ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, June 29, 2011

10 Steps to successful breastfeeding

Kalau anda pergi mana-mana hospital rakan bayi, pasti akan terjumpa bunting @ poster tentang 10 Langkah penyusuan.. Ini adalah langkah-langkah yang wajib dipatuhi oleh hospital yang ingin mencapai standard BFHI.. Dan setiap 3 tahun, penilaian semula akan diadakan. Sekiranya 10 Steps ni tidak dipatuhi, status BFHI akan ditarik balik..

Apakah 10 langkah tersebut?

  1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2.  Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3.  Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
  4.  Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
Di tempat kerja ibu iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, kami ada 12 langkah iaitu tambahan 
11. Etika susu ibu
12. penyusuan anak angkat


Ibu sebenarnya baru jer tamat kursus laktasi 20jam semalam.. so, nanti ibu akan buat entry setiap elemen di atas supaya orang awam akan lebih faham apa konsep BFHI.. Dan sekiranya anda bersalin di BFHI hospital, tetapi kriteria di atas tidak anda dapat, boleh sahaja kemukakan aduan.


Monday, June 20, 2011

Persediaan penyusuan... Apa yang perlu ibu faham

Ibu sangat bangga dengan bakal-bakal ibu yang berkobar-kobar untuk menyusukan si manja mereka. Alhamdulillah kesedaran tentang breastfeeding di negara kita semakin meningkat.. buktinya lihat saja blog-blog tentang penyusuan, kedai-kedai penyusuan online dan juga fizikal, dlaam majalah juga ada banyak bahan boleh diperolehi.. tak speerti zaman ibu dulu, hanya melalui buku-buku dan internet, itupun ibu belum ada line internet waktu tu.
Persediaan penyusuan perlu dilakukan semasa mengandung lagi.. tapi ingat! kita perlu bersedia tetapi bukan mengadakan susu lagi. Ini fakta yang bakal2 ibu kena faham.

Semasa mengandung, kita perlu dapatkan ilmu tentang breastfeeding... tak perlulah nak khatam semua bab, baca tentang proses penghasilan susu, pengeluaran susu, masalh yang mungkin dihadapi semasa pantang.. kena faham betul-betul konsep pengeluaran susu. Supply vs demand.. sebab ibu tengok masih ramai yang belum faham tentang ini.. Kebanyakannya lebih bersedia menyediakan gadjet dan kelengkapan kembali bekerja, itu sebenarnya sangat baik, tetapi pengetahuan peringkat asas penyusuan adalah yang lebih penting.

Susu memang mula terhasil ketika mengandung, tetapi jangan risau kalau time mengandung breast tak bengkak, picit nipple takde pun susu walaupun kandungan dah masuk 38minggu. Takut nanti takde susu waktu bayi dilahirkan.

Penghasilan susu bergantung kepada hormon prolaktin manakala pengeluaran susu bergantung kepada hormon oksitosin..
Semasa mengandung, hormon estrogen dan progesteron berada pada tahap yang tinggi. Estrogen penting untuk perkembangan bayi anda dan progesteron berfungsi dalam perkembangan rahim.. Kedua-dua hormon ini berfungsi untuk mengekalkan bayi dan rahim ibu dalam keadaan yang selamat. Semasa mengandung hormon oksitosin direncatkan supaya tidak berlaku kontraksi awal.
Hormon progesteron dihasilkan melalui placenta, ingat tugas hormon in ijuga sebagai perencat kepada hormon oksitosin, apabila proses bersalin sudah tiba, sebaik placenta dikeluarkan, paras progesteron akan merudum jatuh dan paras oksitosin akan meningkat... Dan inilah titik mula hormon penyusuan mengambil peranan. Dan inilah yang ibu-ibu patut faham.

Ketika menyusu, ibu-ibu kaan rasa rahim masih berkontraksi (rasa sakit pada perut ketika menyusu).. itu adalah sign paling baik menunjukkan hormon oksitosin adalah aktif, dan proses pengecutan rahim akan berlaku dengan lebih cepat.

So, jangan risau kalau selepas kelahiran, susu seperti tidak ada.. sebenanrya tidak, semua ibu yang melahirkan ada susu. Dan kena ingat, baby tak perlu banyak susu untuk kenyang.. pada hari pertama, 1 sudu teh kolostrum adalah memadai untuk mengenyangkan bayi..

