ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, August 14, 2010

Ibu Enggan Menyusu bakal Dipenjara

Biasanya waktu pagi sebelum start klinik ibu suka baca paper sambil mengepam susu. Kelamrin ada satu artikel yang mengujakan ibu. Petikan dari Berita Harian 12 Ogos 2010 mukasurat 37.
JAKARTA: Wanita Di Indonesia yang enggan menyusu bayi mereka yang baru dilahirkan bakal berhadapan hukuman penjara kerana menafikan hak anak mereka.

Artikel 128 undang2 penetapan kesihatan 2009 menetapkan bahawa bayi mempunyai hak sehingga 6 bulan untuk menyusu badan secara ekslusif kecuali ibu mereka tidak dapat memenuhi tanggungjawab itu atas sebab kesihatan, lapor The Jakartan Post semalam.

Artikel 200 draf berkenaan pula menyatakan seseorang ibu yang enggan menyusu bayi mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum setahun atau denda.

Pakar perundangan, Profesor Sarsintorini Putra, berkata orang ramai termasuk majikan yang menghalang wanita daripada mnyusukan bayi mereka boleh dikenakan hukuman ditetapkan itu.

Undang2 yang diluluskan di Dewan Perwakilan pada 13 Oktober 2009 itu hanya akan dikuatkuasakan 13 Oktober 2010- Agensi


Hmm..Apa pendapat ibu-ibu semua?
Ibu pasti semua ibu yang menyokong penyusuan susu ibu akan sokong 100%. Tapi ada juga yang memberi pendapat
"habis tu kalau ibu tu kena penjara, kesian anak tu takde ibu"
"tak patutlah, kecik hati ibu-ibu yang bagi FM kat baby"

Pendapat ibu....
Hukum ni akan dilaksanakan bagi mereka yang melahirkan anak selepas oktober 2010 ni. Maknanya masih ada masa lagi untuk bakal2 ibu ni mencari ilmu tentang penyusuan ekslusif ini.
Ramai yang sangsi kerana kekurangan ilmu, tiada role model dan sokongan.
Ibu dulu pun ada experience time anak pertama, kurang ilmu, kurang sokongan, tiada role model.. tapi bila ibu berjumpa ketiga2 perkara tersebut, breastfeeding bukanlah sesuatu yang mustahil malah amat menyenangkan.

Kalaulah hukum ini dapat dilaksanakan di Malaysia......
Ibu kata Alhamdulillah....
Kerana bila sesuatu rang undang-undang digubal barulah orang ramai buka mata. Barulah orang ramai akan berusaha untuk menyokong, barulah media massa akan aktif mempromosi breastfeeding..Barulah sana sini orang akan bercerita tentang breastfeeding

Dan ketika ini support group meeting amatlah penting dalam menjayakan misi tersebut. Semua doktor2 perlu up to date, so tiada lagi hospital yang tak BF friendly. Tiada lagi hospital dok bagi sampel2 FM untuk bayi.

Dan nak melaksanakan juga, penjualan FM hanyalah melalui preskripsi doktor. Ini untuk kes-kes kesihatan, maka kuranglah isu2 susu tercemar..

Hmmm.. kerajaaan Malaysia taknak ikut jejak kerajaan Indon ka?

Kadang-kadang ibu respek gak dengan kerajaan Indon ni dalam proses penggubalan undang-undang. Ibu terkejut juga bila kes Ariel Peterporn dulu, ohh! ada undang-undang khas pornografi ni kat Indon. Siap kena penjara dan sesuatu yang amat memalukan di Indonesia. Dan sekarang kerajaan Indon telah menyekat semua website porno di negara mereka..

Tapi kita di Malaysia?????


Friday, August 13, 2010

Bila Cik P datang bertandang

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang hahahaha!

Hehehe! Nak nyanyi syahdu sikit hari ni.. Bukannya apa, tetiba hari ni ada tetamu yang sangat-sangat tak diundang datang. Datang time puasa lak tu.. Aduih!
Oh cik P kenapa ko datang sekarang?

Ibu sebenarnya sejak pas bersalin, cik P belum kunjung tiba.. Kira dah hampir 10 bulan la. Ibu doa sangat cik P tak datang sepanjang Ramadhan n. Bolehlah ibu dapat full puasa lagi tahun ni.. Rupanya lepas subuh tadi, tengok-tengok dah muncul.. Tapi heran gak, tak rasa PMS pun.. Alih2 jer datang.

Nampak gayanya puasa tahun ni bocor jugak. Kalau cik P ibu ikut normal cycle, berkemungkinan 1st day raya ni belum tentu ibu dapat bersolat hari raya. Sebenarnya sejak zaman anak dara, ibu terlalu jarang dapat solat hari raya sebab cik P ibu memang suka datang time awal2 puasa dan hujung puasa.

Pas kahwin jer, ibu dapat solat raya Aidilfitri, tapi tahun ni belum tentu lagi.

Bertemankan cik P time puasa ni memang mencabarlah especially time kerja.. kena prepare bekallah gi kerja.
Nasib baik hari ni ngan esok cuti..

