ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, April 22, 2011

Farish already 3years old

Sebenarnya entry ni sepatutnya ibu buat berkurun yang lalu.. tapi sebab gambar ibu ambil guna handphone abi, so ibu tak sempat nak transfer. Sekarang jer baru ada masa.

Pada 5hb April 2011, genaplah usia Farish 3 tahun.. Sekejap jer rasa anak ibu dah membesar menjadi anak teruna idaman Malaya.
Ibu dan abi tak plan celebrate besar-besaran pun. Sebab jatuh hari kerja.. Ibu dan abi just belikan wafer, air kotak, jelly, keropok dan packing sebagai goodies kepada kawan-kawan Farish,yang kebanyakannya anak2 jiran BS. Semua adalah dalam 40 bungkus..

Petang pas habis kerja, abi bawa Farish, ibu dan Firas gi celebrate kat KFC as requested by Farish sendiri.. Sebelum gi KFC, singgah secret recepi dulu, beli 4 jenis kek (yang slice jer).. padahal yang nak makan kek tu ibu dan abi, Farish dan Firas bukan suka sangat pun kek.

Then, baru gi KFC.. Order family treats jer... So enjoy the meal..

As requested, Farish dapat makan KFC.. Tengok, semua nak kena letak depan dia.. Birthday boy, payan jer lah


Ni Firas pulak.. tengoklah anak ibu ni.. bukan nak duduk atas kerusi @ baby chair.. Atas meja gak pilihan dia. Firas gi KFC makan mashed potato jer..

Perkembangan Farish.. Alhamdulillah, membesar seperti kanak-kanak yang lain. Semakin petah bercakap sampai tak larat nak layan.. Actually dulu ibu dan abi sikit bimbang sebab early age dulu Farish cam lambat cakap sikit.. tapi skearang ni, tak larat nak layan, mulut dia hanya diam time dia tidur jer.. tengah makan pun sibuk nak tanya itu ini.

Sekarang Farish dah mengenal banyak konsep... paling dia suka warna.. Sekarang ni Farish dah konsisten kenal 10 warna (hijau, kuning, merah, putih, hitam,purple, orange,kelabu,pink,koko).. Dan juga pandai pilih baju sendiri.. Setiap kali nak pakai baju, memang ibu akan tanya dulu, nak pakai baju apa.. Salah bagi, merajuk nanti
Dah pandai baca doa makan dan tidur... Akal pun makin banyak, yang selalu buatkan ibu dan abi naik geram jer..

Dan boleh diharap sebagai abang.. Akan jadi protector Firas kalau depan orang lain.. tapi akan jadi bullier (betul ker istilah ni).. suka buli Firas bila dok kat rumah.. Tapi kalau Firas balas dendam, memang lari tak cukup kaki... Masih manja, masih lagi minta nenen ngan ibu.. tak tak fully BF dah macam dulu.. Sebelum tidur, mesti nak ibu peluk sampai tidur..
Paling penting dah diaperless kat rumah.. kat rumah BS jer masih pakai, cuma time pagi ngan nak balik jer tak pakai. Malam still pakai lagi.

Dan lagi.. FArish sekarang tak pernah tinggal sembahyang Jumaat. Tiap2 jumaat, Farish akan ikut abi pergi sembahyang kat masjid. Kadang tu kalau free, abi bawa juga Farish pergi sembahyang Maghrib kat surau.. Dia memang suka perg sembahyang... ALhamdulillah, moga dibawa sampai besar yer sayang.. Cuma kat rumah, liat pula nak sembahyang.. tap ikalau cakap nak gi sembahyang surau ke masjid, laju jer minta baju melayu.. Nampaknya kena tambah koleksi baju Melayu ni.. Dah pandai demand anak ibu sekarang ni.

Tahun depan Farish akan start masuk Tadika.. Sekarang pun dah menunjukkan minat untuk belajar.. suka colouring, suka tengok CD education yang ibu belikan.. Tapi itulah, VCD tu in English, bukan dia ikut English, tapi dia translate in BM la pulak..
eg: VCD: This is a chair
Farish : This is a kerusi..

