ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, May 29, 2011

Makluman Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Utara (10-12 Jun 2011)


Bagi pihak pengurusan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)/ Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), saya ingin mewar-warkan bengkel latihan MBfPC untuk tahun 2011 bagi Zon Utara. Tarikh bagi bengkel latihan yang telah ditetapkan bagi Zon Utara adalah adalah seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Jun 2011
Lokasi : WNS Homestay, 2175-A, Jalan Mahkota, Off Jalan Stadium, 05250 Alor Star, Kedah.
Masa: 8.00am-6.00pm
Yuran penyertaan: RM100


Bagi yang berminat untuk menyertai bengkel latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) Nama
Ii) Alamat
Iii) Nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini.

Pihak pengurusan akan menghantar semula e-mail permohonan penyertaan berserta borang-borang pendafaran yang perlu diisikan kepada yang telah menghantar butiran diatas.

Untuk makluman semua, setiap permohonan  akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta  yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengel latihan ini. Maklumat  selanjutnya mengenai bengkel latihan akan diumumkan melalui e-mail jemputan penyertaan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

---
Yang benar,
Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor <http://malaysianbfpc.org/>

Lebih lanjut klik sini

Saturday, May 28, 2011

STICKY POST: Kursus Malaysian Breastfeeding Peer Counselor 2011

PLEASE SCROLL BELOW FOR LATEST ENTRY

Ibu menyeru semua sahabat-ibu di luar sana...
Jom join MBfPC.. Sama-samalah kita memartabatkan perjuangan susu ibu di Malaysia..
Details.. klik entry ni..

Friday, May 27, 2011

Perlu ke pandai masak sebelum kahwin??



Soalan kat atas tu diutarakan oleh seorang forumer di Ratuhati.com.. Sebagai persediaan dia menjadi seorang isteri kot..

Sebenarnya perlu atau tidak?

Pendapat ibu (ini pendapat ibu, orang lain, lain pendapatnya)
Sebelum kahwin sekurang-kurangnya kena tahu masak.. Kena faham yer, TAHU bukannya pandai.. Tahu masak maknanya kenal periuk belanga, kenal bahan-bahan masak yang basic, boleh masak makanan basic macam masak nasi, goreng ikan, goreng telur, goreng sayur.. Bonus kalau kita pandai masak, so tak perlu bersusah payah sangat nak belajar masak itu ini..

Ibu sebelum kahwin boleh dikategorikan anak gadis yang BOLEH masak.. (boleh pulak).. boleh tu maksudnya, kalau orang minta masak certain2 menu tu, bolehlah maak, tapi kesedapan tu, tak pastilah kan. Ikut selra masing-masing.

Tapi berdasarkan pengalaman ibu, bila dah kahwin, kadang tu masakan yang kita pandai masak dah takleh apply sebab selera suami mungkin tak sama.. Terus ternag ibu katakan, dulu zaman anak dara, ibu rajin masak rendang ayam, spagetti, tomyam, sayur campur.. tapi pas kahwin.. semua masakan tu bukan feveret abi, even abi memang tak makan makanan2 kat atas tu pun.. Makanya, pas kahwin memangi bu dah tak masak masakan2 tu.

Sebelum kahwin ibu masak kari ikut cara arwah mak. tumis bawang, pastu masukkan sepeket rempah serbuk tu yang dicampur dengan air asam jawa.. pastu masaklah smapai habis..
Tapi abi punya cara, tumis halba campur dulu, pastu bawang, pastu rempah (abi punya stail =rempah giling+ rempah serbuk), masak sampai naik minyak, pastu baru masuk air asam jawa.. So kedua2 kari tu memang lain sangat2.. kalau mak punya kari, colour kuning2 sikit.. abi punya kari.. colour merah sikit.

Part siang ikan pun sama.. arwah mak ajar siang ikan buang abis kepala, cuma tinggal part mata jer, pastu perut pun potong sikit, buang perut habis.
Abi punya stail, dia nak ikan tu kekal bentuk dia, hanya buang perut sahaja, jangan dibuang segala kepala bagai..

  Ini ikan cara arwah mak ajar

  
      .                                         Ini pulak cara abi siang, kena maintain rupa ikan tu

gambar ihsan google image

So pas kahwin ibu macam belajar semula masak.. tapi setiap kali ibu masak,mesti abi puji.. sebab masakan ibu mesti lagi sedap dari dia masak.. Sebabnya ibu ada skill masak.. ke memang keturunan kot.. Sebabnya arwah mak kandung ibu memang pandai masak, dan pernah jadi guru masakan.. So menurun kot kat anak dia yang ni.

