ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, June 13, 2014

kelengkapan berpantang

Setiap kali pantang, ibu guna produk yang berbeza. Kenapa? Saja suka- suka test.

Time anak sulung, time tu internet takdak lagi, ada orang rekomen guna set amway tropical herb. Harga time tu RM300+, dapat dengan bengkung..
tak ingat dah berapa banyak poduk, tapi ada segala param,pilis, mandian, teh herba, minyak urut, minyak baby.
Ada panduan penggunaan day by day.
Ibu suka bengkung dia sebab lebar dan cover dari bawah breast sampai peha.


Anak kedua ibu try set Nona Roguy pulak.
Set dia banyak minyak dan pil-pil herba. Ibu pil tu ibu tak makan sangat, minyak herbanika dia ibu alergik, habis naik ruam. tapi ada few produk dia best guna.
Tu pun ibu tak habis guna jugak sampai habih bersalin.
Time beli harga Rm300+ jugak, dapat bengkung, tapi bengkung dia kecik sikit, tak sebest bengkung amway.

Anak ketiga, ibu malas nak beli set berpantang.
Untuk makan, ibu ambil shaklee confinement set (loose) untuk 44 days dan beli loose items dari FB seller (ibu pun lupa dah beli kat seller mana), tapi produk kampung untuk param,pilis, boreh dan beberapa lagi produk luaran.
Harga dalam Rm100+ gitu.


Untuk kali ni, ibu try tanamera confinement set pulak. Ibu suka jer beli yang kena tepek-tepek ni, nak rasa feel berpantang gitu. untuk makan, ibu ambil set confinement shaklee (beli loose dari member)
Tanamera, beli online harga RM300++ jugak.
Dia ada minyak kelapa dara (boleh guna sebelum bersalin), dan beberapa produk luaran.


Antara 4 produk ni, ibu taktau nak buat review macam mana. Sebab lebih kurang jer. Kesan pun taktau nak cakap. Cuma ibu suka feel berpantang itu. 

Terus terang, ibu beli just suka-suka nak try. tapi ibu percaya produk ni semua bagus untuk luaran.
Untuk dalaman, ibu lebih percaya natural food. Ibu ambik supplement lebih kepada proses penyembuhan sahaja. Untuk upkan susu, kecutkan rahim segala, ibu go for natural.

Nanti ada rezeki anak kelima, nak try produk lain pulak.

*memangtakleh jadi duta produk

Thursday, June 5, 2014

PENJAGAAN MESRA IBU



Apa itu Penjagaan Mesra Ibu?

Penjagaan Mesra ibu adalah satu lagu program hospital KKM untuk ibu-ibu yang bakal bersalin.
Kalau dulu kita ada Husband Friendly, sekarang dah diluaskan kepada Mother friendly Care.

Ibu tak pasti hospital mana yang ada perkhidmatan ini. Tapi hospital-hospital KKM yang baru Insya Allah ada.
Di Kedah, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani ada perkhidmatan ini.

Kenapa Mesti mesra ibu?
Kalau kita tengok labour room sekarang, ibu akan diminta berbaring, dipasang CTG, kalau sakit,diberi ubat penahan sakit. Keadaan seperti ini memang sangat tidak selesa buat ibu.
Ibu sendiri dah mengalami 3 kali bersalin. Tak bebas sebab pergerakan kita terhad, hatta nak kencign pun kena buang atas tilam (di dalam bekas khas)
Ini yang menyebabkan ibu-ibu tak selesa berada dalam labour room. Bila berbaring terlalu lama, boleh menyebabkan fetal distress, juga proses kelahiran juga menjadi lambat.
Sebab itu diperkenalkan penjagaan mesra ibu yang mirip kepada natural birth.

Jom kita tengok apakah yang dikatakan Penjagaan Mesra ibu.
(Slide ini ibu snap time ceramah tentang Penjagaan Mesra Ibu ketika Hari Penyusuan Susu ibu, Mac lalu)

1. IBU DIGALAKKAN MEMPUNYAI PENEMAN KETIKA BERSALIN
Ibu boleh pilih sesiapa untuk temankan dalam labour room. Tugas peneman sebagai perangsang, boleh juga mengurut-ngurut ibu yang berada dalam fasa kesakitan. 