Sangat suka rancangan hiburan.. Sekarang ni feveret Farish Maharaja Lawak... Boleh dia gelak berdekah2 lak tu.. Rancangan berunsurkan nyanyian memang dia suka dan ikut nyanyi sekali.. Ni ikut perangai ibu time kecik2 la ni.. suka sangat menyanyi dan menari..
Artis feveret Farish sekarang adalah Maher Zain.. Semua budak sukakan Maher Zain.

Okay, itu aja cerita tentang Farish...

Saturday, April 16, 2011

Suami Curang

Jangan salah faham yer.. Entry ni takde kena mengena dengan keluarga ibu yer..
Cuma lately ni banyak sangat cerita ibu dengar tentang suami curang, suami nak kahwin lagi satu sama ada dari kawan2 maya ibu ataupun kawan realiti ibu.. Sangatlah menyeremkan...

Dan ibu tak faham kenapa lelaki ini curang.. Alasan yang ibu dapat, kurang layanan, asyik melayan anak2 jer.. padahal mata dan hati dah tala kat orang lain..
Dan mereka ini pun bukan dari kalangan orang berada. Ibu tak kisahpun kalau awak tu Dato' x, y @ z.. sebab tahu dari segi nafkah tu memang mampu. Ni kerja pun nak tampung sorang bini pun cukup2 makan, pun ada hati nak mencurang.

Ada beberapa kisah ibu nak share kat sini.
Ada satu kisah si isteri kerja shif. So bila malam, suami akan jaga anak, dan memang suami tu yang volunteer nak jaga anak time isteri kerja malam.. Tup2! bukan suami yang menjaga anak, rupanya ada orang lain yang tolong mengasuhkan anak time isteri bekerja malam sehingga pengasuh tu pulak mengandung anak si suami (taktaulah halal @ tidak).. Si isteri percayalah suami dia jaga anak,rupanya ada orang lain tolong jaga anak dan suami.

Kes kedua,
Suami tumpangkan isteri orang mandi kat rumah setiap kali isteri orang tu habis shif malam. Kononnya penat nak balik rumah, jauh. So singgah rumah kawan mandi kejap dan rehatkan diri. Walhal, rumah orang tu bukan on the way nak balik rumah pun, malah rumah lelaki tu sama jer jarak dengan rumah isteri orang tu. Last2 kena cekup dek jiran2.. Isteri yang baik itupun terpinga2 sebab sangat tak sangka ketika dia keluar bekerja, ada pulak orang menumpang rumah tanpa pengetahuan dia.

Kes ketiga
Dah 5 tahun kahwin, belum dikurniakan anak. So suami bagi can kat bini untuk mengandung dalam tempoh setahun (boleh pulak yer macam tu).. kalau tak mengandung, dia akan kahwin lain. Dalam tmepoh tak smapai setahun tu bini dia pun mengandung, tapi dalam tempoh tu juga dia dah cari pengganti. Bayangkanbini tengah sarat mengandung, si suami dok sarat fikir nak kahwin lagi satu.. Atas reason apa yer

Kes keempat
Dah ada anak 3. Anak yang ketiga tu premature. Still kat wad lagi. Si suami dok buat skandal kawan satu opis, dan isteri diapun kerja opis sama. Bayangkan, isteri yang masih dlaam pantang, dengan anak yang masih dlaam wad, si suami siiiibuk nak kahwin. Dia tkamau ceraikan si isteri, tapi isteri tak sanggup nak bermadu. So dia letak syarat, nak bercerai boleh ,tapi biarlah 2 anak yang sihat tu bawah jagaan dia, dananak yang kurang sihat tu bawah jagaan isteri. Hampeh punya laki. Dah la waktu biasa pun dia tak jaga anak2 sihat tu. Sekarang pun anak2 dia mak mertua yang jaga. Pastu ada hati nak tuntuk hak penjagaan.

