ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, November 15, 2009

AMALAN BERPANTANG ORANG CINA

Meh kita share tentang pantang Masyarakat lain plak.


Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga

.sumber : http://malaysiana.pnm.my


AMALAN BEPANTANG MASYARAKAT INDIA

Ni aku copy paste amalan pantang Orang India plak



MASYARAKAT India percaya, amalan makan daun sirih, buah pinang dan kapur dalam tempoh berpantang dapat menambah zat kalsium.

Meskipun perubatan moden semakin berkembang, amalan tradisi dan upacara keagamaan masih diamalkan.

"Setiap wanita yang melahirkan anak bagaikan mati hidup semula. Ini kerana proses melahirkan anak diibaratkan seakan kelahiran kedua bagi setiap wanita.

"Semasa proses bersalin, si ibu menggunakan segala kudrat dan kekuatan tubuhnya," kata T. Anggaiyee, 57, bidan tradisional India diKapar, Klang, Selangor. Bekas pekerja ladang ini sudah menjadi bidan sejak dua dekad lalu.

Seperti masyarakat Melayu, amalan perbidanan masyarakat India dilengkapi dengan pelbagai rawatan tradisional, adat, pantang larang,petua, ramuan ubat-ubatan dan diet. 

"Wanita yang melahirkan anak perlu menjaga kebersihan diri secara terperinci. Penjagaan ini amat dititikberatkan terutamanya pada bahagian sulit wanita.

"Ini kerana organ tersebut mudah dijangkiti bakteria dan virus berbahaya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pekerja ladang di Bukit Guluh, Kuala Selangor kepada KOSMO! ketika ditemui di kediamannya.

Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si ibu.

"Wanita yang melahirkan anak digalakkan makan sayur-sayuran seperti araikkeerai (daun kurma). Sayur-sayuran ini dapat mencegah ibu menghidap daripada demam selain menawarkan tenaga yang berterusan. Iajuga baik untuk kesihatan bayi," jelas Anggaiyee yang juga seorang pengamal amalan perbidanan tradisional ini.

Menurutnya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari yang pertama sanak-saudara atau jirantetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah bayi yang baru dilahirkan.

"Walaupun pantang larang ini kelihatan pelik dan aneh tetapi ia sememangnya mempunyai tujuan yang baik kerana selepas kelahiran bayi baru keadaan rumah selalunya tidak teratur kerana tiada orang yang dapat menguruskan.

"Pada masa sama, tiada orang yang boleh melayan para tetamu yang melawat ke rumah tersebut kerana masing-masing sibuk menguruskan si ibu dan anak.

MANDI minyak dapat menguatkan otot dan organ tertentu.

"Selepas 30 hari, majlis menamakan bayi akan dbuat. Ketika upacara inilah saudara-mara dan sahabat handai akan dijemput untuk melihat bayi serta memberi restu kepada keluarga tersebut," katanya yang kini menjaga seorang bayi lelaki, M. Vilvan, lima bulan, yang tinggal berhampiran kediamannya.

Ibu kepada sembilan orang anak ini berkata, sewaktu tempoh pantang si ibu akan disajikan dengan pelbagai makanan berkhasiat. Barisan herba ini menjadi ejen penghapus kuman secara tidak langsung membantu untuk tumbesaran bayi serta kesihatan si ibu.

"Sejenis sup herba marunthu selavu akan dimasak bersama ayam kampung untuk si ibu mengubati luka akibat bersalin dan mengembalikan tenaga.

"Selain itu, selama dua bulan tempoh berpantang mereka juga dinasihatkan makan daun sirih, buah pinang dan kapur untuk menambah kalsium. Hidangan kepala kambing dan ikan yu bersama bawang putih pula berguna untuk membantu menghasilkan susu badan," jelas Anggaiyee yang mempelajari ilmu perbidanan daripada ibunya.

POTTU disapu di kening bayi yang bertujuan untuk melindunginya daripada anasir jahat.

Menurut beliau, selain ibu, bayi juga memerlukan penjagaan rapi.

"Proses memandikan bayi boleh dikatakan satu upacara yang istimewa dalam masyarakat India. Lantaran bayi yang baru lahir akan menjalani 'mandi minyak' yang disertakan beberapa bahan herba, antaranya sikai, kunyit kasturi, serbuk kacang hijau, minyak bijan dan semambu.

"Ketika memandikan bayi saya akan mengurut seluruh badannya dari rambut sehingga hujung kaki. Bayi juga akan diterbalikkan dan dihayunkan.

"Kesemua urutan ini secara tidak langsung membantu mengeluarkan toksin yang terkandung dalam badan, serta menguatkan otot-otot dan organ tubuh."