So buat bakal2 isteri... anda kena belajar memasak.. lagi satu kalau pandai masak sekalipun, jangan mengaku depan bakal suami dan bakal mak mertua.. biar kita merendah diri.. SO, expectation diroang tak tinggilah untuk masakan kita..

MOM2MOM @ NORTH REGION GATHERING 2011.


Antara yang hadir pada event tersebut
(Saraa, Hasna, Rozy, Shida, Dayah, Ina, Yasmin, Shafida, Zaza, dan Kiah)

Dah seminggu event ni berlalu, tapi hari ni baru ibu sempat nak story..
Gathering ni adalah kesinambungan dari yearly gathering ibu2 do kawasan utara. 2 tahun berturut-turut buat kat Penang, so tahun ni beralih ke Kedah pulak.. Tempatnya Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.

Ibu bertolak dari rumah seawal pukul 7.45am.. Breakfast dulu, pastu gi cari ais, baru masuk highway... Sampai sana dah dekat kul 9.30am.. 

Sampai sana baru ada Rozy, Dayah, Shida dan Hasna.. tunggu yang lain2 datang, event pun start dalam kul 10.30 gitu..

Malas nak cerita panjang... event bermula dengan ice breaking.. sesi taaruf.
Kemudian disambung dengan sesi SGM - ABC of breastfeeding.. 

Tak sempat sampai Z, berhenti dulu untuk makan2 since ramai dah lapar, anak2 pun dah meragam.

After tu sambung dengan ceramah "Tips and trick on discipline' yang disampaikan oleh En Halim, hasben Saraa Rusly.
  .
Acara yang dinanti-nanti... lucky draw.. Berbaloi, ibu bawa 1 hadiah, bawa balik 3 hadiah.. Thanx kepada yang memberi (Rozy, Aisyah dan lagi satu ibu taktau sapa bagi)

Ni hadiah dari Rozy.. BF sticker dan cloth pantiliner

Lepas tu sambung dengan cloth diapers demo plak.. Ibu pun baru boleh tengok face to face prefold dan AI2 diapers.. Kena masuk dalam to buy list ni..

Sepatutnya last tu ada BW demo, tapi dah pukul 3 dah.. so stop kat sini jer.

Abi jumpa ngan hasben Rozy, takde cerita lain la tu.. Pemancing tegar dua-dua tu.

Anak-anak ibu memang suka posing bila tengok kamera. gelak sakan la tu

Akhirnya Firas mengalah 


Balik tu, kami singgah Pulau Sayak.. Teringin nak makan Mi Udang.. Atas guide ROzy, kami pun pergi menikmati Mi Udang kat sini.
Ini kedai yang direkomen oleh Rozy

Nampak sedap tak? Ada 4 ekor udang dalam tu

Kalau tengok gaya abi makan ni... rasanya macam mana yer?

Okay, itu saja cerita ibu tentang gathering...
Oh ya! gathering ni telah menemukan abi dengan ex-classmate dia time sekolah rendah dulu.. Tak sangka pulak ex-classmate abi adalah Rozy... Siap ingat nama penuh lagi...

Friday, May 20, 2011

STICKY POST: MOM2MOM @ NORTH REGION GATHERING 2011

Kindly scroll below for the latest entry



Sekretariat mom2mom @ North Region Gathering menjemput semua kenalan sama ada dari kaum ibu, bakal ibu mahupun bapak-bapak join this event..

Details boleh tengok kat bawah ni

Tarikh: 21hb Mei 2011
Tempat: Pantai Merdeka, Kedah

Tentatif program
9.30-10.00am : Arrival and registration

10.00-11.00am : Ice breaking session

11.00-12.00pm : The ABCs of Breastfeeding,
Advantages of Breastfeeding from A to Z

12.00 -1.30pm : Luncheon with Cloth Diapering and
Babywearing demo

1.30 -2.00pm : Talk by En Halim Masnan on
Tips and Tricks on Children Discipline

2:00-2.45pm : Lucky Draw

3.00pm : Photo session and Departure.
 