2. IBU BOLEH MAKAN DAN MINUM KETIKA PROSES KELAHIRAN

Ibu boleh makan dan minum. Kalau kat HSB disediakan biskut dan air milo. Makan pun bukan makan yang sedap-sedap dan berat. Cukuplah sekadar untuk hilangkan dahaga dan beri tenaga. 

3. IBU BOLEH BERGERAK DAN BERJALAN KETIKA MELALUI PROSES KELAHIRAN DAN BOLEH MEMILIH POSISI KELAHIRAN YANG DIINGINI

Ini yang best. Biasanya labour room kena baring jer.. yang ni ibu-ibu boleh bergerak. Ibu hari tu, siap duduk atas sofa empuk, melayan contraction. Nak jadi macam kucing nak beranak pun boleh, ke hulu ke hilir, nak mencangkung ka, nak berguling pun boleh (tapi bilik kat HSB tu, takleh nak berguling, banyak barang)

4. IBU DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENAHAN SAKIT TANPA UBAT-UBATAN

No painkiller. Kalau boleh cubalah bersalin tanpa painkiller. Nikmat bersalin tu Masya Allah, tak ternilai. Ibu pernah bersalin dengan bantuan painkiller. Kita tak begitu alert dan sebenarnya melambatkan proses kelahiran. Tapi sebelum tu, kena bekalkan diri dengan kaedah-kaedah menenangkan diri (boel hrefer post ibu sebelum ni)

5 MENGELAKKAN PENGGUNAAN SECARA RUTIN KAEDAH INVASIF SEPERTI EPISIOTOMI, MEMECAHKAN SELAPUT KETUBAN, INDUCE DAN PEMBEDAHAN

That's what we call natural birth. Bayi dilahirkan tanpa sebarang bantuan semasa bersalin.
Hmm... Dah faham tentang Penjagaan Mesra Ibu?
Pendapat ibu, bagi ibu-ibu yang mahukan penjagaan mesra ibu ni, kena cari ilmu tentang natural birth. Insya Allah, proses kelahiran bukanlah sesuatu yang menyakitkan.

Ibu rasa perbezaan bila bersalin menggunakan natural birth vs assistive birth.

Nak tahu tentang natural birth? Ibu bolehlah story sikit-sikit. Tapi lebih baik kalau dapat cari guru yang lebih arif.

Monday, June 2, 2014

Petua Mudahnya Bersalin

Bila orang baca dan mendengar kisah ibu melahirkan Fayyadh  ini, semua orang kata, senangnya bersalin, tak kurang juga yang minta petua mudahnya bersalin.

Terus terang ibu tak ada petua atau amalan spesifik untuk itu. Semuanya adalah anugerah Allah.
Sama ada, memang kali ni tak sakit, ataupun threshold sakit ibu tinggi, maknanya ibu jenis tahan sakit.
Apapun ibu share juga amalan yang ibu buat sepanjang tempoh mengandung dan juga ketika hampir bersalin.

Mengandung kali ni, macam yang sebelum-sebelum ni juga. Tiada alahan (tiada wek wek) sehingga ramai tak sedarpun ibu mengandung. Lagipun ibu dan abi memang jenis tak suka nak kecoh pasal mengandung sama ada di alam nyata, apatah lagi alam maya. Sebab tu memang ibu tak pernah post pasal ibu mengandung di FB.

Ibu just amalkan gaya hidup sihat dan aktif. Letih tu biasalah. Balik kerja tu melepetla juga. kadang-kadang tertidur gak sementara nak tunggu maghrib tu. Tapi pada kebanyakan masa, ibu aktifkan diri. 1st trimester, ibu melancong ke Bandung. Alhamdulillah, sihat sepanjang berada di sana. Langsung tak letih.
Sepanjang tempoh mengandung juga banyak event berlaku. Renovate rumah yang memerlukan ibu kena mengemas,sebagainya. Kenduri sunat anak-anak teruna ibu (kenduri yang ibu dan abi handle segalanya) dan juga mengandung kali ni suka sangat berada di dapur. Tak caya, tengok jerlah post ibu kt FB, penuh dengan makanan je. Sebab tu ramai kata kali ni perempuan, tapi naluri ibu, dan juga result scan termasuk 3d scan dah confirm boy pun.