Sejurus dimandikan dengan pelbagai ramuan tradisional, bayi akan dikeringkan dengan asap yang mengandungi bahan seperti kulit bawang putih, daun notchi, kunyit dan minyak semambu. Rawatan ini membantu menangani masalah selesema dan batuk di kalangan bayi.

sumber : http://malaysiana.pnm.my

AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL MELAYU

Sementara aku masih lagi dalam musim berpantang. Eloklah juga kalau aku share amalan2 berpantang (yang ada ikut dan ada gak aku tak ikut)

1) Bertungku  

Amalan bertungku adalah amalan penting dalam amalan pantang Melayu. Tungku biasanya diperbuat daripada batu atau besi. Ada juga yang menggunakan batu sungai, anak lesung, bata sebagai tungku. Tungku bukan bergantung kepada jenis bahan tetapi tahap kepanasannya. 
Biasanya selepas dipanaskan, tungku akan dibalut dengan kain (semestinya yang tahan panas), aku cuma gunakan tuala sahaja. Sebelum dibalut, tungku seharusnya dialas dengan daun , dan daun yang famous digunakan adalah daun mengkudu. Daun mengkudu mampu meresap kepanasan dan dapat merawat bahagian badan semasa bertungku. 
   

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring. Tungku diletak perlahan2 sekitar peha, pinggang, bawah perut (berdekatan ari2).. Sila dapatkan khidmat pakar untuk belajar teknik bertungku yang berkesan.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Aku bertungku setiap pagi (kalau rajin) sehingga masuk menggu ke3 sahaja.. Nampak sangat aku ni malas.

2) Berurut  


Berurut hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

  Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.  

Macam aku aku berurut dengan bidan pada hari ke7,8 dan 9. Hari ke9 tu diakhri dengan mandi air sirih pinang, sintuk dan limau nipis yang dijampi oleh bidan. Dan seterusnya pada hari ke 43 @ 45 untuk menetapkan batu meriyan. Tapi rasanya macam nak pi spa lak lepas pantang sebab nak bagi kesegaran tambahan.


3) Mandi  

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
 
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

  Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai , daun bonglai, daun mengkudu  dan rempah halba. 
Tetapi sekarang sudah banyak prduk penjagaan bersalin mempunyai air rebusan mereka tersendiri. Dan juga kebanyakan bidan membuat bahan untuk air rebusan ini sendiri.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Aku mandi air rebusan yang selama 2 minggu. Daun2 tu pak mertua aku yang bawa dari kampung. Makanya setiap hari suamiku akan merebus air daun2 itu untuk mandian aku. Selain mandi daun2 yang direbus itu diangkat dan diletakkan di atas bangku. Selepas itu, duduk di atas daun2 itu (seperti bertangas) supaya khasiat dari daun2 itu dapat menyerap masuk ke dalam badan.

Mandi lulur pula aku guna yang terdapat dalam set bersalin. Lulur seminggu sekali.
  
4) Bertangas  


Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tangas:

· 9 keping asam gelugur

· 2 camca besar garam jantan

· 3 helai daun sirih ( Piper betel )

· segenggam inai ( Lawsonia terma )

· halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )

· 3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

Aku tak buat tangas ni sebab mak mertua tak amalkan pun. Tangas aku sekali ngan mandi daun kat atas tu.

5)Memakai bengkung   

 Sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain tapel, ada juga yang menyapu minyak atau losyen sebelum memakai bengkung.  

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.  

Waktu bersalin anak pertama aku cuma pakai sebulan sahaja. Anak kedua ni aku akan cuba pakai sampai habis pantang. Dan aku tak sesuai nak pakai tapel dsb sebab menyebabkan allergy. Maka aku hanya sapu minyak ataupun tak sapu apa2.

   
6)Minum air akar kayu dan jamu  


Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

  Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

Aku tak suka minum air akar kayu. Jamu pun aku ambik yang moden2 punya mcm yang ada dalam set bersalin. Itupun aku hanya makan selepas sebulan bersalin. Aku lebih utamakan makan supplement yang doktor berikan.

 7)Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

  Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga , kunyit , halia (Zingiber officinale), cekur , mengkudu  dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu  jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.  

  Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. .

Macam aku aku ikut apa yang mak mertuaku pesan saja.. Jangan makan makanan yang gatal, berbisa, sejuk. Aku minum air banyak untuk pengeluaran susu (dan sebab aku terlalu dahaga time pantang), makan makanan banyak kuah, makan buahan dan sayuran.  

(sumber: http://pkukmweb.ukm.my)

Saturday, November 14, 2009

HUNGER CUE

Hunger cue adalah kiu yang diberikan oleh bayi sekiranya bayi lapar. 

Bayi seharusnya disusukan apabila mereka memberikan tanda2 lapar. Tangisan merupakan indikator lapar yang terakhir. Menyusu akan lebih mudah sekiranya ibu dapat mengenalpastu tanda2 awal kelaparan.

