Followers
Thursday, October 28, 2010
Baby Breastfeed pun boleh sakit?
Tuesday, October 26, 2010
TAG MAKANAN DARI AYU
- Laksa Kedah: Sebab orang Kedah, makan laksa kat mana2 pun takleh celen rasa laksa Kedah
- Nasi Ayam Tat kat Jalan Sultanah: Nasi ayam kat restoran Tat Nasi Ayam ni memang famous kat Alor Setar, ayam dia sedap, sup dia sedap, nasi dia sedap, dan paling penting layanannya cepat
- Bihun Sup jalan Sungai Korok: Kuah dia best dan daging dia besar2.
2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
- Limau nipis suam - suka sangat order kalau minum kat luar.
- Fresh orange - rasa fresh gitu
3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
- Malay
- Western
- Indian
4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
- Kari kepala ikan - en suami yang kata beshh!
5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
- tak pernah makan kat restoran mahal-mahal
6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
- restoran Tat Nasi Ayam sebab servis cepat, makanan sedap
7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi aku tak list, bgtau aje la.
- suka makan segala jenis ikan.. tak kira laut atau darat
8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
- Tak ingat nama restoran tu, tapi depan City Plaza. Sekarang pun dah tutup restoran tu, 9 tahun yang lalu tu
9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
- Kaki ayam goreng dan sup kaki ayam.. Sebab itulah feveret part dalam ayam yang abi paling suka makan
10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?
- Tengok time sampai.. Kalau tengah hari of course nak makan nasi
11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
- belangkas... tak boleh diterima walaupun tak pernah try
12. Menu raya paling disukai.
- laksa
- bihun sup
- ketupat
- rendang
- suka makan kerepek jer..
14. Beri tiga makanan yg mak korang masak yang korang suka?
Mak mertua boleh tak? Sebab mak dah tak ada
- Nasi ulam - MIL expert buat nais ulam ni
- kari daging - sebab MIL buat versi lain dari ibu punya, tapi sedap
- Pekasam - MIL jual pekasam lagi..
15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
- memang suka pedas, so tak ingat apa paling pedas
- Nak masak laksa kat AYu boleh..
17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
- Siapa2 yang rajin tu buatlah... Pasti membuatkan perut anda berkeroncong macam yang ibu sedang alami sekarang
Teringat kakak Farish kat wad
Alhamdulillah, Farish dah keluar wad.
Monday, October 25, 2010
Farish masuk wad
Sunday, October 24, 2010
Breastpump apa saya nak beli?
Saturday, October 23, 2010
Alahai anak ibu demam campak
sekadar berkongsi petua demam campak daripada Ustaz Abdullah - ambil daun inai tumbuk hg halus + garam & tempek di tapak kaki. selepas tu balut kaki dgn plastik. bagi anak2 kecil disarankan ikat dengan kemas n pakaikan stokin kalo tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki srta elakkan miang.
Demam Campak
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
- Panadol untuk mengurangkan demam
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
- Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
(sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/DemamCampakkanak_kanak.php)
pas ni ibu akan ceritakan pula petua-petua untuk demam campak ni