ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, February 24, 2010

Farish 1;10 tahun, Firas 4 bulan

Alhamdulillah, Kedua-dua anak ibu membesar dengan sempurna.

Farish semakin berdikari, rajin tolong ibu.. tolong basuh CD, tolong sapu sampah dan juga tolong sepahkan rumah.

 

 

Tengoklah anak ibu yang makin debab ni.. berat ibu rasa dah 13+kg dah ni

Farish tak berapa petah bercakap lagi tapi mulut dia memang riuh kat rumah. Sekarang ni makin pemalu kalau jumpa orang luar. Dah pandai pilih channel feveret, dah ada lagu feveret, dan dah pandai nak pilih baju apa nak pakai.

Firas pulak Alhamdulillah last week check up berat dah naik ke 7.4kg. Sekarang Firas gigih meniarap, dah boleh buat gaya fly. Kadang tu ibu risau gak sebab kadang tu Firas tidur meniarap sendiri.

Firas masih menyusu susu ibu. Sekarang ni masih consume 3.5ozx 5 botol kat rumah mak Ani.. 

 

 

Firas start belajar meniarap time 3 bulan, sekarang dah master dah

Anak-anak kesayangan ibu..

Sunday, February 21, 2010

Gathering SI.com & RH.com 2010

  Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga gathering yang dirancang dijalankan.

Walaupun ketiadaan ketua AJK Rozy, tapi majlis tetap berjalan agak lancar.

Seawal pukul 8.00am, kami dah kuar rumah. Ibu ajak sekali Mala a.k.a adik iparku, suaminya dan anaknya ikut sekali.. Boleh temankan Farish main. Keluar tu abi terus masuk tol A.Setar Utara. Dah slash touch & Go baru perasan yang terlupa nak beli ais. Maka kena keluar tol A.S Selatan la pulak cari ais di pagi hari.. Cari punya cari last2 sampai kat Kota Sarang Semut baru jumpa lori jual ais ketul tu. So kami kena ikut tol Gurun la. (Ni nak cerita alasan kenapa kami sampai lambat)

Sampai jer, dah ramai gak yang sampai. On the way tu dah ramai yang koling2 tanya direction.. 

Sampai jer Shida amik alih tugas MC.

 

Shida tengah meng'introduce'kan diri bersama baby Irfan nya

Start ngan ice breaking

 

Kemudian diikuti talk pasal babywearing oleh Shida dan demo pakai pouch oleh Aisyah.

 

Aisyah tgh demo pakai pouch manakala Dura asyik dok tengok..

Pastu demo pakai ring sling di mana ibu yang jadi model.. Memang nampak sangat jahilnya, beli tengok you tube bagai tapi salah gak cara pakai. Actually time threading pun dah silap, patutlah bila ibu tarik, dia terus stuck.

 

Dura ni cam amat berkenan ngan SSC ni.. Tapi SSC ni ada kat ibu sekarang.. Aisyah bagi pinjam

Pas babywearing talk, makan2 dulu, pastu abi lak sambung ceramah pasal keselamatan anak-anak di rumah.

Kesian abi, panas terik time tu.. So abi pun bagi ceramah cepat2 sebab dia dah tak tahan panas. Time tu ibu sibuk uruskan Farish yang baru pas melabur..

 

Lepas abi habis bagi talk, sebenarnya sambung ngan sesi CD lak. Tapi sebab ramai dah pakai CD, so yang berminat berkumpul kat Shida ,yang lain meneruskan agenda makan.

Sementara tunggu Dr. Balkees (LC, paed from Hospital Pantai ,Penang) sampai, Aisyah sempat celebrate birthday anak keduanya Hadiff Syahmi.. Siap kek Ben10 lagi tu.

 

 

Happy Birthday to You..Happy birthday to you..Happy birthday to Hadiff Syahmi

Lepas acara potong kek, Dr. Balkees pula menyampaikan ceramahnya yang bertajuk overcome low weight gain, dan juga discuss tentang FM (nanti ibu akan buka entry baru pasal ni)

 

Dr. Balkees sedang meng'explain sesuatu

Khusyuknya Fid, Dura Mamano'a dan Shira

Pas habih breastfeeding talk, sesi lucky draw.. Thanx to Dayah, Dura dan satu lagi taktau sapa bagi atas hadiah lucky draw tu.

 

Aishah sedang belek2 no. sambil dibantu FIka dan Dura

 

Ni hadiah yang ibu dapat

 

Cap tu hadiah abi dari hubby Rozy, wallet LV dari Dura, Buku2 dari Dayah, tempat bill tu taktau dari sapa. Thank to you all

Sebelum balik kemas2 dan amik gambar beramai-ramai.