Pemakanan ibu..
Kali ni terus terang ibu cakap, ibu tak ambik supplement seperti sebelum ni. Kalau sebelum ni ibu memang ambik obimin, kali ni entah kenapa tak ambik supplement sebab gynae yang check ibu kata, since result darah ibu cantik, Hb normal, selera normal, tak perlu supplement pun tak pa. Just awal-awal mengandung tu jer dia advice ambik folic asid.
So, ibu just amalkan pemakanan sunnah, minum susu kambing, kurma, madu, kismis, jus delima, di samping itu ibu ambik Qaseh Gold Adinda ( ibu bukan duta dan seller yer).
Makanan berasakan sunnah yang ibu amalkan time preggy kecuali cuka kurma

Ihsan google


































Makan pun takde pantang-pantang. Bantai jer semua. Takdelah taksub dengan certain-certain makanan, minuman. Mana ada depan mata,ibu makan. Cuma dekat hujung-hujung kehamilan tu ibu craving makanan manis. Tu yang asyik buat kek, kuih muih manis. Fuh! nasib baik urin normal.

Exercise
Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung tu takde problem. Berat pun tak naik mencanak macam selalu. Amazing boleh jalan catwalk sampai due.. kalau tak dulu memang jalan cam panda, lembab dan mengengkang dah bila masuk 8bulan.
Kaki pun start membengkak time 37weeks, compared sebelum ni 7 bulan dah bengkak. Mungkin juga sebab buat kerja, banyak berjalan.
Dan juga kali ni ibu kurang mengalami cramp time malam. Kalau dulu, hampir setiap malam, kali ni jarang-jarang. Ada la jugak sekali sekala yang terpaksa minta bantuan abi, tapi tak sekerap dulu.
Bila masuk minggu ke 35, ibu banyak buat exercise squat (mengangkang), exercise untuk memudahkan bersalin.
Jangan lupa juga buat perinial massage untuk mengurangkan koyakan time bersalin.

Amalan rohani
Bab ni paling penting. Mengandung adalah satu rezeki dari Allah. Wajib kita syukuri kepada Allah. Ibu jenis manusia yang lalai. Biasalah, kalau bukan bulan puasa, baca quran tu sekali sehari la maximum.. Tapi bila mengandung ni, kena lebih dekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung ibu berjaya khatam quran 2kali (lama kan, 9 bulan baru khatam).. Dan pada bulan terakhir ibu lebihkan baca surah Maryam, Al-Kahfi, Luqman serta wirid-wirid yang disunatkan.

Nak memudahkan, ibu download apps doa dan wirid ibu mengandung. Mana-mana dan bila-bila pun boleh baca.



Serta, buku comel ibu ni. Ibu beli time mengandungkan Fawwaz. Yang ni ibu start baca bila masuk 37weeks sehingga saat melahirkan.. Memang doa dan wirid-wirid yang disarankan membantu ibu mengharungi proses kesakitan dan kelahiran.


Semoga beberapa tips ini dapat membantu para ibu untuk menghadapi saat kelahiran.

Saturday, May 31, 2014

#throwback: menanti kelahiranmu

Selepas settle uruskan boboiboy kuasa 3 ibu, kami terus menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah. Abi mula nak pecut, tapi ibu kata relaxlah. Sebab ibu malas nak duduk dalam labour room lama-lama. Kalau boleh sampai tu nak bersalin terus.

Sampai di Hospital, kami terus menuju ke PAC. Biasalah, datang dengan selebet, mana orang kenal kita staff ke idak. Serah buku merah kat kaunter, nurse tanya "Kenapa datang?".. Aiya! mesra pelanggan la sikit.
Ibu just cakap, consistent contraction every 5 minutes. Tapi takde show lagi.
So, after daftar, nurse suruh masuk ruang menunggu sementara doktor nak check.
time tu ada lagi 3 orang dok tunggu jugak. Ibu teruskan membaca doa-doa dari buku "doa dan wirid ibu mengandung".