Dan banyak lagi sebenarnya kisah2 suami curang yang berlaku di sekeliling ibu. Kawan2 rapat abi pun ada yang pasang 2. Tapi itulah, manisnya time awal jer.. pastu sekarang dok pening pikir itu ini.. Dan rata2nya kerja gaji bias2 jer. Kalau ikut hirarki pekerja hospital ni, taraf attendant jer.. tapi memangp un attendan yang ramai kahwin lebih ni.. pakar2 jarang yang amat dengar kahwin lebih.

So buat si isteri.. kenalah lengkapkan diri anda. Jangan terlalu bergantung dengan suami. Dan juga paling penting jagan abaikan suami. KAdang tu kita terleka dengan sesuatu, kita terabai keperluan dan kehendak suami.. time tu pulak ada orang lain pulak dok hulur bantuan, paham2 jerlah..

Buat suami.. kalau anda tu gaji seciput, renungkanlah balik niat anda tu. Bukan apa, waktu awal ni memanglah fikir bestnya ada 2 cawangan.. tapi tak fikir maintenance. Kalau setakat 2 bini jer yang nak kena jaga okaylah, buatnya bini2 tu jenis subur, anak setahun sorang.. Lu pikirlah sendiri

Tayang EBM.. pendapat ibu

Rata-rata sekarang ni ramai ibu-ibu yang sedar tentang kepentingan BF. Rata-rata ibu2 BF mempunyai gajet2 khas untuk memerah dan menyimpan susu perahan mereka. Dan kini rata-rata ibu BF dah ada blog (termasuk ibu) serta dah ada akaun FB. Dalam FB sendiri pun ada group khas untuk ibu-ibu menyusu ini.

Berbalik kepada blog dan FB, rata2 ibu menyusu akan upload gambar stok susu masing-masing (termasuk ibu dahulu, sekarang ni malas nak ambil gambar). Tujuan mereka ada pelbagai.
1. sebagai motivasi diri sendiri
2. sebagai motivasi kepada orang lain
3. sebagai rujukan buat mereka yang ingin mendapatkan maklumat dan semangat
4. sebagai album kenangan.. Yerlah, sekarang ni semuanya digital. Simpan dalam hard disk kang laptop buat hal, habis semua gambar, so letak dalam medium internet ni boleh access bila2 masa, even dah bertahun-tahun.

Berbalik kepada isu tayang EBM, ada yang sangat suka dan ada yang tak suka. Yang suka tu of course mereka yang BF dan yang tak suka tu ibu tak taulah nak letak dalam kategori mana.

Semalam ibu buka FB dan jenguk discussion group KIM. Salah satu post tu ada mention tentang satu page Kami Benci Dipertontonkan EBM Bertimbun2

Memang sangat tak patutlah mereka ini create group sebegini. Kalau tak suka, tak perlulah tengok post2 ibu menyusu ni. Jangan kutuk mengutuk. Masing-masing ada hak masing-masing, masing-masing ada hak untuk upload apa saja gambar, sebab itu adalah akaun mereka.

Ada yang kata bila upload gambar stok menimbun tu nak menunjuk, riak dsb. Bila kita tengok dan baca dalam perasaan negatif, memang itu yang kita nampak. Tapi bila tengok pada sudut positif, perkara tu akan menambahkan motivasi dalam diri.
Ibu tahu tiada siapapun dalam kumpulan ibu2 menyusu ni sengaja nak riak tunjuk EBM, mereka sekadar berkongsi.

Pengalaman ibu sendiri, ketika mula2 membuat stok, stok ibu memang ciput sampailah ibu terbaca dalam majalah Pa&Ma, kisah Dr. Ain yang buat stok penuh deep freezer.. Waktu itu ibu rasa amat kagum, sebagai seorang doktor, dia mampu buat stok banyak macam tu.. So, ibu jdikan artikel tu sbagai motivasi ibu (time tu belum banyak lagi discussion about BF kat internet melainkan international website dan juga SI.com.. time tu pun facebook tak wujud lagi).
So, ibu pun tanam niat dan berkongsi dengan abi. Abi pun menyokong kata dia "kalau doktor tu boleh buat, ibu pun boleh buat juga". Dan akhirnya ibu pun berjaya kumpul EBM penuh DF macam doktor Ain tu juga.