*Food = pot luck style, please bring your own mat.
* Dress theme =
purple (optional)
For more details, kindly contact us at
m2mnorth@gmail.com

Kepada sesiap yang nak join, kindly inform organizer by email ataupun through this FB event

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Esok merupakan sambutan hari ibu sedunia... Sebenarnya bagi ibu, tiada hari-hari khusus untuk mengingat pengorbanan ibu, setiap hari adalah hari ibu.
Sejarah hari ibu masih kontroversi lagi. Tapi bagi ibu selagi kita tidak melanggar suruhan agama, tak salah rasanya.. By the way, tak perlu tunggu ahad minggu kedua Mei.Bila-bila masa kita mengingati ibu, itulah hari ibu.

Seumur hidup ibu rasanya ibu tak pernah celebrate hari ibu buat mak ibu.. Sebabnya ibu tak pernah tahu pun bila hari ibu sebenarnya, cuma ibu tahu setiap Mei mesti ada sambutan hari ibu.. Lagipun arwah mak ibu pun taktau apa itu hari ibu.. Ibu pun bagi hadiah tak pernah ikut hari hatta birthday mak.. Suka hati jer nak bagi hadiah. Cuma ada satu jer hadiah yang mak minta ibu belikan.. iaitu telekung putih tanpa sulaman.. Rupanya itulah hadiah terakhir ibu buat mak, dan telekung itu jugalah yang mak pakai hingga ke liang lahad.

Tapi itu hanyalah kenangan.. Selepas kahwin ibu dah tak merasa kehadiran seorang mak lagi.. Mak telah pergi meninggalkan ibu tatkala ibu baru 19 hari bergelar isteri..

Kini, ibu sendiri menjadi ibu kepada dua orang anak (dan Insya Allah bakal menyusul lagi nanti).. Barulah ibu faham perasaan seorang yang bergelar ibu, mak, mama,ummi,  mummy, amma dsb.

Syurga di bawah telapak kaki ibu... tapi untuk menjadikan syurga di bawah tapak kaki ibu, ibu itu sendiri perlulah menyediakan syurga buat anak-anaknya.. Ibu teringat lagi kata-kata Ustaz Akasyah dalam rancangan "Semanis Kurma".. Kalau ibu itu sendiri menderhaka kepada anaknya, tiada lagi istilah syurga di bawah tapak kaki ibu.

Renungkanlah maksud ayat di bawah ini
"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At- Tahriim ayat 6.


Akhir sekali buat arwah mak, Hasnah bt Embong Ibrahim dan Naimah bt Harun.. Hanya  Al-Fatihah yang mampu anakanda hadiahkan sempena hari ibu pada tahun ini.


Buat ibu mertua ibu, Hamidah bt Ahamad, terima kasih mak kerana melahirkan suami kesayangan ibu.. dan sesungguhnya maklah satu-satunya mak yang ibu ada.. 


Selamat Hari ibu juga ibu ucapkan buat semua kenalan ibu dan kepada mereka yang membaca coretan ibu ini.


Thursday, May 5, 2011

GERD


Apa itu GERD?
GERD ialah singkatan bagi Gastroesophageal Reflux Disease.

GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus.
GER juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.
Apabila refluks asid berlaku, pesakit boleh merasa makanan atau cecair di bahagian belakang mulut. Apabila asid perut bertindak secara refluks tersentuh dengan lapisan esofagus, kemungkinan ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.

Kenapa tiba-tiba ibu buat thread pasal GERD. Sebabnya abi telah didiagnosa mempunyai GERD.
Simptom GERD adalah rasa pedih ulu hati, kerap sendawa sehingga rasa asid naik ke tekak.

Punca?
Faktor penyebab
  • obesity
  • mengandung
  • merokok
makanan yang menyebabkan GERD lebih buruk 
  • buah-buahan yang masam sifatnya
  • chocolate
  • minuman berkafein dan alkohol 
  • makanan berlemak dan berminyak 
  • bawang putih dan bawang merah
  • perisa mint
  • makanan pedas
  • tomato-based foods, seperti spaghetti sauce, salsa, chili, and pizza

Abi sebelum didiagnosa mempunyai GERD, memang sering mengalami pedih ulu hati. Mula tu abi ingat sebab gastric.. So abi just amik MMT jer.. pastu kerap kembung perut, kerap sendawa, kurang selera makan, sampai berat abi menurun. Bayangkan ibu masak nasi 1pot setengah pun tak habis kami 4 beranak.