Then nurse panggil untuk doktor check. Sama gak jawapan, rasa consistent contraction every 5min tapi takde any show lagi. Then doktor minta izin nak check bukaan.. Wah! Dah 5cm ni.. Masuk labour room terus la.
Doktor minta izin nak pecahkan ketuban, tapi ibu request taknak lagi. biar spontaneous. Then ibu request untuk dapatkan mother friendly care room (MFCR). Luckily, bilik tu ada kosong (maybe orang tak tahu kot kewujudan bilik tu).

Lepas salin uniform pink, ibu ditolak masuk ke labour room.
Naik katil kejap untuk check fetal heart. Then nurse suruh baring. Ibu request taknak baring, boleh tak nak duduk kat sofa tu dulu. So, sebab mother friendly care room kan, patient berhak nak pilih buat macam mana pun. So, nurse brief sikit pasal MFC ni. Patient diberi pilihan untuk tidak guna sebarang pain killer, nak makan minum pun boleh. Layanlah diri sendiri.

Abi tak masuk lagi, taktaulah pi mana lama sangat. Sempat gi toilet buang air kecil siap-siap. Pastu lepak kat sofa dalam MFCR tu sambil baca lagi wirid dan doa dari dalam buku kecik ibu tu.

Sorang houseman masuk, minta ibu baring. Ibu cakap, saya selesa duduk macam ni. dia buat muka blur. Ibu cakap "takpa, nanti saya rasa nak naik atas katil, saya naik. Cuma nak minta you tolong naikkan kepala katil tu boleh?"
Lepas tu dia keluar MFCR, tinggal ibu sorang-sorang. Mana la abi ni tak masuk-masuk lagi.

Ibu pun tak ingat pukul berapa. Tetiba terus rasa contraction yang sedikit kuat, tapi boleh tahan lagi.. naik atas katil, duduk bersila sambil berwirid, rasa contraction baca selawat shifa'. Alhamdulillah, Allah ringankan kesakitan.

Dekat kul 3.45am, baru dengar suara abi. Rupanya dia bergaduh ngan mak guard kat depan. Mak guard tak bagi masuk.. Tak faham sungguhla, kata hasben friendly, mother care friendly tapi tak bagi hasben masuk.. Abi terpaksa pergi salin baju OT sebab nak tunjuk yang dia staff dan dia bertugas hari tu, baru boleh masuk.

Time tu jugak masuk staff nurse yang juga kawan ibu dan abi. Lega nampak muka orang yang kita familiar. Actually, dia tak assist bilik tu, tapi sebab dapat tahu ibu yang kat dalam, dia tukar bilik nak assist ibu. Thank you SN Khairul.

By the time abi masuk, minta abi air, buah kurma untuk tenaga. Lepas makan kurma tu rasa nak meneran. panggil nurse kata saya dah nak meneran ni nurse. Pastu doktor (houseman) masuk, check, ok dah 8cm, dah mula nampak kepala. tapi air ketuban, even lendir darah takde keluar lagi. Dia minta untuk pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses kelahiran, tapi ibu kata, boleh hold kejap tak lagi. kalau sampai os full, tak pecah, then ok pecahkan.

Then doktor suruh ibu baring untuk prepare kelahiran. Ibu kata, saya nak bersalin posisi macam ni (separa duduk), doktor suruh gak baring, dia kata susah nak conduct. Adoi! susah sungguhlah bercakap dengan houseman ni. Ibu berkeras jugak nak posisi macam ni. Last-last dia mengalah.