Sumber : http://www.paternityangel.com
              www.pregnancy.com/
              http://pregnancy.about.com/
              http://www.babyzone.com

Friday, June 17, 2011

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training 2011- Northern region


Alhamdulillah, pada 10-12 Jun baru-baru ni selesailah sudah training MBfPC untuk zon utara yang di adakan di WNS homestay, Alor Setar.
Alhamdulillah kursus ini telah menganugerahkan lagi 21 peserta termasuk 3 peserta lelaki sebagai PC. Ibu pun turut hadir sebagai pemerhati dan secara tak langsung refresh balik info2 dalam BF. Banyak benda2 baru dan juga refreshened topic yang ibu belajar di situ.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat semua peserta terutama our PCPA yang dedicated: Kak Kamariah, Shikin dan Shida kerana sentiasa bertenaga menjalankan tugas sebagai trainer walaupun ada di antara mereka yang berbadan dua.

Jom layan gambar-gambar yang ibu sempat snap.

Sesi brainstorming


Belajar anatomy of breast
kumpulan bapa-bapa
our network
barisan PCPA yang dedikasi (Kak Kam, Shikin & Shida) bersama PC baru Jasmah


Alhamdulillah, ibu tidak keseorangan lagi kat Kedah ni.. dah ada kawan-kawan pc ibu untuk sama-sama menggembleng tenaga membantu ibu-ibu lain untuk menyusu. Sekurang-kurangnya ibu boleh tarik nafas dan tidak dihantui ras bersalah kalau ada ibu yang mohon bantuan face to face sebab ada ramai gak yang ibu tak dapat jumpa sebab halangan masa dan juga pengangkutan.. 

So, jom wahai PC-pc sekalian, kita kerja keras sikit untuk promosi breastfeeding di kalangan orang-orang Kedah ni..

Buat sesiapa yang masih berminat nak join, tahun ini ada lagi satu training di JB pada September ini. Jangan lepaskan peluang yer.

Tuesday, June 7, 2011

What I wish I'd known about breastfeeding

Artikel ini ibu perolehi dari Babycenter.com.


Whether you’re a new mother in need of advice, or hoping breastfeeding will be easier this time around, other BabyCenter mums have plenty of tips, guidance and knowledge. 

Practice makes perfect 

“Breastfeeding may be the natural way to feed your baby but it is a skill which needs to be learned by both of you and like most things you can’t expect to get it right straightaway.” - Lou 

“I wish I’d known that breastfeeding doesn’t always 'come naturally'. It took me six weeks to get it right - so don’t be put off if it doesn’t work at first! It can take a few weeks for you and your baby to learn, and it can hurt sometimes. But persevere because it’s one of best things you can do for your baby.” - Sharlene 

There is always a way 

“There are other ways of giving breastmilk successfully if the conventional way isn't working for you, so experiment. Don't beat yourself up if it doesn't work. So far, despite being a real guzzler, Alexander has had nothing but breastmilk fed to him in a bottle, and he is simply thriving.” - Wendy 

“I found nipple shields really helpful for those times when my nipples were sore and cracked. I could breastfeed fairly comfortably, and it gave my nipples a chance to heal.” - Nikki 

Workshops work wonders 

“Breastfeeding workshops run by your local hospital and other breastfeeding organisations are the best way to find out all you need. What I learned gave me so much confidence in the early weeks after Ellis was born.” - Lou 

Get the best support and advice 

“I’d recommend having the telephone number of a breastfeeding counsellor to hand in case you need them, and join a support group or baby group if there is one near you.” - Lou 

“I had terrible problems breastfeeding my daughter in the beginning - she was tiny and I couldn’t get her to latch on. I developed mastitis and a huge crack in my right nipple, but I was very determined to keep trying. I took advantage of breastfeeding helplines and I had a breastfeeding counsellor visit me at home on several occasions. After 12 weeks of trying I had success! I’m so glad I didn’t give up. Get as much advice, help and encouragement as you can - you don’t have to do it alone.” - Catherine 