Sampai satu hari, tak lega2 gak, abi terus gi jumpa pakar gastro. So, pakar terus buat ujian endoskopi dan memang confirm abi ada GERD. Terus kena leter ngan pakar.. Mana taknya dah jadi ulcer dalam esophageal abi..
Since then, tiap2 hari abi kena ambil Nexium sebelum makan.. pastu baru okay.

Sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian.. Paling utama abi totally stop smoking. Sebelum ni abi memang dah stop beli rokok sejak kahwin. Hisap kalau ada kawan hulur especially time gi mancing.. So sekarang ni memang totally no to cigarette.. tu la.. dulu bini dok advice, tak percaya, nak doktor gak advice. Sekarang pun abi dah kurang minum minuman berkarbonat, dah tak minum nescaffe, makan sambal belacan pun bukan 100% guna cili padi dah.. tak boleh makan benda pedas2 beb.

Dan paling ketara selera makan meningkat. Sekarang ni masak nasi 2 pot abi kata sikit, kenalah masak 2pot setengah untuk kami 4 orang. Dan juga abi jarang makan lewat malam macam selalu, sebab perkara2 di ataslah yang menyebabkan abi dapat GERD.


FILEM WAJIB TONTON 2011

Filem apa ya yang wajib tonton untuk tahun 2011?
Sebenarnya ibu bukan kaki wayang, pas kahwin rasanya baru 3-4x jer masuk panggung. last masuk panggung adalah seminggu sebelum Firas lahir, time tu cerita Papadom...
So, kalau nak nonton, ibu akan tunggu pas sebulan filem tu tayang, pastu gi cari DVD jer. Sorry yer, ibu mengaku ibu memang tengok DVD cetak rompak.. lagi2 DVD sekarang ni,terang-terang copy dari Astro First. Ibu malas nak langgan Astro first sebab bagi ibu tak berbaloi. RM15 untuk 48jam sahaja. Beli DVD baru Rm4 sekeping.. Boleh tengok ulang-ulang berbulan-bulan..

Berbalik kepada movie, antara movie yang ibu nak tengok sangat-sangat adalah Merong Mahawangsa.. Dan dah tengok bulan lepas (DVD jer).. Sebab ibu nak tengok sebab ia adalah tentang sejarah negeri ibu (Kedah), sejarah keturunan abi (Ya! Susur galur keturunan abi adalah dari kesultanan Melayu Kedah yang merupakan keturunan Merong Mahawangsa) dan paling penting sebab KRU production.. Ibu memang peminat KRU sejak sekolah, algipun Yusri kalau buat filem dia agak detail. Tengok dokumentari Merong Mahawangsa pun ibu tau dia buat research sebelum buat filem. Tak macam kebanyakan filem yang ntah hapa-hapa.

Dan lagi satu movie yang ibu tunggu adalah

Macam best jer tengok trailer filem ni, dan ibu ada  baca review wartawan yang filem ni sarat dengan air mata.. Tapi ibu paling suka sinematografi Khabir Bhatia.. Cantik sangat! Sekarang ni kat TV3 dok tayang balik Nur Kasih the Series tiap2 petang kul 5pm.. Ibu yang tengah MC ni tak lepaskan peluang tengok balik. tak jemu-jemu.

Antara tagline yang ibu suka pasal filem ni adalah
Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….

Rasanya kalau ajak abi tengok wayang dia mau tak? Abi sebenarnya suka jer tengok wayang tapi tulah memikirkan 2 hero ibu tu. Farish rasanya takde masalah, tapi Firas ni. Jenis tak reti dok diam-diam.. Kang adalak yang dok berkejar dalam panggung tu. Nampak gayanya kena tunggu keluar Astro first, pastu terus gi cari DVD.

Jom layan soundtrack Nur Kasih yang dinyanyikan oleh Yassin dan Tiz Zaqyah (sekali dengar macam suara Waheeda pulak)

Wednesday, May 4, 2011

Tips memujuk bayi yang genarkan menyusu pada sebelah payudara

Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima payudara yang tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat.

Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.

Susukan bayi menerusi payudara yang digemarinya terlebih dahulu. Apabila susu mula dirembes laju di kedua-dua belah payudara,secara perlahan-lahan,tukar posisi bayi ke payudara yang kurang digemarinya. Dengan cara ini, bayi tidak akan menolak payu dara tersebut kerana aliran susu adalah lancar.

