ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, February 12, 2010

Ibu demam

Hari ni masuk hari ke3 ibu kurang sihat.

Mula-mula Farish yang start demam, pastu smbung batuk2.. Kena pergi amik nap kat hospital Jitra. Baru okay.

Lepas tu jangkit kat Firas, tapi Firas demam kejap jer. Cuma batuk jer dah dekat 3 hari. Dahla tu, Firas bukan ada ubat yang sesuai pun boleh bagi. Anak ibu baby lagi.

Pas Firas demam,ibu pulak berjangkit. Demam dan selesema. Letih sangat. Terpaksa gak amik piriton. Piriton ni ngantuknya, tapi kena amik gak dan itu jer ubat yang boleh BF mom amik time selesema. But still akan ada efek dgn pengeluaran susu.

Last 2 days, sebab ibu demam dan selesema, milk production ibu pun berkurang jugak. Selalu ibu boleh dapat 10-16oz sekali pam, 2,3 hari ni cuma dapat 8oz jer sekali pam. Tapi Alhamdulillah, EBM Firas sentiasa cukup dan still ada balance untuk stok.

Sampai hari ini ibu still lagi selesema. Firas dah okay sikit batuknya.

Abi pon demam gak... Demam mancing.. Sekarang ni tgh on the way gi mancing ngan ahli kelab dia kat Pulau Telor, Yan.

Tuesday, February 9, 2010

Lagu Fevourite Farish

Tetiba jer Farish ada lagu feveret.

Ibu tak kisah kalau lagu feveret Farish tu lagu Wonderpet ker, Barney ker, Upin Ipin ker.

Tapi Farish minat lagu ni.

Ibu dan abi start perasan bila abi baru beli CD. Abi memang tengah cari lagu Cari Jodoh ni. Bila abi pasang, Farish menari dengan excitednya, anak ibu memang suka menari. Pastu lagu dah habis, Farish mula bising suruh ulang. Adalah dekat 4-5 kali abi ulang lagu tu.

Minggu lepas time hantar Maksu balik kolej. Abi pasang CD tu lagi. Farish buat tak layan jer lagu2 dalam CD tu. Dan time tu Farish pun dok merengek2 kat ibu, ngantuk la tu. Tetiba jer kuar lagu Wali band ni, Farish jadi senyap sambil kepala terangguk2. Bila lagu habis, tukar lagu lain, Farish bising balik, ulang lagi lagu tu, Farish siap senyum2. Akhirnya speanjang perjalanan balik dari Arau ke Jitra, lagu tu jerlah ibu ngan abi layan.

Tak tahu kenapa Farish suka sangat ngan lagu ni. Tapi ibu ingat lagi, lagu ni first time dengar time kita kat Medan. Waktu tu atas bot nak balik ke Parapat selepas menyusuri Danau Toba.

Ibu ngan abi gelak jer dengar lagu ni sebab lirik dia kelakar.. Pastu balik Malaysia selang 5 bulan pastu lagu ni meletop kat Malaysia dan kini jadi lagu feveret Farish plak.

Tapi Farish kena ingat, Farish tu title baby lagi, takyah nak cari makwe2 ni.


Foremilk dan hindmilk

Dalam penyusuan,pastikan bayi mendapat khasiat foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir).

Foremilk bersifat cair dan berfungsi untuk menghilangkan dahaga manakala hindmilk pula mengandungi lebih lemak dan berfungsi untuk mengenyangkan bayi.

Time Farish dulu, MIL selalu kata, bagi sebelah kanan dulu, bagi dia makan nasi, pastu tukar sebelah kiri, bagi dia minum air. SO sebab tu ada gak teori yang kata breast kanan tu nasi (makanan) dan breast kiri air (minuman)..

Rupanya Tipah tertipu... sebenarnya dalam satu breast terkandung kedua2nya sekali.

Dan ibu juga buat experiment.. Sekarang ni ibu selalu pam (double pump) selalu boleh dapat 2 botol per breast. dan ibu bezakan antara hasil botol pertama vs botol 2.

Nak tengok hasilnya???

 

Ini hasil dari botol pertama. Kalau tengok ada sikit jer lemak kat atas nya.

Compare lak yang ni, botol kedua.

 

penuh ngan lemak, bahagian bawah jer ada cair sikit.

Hasil ni kita boleh tengok pas masuk fridge.

Dan ibu buat hipotesis sendiri.. kalau ibu bagi Firas minum banyak hindmilk, sure dia akan kenyang dan tak demand banyak sangat kat rumah Kak Ani.

Makanya, ibu setiap hari akan pastikan botol kedua itu wajib dihantar ke rumah Kak Ani, disamping botol2 susu lain yang ada campuran foremilk dan hindmilk.

Alhamdulillah, kalau ikut calculation, Firas kena consume 4oz, tapi maybe sebab susu ibu bekal banyak lemak, so Firas cepat kenyang. 3oz pun dah cukup.

Nampaknya ibu kena consume banyak makanan yang boleh pekatkan susu.


Saturday, February 6, 2010

Manisnya Senyumanmu

Ramai orang tegur si kecik ibu ni muka serius jer. Memang Firas ni jenis serius sikit, tapi sekali senyum, cair tu.. 

Actually sayang ibu ni bukan serius tapi control macho..

Ini muka serius saya

 

Dan ini muka senyum saya


 

Dan lagi

 

Dan lagi

 

Macam mana, dah puas hati tengok senyuman saya...




Monday, February 1, 2010

Pengurusan Diapers

Hmm.. Alhamdulillah dah masuk 3 bulan ibu full Cding Firas. Kak Ani pun takde masalah uruskan CD, lagipun Firas cerdik. Dia poo kat rumah, kat rumah BS dia pee jer.. Good boy.

Ibu bukan nak cerita pasal CD tapi Dispo diapers untuk Farish.

Farish still pakai dispo sebab ibu tak cukup koleksi nak full CD Farish. Weekend jer ibu pakaikan Farish CD.

Sekarang ni ibu gunakan Drypers kat Farish time malam dan Hey Baby time siang dan kat rumah BS. Alhamdulillah Farish bukan jenis alergi, semua brand dia okay.

Memandangkan harga dispo makin naik, so kami mengambil pendekatan begini. Abi belikan dispo yang murah semata2 untuk pakaikan kat Farish time pagi sebelum hantar ke rumah kak Ani. Tapi ibu pesan kat abi, nak beli yang murah pun make sure dispo tu cloth like, bukan plastik kay. Maka abi dapat jumpa brand tempatan dispo murah ni. Dispo ni pakai taksmapai 2 jam. Dari kul 7.15am ke kul 8.30am jer sebab pastu Farish akan mandi. Sayang nak gunakan dispo yang biasa sebab dia pakai kejap jer. 

Sekarang pun Farish dah pandai bertinggung bila nak basuh bontot, so rasanya nak start diaper off... Tapi itulah ibulak yang tak confident. Tapi ibu pernah setengah jam biarkan Farish berbogel. Alhamdulillah, takde khazanah yang tercicir lagi. 

Related Posts with Thumbnails