So,ibu tak nampak di mana riaknya seorang ibu untuk upload gambar EBM mereka.. Lainlah kalau caption tu diorang tulis "tengok stok aku menimbun-nimbun.. kau ada?" itu barulah riak..
Sama gak kesnya bila ada yang tulis terpaksa buang EBM, EBM expired, kena beli DF etc.. mulalah ada suara2 sumbang kata "nak cakap susu dia banyaklah tu"
Ketahuilah, mereka yang ada stok banyak ni mereka mengamalkan konsep demand vs supply.. of course mereka yang consistent pam tanpa culas akan dapat hasil macam tu.. tapi kalau yang ada penyakit M tu, memanglah tak dapat.

CUma pesan ibu kepada ibu2 menyusu, kadang2 cara penulisan kita tu perlu berhikmah.. takut pula nanti niat kita lain orang tafsir lain.. biarlah secara sederhana.. Dan jangan sesekali kondem mereka yang tak BF,doakan mereka mendapat hidayah.

Buat mereka yang memandang sinis pada ibu2 BF, kalau tak suka tak perlu baca post2 tentang BF. banyak lagi maklumat lain yang boleh anda perolehi selain dari melihat stok2 ibu tersebut.

BUat para ibu sekalian, apa jua pilihan anda, anda tahu apa yang terbaik.. Internet adalah dunia tanpa sempadan, boleh nak upload apa saja gambar.. tak suka, jangan tengok, komen dalam hati cukuplah. Buat ibu2 menyusu juga, teruskan usaha anda,tapi pada masa yang sama, jaga tatatertib dalam berinteraksi dengan orang lain..

Wednesday, April 13, 2011

Referral for feeding, discover BF problem

Semalam, ibu dapat call dari NICU untuk review satu kes cleft palate (sumbing lelangit). Baby girl berusia 2 hari. Doktor refer sebab baby tak boleh menyusu, so diorang feed baby via syringe. another problem, baby ada nasal regurgitation (ada susu keluar dari hidung bila baby minum susu).. Actually, ibu teramat jarang dapat kes semuda ini, so ibu just pergi assess mana yang ibu tahu.

Masuk NICU, jumpa baby tu, comel sungguh, lagipun dia cuma sumbing lelangit, so luaran nampak normal macam baby biasa. So ibu pun assess rooting reflex, sucking reflex, oral motor function, dan nampak everything is within normal. Bila ibu dukung baby, baby tu start mengiring cari breast, so ibu minta diorang panggilkan ibu dia. Luckily, ibunya rooming in.

Bila jumpa ibu muda tersebut (baby ni 1st child), perkara pertama ibu tanya, "dah pernah bagi menyusu badan dak?"
Ibu muda tu jawab " ada sekali lepas lahir, tapi baby tak pandai hisap"
Ibu tanya lagi " Ada tak nurse datang ajar untuk menyusu?"
Ibu muda tu jawab, "tak ada"

Okay, ibu kata kat ibu muda ni "tadi saya dah check anak puan, nampak cara dia hisap jari saya sangat kuat, maknanya dia boleh menghisap terus dari breast puan. Cuba puan try lagi sekali bagi baby hisap"

Dengan terkial2 ibu muda itu cuba meletakkan posisi terbaik mungkin.. teringat waktu ibu mula nak menyusu Farish dulu, terkial2 nak cari posisi terbaik.

Once baby dah didukung sempurna, ibu muda tersebutpun start untuk menyusu.. Ibu dapati ibu muda tersebut mengalami masalah inverted nipple.. Ya Allah! takkan takde siapa yang perasan masalah ibu ini?

So since ini adalah kes inverted pertama ibu jumpa, laju jer kepala ibu cuba mengingat teknik2 sebaik mungkin, so ibu ajar ibu muda ini cara latching yang betul, posisi baby yang terbaik.. Since baby ni ada cleft palate, maka kedudukan baby haruslah sedikit menegak untuk mengelakkan regurgitation.