Then tunggu air ketuban pecah, tak pecah-pecah juga. Os dah full, ibu dah start nak meneran. Then abi pujuk nak pecahkan air ketuban, oklah. Malas dah nak argue, so, doktor pecahkan air ketuban (actually on the way nak pecahkan ,dia pecah sendiri sebab ibu dengar bunyi "pop")

Dan selepas tu, pegang kaki, atas guide nurse, tarik nafas dan push.. Alhamdulillah, anak keempat ni sangat mudah melahirkan.
Kalau dulu, berapa kali kena curi nafas, kali ni, dalam satu nafas jer, baby selamat lahir. Ibu sendiri tergamam, senangnya keluar. Abi dan nurse pun sama. Senangnya bersalin.
Alhamdulillah, itu rezeki ibu dan baby.

Ok, lepas ni ibu akan buat entry cerita in detail proses kelahiran pulak.

Throwback: Menanti Saat itu (episod 2)

Selepas berbincang dengan abi dan melihatkan contraction makin kerap, kami ambil keputusan untuk ke hospital.
Nasib baik ibu dah prepare baju boboiboy kuasa 3 dalam beg masing-masing.
Abi bangun terus kejutkan Farish dan Firas, dan angkat Fawwaz masuk dalam kereta sementara ibu bersiap.
Tengah bersiap, sakit perut la pulak, nak kena membuang ni. Cakap kat abi "ibu nak ber** sat!", abi kata, takpa, dia tunggu dalam kereta.

Time melabur tu tetiba terfikir, yang tadi tu contraction nak bersalin ka, contraction nak membuang. Lama la juga ambik masa nak membuang (walhal hari tu saja 4 kali dah membuang).. Pastu tak rasa contraction. Nak jer cakap kat abi, tak payah gi hospital, bukan contraction nak bersalin.

Tapi, lepas dah selesai, dalam dok keluar masuk bilik nak pastikan semua suis ditutup, terasa balik contraction.. Ok, jom pi hospital.

Hantar dulu boboiboy kuasa 3 ke rumah pengasuh. Jam 2 pagi tu, kesian nak kejutkan orang, tapi terpaksa. Sampai rumah pengasuh ,try call lagi (guna no yang lama jugak), bagi salam, tak berjawab. Dekat 15 minit juga tak berjawab. Abi masuk kereta balik, bincang lagi nak letak anak kat mana.. Ibu nak juga abi teman dalam labour room, tapi kesian kat anak-anak juga.

Last-last abi kata, kita tinggal jerlah anak-anak kat rumah. Sambil tu tanya Farish, boleh tak abang jaga adik-adik kat rumah. Ibu ngan abi nak gi hospital.. Farish kata ok, tapi dia nak duduk depan ruang tamu, nak tengok tv. So, kami patah balik ke rumah. Sepanjang perjalanan patah balik tu, berbincang lagi. tak sampai hati la pulak nak tinggalkan anak-anak kecik sendirian kat rumah, dengan tak tahu apa yang nak jadi ni.

Last-last, belok juga masuk jalan menghala ke rumah, tapi abi cakap, jom try tanya kawan dia a.k.a abang angkat abi. So, abi belok masuk lorong satu lagi. Luckily kawan abi ada kat rumah. Minta tumpangkan kejap anak-anak kat rumah dia. Terima kasih Mizi dan Kak Su kerana sudi tumpangkan anak-anak kami di kala genting ni. we really appreciate it.

bersambung.......

#Throwback: Menanti Saat Itu (episod 1)

Sejak mendapat berita ibu pregnant dan mengetahui bahawa EDD ibu 4 Jun 2014, ibu selalu berdoa anak ibu keluar awal sedikit iatu dalam bulan Mei. Tak kisahlah 31 Mei sekalipun. Kenapa Mei?
Sebab ibu kalau boleh biarlah dalam satu bulan tu tiada double celebration. Bulan Jun pulak ibu&abi anniversary, taknak clash la. Biar tiap bulan tu ada saja celebration.

Then bila masa makin hampir, ibu selalu berdoa agar anak ibu dilahirkan sekitar akhir bulan Mei, lagi bagus kalau jatuh hari Israk Mikraj. Abi pulak nak bulan 6, taktaulah reason apa, dia kata, biarlah lahir bulan 6.
Tapi ibu nak juga bulan 5.