Breastfeeding shouldn’t hurt… 

“When it hurt, I knew we were not doing it right, so instead of grinning and bearing it I made sure I got help to improve Ellis’s latch. When my milk came in and he was almost drowning in the stuff I knew about using other positions to feed him more comfortably.” - Lou 

…but painful letdown may happen 

“I wish I'd known that if it hurts it doesn't always mean the baby isn't latched on properly. Neither of my babies were having problems latching on but I had extremely painful letdown.” - Alexandra 

Breastfed babies are hungrier 

“Most breastfed babies feed more than formula fed babies. This is because breastmilk is digested quickly and easily so their sleep patterns can be different and they may even grow at a different rate. Comparing your baby with formula fed babies on any of these dimensions is a bit like comparing apples and pears. You may have to remind others of this too.” - Bridgette 

Supply and demand 

“Your body produces milk based on how much your baby needs - the more your baby needs, the more they feed, producing more milk.” - Tracy 

Involve your husband 

“I think it’s important that you discuss how you are planning to feed your baby with your husband and make sure he understands how important his emotional and practical support will be to you. From my breastfeeding workshop I knew that in the first few weeks it was likely my baby was going to feed an awful lot, especially in the evenings, and my husband delighted in bringing me home vast quantities of chocolate, as well as piles of magazines and, lucky me, a lap top. He also understood that he was on dinner-making duty for the foreseeable future!” - Lou 

“I express a bottle of milk in the evenings so my husband can feed our baby daughter when he gets home from work. He really enjoys these father-daughter bonding sessions, and it gives me a half an hour to enjoy a hot bath or get some chores done.” - Kate 

Growing babies get hungry… 

“Expect growth spurts at approximately 14 days, six weeks, 12 weeks, and then monthly. During this time, the baby will feed more often over the course of 48 hours to a week, and will then settle down again. During growth spurts, expect to have sleep deprivation, sore nipples and to feel like a breast on legs - but this will pass!” - Tracy 

…and feed speeds vary 

“Feeds can last from five minutes to an hour or more, as every baby is different. My baby went from taking 40 minutes per feed at birth, to just 10 minutes now he is five-and-a-half months - they get more efficient as time goes on.” - Tracy 

Don’t be discouraged by deflation! 

“When my Jordan-style breasts deflated six weeks after he was born I knew it was my supply settling down not my milk drying up. It’s around then that when many women sadly resort to formula thinking their milk has run out.” - Lou 

Breasts come in all shapes and sizes 

“Most of us do not have the breasts and the nipples shown on illustrations. We may have big breasts, big nipples, small breasts, small nipples, flat nipples, inverted nipples, round breasts, long breasts, the list goes on. Experiment and try different positions to find what is comfortable for you.” - Bridgette 

“I have flat nipples, and I didn’t know this until a few days after my baby was born when I was having trouble breastfeeding him. The nurse suggested that I try using nipple shields, and my baby latched on to it right away and fed ravenously. Just a week later I didn’t even need to use a nipple shield to get him latched on!” - Marie 

Winding really works 

“If baby is fussing at the breast try winding gently for up to three minutes. First I thought breastfeeding babies didn't need winding, and then I expected winding to work in about 10 seconds. Once I realised what the problem was, things were far smoother.” - Janet 

Enjoy it! 

"Make the most of the sit down time - you deserve it! Turn the television on, put your feet up and relax. I enjoyed 14 months of breastfeeding bliss!" - Amanda 

Saturday, June 4, 2011

cuti sekolah = kenduri kahwin

Cuti sekolah dah lepas seminggu, ada lagi seminggu lagi untuk kanak-kanak ribena nak enjoy..
Bagi ibu, dah takde istilah cuti sekolah.. tapi nanti bila Farish dah start masuk sekolah, ibu pun kena noted cuti sekolah ni juga.

Bermula cuti sekolah bermakna bermulalah weekend dapur tak berasap.. Mana taknya jemputan kenduri di sana-sini. Dan ibu rasa cuti tengah tahun ni lah paling ramai buat kenduri. Yelah, nak tunggu next cuti sekolah, dah raya... nak tunggu cuti sekolah hujung tahun lambat lagi tu.

Cerita bab kenduri, Insya Allah semua jemputan ibu cuba hadir.. Yang dekat2 jerlah.. yang jauh tu minta maaf yer.