Mulut baby tu tercari2 breast ibunya, tapi mungkin disebabkan masalah inverted nipple, ibu muda itu seakan-akan putus harapan. Perkataan yang keluar, breast dia takde susu..
Ibu pun kata " mana boleh takde susu, setiap ibu yang melahirkan bayinya pasti ada susu, dan susu awal ni memang sedikit sebab baby hanya perlukan 1 sudu jer susu ibu untuk mengenyangkan perutnya."

Ibu minta ibu muda itu picit breast dan nah! terpancut kolostrum, teus jer ibu pegang baby, try lagi latching, Alhamdulillah, baby tersebut mula menghisap sedikit demi sedikit, sampai tertidur.

Bila ibu consult doktor kat NICU tu, takde siapa discover masalah inverted nipple ibu tu, so ibu request untuk refer lactation unit. Alhamdulillah, selepas itu ibu muda itu mula yakin untuk BF dan baby tersebut tidak lagi minum mengikut syringe dan berjaya BF dengan jayanya dan telahpun kelaur wad petang tadi.

Kat sini ibu kesalkan, sebagai sebuah hospital yang baby friendly, kenapa tiada nurse yang datang check keadaan ibu, kenapa bayi tidak boleh menyusu. Memang betul bayi mengalami sumbing lelangit, tapi bibirnya adalah normal. Ini berlainan dengan bayi yang mempunyai sumbing bibir dan lelangit, itu memang cabaran untuk BF.

Bila keadaan macam ni berlaku, ibu lebih kuat untuk mendalami bidang BF ni, dan sedang cuba untuk mengikuti kursus-kursus berkaitan BF dan seterusnya menjadi kaunselor laktasi. Ibu pun sedang usha JKN the next 20hours course pengurusan BF.. Cadangnya kursus tu dalam hujung bulan Mei ni.. moga-moga ibu dapat join time tu.. (tapi bulan 5 ibu program sangatlah padat)

Saturday, April 2, 2011

SGM Alor Setar 2011 - volume 2


Assalamualaikum.


Dijemput kawan2 hadir ke perjumpaan Support Group Meeting kawasan Alor Setar, Kedah yang kedua untuk tahun 2011.

Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)

Waktu : 10 pagi - 1 tgh


Kos : PERCUMA!!

Konsep : Potluck (Setiap peserta diminta membawa hidangan makanan untuk dikongsi bersama2. Sila bawa bekas makanan dan gelas masing2)

Tempat: Whizchini Shoppe
No 142 Tingkat 2, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darulaman
05100 Alor Setar Kedah
(juga dikenali sebagai kompleks kancut)

Google map arah kedai:
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode&q=whizchini+shoppe&sll=6.129461%2C100.365429&sspn=0.083121%2C0.15398&ie=UTF8&hq=whizchini+shoppe&hnear&ll=6.125492%2C100.371201&spn=0.01039%2C0.019248&z=16

Topik:
1) Halangan dalam Penyusuan Susu Ibu
2) Penyimpanan Susu Ibu

Sekiranya ada apa-apa masalah, jangan segan sila hubungi:-

Pn Hana
Peer Counselor (MBFPC)
http://hanaseman.blogspot.com/
(msg facebook atau 0194510378)

Pn Rini
http://whizchini-shoppe.blogspot.com/
(msg facebook atau 0124223080).


Terima Kasih

Friday, April 1, 2011

Dari Harian Metro: Cabaran Hebat Susukan Anak

Cabaran hebat susukan anak

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BEGINI...Nor Kamariah menunjukkan kaedah menyusu dengan betul, antara salah satu latihan yang dijalankan Susuibu.com.
BEGINI...Nor Kamariah menunjukkan kaedah menyusu dengan betul, antara salah satu latihan yang dijalankan Susuibu.com.

PELAYAR laman sesawang Susuibu.com pasti tidak asing dengan laman sosial ini yang banyak memberi maklumat terkini serta pengetahuan berguna mengenai penyusuan susu ibu.

Di samping rencana menarik, laman ini juga menjadi medan interaktif wanita terutama dalam menyuarakan pandangan, bertukar pendapat serta menjadi pemangkin semangat bagi ibu muda yang ingin menyusukan anak mereka sepenuhnya.