27 Mei 2014, hari Israk Mikraj yang juga hari cuti bagi negeri Kedah. Masih tiada sebarang tanda untuk melahirkan. Masih aktif macam biasa. Abi pulak oncall, kes nonstop dari pagi. Abi sempat balik hantar tulang untuk dimasak gulai tulang. So, menu hari tu gulai tulang.

Petangnya pulak, entah kenapa teringin pulak nak makan buah melaka. Ibu sebenarnya tak pernah buat buah melaka, tapi, sebab teringin punya pasal, google jer resepi dan siap juga.

Sehingga malam, masih tiada tanda juga. Pasrah jer lah bahawa takde rezeki untuk mendapat anak pada hari Israk Mikraj.

Abi pulak heavy oncall hari tu. Sehingga pukul 11.30pm, abi baru dapat balik rumah. Ibu dah tidur time tu dengan 3 boboiboys. Bila abi balik, ibu terus pindah masuk bilik ibu & abi. Abi masih melayan dinner kat dapur.

Pukul 12.30am, abi masuk tidur, waktu itu ibu ada terasa mild contraction. Ibu cakap ngan abi, ada rasa contraction, tapi tak sakit. Abi tanya, nak bersalin dah ka? Belumlah, takde show apa-apa pun.

Kebiasaan anak-anak terdahulu, akan ada show (lendir dan darah) dan diikuti contraction yang kuat. Kali ni just mild contraction, ibu punya instinct, lamabt lagi ni ataupun macam time Fawwaz dulu, setiap malam rasa contraction kuat, tapi esoknya hilang sehingga terlebih hari.

Time tu contraction ringan berlaku setiap 15minit. Mata tak mengantuk, melayan berborak dengan abi. Sambil tu abi urut belakang untuk ringankan sakit belakang. Abi tanya lagi, nak gi hospital ka? Ibu cakap, boleh tahan sampai subuh ni. Berdasarkan pengalaman, kalau rasa contraction macam ni, 6-7 8 jam lagilah. Dah le takde sebarang show lagi.

Masuk pukul 1.00am, contraction makin kerap, hampir setiap 10minit. Abi suruh standby, tapi ibu kata, belum lagi sebab takde show dan contraction pulak tak sakit. Boleh tahan sampai subuh. Lagipun tengah malam ni nak hantar mana boboiboy kuasa 3 ibu tu?

Baru nak pejamkan mata, mula terasa contraction yang makin kerap, consistent setiap 5 minit. Aik! macam pelik pulak. walaupun tak kuat, tapi kekerapan tu yang buat risau.

Abi tanya, nak gi hospital ka? Ibu pulak masih berbelah bagi sebab tak berapa sakit, takde show. takut nanti gi hospital, check bukaan OS bawah 3cm, kena balik rumah balik.. Yang tu paling tak suka.

Pastu lagi satu masalah, mana nak letak boboiboys kuasa 3 ibu ni. Dahla pukul 2pagi. try call pengasuh, tak berjawab (dan yang sebenarnya kami tersalah dail no orang lain (tak delete no lama pengasuh))..
Time ni ibu lebih risaukan boboiboy kuasa 3 ibu berbanding diri ibu. Last-last cakap ngan abi, kita terjah sajalah rumah pengasuh.

.......bersambung...

Friday, May 30, 2014

KEMBALI BERBLOGGING

Assalamualaikum kepada kawan-kawan ibu..

Fuh! lama giler tak log in blog. Nak menulis, nak guna blogspot pun dah terkial-kial.

Kenapa lama biar bersawang???
Macam yang sedia maklum, desktop kat rumah ni memang ibu takdan nak pegang, kena conquer ngan 3 boboiboys ibu tu. Baru nak surf, mai boboiboy 1 nak main game.
Free sikit, baru nak click, boboiboy 2 pulak mai nak tengok ultraman.
Free lagi, boboiboy no 3 pulak nak tengok upin ipin.

Nasib baik ada smartphone, bolehla juga ber FB.

Ok.. this only for  a start. Ibu berpantang takleh tengok screen lama-lama. nanti ibu update pelan-pelan ikut kesesuaian ibu ok.

Love from,
Mother of Boboiboys kuasa 4.
Related Posts with Thumbnails