Sekarang ni trend kenduri mesti ada makanan sampingan.. kalau dulu memang jamu nasi dan lauk jer. Sekarang ni dah macam2. Rutin kenduri ibu, ibu akan makan nasi kat rumah pertama jer.. rumah2 seterusnya mesti cari makanan sampingan.

laksam
bubur kacang
cendol
lai ci kang
Makanan sampingan yang glamer kat area ibu ni adalah bubur kacang, bubur pulut hitam, serawa, bihun sup, , laksa, laksam, lai ci kang, cendol.
Yang loaded sikit ,ada buat ABC,char koew teow.. tapi baru ni ibu pergi kenduri rumah cousin abi, ada dijamu serabai... lamanya tak makan serabai, cicah pulak dengan serawa durian... pulun ibu makan.. sebab jarang sangat jumpa.

Menu lauk kenduri pulak, entahlah, cita rasa ibu dan abi sama.. Kami dah boring makan nasi kenduri katering.. balik2 lauk sama.. nasi tomato/nasi minyak/ nais beriani dengan lauk2 macam ayam masak merah, dalca, daging kurma.. adoi! memang ibu akan makan sikit jer..
nasi beriani

Tapi kalau pergi kenduri yang masak kampung style, boleh bertambah tu.
Macam baru ni ibu pergi kenduri rumah seorang staff hospital, ada gulai daigng rebung.. masak kampung lak tu.. abi siap tambah nasi 3x.. semalam pun pergi kenduri ada gulai ikan talang, bertambah gak nasi abi.. sebab abi ni kalau makanan katering tu dia kadang tu tak makan pun. lagipun prefer masakan kampung, nasi putih, gulai daging (kalau daging rebung @ daging batang pisang tu lagi best).. pastu ada kerabu, ulam dan sambal belacan.. pergh!
gulai daging rebung

gulai daging batang pisang
Door gift pulak, Alhamdulillah, masih boleh dapat bunga telur lagi kat sini.. .tp biasa untuk tetamu special jer. Ibu pernah dapat bunga telur telur masin. Bagus gak, tapi telur masin tu mahal la pulak.

Tapi ibu tak berkenan bab bagi gula-gula kat budak2 tu.. Adoi! takde ka benda lain nak bagi.. bagi ibu dari bagi gula2 baik bagi coklat (wah! demand pulak tu)
Tapi semalam ibu pergi kenduri jiran MIL, diorang bagi kat budak2 kurma + kismis.. bagus dan cost effective. Idea untuk kenduri SIL ibu nanti.. takyah beli gula2.. kita beli kurma dan kismis timbang tu dan packing.. lagi bagus daripada bagi gula2 kan.

Okay, ibu nak siapkan kerja rumah, hari ni ada lebih 5 buah kenduri nak attend lagi..

13 Aurat Wanita

Artikel ini ibu copy paste dalam satu thread forum Ratuhati
Terima Kasih buat Aliah Zakaria kerana berkongsi



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Anniversary kali ini

Macam entry sebelum ni, bulan ni merupakan bulan jiwang ibu.. Hmm..1hb jun baru ni genaplah usia perkahwinan ibu dan abi yang ke4.. Memang tak plan nak celebrate pun.. LAgipun abi pulak kena ambil oncall kawan dia.. Bila abi oncall, maknanya takleh gi mana-mana lah.. Memang ikut hati nak celebrate romantik-romantik ngan abi, tapi sapa pulak nak jaga 2 orang buah hati kami tu.

SO, paling dekatdan mudah adalah pergi KFC sajalah.. lagipun Farish memang asyik request nak KFC setiap kali lalu depan KFC tu. Itulah, sapa suruh duduk dekat ngan KFC.. So, pas makan terus balik rumah... Simple jer kan..

Actually bagi ibu anniversary cukuplah sekadar mengingati, wish dan paling penting berdoa untuk kesejahteraan rumahtangga. Time-time macam ni memang tak sempatlah nak celebrate berdua.. Abi kata, tunggulah nnati anak-anak kita semua dah besar-besar, time tu kita celebrate romantik berdua-dua gitu..