 

Bergambar ngan Fika.. Mai dari Parit Buntaq ni.. Moga2 ada rezeki Fika nak dapat baby yer

Please fill in the blank

...........,.........., Izzah, Shida, Dayah, Ibu. Shikin, Mieza, Mamano'a bersama anak masing2

 

Bergambar bersama banner yang disponsor oleh Shikin @ Kikie

Gambar-gambar si cilik

 

Anak ibu Farish, ibu takdan nak layan Farish, nasib baik bawa maklang,paklang dan Mukhriz sekali, boleh jagakan Farish

 

Ni anak Dura nak curi kek.. 

 

Firas berjumpa awek..anak Ija

 

Najla yang takmau tido2 lagi. Penat Ain nak pujuk

 

Hana Aleesya anak Aishah.. Kesian ibu dok melayan kawan-kawan.. Tapi cukup geram ngan rambut lebatmu

 

Uda Rayyan.. the best singer.. Anak Rini memang power suara dia.

 

Kesian Firas, takde orang entertain pon

 

Baru pas menyusu la ni

Makanan best2, ibu takdan amik gambaq.

Ada makaroni goreng, lontong, bihun goreng,nasi lemak, nasi impit kuah kacang, kek coklat, cheese cake, deserts, kuih muih dll...

Tapi air tak cukupla.. Ibu sangat dahaga time tu, cari air tak jumpa-jumpa..

Okay, Insya Allah next year buat lagi event ni.. Tapi kena cari tempat redup dan sejuk sikit la no..




Saturday, February 20, 2010

{Sticky Mode}GATHERING RH.COM DAN SI.COM ZON UTARA

For new Entry, please scroll below...


Salam dan Selamat Sejahtera,

Dengan ini saya ingin menghebahkan perjumpaan RatuHati.com dan Susuibu.com Zon Utara.
Details seperti dibawah:-

Tempat : Taman Belia Pulau Pinang
Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu )
Masa : 10am - hingga abis segala urusan
Tema baju : Hijau
Menu : Potluck

Agenda
1- Keselamatan Anak di rumah (tertakluk pindaan oleh speaker) oleh en. hubbyku a.k.a Abifarish
2- Babywearing dan cloth diapering by Shida (special topik breastfeeding while babywearing)
3- Breastfeeding talk by Dr Balkees
4- Drive test breastpump (sila bawak pam yg ada tuk ditest kawan2)
5- Lucky Draw (toke lucky draw - Aishah)
6- Exchange gift ( Hadiah untuk anak)

Details boleh tengok kat Ratuhati.com dan susuibu.com

Sesiapa teringin nak join, boleh inform saya or direct kepada Rozy

Jom beramai-ramai

Saturday, February 13, 2010

Whizchini Shoppe Special Giveaway

Untuk lebih lanjut klik SINI

 

Both my sons in CD.

Abang : Farish Haikal -1thn 10 bulan

Adik : Firas Handzalah - 3 bulan 3 minggu

Start berCD dah setahun. Abang CD at home only but adik fulltime CD. Kenapa pilih CD? Untuk menyahut cabaran "CIntai Alam Sekitar anda"

Kenapa perlu saya menang contest??.. Sebab waktu tuan rumah tunjuk AJ Minky ni, ku sangat berkenan, tapi time tu budget tak cukup. 

Blog Whizchini ni ku tahu time tengah google tentang penjual CD di Kedah. Rupernya dekat jer dengan rumahku..Selain jual CD Whizchini shop jual jual cloth pads dan coming Shaklee.


Rambut gugur dan air liur baby

Dulu ibu selalu dengar orang kata bila baby start main air liur rambut ibu akan mula gugur. Ibu memang tak percaya, apa kaitannya.

Dulu time anak dara, ibu memang alami masalah rambut gugur yang kronik, pastu ibu buat treatment dah okay. Agak lama rambut ibu tak gugur banyak. Biasa sikat pun adalah satu dua helai jer yang gugur.

Tapi baru-baru ni tiba2 rambut ibu gugur banyak. kalau time mandi tu, lurut rambut jer mesti ada yang tercabut, kadang tu bergumpal2. Bila sikat pun, mak oi! banyaknya rambut lekat.

Pastu ibu dok perasan Firas sekarang memang suka main liur. sampai berbuih2 mulut dok buat buih liur tu..Betul ker kata2 orang tu.

Ada gak kata rambut gugur sebab banyak makan MSG. Ibu masak memang tak pernah letak tok aji tu. Cuma bila makan kat kedai tak boleh nak elak. Megi memang tak makan pun lagi.

Ada orang kata sebab tak cukup nutrient. Mungkin betul kot. Sebab ibu kena bekalkan nutrient kat Firas jugakkan. So kena amik nutrient yang lebih. tapi sebelum ni pun ibu makan makanan cam sekarang gak.

SO, boleh ker teori budakmain liur dan rambut gugur tu diterima? Sebab ibu memang nak percaya dah sekarang ni.

Related Posts with Thumbnails