  • Foto

  • Foto

    PRODUK...antara produk penyusuan yang dijual di Mom’s Little Ones.

Di sebalik kejayaan Susuibu.com, banyak cabaran terpaksa dilalui pemiliknya, Nor Kamariah Mohamad Alwi yang juga kaunselor laktasi.

Bermula sekadar suka-suka untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat mengenai penyusuan susu ibu, kini ahli berdaftar Susuibu.com sudah melebihi 13,000 orang sepanjang enam tahun penubuhannya.


Menurut Nor Kamariah, pengalaman dilaluinya selepas melahirkan anak pertama adalah cabaran kepada wanita ini untuk menyusukan anak secara eksklusif. Ini kerana selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2000, pendedahan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu sangat kurang terutama sokongan daripada keluarga.

Ketika itu dia menyambung pengajian sarjana di Universiti Tunku Abdul Rahman (Unitar). Walaupun terpaksa berdepan cabaran besar kerana terpaksa menyusukan anak sepenuhnya di kala masih belajar, dia kuatkan tekad untuk menghadapinya hanya berbekalkan pengetahuan di Internet serta pembacaan buku dan majalah.

“Berbekalkan pengetahuan menerusi Internet, saya cuba sedaya upaya mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Mujur pensyarah sangat memahami serta membenarkan saya membawa anak ketika peperiksaan dan menyediakan sebuah bilik berasingan untuk saya. Ketika itu saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi sokongan penuh kepada saya untuk menyusukan anak,” katanya.

Menurutnya, semangat untuk menyusukan anak semakin bertambah ketika pulang ke kampung di Ipoh, Perak apabila melihat saudaranya yang bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif. Dia mengajar bagaimana memerah susu menggunakan tangan dan pam, juga teknik penyimpanan susu dengan betul ketika bekerja.

“Kebetulan pada masa itu kakak baru saja melahirkan anak dan kami saling memberikan sokongan antara satu sama lain,” katanya.

Ketika bersalin anak kedua pada 2003, Nor Kamariah sudah mempunyai pengalaman me-ngenai penyusuan susu ibu dan masalah penyusuan, namun dia berasa keseorangan kerana ketika itu tidak ramai ibu yang menyusukan anak secara eksklusif.

Dia cuba bertanya kepada rakan namun jawapan diperoleh sangat mengecewakan kerana mereka sudah memberi susu formula kepada anak mereka.

Bertujuan untuk berkongsi pendapat mengenai susu ibu, akhirnya Nor Kamariah membuka laman sosial Susuibu.com pada 2004. Niatnya hanya sekadar untuk berhubung dengan wanita serta berkongsi pendapat mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Ketika itu pengunjung berdaftar hanya 200 saja, tetapi lama-kelamaan semakin bertambah dua kali ganda sehingga mencecah ribuan pengunjung. Masing-masing menyatakan keterujaan mereka terhadap laman sosial ini kerana membolehkan wanita mendapat maklumat yang jelas mengenai penyusuan,” jelasnya.

Tambahnya, dari setahun ke setahun, pemberitahuan menerusi mulut ke mulut menyebabkan Susuibu.com semakin mendapat perhatian.

“Ada yang mendapat tahu melalui rakan, pihak hospital dan kebanyakannya menerusi enjin pencarian Google. Hanya mereka yang benar-benar ingin mendapat maklumat mengenai susu ibu saja akan memperolehnya menerusi laman sosial ini,” katanya yang memiliki Ijazah Kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ketika itu, laman susu ibu bukan saja menjadi pakar rujuk malah banyak persoalan diutarakan mereka yang mempunyai latar belakang berbeza. Disebabkan tidak mempunyai sebarang pendidikan mengenai penyusuan susu ibu, ini mendorong Nor Kamariah menjalankannya secara profesional dengan mengambil peperiksaan Pensijilan Antarabangsa Kaunselor Laktasi.

“Oleh kerana Susuibu.com mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional yang arif dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor, ini mendorong saya mengambil peperiksaan seterusnya membuka butik Susuibu.com di Bandar Baru Bangi.

