnya 4, sebab raya tahun pertama, Farish dah ada dalam uterus ibu 3 bulan dah)

Cuma tahun ni, raya tak seceria selalu sebab dua dua hero ibu demam di hari raya.
(cerita lanjut dalam entry berikutnya)

Seperti tahun tahun sebelum ni, ibu akan pulang beraya di rumah keluarga mertua ibu a.k.a keluarga abi kat Kangar.
Dan pagi raya kali ni ibu tak dapat bersolat Aidilfitri, kesian lak nak tinggalkan anak-anak ibu dengan maktok. Nak-nak Firas yang kalau demam, mood tak elok, memang takmau dengan orang lain hatta dengan abi.

Farish mata dah kuyu, takdak mood, dok merap abi

Firas pun dok lentok jer, nak duduk pun takmau, nak berkepit jer..

Lepas abi balik solat Aidilfitri, macam biasa bermaaf-maafan dengan keluarga dan bergambar. Tak banyak gambar ibu snap.. ini jer yang ada.
Gambar family, tema hijau.. tapi muka 2 hero ibu sangat tak ceria di pagi raya

bersama MIL dan FIL

Lepas tu kami pergi menziarahi kubur arwah tok sebelah MIL dan seterusnya ke rumah maktam, makcik dan ke rumah besan MIL.. Lepas tu terus balik rumah. Cadangnya petang tu nak pergi beraya sebelah keluarga FIL pulak.

Tapi bila tengok keaadan Firas dan Farish yang dan lembik tu, ibu batalkan jerlah hasrat nak beraya. Lepak kat rumah, dapatlah Farish dan Firas rehatkan diri.
Balik raya terus tergolek sampai malam


So raya pertama, ibu hanya pergi beraya 3 buah rumah saja.

Raya kedua, ibu balik beraya ke kampung ibu pula di Guar Chempedak. Hari kedua pun, Firas dan Farish dah kebah demam, cuma masih batuk-batuk jer. Balik kampung ibu, ibu cuma dapat beraya 5 buah rumah jer, pastu balik semula ke rumah sebab Farish dah muntah-muntah.

Hari ni raya ketiga, abi ada program mancing, so tinggal ibu dan hero-hero ibu kat rumah.. Hari ketiga raya, tak pergi mana-mana..

Itulah cerita Aidilfitri ibu kali ni..

Saturday, September 4, 2010

Terkenang ketika Farish berusia 10 bulan

Pejam celik, Firas dah pun 10 bulan lebih.. Dah dekat nak masuk 11 bulan pun.
Tiba-tiba ibu teringat semasa Farish berusia 10 bulan dahulu, yakni setahun setengah yang lalu.

Ketika Farish berusia 10 bulan, ibu mengandungkan Firas pulak. Sebenarnya ibu tak bersedia waktu tu, dengan Farish kecik lagi, masih berdukung. Mula dapat tahu ibu pregnant lagi, hati ibu sangat berbelah bagi.. taktau nak kata happy ker, terkilan ker, sedih ker waktu tu. Happy sebab ibu tergolong dalam golongan mudah lekat, murah rezeki anak, terkilan sebab tak merancang nak mengandung balik time tu, sedih sebab memikirkan Farish yang masih kecik yang bergantung masih bergantung dengan susu ibu.

Farish pulak bila ibu pregnant, kerap sangat tak sihat. Masuk wad 2,3 kali.. cirit-birit, bronchiolitis, demam.. dan last dapat tahu Farish ada thalasemia trait. Waktu tu pulak Farish tak lalu nak makan, berat statik, muka pucat, kena follow up sentiasa dengan paed.

Waktu tu juga ibu dalam dilema nak teruskan BF atau stop. Tanya pendapat gynae yang ibu jumpa, dia suruh stop, tapi ibu cari for 2nd, 3rd, 4th opinion, mereka kata teruskan unless rasa sesuatu yang tak selesa, stop.

Memang mencabar rasanya ketika Farish melangkah umur 10 bulan tu, bayangkan ibu yang masih dalam 1st trimester, 2x kena teman Farish dalam ward (yang penuh sesak).. Dan disebabkan pregnant, ibu memang sangat letih menyebabkan tumpuan untuk Farish pun sedikit terjejas. Tak dapat nak bagi sepenuh perhatian kepada Farish dan juga Firas dalam kandungan.