Kiu2 kelaparan adalah:

A) Tahap awal  

- mengecap dan menjilat bibir

- menganga dan menutup mulut

- Menghisap bibir, lidah, tangan, jari, mainan ataupun kain


B) Tahap aktif

-  menghisap atau menjilat dada sesiapa yang mendukungnya

- berusaha untuk meletakkan diri untuk proses penyusuan, sama ada cuba melentang atau menarik baju anda                               

-  tidak mahu duduk diam, mengeliat tanpa henti

- memukul anda pada lengan atau dada berkali2

- merengek atau bernafas dengan cepat


c) Tahap Akhir

-  menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan

- menangis


Bayi akan sentiasa tidur pada siang hari. Perlukah dikejutkan untuk menyusu?

Ya! Bayi perlu dikejutkan untuk menyusu. Bayi perlu disusukan apabila memberikan kiu lapar dan sepatutnya disusukan setiap 2 jam pada siang hari. Apabila bayi sudah mendapat pertambahan berat yang ideal (sekurang-kurangnya 4aun setiap minggu, untuk bayi di bawah 4 bulan), anda boleh untuk tidak mengejutkan bayi ketika tidur dan pantau kekerapan menyusunya. 


Bayi saya tidur lama di waktu malam. Perlukan saya mengejutkannya untuk menyusu?

Sekiranya bayi anda berusia kurang dari 4 minggu, adalah baik untuk anda mengejutkannya setiap 4-5 jam untuk disusukan. Sekiranya bayi anda telah mencapai 4 minggu, anda boleh benarkan bayi tidur selama mungkin seandainya kekerapan membuang air kecil, air besar dan peningkatan berat selari dengan perkembangan bayi normal. 


Bayi saya suka menghisap jari. Adakah itu tanda2 dia lapar?

Menghisap jari bukanlah satu2 kiu lapar. Sekitar usia 6-8 minggu, bayi mula pandai mengawal tangan dan jarinya dan suka memasukkan ke dalam mulut. Ianya juga adalah biasa untuk bayi menghisap jari dan tangan apabila gusi mereka sudah bersedia untuk proses pertumbuhan gigi.




Thursday, November 12, 2009

DEEP LATCH TECHNIQUE

Untuk mendapatkan susu dari payudara, bayi perlulah melekap sempurna ke atas payudara. Makna ' melekap' menggambarkan cara bayi mendapatkan payudara ke dalam mulutnya. Semakin baik pelekapan,semakin mudah bayi mendapat susu.

"Deep latch Technique" dapat membantu bayi menyusu dengan lebih mudah. Ini dapat menghalang puting daripada luka atau melecet. 

Ingat: menyusu sepatutnya tidak menyakitkan. Puting melecet bermakna bayi perlu melekap dengan lebih mendalam.

 
1. Pegang payudara dengan ibu jari dan jari tengah anda berada pada hujung areola membentuk "C" (football hold) atau "U" (cross cradle hold).  Tekan payudara dengan menggunakan jari dan ibu jari.  
 
2. Apabila meletakkan bayi ke payudara, sokong kepala bayi dengan tangan, ibu jari berada pada sebelah telingan manakala jari kelingking berada bagi telinga sebelah lagi. Pastikan tapak tangan memegang leher bayi. Dongakkan sedikit kepala bayi.
 
3. Dengan kepala bayi sedikit mendongak, angkat kepala bayi dan sentuh puting anda. Puting seharusnya berada pada bahagian bibir atas bayi. Tunggu sehingga bayi membuka mulut dengan luas, kemudian sua payudara anda ke mulut bayi dengan meletakkan pada bahagian bawah bibir. Sekarang angkat sedikit kepala bayi ke hadapan dan letakkan puting anda di belakang rahang atas bayi. Tekan payudara dengan ibu jari anda supaya puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Tunggu beberapa saat, kenudian lepaskan tekanan payudara anda. Sekiranya hidung bayi tertekan dengan payudara anda, dongakkan sedikit kepala bayi agar anda dapat melihat lubang hidung bayi. Ketika ini tidak perlu menekan payu dara anda lagi.

Nota kaki : Sekiranya kepala bayi terlalu kebawah dan kehadapan, bayi tidak dapat meletakkan rahang bawah dengan betul di bawah areola. Keadaan ini menyebabkan berlakunya puting melecet, luka dan sebagainya.

Deep Latch technique ini boleh digunakan dalam apa keadaan posisi menyusu, tetapi sebaiknya anda duduk dalam keadaan tegak dan gunakan bantal untuk menyokong belakang anda dan juga bayi. 


 

Sumber : terjemahan dari artikel Kellymom.com
 

Related Posts with Thumbnails