Thursday, August 12, 2010

1 hari berlalu sudah

Alhamdulillah,
Berjaya juga mengharungi ramadhan hari pertama dengan jayanya.. Macam mana dengan ibu-ibu semua?

Actually, untuk tahun ni ibu sempat puasa sunat 2x jer time bulan Rejab dan Syaaban. So tak cukup latihan la sangat. Lagipun takde posa nak berganti.

Sejak kelmarin, ibu balik rumah mertua.. Memang tradisi hari pertama puasa balik rumah MIL buka puasa ramai-ramai. Tapi kali ini ibu balik untuk bersahur sekali pada hari pertama.

Alhamdulillah, dapat juga ibu buat terawih di masjid. Farish dan Firas tinggal kejap dengan nenek. Kalau kat rumah ibu susah sikitlah nak join terawih berjemaah.. Kena buat kat rumah sajalah.

Sahur semalam, ibu makan nasi dengan sambal tumis ikan sardin, sup kaki ayam (ibu suka sangat kaki ayam ni), telur goreng dan telur masin. Minum air kosong jer (sebab kat rumah MIL ada kopi ngan teh jer).
Dekat-dekat nak imsak, ibu minum segelas air kosong dan baca surah Al-Kauthar.

Alhamdulillah, even tandem nursing, rasa bertenaga walaupun sepanjang pagi tu, temankan abi gi mancing kat sungai rumah arwah nenek abi. Tengah panas lagi tu.

Berbuka semalam mewah sikit. Ikan bakar 2 ekor, asam pedas ikan puyu, kerang rebus, nasi ulam, murtabak dan bermacam-macam jenis air yang diborong oleh adik-adik ipar ibu kat pasar Ramadhan.

Ibu jenis berbuka dengan kurma, minum air, dan sedikit kuih dulu. Berhenti, sembahyang Maghrib dulu dan baru makan makanan berat lepas tu.

Semalam ibu bercuti kerana Kedah memang cuti pada 1st Ramadhan. Hari ini ibu masuk kerja, bermulalah sesi mengepam.. nanti ibu update.

Pagi ni sahur dengan aam pedas puyu, kerang rebus (balance berbuka), telur goreng dan ikan pekasam goreng. Air pula milo + oat. Dan tak lupa juga sebelum insak, minum segelas air dan baca surah Al-Kauthar.

Selamat mengharungi ibadah puasa buat semua ibu-ibu yang ibu sayangi.

Thursday, August 5, 2010

Ramadhan tiba.. Teruskan penyusuan anda


Alhamdulillah, dah nak masuk bulan Ramadhan esok lusa ni
Sebenarnya entry ni dah lama nak buat, tapi sangat bizi untuk berada di depan laptop update blog. Lepas tu modem pulak tak function.. bersawanglah untuk 2 minggu ni.

Alhamdulillah, tahun lepas berpuasa ketika kandungan berusia 7 bulan.. Penuh puasa..tak payah nak ganti. Tahun ni pulak,period belum kunjung tiba sejak bersalin 10 bulan lalu.Harap-harap cik peot ibu tu tak bertandang lagi pada puasa kali ini.

Kat sini ibu nak kongsi tip-tip berpuasa untuk ibu-ibu menyusu supaya penyusuan boleh diteruskan.
Ibu kena recall back 2 years ago, sebab time tu ibu berpuasa ketika Farish baru berusia 5 bulan.

Persediaan sebelum Ramadhan
1. Buat stok untuk digunakan ketika susu merudum di bulan puasa.
2. Berlatih berpuasa untuk melihat keupayaan kita mengharungi puasa. Boleh buat penambahbaikan (tapi sekarang dah tak boleh dah, dah melebihi 15 Syaaban)

Persediaan semasa Ramadhan
1. Jangan skip sahur
2. ambil lebih banyak cecair (air, kuah, sup,jus dll dalam bentuk cecair)
3. Ambil makanan kaya serat dan karbohidrat sebagai sumber tenaga ketika siang hari berpuasa.
4. Amalkan makan kurma
5. Ambil lebih buah-buahan dan sayuran
6. Tenang, jangan stress
7. Teruskan sesi perahan seperti biasa, tingkatkan masa perahan di waktu malam
9. Kerapkan menyusu di waktu malam
10. Ambil supplement jika perlu
10. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.. Semoga ibadah kita semua akan diberkati Allah.


Saturday, July 31, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu 2010

Semua sudah maklum bahawa setiap tahun pada Ogos minggu pertama merupakan minggu penyusuan susu ibu..

Tahun ini sambutan minggu penyusuan susu ibu bertajuk
"Penyusuan ibu hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi"


Rasional
  • Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.
  • 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.
  • Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan.
  • Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).
  • Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah.
  • Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat.
  • Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala
    tuju kita seterusnya.
Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif.
  • Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.
  • Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.
  • Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.
  • Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.

    10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

    1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
    2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
    3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
    4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
    5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
    6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
    7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
    8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
    9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
    10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
    maklumat lanjut boleh rujuk di WorldBreastfeedingWeek.org

    Terdapat pelbagai program yang dianjurkan sempena minggu penyusuan susu ibu.
    Rujuk duniasusuibu.com untuk maklumat lanjut

Related Posts with Thumbnails