“Ini bagi memberi tumpuan kepada laktasi serta menyediakan keperluan penyusuan kepada wanita secara lebih sistematik dan teratur. Justeru, wanita selain mendapatkan khidmat nasihat menerusi laman Susuibu.com, mereka boleh terus ke butik untuk mendapatkan pemahaman secara praktikal dan rundingan secara empat mata,” katanya.

Pada 2009, Susuibu.com bergabung dengan Mom’s Little Ones untuk memperkenalkan mengenai konsep semula jadi sama ada melalui kaedah penyusuan, pemakanan, penggunaan produk dan pemakanan.

“Selain fokus utama penyusuan susu ibu, kami cuba mengalihkan tumpuan masyarakat kepada perkara yang sering dilupakan seperti menyediakan makanan bayi sendiri, penggunaan lampin kain dan menggunakan kain kendong yang kebaikannya tidak dapat diragukan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi kaunselor, cabaran utama adalah bagi ibu bekerja iaitu bagaimana meneruskan penyusuan dengan keadaan masa yang sangat terbatas. Namun dengan adanya laman Susuibu.com, ibu dan bakal ibu lebih terbuka dan terdedah mengenai kepentingan susu ibu seterusnya membuat persiapan lengkap sejak sebelum bersalin lagi.

Mom’s Little Ones bergabung tenaga dengan Susuibu.com bagi menyediakan medium terbaik kepada golongan ibu bukan saja mengenai penyusuan susu ibu tetapi memperkenalkan produk semula jadi yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal anak-anak.

Memasuki tujuh tahun penubuhan Susuibu.com, menurut Kamariah, dia masih belum puas kerana masih ramai ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran mengenai ilmu keibubapaan yang bukan setakat melahirkan anak tetapi meliputi banyak perkara.

“Ada ibu yang mampu menyusukan anak mereka dan ada yang tidak boleh dan inilah cabaran yang harus saya hadapi. Selain ilmu, latihan dan kemahiran, sokongan keluarga terutama suami dan ibu bapa juga sangat penting,” katanya.

Justeru, bagi memberi pendidikan secara lebih menyeluruh sejak 2008, menerusi Susuibu.com lebih ramai kaunselor laktasi yang mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada IBCLC dilahirkan. Mereka perlu menduduki peperiksaan setiap lima tahun bagi memberi semangat kepada perunding laktasi supaya tidak berhenti belajar dan mendapat-kan maklumat terkini mengenai penyusuan.

Kaunselor laktasi terlatih akan memberikan rundingan secara empat mata, dengan pergi dari rumah ke rumah dan memberi penerangan di hospital sebaik saja melahirkan anak mengenai kaedah penyusuan yang betul.

“Bukan itu saja, setiap bulan kaunselor laktasi akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa bagi mendengar masalah, luahan hati, pandangan serta pengalaman yang boleh dikongsi dengan semua ibu.

“Dengan cara ini, sama ada kaunselor atau ibu bapa boleh mendapatkan pandangan daripada perspektif berbeza dan memahami antara satu sama lain,” katanya.

Bukan mahu mendabik dada namun rasa kesyukuran dilafazkan kerana kini, kesedaran wanita mengenai penyusuan susu ibu sudah semakin bertambah dengan melihat pertambahan ahli dalam Susuibu.com dan kumpulan sokongan.

Harapan Nor Kamariah hanya satu iaitu ingin melihat masyarakat berubah ke arah yang lebih baik serta kehidupan yang ditentukan mereka sendiri. Malah besar impiannya ingin melihat suatu hari nanti, semua ibu di Malaysia menyusukan anak mereka secara eksklusif.

“Hari ini, ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab atas apa saja keputusan yang dibuat mereka dan tidak menyesal di kemudian hari. Mereka juga harus mendapatkan maklumat yang tepat bukan dipengaruhi sesiapa.

“Ini supaya suatu hari nanti ibu bapa tidak menyalahkan masyarakat atas apa saja yang berlaku kepada mereka, keluarga dan anak-anak. Paling penting mendapatkan ilmu keibubapaan mencukupi sebelum bergelar ibu dan bapa,” katanya

Related Posts with Thumbnails