Hadiah birthday kali ni? tema perfume.. Sebabnya both perfume ibu dan abi dah habis.. So, abi beli ibu perfume dan ibu pun beli abi perfume.. itu pun dah cukup bagus tu bagi kami.. Lagipun tkamau belanja banyak-banyak sangat sebab bulan ni banyhak gak nak kena spend..

Sebenarnya ibu dan abi bakal mendapat hadiah anniversary yang bermakna.. tapi belum tiba lagi hadiahnya.. Insya Allah, kalau ikutkan lebih kurang sebulan lagi kot hadiah anniversary istimewa kami akan tiba.. So, nanti kalau hadiah kami tu dah tiba, ibu akan update kat sini yer..

Hmm... bulan 6 ni ramai yang sambut anniversary kan? mana taknya, cuti skolah 2 minggu, dah tiap2 tahun memang awal bulan 6 ni memang waktu ayng glamer nak buat kenduri kahwin, nak-nak macam hari keputeraan Agong, Sabtu pertama Jun. .So memang ramailah yang berkongsi tarikh anniversary yang sama..

Ibu pun start cuti sekolah 28hb Mei lepas, tiap2 hari ada jer undangan kenduri kahwin.. Kalau sabtu tu, confirm 4,5 buah kena attend.. memang dapur tak berasaplah tiap kali cuti sekolah.


Wednesday, June 1, 2011

4 TAHUN BERLALU DAN KASIH INI TERUS BERSEMI



Mood Jiwang sempena Jun..
Bukan apa Jun adalah bulan anniversary ibu dan abi.
1hb Jun= tarikh nikah
2hb Jun= majlis resepsi sebelah ibu
4hb Jun = majlis resepsi sebelah abi
14,15,16hb Jun = honeymoon

Dan kini genap 4 tahun usia perkahwinan kami.. Alhamdulillah.. walaupun baru 4 tahun, masih dalam fasa pengantin baru lagi, ibu rasakan hidup ibu sebagai isteri hampir sempurna.. Dalam tempoh 4 tahun ini, Alhamdulillah rezeki kami murah..Sudah mula membina harta sendiri , kenaikan pangkat (dan of course gaji naik).. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini.

4 tahun usia perkahwinan boleh dikatakan kami antara express family development... Mana taknya 4tahun kahwin, kami dah berempat sekarang.. 5 tahun kahwin, 5orang ..10 tahun kahwin.... hehehe! Alhamdulillah, rezeki anak dan sememangnya itu yang kami harapkan dari awal perkahwinan.

Sempena ulangtahun keempat perkahwinan, ibu tak minta apa-apa dari abi. Sebab ibu rasa abi dah penuhi segala impian ibu. Lengkap kasih sayang, hidup dalam suasana bahagia, dan tak pernah bersengketa. (setakat gaduh2 manja tu, biasalah, tapi tak pernah lama)

Bagi ibu, tiada apa yang ibu harapkan bila melihat abi terlalu menyayangi anak-anak kita. Itu dah cukup buat ibu. Kasih sayang ibu buat abi tetap subur macam dulu.

Pengorbanan abi sentiasa membuatkan ibu terharu.. Pengorbanan paling besar adalah sentiasa menjaga ibu di kala ibu tidak sihat, dan tak pernah merungut. Dan juga abi sanggup menolak tawaran menghadiri kurusus post-basic semata-mata tidak mahu membebankan ibu menjaga anak-anak seorang diri. Kita sama-sama mengharungi susah payah membesarkan anak-anak tanpa bantuan orang lain..  Dan abi tak pernah merungut kalau terpaksa jaga anak-anak ketika ibu perlu berkursus atau bermesyuarat di luar kawasan yang memerlukan ibu bermalam.

Paling penting abi sangat menyokong ibu dan mendorong ibu menjadi lactation counselor to be.. abi tak pernah merungut bila ibu inform ibu nak kena buat SGM, ibu nak attend sekian-sekian BF class. Malah abi volunteer jaga anak-anak, free kan schedule oncall, hantar dan ambil ibu..

Sempena ulangtahun perkahwinan ke4 kita... tiada apa yang ibu dapat berikan melainkan berdoa kepada Allah semoga rumahtangga kita sentiasa dilimpahi rahmat dari Ilahi.



Related Posts with Thumbnails