Anda juga boleh memulakan penyusuan dengan payudara yang bermasalah setiap kali penyusuan. namun lakukannya ketika bayi di dalam keadaan hampir tertidur, selesa atau tidak terlalu lapar.

Anda digalakkan untuk memerah payudara yang kurang digemari terlebih dahulu bagi menggalak bayi menyusu dengan selesa daripada payudara tersebut. Malah sepanjang proses menggalak bayi menerima payudara yang tidak disukainya, jangan lupa untuk memerah susu daripada payudara sebelah lagi agar rangsangan sentiasa ada dan mencukupi.

Lokasi penyusuan memainkan peranan penting. Suasana di sekeliling lokasi yang tenang dan selesa banyak mempengaruhi kejayaan anda melalui proses memujuk bayi.

Proses ini tidak berhasil dengan sekelip mata. Ia memerlukan beberapa hari atau minggu. Jangan sesekali berputus asa. Yakinlah diri bahawa anda boleh! hati perlu cekal dan minda mesti kuat..

Artikel pa&ma Edisi April 2010 (Tips dari Kaunselor Laktasi- Aishah Mariam)

Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan.. dari cradle hold kepada football position.

2 minggu yang stress

lately ni memang ibu langsung tak sempat nak jenguh blog ibu, FB mahupun forum.. Ya.. macam yang ibu tulis, ibu melalui 2 minggu yang stress.

last week adalah minggu akreditasi. Dan ibu sebagai ketua unit kenalah pastikan everything is settle dan paling penting kena bersedia menyediakan maklumat bila surveyor datang.. banyak sebenarnya yang tak lengkap, tapi tawakal jerlah.. Bayangkan time weeeknd pun kena gi opis buat last minutes preparation. Siap bawa Farish dan Firas gi opis lagi sebab abi pun kena gi kerja juga untuk akreditasi.

Minggu akreditasi, anak-anak ibu demam dan selesema pulak.. berjangkit kat abi dan akhirnya ibu pun berjangkit juga. Ibu kalau selesema memang duduk dalam aircond lagi teruk selesema ibu, tapi cuti dah kena beku, harung jerlah.

Habis akreditasi, rasa lega... pastu abah ibu dari KL pula datang bertandang. Rindu cucu-cucu lah tu. Since ibu jer anak abah yang duduk jauh. Over the weekend, keadaan kesihatan ibu masih belum pulih lagi, tapi ALhamdulillah, anak-anak ibu dah sihat. Abi pula kalau ikut rancangan, dia join trip mancing, tapi dah sampai jeti, trip dibatalkan sebab ribut kuat, bot takleh jalan.

weeeknd walaupun cuti sampai 3 hari (termasuk labour day), ingatkan keadaan kesihatan ibu makin ok, rupanya tak. Tiba2 jer ibu rasa nafas tersekat2, tak boleh nak cakap dalam 1 ayat, termengah2.. Isnin tu ibu dapatkan referral untuk berjumpa pakar perubatan dan tak semena2 ibu kena admit pulak.. Adui! macam mana ni.. Doktor tu kata nak monitor since keadaan ibu sekarang ni.. So kena masuk wad lah ibu. Mula tu doktor order 1st class 2 bedded, bila gi daftar kat admission, wad 7B dah penuh, so ibu kena duduk wad 6c, wad VIP tu.. bilik sorang dan ada TV dalam bilik (kalau 1st class, takde tv dalam bilik).. so berkampunglah ibu kat wad satu malam.

So, ibu kena ambil darah, ambil urine, check SPO2 every 4hours, check BPdan few prosedur lagi.. Alhamdulillah, keputusan semua normal except Hb low. Ayargh! kena makan iron lebih ni..
Dan lagi satu puncanya, ibu tak cukup rehat.. so doktor bagi MC sampai khamis.. maknanya ibu rehat sampai weekend..

Hari ni ibu rehat kat rumah.. Alhamdulillah bertambah baik, tapi sebab rehat lama sangat pun tak best gak since anak2 hantar kat rumah BS.. Abi pun suruh ibu cukup rehat, takyah masak.. tapi ibu dah kemas rak baju pulak hari ni..

Insya Allah, sementara ibu masih rehat ni, ibu cuba update 1,2 entry..
Related Posts with Thumbnails