Dan Alhamdulillah, Firas masuk 10 bulan ni, semuanya berjalan lancar. Dan ibu berdoa agar ibu mampu menyusukan Firas sampai 2 tahun. Ibu pun macam abi, nak anak cepat2, tapi biarlah kali ni ada jarak sikit, biarlah sampai Firas dah berdikari sikit, dah boleh berlari. Sebab ibu dah rasa sangat letih mengandung tatkala anak belum boleh berjalan lagi.
Dan ibu risau juga, kalau mengandung awal lagi, ibu akan teruskan lagi dengan tandem nursing.. ibu risau gak, kalau2 kena tandem sampai 3 orang (Farish+Firas + adik).. Pengalaman tandem nursing sebenarnya sangat memerlukan kekuatan, kecekalan dan kesabaran. Kalau diberi pilihan lagi, kalau boleh ibu nak elakkan tandem nursing.

Tapi kalau rezeki Allah nak bagi awal, ibu terima..
Cuma ibu berharap sangat kalau ibu mengandung lagi ( biarlah Firas dah menghampiri 2 tahun), ibu nak anak perempuan kembar pulak.

Kenapa ibu dan abi berharap kembar?
Semua orang teringin nak anak kembar kan.. ibu dan abi memang menyimpan impian untuk mendapatkan zuriat kembar. Kalau ikut chance, Insya Allah ada. Abi sendiri ada sepasang adik perempuan kembar iaitu adik ipar ibu la. Dan sepupu abi sendiri tak silap ibu ada 2 @ 3 pasang kembar. Ibu lagi teruja bila tengok kat Majalah 3 suatu ketika dulu, ada 3 pasang kembar ni mempunyai salasilah lebih kurang cam abi..
Lelaki yang mempunyai adik beradik kembar, ada potensi untuk mendapat kembar juga.

Kalau tak dapat kembar, ibu memang mengidamkan cahayamata perempuan jugak. Abi pun tengah dok gali petua nak dapatkan baby perempuan, tapi abi, sabar dulu yer, biarlah Firas berdikari dulu...

Friday, September 3, 2010

Farish 2 tahun 5 bulan, Firas 10 bulan

Dah lama tak buat entry tentang 2 orang buah hati ibu ni.. Lagipun dah lama tak update blog. bulan puasa ni jarang ada masa nak melekat depan laptop. Lagipun 2 hero ibu ni asyik merap jer..

tak banyak sangat perkembangan nak diceritakan... Gambar pun dah lama tak ambik, tu yang tak update tu..

Farish sekarang
- dah consistent guna tangan kanan untuk makan.. No more tangan kiri untuk menyuap.
- Tengah toilet train, tapi ibu yang tak consistent. Asala nak masuk 2 jam, Firas dah mengantuk la, merap la, ibu terpaksa pakaikan balik pampers kat Farish. Pernah Farish terkucil atas kerusi depan lappy sebab asyik tengok you-tube Upin ipin.
- banyak bertanya... soalan favourite
" abi mana?" dan lepas tu abih seisi keluarga, sepupu sepapat dia dia tanya "mana?"
"ibu buat apa ibu?" dan akan berulang-ulanglah soalan itu sampai ibu boring nak jawab, pastu pergi kacau abi pulak "abi buat apa abi?".. berulang-ulang lagi sampai abi pun boring nak jawab.
(sesekali ibu teringat iklan raya tahun lepas.. "burung apa?", "burung murai..")
- dah pandai pilih nak pakai baju apa.. sekarang ni pakai baju kena tanya dulu, baju mana satu nak pakai.(favourite baju: Upin-ipin, ultraman, spongebob)
- boleh diharap jaga adik ketika ibu tengah mandi aor tengah masak.. tapi kadang tu kena lepuk gak Firas.
- masih tak wean BF lagi. Dan makin kerap la tu. Kalau adik dekat 4 jam sekali.. Farish 1/2 jam sekali.. Letihla ibu.
- masih jeles ngan abi kalau abi dok dekat dengan ibu.
- pantang jumpa bedak... habislah jadi tepung gomak badan dia.

Dah jadi hantu bedak dah..

makan suap sendiri. Dah lama rasanya ibu tak suap Farish

Bapa borek, anak rintik

Firas pulak
- sekarang ni sedang belajar berdiri sendiri. Dah boleh berdiri tanpa bantuan dalam 15saat.
- sangat laju merangkak, kejap jer dah hilang.
- sekarang nampak lebih suka meniti dinding.. proses nak berjalan la tu.
-sangat pantang jumpa kerusi dan bakul baju, confirm jadi stepper dia (jimat ibu, tak payah beli walking aid)
-duplicate banyak perangai Farish.. kuat cemburu especially kalau Farish dok manja2 ngan ibu.
- ketawa terbahak-bahak especially kalau dengan Farish. Apa saja perbuatan Farish buat, mesti gelak terbahak-bahak punya.
- bersuara macho, tak macam Farish yang bersuara manja.


walker Firas, bakul baju ibu dan kerusi
sempat posing lagi

suka buat muka lawak

suka gelak besar, tapi gigi tak tumbuh lagi


Buah hati ibu dan abi..

Related Posts with Thumbnails